Khamis, November 12, 2009

Gadis Dan Motosikal

Kata pepatah bahasa Inggeris, ‘a picture tells a thousand words’.

Hari ini beberapa pembaca, termasuk ‘silent readers’ blog ini menghantar siri gambar ‘menarik’ kepada saya melalui emel bertajuk ‘Kelab cuci motor Damansara (Gadis Melayu cuci motor)’. Saya percaya ramai antara anda pembaca menerima kiriman sama.

Bagaimanapun saya enggan membuat kesimpulan terlalu awal. Sebagai wartawan, mencatat sebarang kenyataan tanpa pengesahan bukan tindakan bijak.

Apapun, mari kita analisa beberapa KEMUNGKINAN berhubung 4 gambar saya muatkan di tempelan ini.

1. Gambar dirakamkan pada 24 Oktober 2009 sekitar jam 3 petang sekiranya kamera mengikut tarikh dan waktu sebenar.

2. Jika diklik ‘property’, gambar dipercayai dirakam menggunakan kamera jenis Pentax Optio M60.

3. Kejadian dirakam di padang, lokasi sebenar tidak diketahui (biarpun jika mengikut tajuk emel, di Damansara)

4. Gadis terbabit memakai seluar pendek dan baju basah. Status basah-kering pakaian dalam tidak dapat dipastikan.

5. Identiti gadis terbabit sukar dikenalpasti kerana wajah tidak semestinya mencerminkan bangsa dan agama.

6. Berikutan hanya kelihatan 1 motosikal di bawah khemah sama, mungkin mereka terbabit mencuci motosikal.

7. Mereka mungkin mempromosikan serbuk basuh terbaharu sambil menunjukkan demonstrasi kaedah terbaik mencuci motosikal di karnival.

Ada lagi maklumat lain?

Update Hanya seorang daripada gadis terbabit berbangsa Melayu, selebihnya gadis Negeri Di Bawah Bayu, Sabah. Mereka terbabit dalam kegiatan mencuci motosikal charity. Penganjur saya hubungi menjelaskan, mereka tidak menduga semua gadis itu akan berada dalam keadaan basah kuyup dan berlumuran sabun. Tahun hadapan, kegiatan ini tidak akan dianjurkan dalam keadaan sama.

65 ulasan:

  1. salam, ni kalo dapat kat blog indon ni seronok diorang menghentam kita.jadi bahan blog! terbaru kalo nak tgk muka yop jadi bahan posting sila ke http://nkri-nkri.blogspot.com/. blogger dah tak ada modal dan sebab yop sorang2 yg rajin 'mempertahankan' Malaysia dan memberi komen yg mereka rasa menghentam mereka so yop yg jadi bahan dia.

    BalasPadam
  2. Yang pasti mereka bukanlah duta product (melainkan product yang ada pada dirinya sendiri)

    Kadang kala bila orang bercakap pasal agama, kita rimas mendengarnya, bila orang bercakap pasal moral kita panas telinga.

    Jadi kita tidak boleh bercakap atas dasar apa sekalipun. Sekadar 'tumpang semangkuk' boleh kut :)

    AM dapat tahu, ada satu NGO menganjurkan kempen cuci motor dan kereta untuk mengumpul dana baru-baru ini. Tak pasti samada gambar tersebut diambil dilokasi yang sama. Biasalah, untuk menarik orang menderma, mestilah ada sesuatu yang boleh menarik perhatian.

    Apa pun..perghhh..:)

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  3. Salam Ziarah......

    Kalau betoi la Bro memang menjatuhkan maruah islam ja la .Pihak berkuasa agama harus mengambil tindakan tegas.Memang memalukan bangsa betoi,

    BalasPadam
  4. apa motif nye, mcm berada di litar lumba motor plak, bila tgk mereka mcm tu. gadis litar kan semua pakai x cukup kain. sama la mereke ni pun x cukup kain. baju tu je kot yg murah. tp apa pun betul2 menjatuhkan martabat seorang perempuan.

