Selasa, Julai 17, 2012

'TRANSFORMERS' MENGAMUK


Gambar di atas dianggap ancaman bagi mereka melanggar peraturan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.


Dirakamkan dari jarak dekat, jentolak itu kelihatan seperti Bumblebee, watak robot dalam filem Transformers.

Bezanya, jentolak di atas antara lebih 20 kenderaan terbabit dalam operasi dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ, pagi tadi. Sedangkan Bumblebee hanya sekadar watak hasil imaginasi pengarah filem box office itu.

"Bang, kalau ada masa datanglah ke Dataran Sunway, Kota Damansara. Kita hendak membuat operasi beberapa bengkel menggunakan petak parkir untuk orang ramai," ujar Zey Iskandar.


Zey, 42 tahun, Penolong Pegawai Tadbir Unit Korporat dan Inovasi MBPJ. Sejak mengenali Zey, ketegasan beliau melaksanakan tugas begitu terserlah.

Tepat jam 10.18 pagi, jentolak dipandu oleh Azlan Zahimi, mula mendekati satu daripada bengkel memperbaiki kenderaan di lokasi sasaran.


Premis terbabit didapati memasang ramp di ruang parkir sepatutnya digunakan oleh orang ramai.

"Dahulu ruang parkir disewakan dengan harga RM168 sebulan, kini RM400 sepetak. Pemilik premis tetap menyewa tetapi pada masa sama sebilangan mereka sewenang-wenangnya memasang ramp, membina platform simen atau menggunakan tar. Itu taktik mereka," ujar Zey.


Beberapa minit kemudian saya disapa oleh Wartawan Eksekutif  New Straits Times, Sheila Sri Priya.


"Saya tengok abang di televisyen masa saya bersekolah lagi," katanya.

Ya Sheila,  I am getting older.

"Sekarang apabila berjumpa dengan kanak-kanak, mereka memanggil saya pak cik, bukan abang lagi," celah saya.

Ibu seorang anak, bertugas di NST sejak 8 tahun lalu itu tersenyum.

Beberapa jurugambar dan wartawan saya temui pagi tadi tidak lokek dengan senyuman. Saya percaya  mereka semua gembira dan ikhlas menjalankan tugas dipikul sebagai pengamal media.


Untuk rekod, sebelum 150 kakitangan dan penguatkuasa pelbagai jabatan MBPJ memulakan operasi, saya sempat merakamkan gambar petak parkir di beberapa bengkel.

Perhatikan gambar di bawah.


"Itu petak parkir bertulis 'sewa khas', kedai ini punya. Satu lagi dihujung sana, bukan. Kalau disimen macam itu, bagaimana orang ramai hendak menggunakan ruang itu," soal saya kepada pekerja di bengkel itu.


"Abang mahu komplen?," soalnya kembali.

"Saya bukan mahu komplen, mahu tanya sahaja," balas saya.


Dua kali saya meminta penjelasan daripada pekerja berseragam itu tetapi lagaknya bagaikan 'taiko', abang besar.

"Tidak mengapalah, sekejap lagi kita berjumpa balik," kata saya.


Lihat gambar di atas, bukti sikap mementingkan diri terlalu menyerlah. Bila ditanya, kita pula disergah, hebat sungguh.

Seperti dijanjikan kepada pekerja terbabit, lokasi sasaran kedua di bengkel itu.


Malangnya sewaktu tempat itu ditingalkan struktur simen dibina sekaligus menghalang orang ramai menggunakan ruang itu masih tidak berjaya dibungkaskan sepenuhnya.

Beberapa hari lagi saya akan kembali ke lokasi sama untuk melihat kesan operasi dilaksanakan. Hasil tinjauan akan saya kongsikan bersama pembaca blog ini.

Di lokasi ketiga, 'transformer' mengorek struktur hampir sama.


Cuma terselit kejadian berbeza.


"Kalau  (struktur bersimen)  ini pun tak boleh buat,  lu orang jangan bagi lesen orang berniagalah,  itu restoran semua tutup, jangan kasi lesen!," ujar lelaki berbaju kuning.

Lalu saya memasang telinga.


"Ini lu punya kedai ke?," celah  pegawai penguatkuasa.

"Bukan," balas lelaki sama.

"Lu boleh jangan kasi bakar line, tolong! Sekarang cuaca panas tahu," ujar pegawai terbabit.

Hemat saya, provokasi sebegitu tidak seharusnya dilayan oleh penguatkuasa bertugas. Jalankan sahaja tugas dengan berani dan tegas.


