Khamis, Disember 31, 2009

Majalah Katolik Dibenar Guna Perkataan 'Allah'

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan majalah mingguan Katolik, Herald dibenar menggunakan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitannya.

Menurut hakim, sebelum ini Kementerian Dalam Negeri bertindak salah melarang majalah itu menggunakan perkataan terbabit.

Hakim pembuat keputusan, Datuk Lau Bee Lan.

Jika hakim terbabit bernama Ibrahim Muhammad atau Khaidir Daud, mungkin keputusan berbeza.

Sejauhmana adilnya manusia berbanding Allah dalam membuat keputusan?

Ucapan Kepada semua pembaca blog ini, selamat tahun baharu 2010!

35 ulasan:

  1. Tengok la nanti lebih banyak kes-kes murtad dikalangan orang Melayu kita bila hakim dah buat keputusan macam tu...

    BalasPadam
  2. Entah apa lagi yang akan kita hadapi selepas ini. :(

    BalasPadam
  3. patot la...

    tgk la hakim nya sapa...

    lol

    BalasPadam
  4. Bro, I believe we have to be open-minded about the judgement.

    For no matter what, religion should be the last thing we could use to prevent unity & harmony...

    After all, if we truly believe; there is only One Supreme, whether we know Him as "God", "Allah", "Yahweh", "Tuhan", etc... because for us who belong to the Abrahamic Religion, we believe in only One.

    Let's not be easily confused with priorities at hand by just the issues of the way we know Him.
    For eventhough we are of different religions, we are also firstly born equal.

    My 2 cents... :)

    P.S.: Good final show of 360 yesterday, Bro.
    I know I will miss it...
    All the best in future undertakings, we need to have a cup of coffee really soon! :P

    BalasPadam
  5. tunggu ulasan ulamaq, samada boleh kategori menghina..nama ALLah,mana tau ada orsng menukar tahmid guna nama AL-Azim,byk nama lagi ada 99 nama..

    BalasPadam
  6. Salam Ziarah Mazidul. Selamat Tahun Baru 2010. Semoga tahun baru 2010 lebih baik daripada tahun 2009;-)

    Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui isi hati hamba-NYA. Allah jua yang mengetahui siapa yang bernar-benar beriman dan layak menyebut namanya.

    Dunia ini memang tidak adil dan tidak benar. Kitalah yang perlu mengusahakan dan memperjuangkan kebenaran dan keadilan.

    PS: Murtad yang 'nampak' pada pertukaran agama itu mungkin mudah dikesan, tapi murtad yang 'halus' itu sangat membimbangkan.

    BalasPadam
  7. ini dah tahap menghina... aku tak setuju bro... aku rasa isu ni pasti akan menjadi isu panas awal 2010 ni..

    bro stephen.. don't play wit fire.. ini isu sensitif dan ini negara islam.. mesti la kene bagi priority lebih.. bukan semua isu boleh open minded.. dan aku harap sangat... pihak bertanggungjawab kene la menangani isu ini dengan sebaik2nya... HARAP SANGAT!!!

    BalasPadam
  8. Semoga kita dijauhkan dari perkara-perkara yang mengelirukan dan menjurus ke arah kesesatan...