    BalasPadam
  5. malu nya
    penonton semua lelaki..
    siap ade rakam guna kemera fon..

    tengok motor atau perempuan tu?

    nilai malu dalam diri wanita makin hilang

    BalasPadam
  6. Yop, handsome apa gambar dalam blog Indon tu :)

    Kalau ada kenalan dari Indonesia, tanya dia, apa istimewanya Taman Lawang di Jakarta, Indonesia.

    Ha! Ha! Satu daripadanya, taman itu waktu malam dipenuhi 'bencong' atau bapok atau mak nyah. Menariknya, di jalan satu lorong, kereta akan berhenti. Bencong akan berlari-lari anak mengambil posisi betul-betul di hadapan kereta (maskudnya pemandu dan penumpang kereta di belakang tidak akan nampak apa mereka buat). Oh! Apa mereka buat? Soalan bagus. Mereka akan berbogel di hadapan kereta dan mengayakan aski lucah. Dua minit kemudian mereka akan menjerit, "Tipsnya Pak! Tipsnya!". Apabila pemandu memberikan tips lebih (RM1 kira banyak dah bagi dia orang), mereka akan terus menari lagi.

    Selesai, mereka menunggu kereta di belakang dan melakukan perkara sama.

    Itu antara pengalaman saya lalui ketika bersama wartawan stesyen TV Indosiar di Jakarta suatu ketika dahulu.

    BalasPadam
  7. Hmmmmm.... ada gak acara begini kat sini ye... hairan sungguh. Pernah dpt foto2 begini tapi dpd luar negara. Cuci kereta sambil berbogel... agaknya itu menjadi ikutan mereka ni.

    BalasPadam
  8. Putih putih perutnya, kan? :)

    His! Anak anak siapalah tu? Tiada gambar perempuan lain dirakam selain daripada mereka.

    Lelaki di sekeliling ada antaranya memakai pas bertulis 'VIP' tetapi tidak begitu jelas tulisannya.

    Saya sedang menunggu seseorang mengesahkan lokasi sebenar gambar terbabit dirakamkan. Saya menetap dan berkerja di Damansara, pelik saya tidak mengetahui event sebegini jika benar dianjurkan di Damansara.

    Lagi satu, ada banyak Damasara, Damansara Damai, Damansara Jaya, Damansara Perdana. Mana satu ya?

    BalasPadam
  9. Noor, Ish! Ini OK lagi, belum berbogel :)

    Sebelum ini banyak gambar tersebar berhubung pekerja membasuh kereta seksi. Khabarnya di Puchong, Selangor.

    Apabila saya tanyakan kepada anggota polis di Puchong, Selangor, katanya dia pun tidak tahu menahu (polis ini jenis boleh dipercayai punya).

    BalasPadam
  10. Mazidul.... yang perempuan tu Melayu Islam ke bukan ? Kalau orang kita, amat memalukanlah. Menteri yang bertanggungjawab berkaitan hal ehwal wanita kena bersuara dan bertindak cepat, sebelum maruah bangsa kita tergadai.

    www.kadikluang.blogspot.com

    BalasPadam
  11. Khalil, macam saya catatkan, tiada pengesahan setakat ini.

    Setakat di dalam emel sesiapa pun boleh tulis Melayu, kan? Macam tengok lelaki dan perempuan masuk ke bilik hotel, mungkin mereka suami isteri, adik beradik atau tiada hubungan sah.

    Cuma, orang kita selalu sangat menyebarkan berita tidak pasti.

    BalasPadam
  12. bijak2 , salah satu teknik permasaran .. mesti selidik siapa majikan mereka.

    BalasPadam
  13. Alahai...kalau betul la semua gadis itu berbangsa Melayu, amat memalukan sekali...mempamerkan tubuh badan kepada orang lain yang sepatutnya khas untuk tatapan suami sahaja....