Lokasi ketiga ...


"Tengok restoran di hadapan itu. Apabila nampak MBPJ terus pekerja menanggalkan serombong," bisik jurukamera NTV7 berdiri di sebelah saya.

Pantas lensa kamera saya arahkan ke restoran dimaksudkannya.


Berikut keadaan bahagian luar restoran setelah pekerja menolak masuk gerai bergerak ke dalam premis mereka, bimbang tindakan diambil oleh pihak berkuasa.


Namun keadaan sebenar ruang di hadapan restoran itu menjelang petang, pernah saya rakamkan sebelum ini.


Klik di sini untuk membaca kegiatan di premis itu.

Saya masih berharap tindakan konsisten dilaksanakan oleh pengkuasa MBPJ.


"Ada bengkel tutup tetapi memakirkan kenderaan sedang diperbaiki di ruang pakir untuk orang ramai. Kita akan menunda kenderaan itu," jelas Zey.


Kenyataan itu dizahirkan.


Di bengkel berhampiran, ramp besi ditanggalkan petugas MBPJ dan kemudian dimuatkan ke dalam lori. Pemilik bengkel dilaporkan tidak menyewa ruang parkir digunakan.


Berikut keadaan sebenar selepas ramp ditanggalkan.


Untuk rekod, Dataran Sunway berada di 'Zon Bersih'.

"Bersihkan dahulu tempat ini dan kemudian boleh memohon untuk menyewa petak parkir ini. Kalau tidak dibersihkan, kita saman," ujar pegawai penguatkuasa kepada pemilik bengkel. 


Terima kasih kepada semua kakitangan MBPJ sudi memberikan bantuan sewaktu saya merakamkan gambar sepanjang operasi.

Barangkali Zey boleh membisikkan kepada penguatkuasa, siber kafe berhampiran rumah saya masih beroperasi 24 jam sehari walaupun sudah 2 kali dikunjungi oleh penguatkuasa.

Berhampiran premis itu saya rakamkan gambar berikut.


Barangkali papan tanda itu dimaksudkan untuk kegunaan semut dan lipas.


Sebelum beredar dari Dataran Sunway, saya disapa oleh kakitangan MBPJ duduk di dalam lori.

"Bang! Gambar saya tidak ada?," guraunya.

Memandangkan blog bukan akhbar dengan ruangan gambar terhad, saya zahirkan hajatnya. 


Manakala dua gadis tidak saya kenali, berdiri di hadapan deretan pejabat berhampiran lori diparkir juga memberikan pose istimewa untuk semua pembaca blog ini.

26 ulasan:

  1. abg mazidul papan tanda tu laluan semut dan lipas tu kelakarlah.. aptb..hahahahaha

    BalasPadam
  2. comelnya awek 2 orang kat pic last tu... btw bro mazidul, saya cuma nak tanya, kalau ramp, simen semua tu tak dibenarkan di premis bengkel, macam mana customer nak bawak masuk kereta naik dalam bengkel utk dibaiki? adakah peraturan yg sebetulnya adalah kereta2 perlu dibaiki di luar premis, bukan di dalam premis? mohon pencerahan pakcik, eh silaps... abang mazidul hehehe...

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. Prince, boleh membna ramp tetapi kena sewalah petak parkir.

    Jangan sewa dua ruang dan membina ramp untuk 6.

    BalasPadam
  4. Terima kasih bro diatas paparan yang cukup menarik...
    Rasanya perkara begini boleh dijadikan contoh untuk majlis perbandaran yang lain...Terutama nya MPS [Majlis Perbandaran Selayang]...cuba-cuba tengok dibandar rawang..rasanya keadaan hampir sama.

    BalasPadam
  5. ooooo itu macam... terima kasih atas pencerahan...

    BalasPadam
  6. Saya rasa bro Mazidul patut bertanding dlm pilihanraya akan dtg...baru dikatakan rakyat didahulukan....

    BalasPadam
  7. Ohh baru saya faham yang simen tu tak boleh pasang..eh Majlis Perbandaran lain kena ikut tindakan macam ni..

    amboii brader tu suka betul eh..

    BalasPadam
  8. suka dan kagum saya lihat ketegasan pihak yang berkenaan. Macam tu lah.. baru nampak ketegasan dan ketelusan bekerja. Yang kita nampak selalunya peniaga gerai ( dan selalunya kaum melayu ) yang asyik di ' kerjakan ' oleh pihak berkenaan..sedangkan ' modal dan keuntungan ' mereka tidak sebanyak mana pun. Apabila tindakan seperti tidak adil .. maka orang awam mula berpandangan serong dan berprasangka .. adakah pihak berkuasa tidak berani atau sengaja membiarkan peniaga tertentu ' melanggar peraturan ' ...! Semua pihak berkuasa sentiasa tegas dan telus .. dan bertindak pantas.