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum & slmt sejahtera...
    Pendapat peribadi ana, tiada salahnya selain org Islam mggunakan perkataan 'Allah'.
    Ingatlah, Nabi Isa as dan Kitab Injilnya adalah terdahulu drpd Nabi Muhammad saw dan Qur'an. Golongan Kristian terlebih dahulu mnyembah Allah swt drpd kita. Malangnya, tidak smua yg menerima syiar Islam di zaman Rasulullah saw...
    Nak tahu, umat Kristian zaman Rasulullah saw siap g naik haji kat Mekah tp majoriti mereka memeluk Islam setelah di'approach' oleh Baginda saw...
    Kini, x pasti apa dah jadi dgn Kitab Injil yg asli dan yg masih dlm bahasa asalnya (Hebrew?). Kitab2 yg dipegang oleh umat Kristian kini dikenali sbg Holy Bible. versi melayu dipanggil al-Kitab dan Tuhan mereka disebut sbg Allah atau Tuhan Allah.
    Apa salahnya mereka menganggap and menyebut Allah itu Tuhan mereka? Bukankah kunci syurga itu Laa ilaha Ilallah? Mgkin ada jalan mereka untuk mendapat hidayah spt yg berlaku pd diri ana. Mgkin ada harapan bg mereka di akhirat nanti..Yg jadi masalah adalah akidah dan amalan mereka ttp apa beza dgn umat Islam yg tak mengenal Allah atau tiba2 rasa Islam tu x sesuai dgn jiwa. Itulah masalah sejagat umat Islam sebenarnya... Bukannya soal siapa boleh x boleh guna perkataan 'Allah' kerana bagi ana, semua makhluk di dunia ini, bukan org Islam sahaja, bukan org Kristian shj ttp juga Hindu, Buddha, golongan Ateis adalah makhluk Allah dan confirm semuanya akan diadili di Mahkamah Allah swt yg Maha Adil dan Saksama. So jgnlah terkongkong dgn ide bahawa Allah itu exclusive utk golongan tertentu... wallahu' alam. Cuma pendapat peribadi.
    Mungkin ada yg berminat baca link ini, berkenaan dgn asal=usul konsep Trinity http://www.angelfire.com/pa/greywlf/trinity.html

    BalasPadam
  10. setuju dengan UstazCahaya..

    dan.. keputusan semestinya bukan seperti itu kalau hakimnya dari kalangan org 'kita'..

    cik Mazidul..
    selamat tahun baru 2010...



    p/s:rindu laa saya pada 360 lepas ni.. uhuks!!

    BalasPadam
  11. Penggunaan perkataan Allah tidak tertakhluk kepada umat Islam sahaja, Kaum Iban dan segelintir daripada rakyat negara Indonesia bukan beragama Islam juga menggunakan perkataan tersebut untuk melambangkan Tuhan yang Maha Esa. Bahkan rakayat Arab beragama Kristian juga menggunakan perkataan Allah untuk melambangkan Tuhan. Tuhan dikenali dengan banyak nama. Apa yang penting dan harus diingatilah adalah kita sentiasa menuruti kehendak-Nya. Pasal murtad ini memang tidak wujud kerana penggunaan perkataan Allah oleh rakyat berlainan bangsa dan agama tidaklah membawa kesan yang drastik kepada kaum Muslim.

    BalasPadam
  12. Jauh di sudut hati saya, saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku, seolah-olah sambutan tahun baru bagai meraikan kejayaan Ketua Paderi, Tan Sri Murphy Pakiam yang menang dalam rayuannya.

    Lalu, di manakah kita sebenarnya? Mana dia jaguh-jaguh yang kononnya ingin mempertahankan Islam? Mahu berpeluk tubuh? Masih mahu bertolak ansur? Kerana terlalu bertoleransilah, agama dan hak kita semakin terhakis.

    Selepas ini, akan ada beberapa permintaan lagi untuk menyamatarafkan agama mereka dengan agama kita.

    Bukankah sudah ada permintaan menggunakan wang zakat untuk orang bukan Islam?

    BalasPadam
  13. salam,
    reaksi saya pada keadaan ini ialah inikah negara Islam Malaysia?inikah nilai satu Malaysia?kepada pemimpin Islam jika tidak mengambil sebarang tindakan maka tidak usah meletak nama Malaysia sebagai negara Islam kerana memalukan, hakim bukan Islam memberi keputusan memang memalukan. Patutlah makin ramai yang murtad makin ramai anak Islam yang berzina dek kerana pemimpin Islam yang bisu tanpa suara.