    BalasPadam
  14. Azrul, setahu saya, setakat undang undang sivil, tiada tindakan pun boleh diambil terhadap mereka.

    Kalau hendak dikira, model profesional mengayakan pakaian di pertunjukkan fesyen lebih seksi, berpakaian tanpa coli dan memperagakan diri mereka di hadapan ramai orang.

    Jadi, apa sangat bezanya?

    Jabatan Agama? Entahlah, tidak pernahs saya dengar model Melayu memperagakan pakaian biarpun seksi diberkas.

    Kes bapok ada, pernah ditangkap di Bachok, Kelantan, kerana berpakaian seperti perempuan.

    BalasPadam
  15. bro mazidul.. td ade tgk salah satu gambar2 nie.. plate moto wilayah..

    BalasPadam
  16. Saya tengok bukan basuh motor ni, macam masing-masing basuh badan masing2 kasi lagi putih jer...nampak basah lencun tu siap dengan ada cam sabun2 kat badan tu...

    Ni bukan jual produk ni tapi jual diri, maruah terbang ke mana2 ntah, agama langsung takde nilai bagi mereka kot? [termasuk yg menonton tu pun sama!]...ni 'tugas' En Mazidul dedahkan benda2 begini...kami sokong dari jauh jer...siasat jangan tak siasat!

    BalasPadam
  17. salam,,
    niekah negara Islam yang kita laung-laungkan?sedangkan pengisian budaya masyarakat jauh dari hakikat pengertian sebuah negara Islam. Maaf abang mazidul,,,saya bukan apa geram melihat gambar itu. Mungkin antara ini punca kenapa bilangan bayi yang di buang semakin meningkat.Ulamak dan berdakwah di halang pula. Sedih saya bang

    BalasPadam
  18. Perkara seperti ini haruslah dibendung tidak kiralah bangsa apa atau agama mereka, aktiviti begini tidak harusnya terjadi tambah lagi di tempat terbuka macam ni. Pakaian menjolok mata bukan dalam budaya dan agama kita. Perlukah berpakaian seksi untuk membasuh sebuah motorsikal?? Tak munasabah. Pihak yang menganjurkan aktiviti ini adalah pihak yang tidak bertangunggjawab, kesian para wanita,tidak sudah2 dieksploitasi. Muka macam bangga je dorang tayang2 badan. Mamat2 yang melihat disitu pon seronok melayan. Seronok mereka buat dosa beramai kan? isk2, umat akhir zaman. Astaghfirullah.

    BalasPadam
  19. memburu kerja, tanah dan hiburan di Malaysia
    mini Jakarta ...

    BalasPadam
  20. MFAA, awak di Kelantan, cuba tengok berapa ramai orang Malaysia menyeberang sempadan ke Thailand. Tetapi saya tidak mahu menuduh mereka semua orang Kelantan.

    Di Thailand lebih daripada ini pun ada. Cuma antara nampak dengan tidak sahaja.

    Terbaharu, laporan mengatakan bilangan rakyat Kelantan dijangkiti AIDS semakin meningkat, Hairan?

    BalasPadam
  21. Asraf, kalau gula di hadapan mata, gila semut kalau tidak singgah :)

    Hanis, awak tersilap, ini bukan kerja saya, kerja semua.

    Udean, Yup! You're right, double digit lagi. Maklumat terbaharu saya terima, kejadian bukan di Damansara tetapi di kelab terletak di antara Selangor dan Kuala Lumpur.

    Mr. J, banyak barang jualan laku, barangkali.

    BalasPadam
  22. yang lebih memalukan adalah aksi lelaki di sekeliling.

    lelaki itu imam orang mukmin.

    kan?

    mata2 kau sume macam nak kena sepak je dengan aku.

    mana kualiti lelaki malaysia?