    BalasPadam
  9. macam ni la yang kami penduduk di Selangor ni mahu... Pihak berkuasa tempatan yang tegas dan telus!
    Setinggi tahniah...

    BalasPadam
  10. Bagus. Cuma nak tanya bila plak SPAD nak buat benda yg sama dkt pemandu2 teksi kita ?

    Memanglah gaji kecik, tapi takkan 46 daripada 37,000 driver je yg kena tindakan. Tak masuk akal.

    http://hotelinkl.com.my/blog/kuala-lumpur-taxi/

    BalasPadam
  11. SMTI..tahniah bro..!! tahniah MBPJ...!! harap menjadi contoh tauladan utk Majlis2 Perbandaran negeri2 lain... :)

    BalasPadam
  12. sesekali mereka bt ops... mmg bersih betul2 yek.... peniaga restoren atau bengkel ni tau pentingkan diri sndiri betul lah....

    BalasPadam
  13. sifat tamak sesetengah kaum mmg sehingga tahap begini. mereka tidak memperdulikan dan menghormati undang2. yang penting no 1 adalah keuntungan. pernah sy bertanya kepada mereka kenapa tidak ikut rules & regulations. jawapannya.. cari untung dulu, nnt kalau kene saman baru ikut undang2 sekejap. tgk la nnt, saya pasti lepas sebulan dua mesti mereka bina kembali struktur2 tersebut.

    BalasPadam
  14. Encik Mazidul,
    Bagaimana dengan sticker ahlong, repair aircond, ubat penyakit misteri, yang ditampal di merata tempat, sebagai contoh, Electrical control panel TNB, roller shutter kedai, tanda jalan (kadang2 sticker di tampal menutup nombor jalan, contoh jalan cempaka 2/1 hanya menampakkan jalan cempaka.) dan lain lain.

    Saya berkerja di Kota Kemuning, pihak pengurusan sudah membuat aduan kepada MBSA, tetapi tidak boleh berbuat apa2.

    Saya selalu ke Singapore, tak pernah nampak satu sticker iklan, dekat mana mana pun. Orang Singapore bagi tau, kalau ada orang letak jugak, pihak berkuasa akan telefon number dekat iklan tu, and cakap nak jumpe, and ambik ko, saman.

    Apasal tak bleh buat sama kat Malaysia?

    Cubalah berkunjung ke Kota Kemuning, tgk merata nama jalan, electrical box, pokok2, hampir semua tempat ada sticker iklan.

    BalasPadam
  15. Tahniah MBPJ atas usaha kalian.Diharap semua pihak majlis bandaran tegas seperti ni.Macam kat tempat saya bang, ada sorang makcik ni berniaga di kaki lima banggunan kedai,Majlis perbandaran tempat saya datang dan bagi amaran sebab menanggu laluan kaki lima,so makcik tuh pun terpaksa lah menyewa sedikit bahagian dalam kedai di banggunan sama untuk meneruskan perniagaan kuih muihnya,tapi yang saya hairan,kedai hardware disebelah kedai kuih makcik tuh sehingga sekarang sewenang wenangnya meletakkan rak barang jualan,tong tong cat dikaki lima yang sama sehingga menghalang laluan boleh pulak.Ntah la bang,sedih kekadang tgk bangsa sendiri dianak tirikan di bumi sendiri.Mungkin makcik tuh takda pengaruh nak mintak kawtim kot.Allahualam.

    BalasPadam
  16. kalaulah sebegini penguatkuasaan yg d jalankan d seluruh negara, alangkah baik.
    SYABAS....

    BalasPadam
  17. Ko ni mazidul...gmbar brader tu nmpak kelabu jer..tp gmbar aweks 2 org tu bkn main lagi ko focus baik punya eh..tak ikhlas betul la ko..haha...apapon kupasan yg baik..wa dah lama tgok kes mcm ni... sejak keje kat USJ dulu... smpai nak parking sebelah bengkel pon takut...kena ada garis panduan yg lengkap dan jelas utk pengusaha2 bengkel...

    BalasPadam
  18. hahaha... saya pengunjung setia Dataran Sunway mengucapkan syabas kepada MPPJ, jangan bagi muka kat depa tu...

