Sabtu, Mei 23, 2009

Dara Tidak Berdara

Paparan ‘Kelab Tiada Dara’ di muka hadapan akhbar Harian Metro hari ini menarik perhatian saya. Gadis belasan tahun mencacah tatu di tubuh, lambang mereka tidak berdara dan sering terbabit dalam kegiatan seks bebas bersama ramai lelaki.

Berbanding dahulu, gadis dikatakan sukar menyerahkan dara dianggap mahkota, kepada teman lelaki. Bagi gadis terlanjur, jantung pasti berdegup kencang di malam pertama.

“Pengantin perempuan tak ada dara,” bisik Mak Andam sambil membelek kain putih di tangan.

Tugas Mak Andam meletakkan kain putih di bawah cadar tilam pengantin. Menurut cerita, jika selaput dara pengantin perempuan senipis kulit bawang pecah, tompokan kecil darah terlekat di kain terbabit. Jika tiada kesan, Mak Andam akan megesahkan status isteri itu. Gentar, gadis zaman dahulu lebih cenderung memelihara dara untuk dipersembahkan kepada suami pada malam pertama.

Kini, dara tidak begitu penting. Sebilangan gadis menganggap, perempuan berdara, kolot dan berfikiran ortodoks. Bagaimanapun perempuan untung, biarpun tidak berdara, selagi belum mendirikan rumahtangga, mereka tetap digelar ‘anak dara’.

Terfikir, berapa ramai pula perempuan mengambil kisah soal ‘teruna’ di kalangan lelaki?

Atau kita boleh membuat kesimpulan, dara dan teruna bukan perkara penting bagi majoriti masyarakat masa kini.

12 ulasan:

  1. nak ada gadis ada dara
    laki kene la jaga teruna

    BalasPadam
  2. Ada yang masih mengambil berat akan hal ini. Mungkin juga ada yang akan kecewa selepas melalui malam pertama, hanya kerana mengetahui pasangannya sudah tiada dara lagi. Lainlah kalau memang dia dah tahu dari awal2 lagi~~

    BalasPadam
  3. salam..tumpang lalu..

    Dara..memang menjadi persoalan..n kepentingan..tp kebnyakkan pd zaman skrg..rmi yg telah terlibat dlm aktiviti lasak, spt taekwando, silat dll...

    teruna? bg sy ia penting..sekiranya pasangan yg kita pilih itu belum berumahtangga..dan seandainya si dia tu duda..ermmm...

    tp bgaimana nak tahu si dia itu teruna asli...???

    BalasPadam
  4. atau dara teruna zaman kini majoriti akui kesilapan dulu, dan tidak akan ungkit kesilapan sedia menerima silap diri, asalkan tidak ulangi lagi..terbuka agaknya.

    BalasPadam
  5. mungkin tue la masalah umat akhir zaman.. sentiasa hanyut..

    ramai yg mrasakan dara n teruna tidak seberapa penting.. yg penting enjoy n ade pulus..

    bg wanita yg mempunyai aset seprti muka n body.. mereka mungkin tiadak mendapat apa2 masalah bila mereka tidak mempunyai dara..pasti ada juga yg akan terpikat pada mereka.

    bg si xde teruna... erm siapa yg tahu.. pandai makan pandai simpan la kan..

    BalasPadam
  6. Tunggu seksaan yang amat berat di akhirat nanti

    Panasnya api neraka, lebih panas 70 x dari api di dunia. Kemaluan mereka akan di panas, di rejam dan di humban dalam negara.

    Bertaubatlah sahabat ku itu.

    Fauzi

    BalasPadam
  7. remaja perempuan zaman sekrang ni terlalu advance sehingga mengalahkan orang barat.

    Kebanyakan transformasi tiada dara berlaku apabila berada di sekolah menengah dan institut pengajian tinggi.

    Di IPT... tiada kongkongan keluarga dan dah pandai bercampur gaul dengan lelaki... budaya couple² semakin rancak...

    memburukkan lagi keadaan bila tinggal di rumah sewa.

    Bukan nak salahkan sesiapa... kalau iman tak kuat...susahlah nak hadapi cabaran...

    Saya suka memerhati orang, saya pernah praktikal di sebuah Universiti terkenal dan saya juga seorang pelajar kolej. Macam² dah saya lihat

    BalasPadam
  8. mcm mana nak tau laki tu teruna ke x?? same je bila tgk. kalu pmpn mesti ada perubahan dari struktur bdn. tp kpd lelaki jgn cepat melatah kalu bakal isterinya xde dara lagi.jika isteri dia ahli sukan. ahli sukan pun bleh hilang dara juga sbb terlampau melakukan aktiviti sukan.

    BalasPadam
  9. sy rasa sukan tak gak bole pecah dara sbb biasanyer tusukan sesuatu yg bole buat satu lapisan nipis yg dipanggil 'dara' akan pecah..ade sedikit darah dan mmg terasa pedih :(

    erkkk..

    ...............

    mak andam dulu-dulu mmg tahu sigadis yg diandam masih dara atau tidak selepas dijampi seri ke muka bakal pengantin tp dorang mmg amanah dan jarang dibocor rahsia pengantin..

    kalau masih ada mak andam yg begini mungkin ramai anak-anak gadis yg tak mahu disolek ketika bersanding..takut pecah tembelang..!

    BalasPadam
  10. bila dara sudah terluka, si teruna pula buat angkara, anak-anak lahir menjadi petala

    BalasPadam
  11. sorg kawan, lelaki, pernh sy tny, sudi lg ke kalau tahu bakal isteri xde dara? jwpan dia: kalau dah itu takdirnya, itu jodoh yang Allah tetapkan, terima dgn seadanya. cuma sebolehnya, kahwini yang masih berdara. cuma pendpt sy, sbg perempuan, Islam terutamanya, jgn mudah menyerahkan 'mahkota' hny kerana sbg bukti sygkan seorg lelaki. tak berbaloi kalau lelaki itu bukan suami kita. igt pengorbanan ibu bapa.

    BalasPadam
  12. kalau nak kahwin, lelaki boleh tengo muka dan tapak tangan perempuan untuk tengo perempuan tu (menurut al-Quran), tapi perempuan? setakat lelaki tu tunjuk keagamaan dia dengan melakukan solat dan baik hati, zaman skrg ni tak menjanjikan apa2... manusia berubah.... =) nak dapat bini baik, jadilah bakal suami yang baik...nak dapat bakal suami yang baki, jadilah bakal isteri yang baik... =) Allah tu adil.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.