    BalasPadam
  23. salam BRO MAZ....

    tak tau nak komen apa.. (komen 10 sen jerr - tak penting)

    cuma tertanya-tanya, losen apa depa pakai, putih sungguhhh gebu nyerrr...

    hehehe...

    *jika ada maklumat atau update tentang perkara ini, kongsi lagi yer BRO..

    BalasPadam
  24. Wangi ker sabun tu?

    hahahahahha...giler diorg ni. Tak kira la Melayu ka, Vietnam ka...China ka...dh kalo gitu rupe nyer kan ke ngalahkan beruk. Huh...wat malu kompeni jer.

    BalasPadam
  25. Aishah, Ai! Marah nampak?

    You don't expect those men to close their eyes, do you? Agak agak la Aisah, be realistik. Usah pertikaikan kualiti lelaki Malaysia hanya berdasarkan beberapa keping gambar.

    Itu fitrah kejadian manusia bergelar lelaki (bukan semua). Kekadang ada suami berjalan memegang tangan isteri, ternampak perempuan cantik pun, jeling juga, bukan sekali, dua kali, tiga kali pun ada. Sampai mata tidak berkelip pun ada.

    Cuba rennung balik, kalau perempuan melintas itu tidak menjolok mata, masakanlah lelaki memandang bersungguh sungguh.

    Samalah dalam kes ini pun :)

    BalasPadam
  26. euwww...tak kesah la ni bangsa dan agama ape pon, tapi benda macam ni sangat men-degrade kan maruah wanita. macam kat zoo...tengok la muka orang lelaki sekeliling tu, geli gila. tapi nak buat macamana, the b****es rela je...

    bak kata ore Kelantan yang dibenci ramai sekarang ni..'Amereka Malaysia loni'...seriously. ngeri tengok laki2 semua tengok beyotches
    tu.

    BalasPadam
  27. haha.

    sexy.

    kalau macam ni,xusah ke United States.

    sini dah ada segalanya.

    :)

    BalasPadam
  28. bro klu tak silap ini event KL BIKE RALLY 2009 di bukit kiara, sila ke link ini http://www.flickr.com/photos/jalanjalan/4039767918/meta/ dan tak silap sy program remaja ada papar tentang event ni, tp bab mandi sabun tu xde lah. tp kan...yg join2 ni geng2 otai, berusia lah, tp ada plak acara mcm ni. tak tahu nk ckp apa, rasa event ni free masuk. ni pulak poster event tu link http://web.red.fm/Red_FM/Bike_Rally_files/KL%20Bike%20Rally.jpg

    BalasPadam
  29. salam..
    ..sgt memalukan dan menjatuhkan maruah kaum hawa..sejujurnye saya sebagai seorang sgt rase terhina dgn perbuatan dorang ni!!

    bro mazidul..saya org kelantan..tp xpernah ke thailand..setakat melawat sempadan je..
    btul ke ape yg bro ckp tu?
    macam mana plak cerita kat kedah dan perlis ye?

    bilangan rakyat Kelantan dijangkiti AIDS semakin meningkat?agak hairan..
    mungkin sebab ramai remaja terjebak dgn penyalahgunaan dadah kot..
    huhu..

    BalasPadam
  30. Maka itu kena dilatih sedari kecil menutup aurat, setidak-tidak rasa malu bila telah remaja terdedah sana sini.

    Memang ada keluarga yang suka menghias anak perempuannya agak nampak anggun menggoda. Siap bersama ibunya pergi ronakan rambut agar jadi blonde yang menggoda; biar kulit pun sawo matang.

    Ada kalangan kita yang suka melihatnya & ada yang meluat melihatnya. Yang suka ini yang menjadikan mereka ini idola impian, siap diwar-warkan. Islam lahiriah, bila ditegur jawapannya mudah sahaja.

    "Jangan suka jaga tepi kain orang!!!"

    Macam mana Sdr Mazidul. Lagi kita ambil tahu lagi ditempelak.