    BalasPadam
  19. salam bang
    mereka menjalankan tanggungjawab mereka .. kenalah ikut kan huh

    abang mazidul , kalau x keberatan mohon jasa baik abang mazidul utk paparkan kisah ibu muda yg malang ini di blog abang nie .. sedih saya , saya x tahu nak bantu dia macam mana ..

    http://iedaimmi.blogspot.com/2012/07/begitu-tabah-ibu-ini-bantulah-adik-alia.html

    manalah tahu ada insan2 @ dermawan2 @ hartawan2 diluar sana yg bersimpati dan sudi membantu ibu malang ini ..

    mohon abang mazidul buat entry @ apa sahaja , agar dptlah kita sama2 meringgankan beban ibu malang ini .. sedih saya bang .. nak2 kita dah nak berpuasa nie huhuh

    Tkasih bang , semoga dgn usaha ini kita sama2 mendapat keberkatan dan mendapat rahmat dari allah yg maha kuasa .. seterusnya ibu malang ini terbela nasibnya ..

    BalasPadam
  20. Assalam Encik MAS,

    SMTI.Sekalungan tahniah buat semua yg terlibat..

    BalasPadam
  21. slam abg mazidul... tahniah mbpj, semlm robohkan ramp ...hari ni depa pasang batu bata dgn simen baru... tak percaya boleh jenguk ke premis kedai tinted kereta Solar Safe di jln pju 5/4 uang sebelah bar 3rd party tu....

    BalasPadam
  22. SMTI...tahniah abg mazidul.sy setuju dgn komentator di atas,mohon abg mazidul follow up dgn Majlis Perbandaran Selayang.Di kwsn Bdr Baru Selayang tu byk premis yg buat mcm ni sampai susah kami nk parking.bila salah parking atau lmbt letak tiket parking,MPS cpt je nk dtg saman atau angkut kereta.sedangkan parking terhad sbb dah disalahgunakan oleh pemilik premis kereta tak bertanggungjawab ni.

    BalasPadam
  23. Salam Bang..Saya dah banyak kali hantar email kat forum, majlis perbandaran, dan sebagainya...byk perkara saya nak minta pendapat abang...dan terutama bahgain penguatkuasaan....begini bang...kayu ara , damansara sekarang dah jadi mcm kampung boyan..penuh kedai2 tepi jalan dan mcm cendawan gila tumbuh...yg berniaga bangsa indon..diorg ni semua ada lesen ker berniaga? bole ke bangsa asing suka2 mak ayah dia pancang tiang terus jadi kedai forever....byk kali juga ler kereta TV3 tersadai kat situ sama2 lepak...kayu ara dh jadi mcm tempat mak ayah diorg....org tempatan...terpinggir plak...bawa keta, motor suka hati diorg....

    lagi satu bang..kat damansara utama tu..wow..kedai2 bengkel ni suka mak atok diorg suka2 letak kon ler, kerusi buruk dan mcm2 lagi ler kecuali anak babi ajer..segala parkir keta diorg monopoli....dan yg last sekali..kedai2 makan cina, mamak..hebat sungguh..susun kerusi meja habis satu kilometer.....dulu kecoh pasal tgh makan kena rempun keta..arwah dah mamat tu..sekarang ni mcm dihalalkan plak...so kerajaaan atau penguatkuasaan dan halalkan bole letak kerusi meja ker bang? tolong ler bang.....makin sesak nafas..kalau abang nak interview saya..byk benda lagi nak cakapkan..nama saya hisham ahmad..umur 43 ..tel: 0126725622

    Salam bang harap nunggu abang balas komen xseberapa dari saya

    BalasPadam
  24. kita ni daif bab undang-undang dan peraturan bila ada pendedahan macam ni baru tahu kita tahu yang ini salah dan yang in betul...rasanya bagi peguatkuasan udang-udang [majlis perbandaran] tahu perkara macam tu salah..tapi buat-buat tak nampak kot..orang kata dalam diam ada isi..majlis perbandaran selayang sila jawap.

    BalasPadam
  25. Salam..sy nak tny abg mazidul...mcm mana kita nak tahu parkir yg diambil oleh peniaga2 itu adalah telah disewa ataupun x? dkt kawasan umah saya byk saja yg buat mcm tu and ada juga yg letakkan kerusi & gerai2 tumpangan kawasan parkir...sila beri penjelasan....kalo sy boleh buat aduan,sy nak jer berbuat demikian...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.