Ada orang marah kerana saya menggunakan perkataan 'lonte', bukan 'pelacur', 'germo' bukan 'bapa ayam' di dalam laporan khas 999, 'Kupu Kupu Malam Batam', 21 Januari lalu.
Apapun biar saya jelaskan di sini.
2 perkataan terbabit bukan ciptaan saya.
Berikut skrip asal perbualan saya bersama pemandu teksi, 'Ujang', 48 tahun mendakwa pernah bekerja di Malaysia selama 8 tahun dan fasih berbahasa Melayu.
Mazidul: 'Kalau di Malaysia bapa ayam, di sini panggil apa?'
'Ujang': 'Germo'.
Mazidul: 'Kalau perempuan, pelacur panggil apa?'
'Ujang': 'Lonte'
Izinkan saya berkongsi pengalaman tidak sempat dimuatkan di dalam laporan 999 tempoh hari.
Setiap premis pelacuran bertopengkan pusat hiburan karaoke mempunyai purata lebih 20 lonte, majoriti muda, segelintir berusia sederhana. Tugas mereka mudah, berhias dan kemudian duduk secara berkumpulan di 'akuarium' bagi memudahkan pelanggan membuat pilihan.
Purata harga mereka, 400,000 Rupiah (RM150) bagi servis 'over night', hampir 24 jam . Andai lonte berparas jelita dan berstatus bujang, harga ditambah mencecah 500,000 Rupiah.
Kata 'Diyanti', 30 tahun, lebih 100 lonte diperdagangkan di premis dia bekerja. Sewaktu berkunjung ke premis sama, beberapa 'pelancong' lelaki Melayu Malaysia terlihat kelibat saya pantas menyusup keluar sehingga tidak sempat saya bersalaman dan berkenalan. Terfikir, mengapa mereka harus lari? Apa ditakutkan? Bukan tujuan saya dan krew merakamkan visual mereka. Fikirkan, wajah lonte tidak didedahkan sewaktu siaran demi memelihara identiti mereka, apatah lagi wajah warga Malaysia.
Dalam tempoh liputan, saya berpeluang menjelajah hampir separuh pulau berkeluasan 175 kilometer persegi itu bersama jurukamera, Zulhazri Abu Bakar dan pembantunya, Ezreen Abd Talip.
Jika kepelbagaian dan keenakan makanan tempatan diidamkan, harga makanan tidak semurah dan sesedap dijangkakan. Contohnya, hidangan Nasi Padang, juadah untuk 3 pelanggan berharga RM60. Makanan dihidangkan gerai jalanan pula bukan pilihan sesuai bagi mereka mementingkan kebersihan. Noktah.
Majoriti pelancong, warga Singapura diikuti Korea dan Malaysia. Dari pengamatan saya, kebanyakkan pengunjung, lelaki. Selama 3 hari, saya hanya bertemu seorang wanita, ibu 2 anak menetap di hotel bersama suaminya.
"Di sini ada terma 'curi ayam'," kata 'Ujang'.
"Maksudnya?," soal saya.
"Sewaktu berhibur, karaoke atau menari dangdut, cewek boleh mengajak customer melakukan hubungan seks di bilik belakang rumah. Bahasanya 'curi ayam yuk!'," jelasnya sambil tersenyum.
Lonte di kawasan terbabit tidak boleh dibawa keluar. Kehidupan dan 'perkhidmatan' mereka dibatasi tembok simen tinggi, penghalang memisahkan mereka dengan dunia luar.
"Tetapi kalau bapak mahu juga, itu bisa diatur," kata pekerja lelaki membisikkan kenyataan klise itu ke telinga saya.
2010, Tahun Melawat Batam dengan tema 'Experiance it!'.
Mungkin banyak lagi lokasi tidak saya terokai justeru skop penulisan ini boleh dianggap 'sempit' dek sesetengah pihak. Apapun, kesimpulan saya, Pulau Batam lebih sesuai dikunjungi pelancong lelaki bukan perempuan kerana Pulau Tioman lebih indah, pusat membeli-belah di Malaysia, 100% lebih gah.
Seperkara lagi, jangan pula selepas ini semua isteri menghalang suami berkunjung ke Pulau Batam. Nanti marah mereka kepada saya.
kesian..wanita..asyik terkena jer
BalasPadam(Pn Echah n LIza)
lepas ini kena buka kes GIGOLO baru adil hee..
di Malaysia,masih belum wujud nama 'Pegawai Perhubungan Jiwa"
,nampak lembut..
Bila tengok forumer Indon mencarut menggunakan perkataan 'lonte' dekat forum Topix Malaysia, mulanya saya tak faham apa itu 'lonte'. Bila tengok 999 hari tu barulah saya faham apa maknanya.
BalasPadamsalam,
BalasPadamcara hampir sama di Malaysia cuma ayam yang berbeza, heheheh
Mengenakan wanita dgn cara yg betul x jadi masalah En. zeqzeq - biaq depa rasa, sapa mkn cili dialah yg terasa kepedasannya...
BalasPadamBagus idea mewujudkan jawatan Pegawai Perhubungan Jiwa tu - saya rasa di dalam rumahtangga sahaja cukuplah - jawatan tu sesuai beno buat isteri - Suami pasti sentiasa sayang, kasih & cinta. Natijahnya, walaupun 16 orang "lonte" yg comey lote (pembawa HIV/AIDS secara percuma) tu meliuk-lentok di depan Suami, dia selamba badak je kata, "Ade aku kisah? - terkangkang-terkobak le kome kat situ...Ptuiihhh"!
satu pertanyaan..perlukan kita berlembut berhemah dgn panggilan / perkataan lain jika kita sendiri rela utk terjun ke lembah yg hina itu? Bagi sy tak ada bezanya jalang, pelacur or lonte
BalasPadammemang sumua tu kerja maksiat
BalasPadam