    BalasPadam
  31. tak marah.
    emosi sikit.

    betul.
    semua sebab perempuan tu sendiri. dah tua tak pandai fikir.

    tapi saya kan ada sifat feminis. jadinya nak menangkan perempuan je la.

    yang perempuan,saya doakan segera taubat.

    yang lelaki..
    semoga jadi lah kamu seorang lelaki.
    di mana tempat sepatutnya.

    boleh gitu?

    =)

    BalasPadam
  32. Editor, hemat saya jangkaan awak benar.

    BalasPadam
  33. Saudara Mazidul,

    Saya pernah baca tentang KL BIKE RALLY 2009 di bukit kiara ni. dan ada program cuci motor...saya agak gmbr2 ni mmg di ambil dari situ..

    Perempuan2 itu begitu bangga dan tidak malu langsung.

    Buatnya ibu bapa diorg pun dtg situ nak tgk motor mcm mana agaknya?

    BalasPadam
  34. Dunia sudah di akhir zaman.
    Berbogel walaupun berpakaian.

    Sampai bila wanita akan diekploitasikan & rela diri ditelanjangi mata2 si kontang akal?

    Jika perkara sebegini menjadi 'hiburan'& 'makanan harian' kalian, hanya bala dariNya shj yg dpt menghentikannya.

    Tanamkanlah sifat MALU di dalam diri - walau apapun bangsa, agama & jantina kalian.

    BalasPadam
  35. Wahhh... saya baru dpt email pasal foto2 ni... byk juga foto2nya kan. Yg lelaki berdiri kat tepi2 tuuu seronok ler gamat nya..

    Budak2 sekarang, ada2 jer nak cari glamor... dulu2, kita nak pakai mini skirt pun kaki kena pukul..... ahahhahhaha... anak2 sapa ler ni ye.

    Dpt info nanti... share2 ye.. TQ

    BalasPadam
  36. Assalamualaikum.
    Saya masih belum berkahwin dan saya memohon pada Allah SWT kurniakan saya seorang wanita yang 'afifah(terpelihara). Sahabatku yang berlawan jantina(muslimah), saya ingin membangkitkan beberapa soalan;

    1)Sedarkah anda soal aurat itu merupakan dosa pilihan utama yang diperjuangkan syaitan? “ Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya ..” Al-A’raf : 20).

    2) Mahukah kamu dikatakan sama darjat dengan haiwan? ” Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan” ( Al-A’raf : 26)-Anak adam yang dimaksudkan ialah manusia, maka jika kita berpaling dari arahan ini, samalah darjatnya kita dengan haiwan yang tidak cukup kemampuan akal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.

    3)Selalu sahaja kamu beranggapan wanita yang bertudung tidak semestinya baik, ada juga yang berzina, jadi jangan pandang luaran. Benarkah begitu?
    Kebaikan dalaman itu bertimbal balik dengan kebaikan luaran. Jika di peringkat luaran sahaja sudah menampakkan kamu tidak mampu menurut syariat, mana mungkin kamu boleh mengatakan dalam hati kamu itu baik?“Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati” (Riwayat Muslim)

    4) Tahukah anda setiap kali anda membuka aurat akan jatuh satu dosa bagi mana-mana lelaki yang memandang dan sedarkah andalah pelopor bagi dosa tersebut?Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya..” ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )


    Saya menyedari bagi muslimah zaman kini, sangat sukar memenuhi tuntutan yang satu ini kerana katanya agak sukar melaksanakan kerja apatah lagi semuanya punya kerjaya profesional. Namun, tergamakkah kamu mengatakan Islam itu agama yang mengongkong? Islam itu mudah, setiap tuntutan yang dinyatakan adalah logik akal untuk kita menerima apatah lagi dalam soal aurat ini adalah bertujuan bagi mengelak kamu wanita(insan yang lemah) daripada disakiti oleh lelaki-lelaki yang suka mendekati zina.