    BalasPadam
  14. TERINGAT PADA DAILOG DALAM DRAMA MINGGU INI(RTM DULU2) BERKISAR ZAMAN KOMUNIS DI MANA KOMUNIS TELAH MEMUSNAHKAN TOKONG DI SEBUAH RUMAH CINA. WATAK TERSEBUT MENGELUH MEMAKI HAMUN KOMUNIS SAMBIL BERKATA' MAHU SEMBAHYANG SEMBAH TUHAN ALAH(ALLAH) PUN SUSAH'
    MASA TU TERFIKIR KENAPA CINA MAHU SEMBAH TUHAN ALLAH? SIAPA TUHAN BANGSA CINA?
    SEMUA AGAMA BERHAK MENGATAKAN ALLAH ITU TUHAN MEREKA TETAPI HANYA ISLAM AGAMA YG SEBENAR DUNIA DAN AKHIRAT. DIDIKLAH ANAK2 KITA MENGENAL ALLAH SWT AGAR TIDAK TERPENGARUH DGN 'ALLAH' AGAMA LAIN.
    MALAYSIA SEMAKIN MENGHAMPIRI KONSEP YG DI AMALKAN OLEH INDONESIA. TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI IBUBAPA MEMBEKALKAN ILMU ISLAM YG SECUKUPNYA UNTUK ANAK2 SEBAGAI PERISAI KEPADA PENGARUH YG BOLEH MENGHANCURKAN AKIDAH MUSLIM.

    BalasPadam
  15. Siut! Btut.....

    Pikir2 kan...!
    Sikit2 lama jadik ?

    Selamat Tahun Baru Semua...

    Moga Tahun Baru memcelikkan mata kita semua!........org perak kater biyooooow teraaaaaaaaaaangggGGGG!

    BalasPadam
  16. Bro, ini pendapat saya.

    Konflik sebegitu pernah berlaku sebelum ini perihal penggunaan nama Allah. Jangan gusar. Sebab itulah turunnya Ayat berkaitan Asmaul Husna. Dan Allah memiliki 99 nama lagi...

    Itulah Tuhanku yang Maha Mengetahui yang sebelum, sekarang dan yang akan datang. Inilah Tuhanku yang Maha Bijaksana.

    kamal fnd hashim

    BalasPadam
  17. Untuk sekian kalinya, orang Melayu Islam hanya mampu mengeluh panjang.

    Dan jangan terkejut jika ada orang melayu Islam yang sedang menjerit kegirangan, "Yes, Yes, Yes"


    emmm...


    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  18. muslihat nak seleweng generasi islam yang akan datang

    BalasPadam
  19. sedih dengar berita ini..mengharapkan kuasa raja-raja melayu mencampuri urusan ini...

    BalasPadam
  20. Salam,

    1. Secara peribadi saya melihat tindakan Pertubuhan Kristian menggunakan perkataan "Allah" didalam majalah mereka jelas menampakkan betapa Kristian sebenranya tidak mempunyai satu pendirian atau faham didlam melihat istilah tuhan ini.

    2. Apa jua yang perkataan yang mereka rasa sesuai dengan fahaman mereka akan digunakan seperti mana kitab injil yang telah diubahsuai kandungannya mengikut citarasa paderi-paderi mereka ketika itu.

    3. Saya yakin selepas ini nama-nama dewa hindu atau cina pula akan digunakan didalam khutbah dan ceramah mereka di gereja untuk melambangkan tuhan-tuhan mereka.

    4. Sekiranya ini berlaku kelak, setiap nama-nama itu pasti kan merujuk kepada agama kristian yang telah disongsangkan itu.

    BalasPadam
  21. Hakim yang buat keputusannya pun Cha Ya Nun aliff..

    BalasPadam
  22. Terfikir juga mengapa dalam kes sebegini, hakim yang bukan beragama ISLAM boleh menentukan keputusan mahkamah. seelok-eloknya biarlah hakim yang beragama ISLAM yang membuat keputusan, ini kerana kita yang beragama ISLAM memahami apa yang kita tentukan.

    BalasPadam
  23. Di sebabkan kesibukkan, lambat sikit mengucapkan "selamat tahun baru 2010" kepada Bro kita ni.. Bertambah tahun, maka Bro kita pun semakin 'Otai' hehe.. ( Umur pun bertambah) SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA..

    BalasPadam
  24. Salam 2010...

    Ya Allah, selamatkan aqidah orang Islam Malaysia.....