    Saudara Mazidul, kalau begitulah akhlak wanita muslim(jika benar mereka muslim), saya lebih rela membujang seumur hidup. Wanita sering mempersoalkan kualiti lelaki Malaysia, namun percayalah, tak ada mana-mana lelaki dalam dunia ini yang inginkan wanita "berpakaian seumpama telanjang" untuk dijadikan isteri.

    Assalamualaikum. =)

    BalasPadam
  37. jika mereka Muslim...jiwa mereka kosong dengan keimanan dan hari pembalasan....

    catatanhamba.blogspot.com

    BalasPadam
  38. Wow....
    Kalau badan saya cantik pun...
    Saya tak sanggup nak berbaju macam tu... lepas tu bangga pulak orang tangkap gambar kita. Orang2 mcm ni tak pk panjang la. Bayangkanlah satu hari diorang tua cam opah wok (eh pesal opah wok plak jd contoh ni) dah bertaubat, anak dan cucu dah sedozen.. pastu anak cucu tgk gambar ni.... ya Allah.... tak rasa semacam ke? Eii... ngeri nak bayangkan...

    Yang lelaki2 excited kat tepi tak leh nak kata apa... anjing kalau dah biasa makan taik... tak dapat makan, cium pun jadi la... (eh, salah pepatah rasanya ni)....
    Pepatah yang betulnya :- mana ada buaya tolak bangkai... bangkai fresh tu... bergetah!!!!! (tp walaupun bergetah pun ianya tetap bangkai!!)

    BalasPadam
  39. nampaknya banyak benda yang berlaku di barat dah terjadi di malaysia kita ni. Mungkin ini dikatakan mengikut perkembangan semasa.

    Mungkin banyak lagi tempat yang buat program ini?

    BalasPadam
  40. ..kadang2 acara sebegini tidak akan dimasukkan dalam aturcara majlis...atau dinyatakan secara detail dalam sesuatu sesuatu function...ianya dirancang secara diam2 aje untuk mengejutkan pengunjung....kalau dinyatakan dalam atur cara majlis mungkin permit untuk menganjurkan tidak akan diluluskan....penganjur juga beranggapan jika perkara ini akan hot diperkatakan nanti...ianya akan hanya untuk sementara...kalau tak masuk mahkamah...paling kuat mereka akan meminta maaf secara terbuka....perkara seperti ini sudah lama berlaku dinegara ini contohnya...artis luar negara yg mempunyai latar belakang yg kurang sopan....bila datang kesini mereka dan pengajur telah berjanji untuk menghormati adap budaya kita tapi...cuba lihat bila sudah berada diatas pentas mereka tetap dgn cara mereka...buka sana buka sini....so bila ianya panas diperkatakan...mereka cuma minta maaf secara terbuka...dan berjanji tidak akan megulangi lagi....penganjur atau artis tidak dikenakan tindakan langsung pun....So apakah action pihak yg meluluskan permit...ini?perkara seperti seperti tidak ada penyudahnya.....
    terima kasih...

    BalasPadam
  41. tak sayang diri betul! HUH!!!
    tak ubah macam perempuan j****g

    BalasPadam
  42. kalau tak salah saya, pic ini diambil masa bike fest baru-baru ini.

    BalasPadam
  43. opppss..adehhh kalau tunjuk kat hubby mesti dia senyum sakan ni.. :p

    amboii jamu mata sungguh mamat2 kat sana.ngape takde penonton pompuan ye.

    makin berani anak2 kita skrg..risau laa ! :(

    .......

    wow..dapat ambek gambo,video dan tgk live lagik..ermmm kalau yg ade bini balik bole lepas hajat..tp kalau yg bujang jangan rogol budak bawah umo pulak ye :p

    BalasPadam
  44. Yus (orang bujang), usah cepat berputus asa. Perempuan itu manusia, manusia boleh berubah jika diberikan hidayah.

    Ada orang baik sekarang, jahat kemudian, ada juga jahat sekarang baik kemudian. Cuma sayu doakan awak tidak bertemu jodoh dengan perempuan jahat sekarang, jahat juga di kemudian hari.

    BalasPadam
  45. komen selepas update : tak kisah melayu ke, dari negeri dibawah bayu ker, yang penting moral, wpn agama lain dari Islam, jika ada perasaan malu, dia takkan berani tayang badan macam tu
    (agama lain pn tetap suruh berpakaian sopan)

    BalasPadam
  46. Rosnanie, Di pusat hiburan, lebih seksi lebih daripada itu pun ada.

    Siap menari gelek gelek guna tiang. Cuma orang awam tak nampak :)

    BalasPadam
  47. shidee sy sokong pendapat awak, sy pun pernah buat campaign dulu anti AKON datang sini, itu sbb pendedahan oleh saniboey di blog nyer, sbb saya dah cukup muak dgn mohon maaf, kenapa tak buat tindakan drastik pada syarikat penganjur. kita hanya mampu meluahan kan di kedai kopi, pastu masuk paper...pastu mintak maaf, lagi 3 bulan datang kembali cerita yang sama. kesalahan yang sama juga. bukan kita nk ckp pihak peguatkuasa itu lah, ini lah, tp yg paling di fikirkan, sampai bila ia berlarutan, smpi berapa generasi, atau smpi anak2 kita lupa yg mana halal yg mana tidak.

    BalasPadam
  48. hmmm ingatkan penganjur sensitif tentang pakaian gadis2 tu. rupa-rupanya lebih sensitif pasal 'air dan sabun' yang membasahi gadis. cuba bayangkan kalau gadis semua pakai baju gelap & seluar panjang (seluar fit pun ok) tapi dibasahi air dan sabun rasanya takde siapa yang kecoh.

    BalasPadam
  49. Inikan negara demokarsi sekular terpimpin. Xder salahnya selagi tak melanggar undang2 common law. Sibuk pulak nak jaga etika berpakaian orang lain..

    BalasPadam
  50. Salam en maz...

    Alhamdulillah saya tak pernah ke pusat hiburan, kalau tak tak tahu la berapa byk dosa sy mengata diaorg.

    sblm ni en maz ada bgtau kat Yus(org bujang), wanita itu juga manusia, manusia boleh berubah jika diberi hidayah. Betul tu , tp hidayah juga bukan dtg sekelip mata, ianya perlu dicari. Sebab tu kalau ada yang nk tlg diaorg mcm ni, perlukan masa yang bukan sedikit. Dan dlm masa itu berapa ramai yang berani nak berubah.

    tugas saya memerlukan saya berada dalam kalangan remaja yang sedang meningkat naik. Bukan sedikit program yang diadakan untuk mereka, tetapi berapa ramaikah yang relahati untuk terima apa yang kita buat untuk mereka. Berapa kerat sgt yg dtg kerana keinsafan. Kalau dtg pun kerana terpaksa. Pernah terjadi, dalam beratus2 orang yang kita suruh datang, cuma 5 org yang hadir. Sedih kenangkan anak bangsa. Sasaran saya adalah untuk menjaga remaja wanita daripada terjebak, tetapi apa yang dibuat tidak pernah dihargai. Bukan minta dberi hadiah, cukup lah sekadar menghadirkan diri

    BalasPadam
  51. Tukang rumah, komen awak boleh dibaca tetapi perlukah diambil kira?

    Terbaca dalam blog awak, awak tulis "silalah keluar sekarang, hanya tulisan sampah dari pemikir berpaksi pada suasana sempit bilik ini".

    So, that shows it all.

    Rosnanie, Sis awak buat apa sebenarnya?