    BalasPadam
  25. berILMU, beramal serta beriMAN,

    biarkan mereka merenung mengguna memakai dgn Ilmu dan menggunakan amalan ilmu Illahi,samapi ke bulan, mana tau tetiba datang takdir mereka Beriman..dah rezeki dek tenung nama Allah hari2 dlm majalah ..

    sesama Islam (mcm saya) masih tiada masa nak berIlmu (gali ilmu), beramal (malas,),cuma tahap Iman yang sedikit nipis.....

    BalasPadam
  26. Assalamualaikum...
    Isu ini sebenarnya telah lama wujud. Sebelum ini telah timbul isu penggunaan bahasa Melayu dalam penerbitan kitab injil.
    Hakikatnya perkataan Allah buka hak ekslusif umat Islam. Jika kita menjenguk negara-negara di Asia Barat, perkataan Allah digunakan bagi mewakili maksud tuhan meskipun untuk agama lain. Begitu juga sebelum ini umat yahudi dan kristian menggunakan nama Allah kerana sebelum ini ajaran mereka berasaskan ajaran nabi musa dan isa al masih. Namun, kita harus sedar, "Allah" yang digambarkan mereka jauh sekali menyimpang dengan ajaran dan akidah kita. Kristian membahagikan tuhan mereka kepada tiga termasuk Allah sebagai bapa nabi Isa. Bagi umat Islam, walau apa pun namanya, hanya ada satu pencipta di bumi ini. Allah yang Maha Esa.
    Dalam konteks negara Malaysia, secara peribadinya saya berpendapat tidak wajar perkataan Allah digunakan untuk agama lain. Tindakan Tan Sri Ketua Kristian yang menuntut hak nama Allah sebenarnya tidak lebih daripada satu usaha untuk mempermainkan agama Islam dan cuba memperlekehkan kekuatan agama suci Allah.
    Ironinya, masyarakat Islam(majoritinya Melayu) masih lagi berdiam diri. Kuasa Yang dipertuan Agong perlu digunakan semaksimum mungkin sebagai ketua agama Islam dan ketua negara ini. Saya tidak nampak faktor lain yang boleh menyatukan masyarakat Melayu melainkan agamanya iaitu Islam. Jika atas dasar Islam pun melayu masih belum boleh bersatu, maka benarlah Melayu itu sudh tiada maruah. Alangkah bagusnya Melayu bangkit menentang apabila Islam cuba dipersendakan sebagaimana berlaku pada tragedi Natrah(12 Disember).
    Sekian Wassalam.

    BalasPadam
  27. "Sesungguhnya agama yang diredhai oleh Allah adalah agama Islam"

    Jadi kepada sesiapa yang berkata hak nama Allah untuk agama lain selain Islam, cuba anda baca balik sedutan ayat Al-Quran di atas.

    Jangan kerana hendak mendapat sokongan politik sanggup mengiyakan apa sahaja pendapat orang lain.

    Melihat gambar editor Herald tersenyum selepas pengumuman tersebut menandakan perjuangan beliau untuk mengelirukan orang Islam setakat ini semakin berjaya.

    "Orang Nasrani dan Yahudi tidak akan redha selagi kamu tidak mengikuti agama mereka"

    Jadi jangan tuan-tuan lupa ayat ini dah disebut di dalam Al-Quran sebelum ini.

    Fikir-fikirkanlah

    BalasPadam
  28. dah telah ku duga akhirnya meletup juga isu ni sempena menyambut tahun baru nie... ishh sedih2...

    hakim datuk lau bee lan tu dok mana? meh aku nak sekeh kepala dia...!!!

    BalasPadam
  29. masa kita dijajah dulu pun, penjajah takde buat perkara2 ganti nama tuhan dengan Allah. ini kan plak, si polan yang tak sedar asal usulnya boleh pula minta hak mcm tu... melampau!!

    BalasPadam
  30. Dimana kuasa Raja2 ? Dimana hak Orang Islam ? Negara Islam tp .. fikirlah.