    BalasPadam
  52. saya adalah seorang tenaga pengajar di salah sebuah IPT. Setiap hari jumaat tika muslimin semua mengerjakan solat jumaat, saya bersama kwn2 yang lain akan kendalikan pogram untuk muslimah. Sudah beberapa tahun diadakan tetapi sambutannya semakin dingin, sehingga lah beberapa bulan kebelakangan ni kami terpaksa buat secara diktator, siapa yang tidak hadir akan didenda. Alhamdulillah sambutan makin pulih, cuma keikhlasan mereka yang tak boleh dinilai. Sebab tu saya katakan, hidayah tidak akan dapat begitu shaja, lgkan dipaksa2 lg mereka menolak.

    BalasPadam
  53. hak individu untuk menerima atau tidak pandangan saya..

    kalau rasa mereka ini jijik pada pandangan anda,jangan lihat.

    Ibarat tercium bau kentut, siapa suruh hidu kalau dah tahu ia sesuatu yang busuk.boleh ke begitu?

    BalasPadam
  54. hahaha...lokasi disabah ekk.ntah pompuan tu semua org luar yg mmg carik mkn disabah.. :p

    apapun jgn ada musibah ribut greg lagi sbb kemurkaan ALLAH itu tidak memilih yg baik atau yg jahat..

    so lu pikir ler sendiri..!

    BalasPadam
  55. Echah,
    cepat cepat Lari..

    salah satu untung, Umat akhir zaman, cerita kita tak dibaca oleh umat kemudian kerana tiada umat lagi,

    jika tidak, zaman ini, cerita bumi tenggelam, penduduknya tertimbus akan masuk dalam Al-quran...menjadi contoh...sebagai mana zaman Soddom dan Laut Mati.

    BalasPadam
  56. Owhhh...ini event yg mcm Editor tu ckp la, kat Bukit Kiara aritu.
    Memang diorg ni di'datang'kan khas utk cuci motor basah-basah camtu.
    Penganjur biasa la, bila org dah bising2, minta maaf je la diorg.
    Perkataan minta maaf tu mcm dah tak berharga dah skang ni.

    Kawan lelaki saya ada pegi masa ni, siap amik gambar2 dekat2 lagi, mcm lelaki2 dlm gambar kat entry ni jgk.
    Sumer pakat naik juling mata dpt tgk 'tayangan body' free.
    Saya yg perempuan ni naik malu tengok perempuan-perempuan sekolah tak abis ni dressing camtu.
    Tak kira la diorg bangsa apa, or agama apa, but still yg menonton majoritinya Melayu Islam.
    Dgn bangganya basahkan baju apa sumer.
    Saya basuh kereta pun takde la basah baju sumer.
    Saja je kan diorg nak buat camtu?
    Kawan saya kata event tu lebih kurang mcm woodstock.
    Taktau la betul ke tak.

    BalasPadam
  57. mari..mari.... sila click to this link for more photos.... :)

    http://www.flickr.com/photos/roi-bo-roi/4046589227/

    gamba Mazidul pun ada......click sini

    http://www.flickr.com/photos/roi-bo-roi/3899855465/

    err, Bro, jgn mara haa.... iklan sket!!

    Roi SeDARAH

    BalasPadam
  58. dunia dah akhir zaman, maksiat bercambah di mana-mana...yang ada daya tegurlah,bimbinglah, tak mampu tegur, berdoalah moga diorg diberi hidayah.

    BalasPadam
  59. Ini bukan kisah gadis cuci damansara yg war2 kan..tp charity ride wash semasa KL Bike International 2008/09 di Bukit Kiara....status girls terbabit tidak diketahui tapi mmg ramai org duk bersepah area khemah tersebut..

    BalasPadam
  60. Gilo.. kat malaysia pun ade benda terang-terangan mcm nie.. mcm da xde pedoman jer...

    BalasPadam
  61. MUKA BUDAK2 POMPUAN TU PUN AKU TENGOK MACAM MUKA BOHSIA - MINAH REMPIT JE...HA HA HA

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.