    BalasPadam
  31. Kenapalah isu begini dikendali oleh hakim yg ...... (tak dpt nak cari perkataan yg sesuai) memang keputusan hakim dihormati tapi apakah semua hakim arif dgn semua perkara jika tak arif dgn sopan tarik diri ... jgn main sanggup sebab dpt gaji bulan... Baik skrg buat kenyataan minta maaf kerana ketelangsungan tugas keputusan hukum telah dibuat tapi mansuhkan bila baru sedar perkara ini tidak dikuasai kearifannya.... mcmana keadaan nak tenang sengaja diujud keadaan musykil begini..

    BalasPadam
  32. Kat singapore, memang takde azan secara public yg idbuat mcm kita kat sini. Tapi, org beriman tetapo juga jhadir ke masjid,dan tidak jadikan alasan 'azan' tak degr sebagai taknak semayang. Kat sini, azan berlapih2 (banyak masjid sekali azan serentaK),tapi ramai yg tak pegi semayang. Pokok pangkal nya, terpseong akidah adalah pada iman dan manusia ni, bukan pada bende2 yg kat luar..

    BalasPadam
  33. hmmmm...sebagai penganut katolik ( yang telah mempelajari teori katolik sehingga umur 17 tahun walaupun masih lemah dalam pemahaman dan juga praktikal)

    ini adalah apa yang saya perlu katakan dan saya harap kata kata saya dapat diterima dengan hati terbuka.

    pertama sekali ingin saya katakan disini bahawa kitab katolik telah pun diterjemahkan dalam banyak bahasa dan salah satu ialah bahasa indonesia. (saya rasa saya tidak perlu saya huraikan bahawa bahasa melayu kita memang hampir mirip dengan bahasa indonesia)

    bahan bahan bacaan agama dari indonesia tersebar luas dan mempunyai banyak pengaruhnya terhadap masyarakat sabah dan sarawak( yang juga penganut majoriti katolik di Malaysia)

    'Allah' telah digunakan dalam semua jenis bahan bacaan yang diimport dari indonesia. dan seterusnya telah menjadi biasa dalam penggunaan seharian penganut kristian (bukan sahaja katolik)di sabah dan sarawak untuk memaksudkan tuhan.

    perkara ini dianggap biasa pada zaman sebelumnya, iaitu sebelum migrasi berleluasa diantasa semenanjung dan sabah sarawak. tapi oleh kerana ramai masyarakat sabah dan sarawak telah menetap disini...penggunaan bahasa melayu di dalam gereja dan seterusya di dalam bahan bacaan telah menjadi satu keperluan. dan pengguaan 'Allah' menjadi persoalan.

    Allah bagi kami adalah Tuhan sebagai mana pengertiannya kepada penganut Islam.

    Jika pendapat atau fakta yang dipercayai benar oleh saya diatas adalah salah...saya berharap...pendapat kedua saya dapat membantu.

    Penganut Katolik dan kebanyakan mazhab-mazhab kristian di seluruh dunia mempercayai bahawa Jesus atau Nabi Isa adalah seorang ....Nabi..yang diturunkan oleh Tuhan. Dan ini juga dipercayai oleh penganut Islam...Nabi Isa adalah Nabi yang diturunkan oleh Allah.

    Apa yang harus dipertimbangkan disini adalah maksud disebalik 'Allah'. Saya percaya ia sungguh suci bagi kedua kedua agama yang datangnya dari satu.

    sekian

    jika kita hanya akan mempertikaikan yang perkara yang hanya akan membawa kepada perpecahan dan perang...lebih baiknya kita berdoa bahawa esok bukanya akhirat.

    BalasPadam
  34. Salam ,

    Perkataan Allah telah digunakan sebelum agama Islam muncul lagi dan ia digunakan oleh orang kristian Arab .


    Malaysian muslim tiba2 nak bangkit isu ni ???? Anda kena belajar balik sejarah .

    Perkataan "Allah" telah lama digunakan sebelum merdeka lagi , kenapa sekarang baru nak ungkit2 .

    Maaf kerana menyinggung perasaan anda ,tapi ini kebenaran .

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.