Ahad, Januari 24, 2010

Ghairah Tidak Bertempat

Jam 2.30 pagi tadi sewaktu memandu pulang ke rumah saya terlihat pasangan bercumbuan di dalam kereta Kelisa di hadapan saya. Berkebetulan, lampu isyarat berwarna merah. Saya besarkan mata, bukan sekali, berulangkali mereka bercumbuan diselangi tawa.

Sekilometer kemudian, sewaktu memandu di lorong paling kiri tiba-tiba kereta sama meghimpit kereta saya. Terperanjat dan hampir terbabas, pantas saya membunyikan hon, pemandu dan penumpang terkejut. Sempat saya menjeling gadis berbadan gempal, berpakaian seksi duduk di kerusi penumpang. Pemandunya berkemeja, berambut pendek dan bertubuh kurus tersenyum memerhatikan saya, si gadis kelihatan keliru.

Geram, saya mengekori kereta Kelisa terbabit.

Hah! Rupanya pasangan itu tinggal berhampiran rumah saya, di apartment berlainan. Ketika memberhentikan kereta berhampiran pos pengawal, saya perhatikan Kelisa itu dipandu masuk ke kawasan apartment.

“Couple mana desperate sangat sampai bercium tidak berhenti di dalam kereta, cemas terlanggar kereta saya,” saya mengadu kepada pengawal bertugas.

“Driver itu pengkid dengan girlfriend dia. Mabuk lah tu,” ujar pengawal keselamatan sambil menulis buku laporannya.

“Kalau pun sudah tidak tahan sangat, jangan lah sampai macam itu, bodoh!,” balas saya.

Sebelum ini saya pernah menulis berhubung gay, ramai golongan sama marah. Kini saya tidak ambil kisah. Teguran telah saya lakukan, andai mereka ingin meneruskan gaya hidup dijalin nafsu songsang, itu hal mereka. Tanggungjawab saya selesai.

Kini, pengkid pula kelihatan lebih melampau. Perempuan, buat cara perempuan. Maksudnya dia masih berpayu dara dan alat jantinanya sama seperti perempuan lain.

Sebelum ini pengkid diharamkan Majlis Fatwa Kebangsaan, barangkali pengkid terbabit tidak ambil pusing berhubung hukum. Apapun, jika terlalu ghairah dan amat kepingin menggomol teman berjantina sama itu, balik kerumah dan berasmaralah sepuas dan selama mungkin, itu hal mereka.

Tetapi bukan di dalam kereta dipandu laju di jalanraya kerana tindakan melampias nafsu tidak bertempat mengancam keselamatan orang lain.

Bangang pengkid itu!

10 ulasan:

  1. ahaa, yang ni memang TAK normal.

    giliran Pengkid

    cukup sifat dalam paparan Sdr Mazidul
    wanita, lelaki dan pengkid.

    BalasPadam
  2. bila iman tidak ada di dada syaitan bermaharaja lela...

    masa zaman sekolah dulu lagi benda2 ujud.sy ber sekolah di asrama penuh perempuan semua, maka kegiatan couple sesama perempuan tak heran bagi kami masa itu tapi kami buat dunno aje, kalau lapor kan tak pasal2 kena lempangg ...

    BalasPadam
  3. pengkid..suma muka sama jek..spesen.pe yang menarik sangat?tapi yang hairan.'teman wanita ' mereka ramai yang cun2..pelik sungguh

    BalasPadam
  4. Apa kata Bro buat pendedahan habis2an pasal isu ni mcm yg kat batam tu..sekurang2nya bila ditanya malaikat sok, blhlah jwp kita dah cuba sdrkan tapi mrk memang memilih jalan hitam..

    BalasPadam
  5. Sewaktu bercuti di Port Dickson untuk menyambut hari jadi ayah tempoh hari, kami satu kolam renang dengan pasangan pengkid. Perempuannya tidaklah cantik sgt tapi seksi hanya berbikini (2 pieces baju, atas dan bawah sahaja). Pasangannya memakai t-shirt. Bila bajunya basah dia akan betulkan baju cepat2 bg mengelakkan bentuk payudaranya terserlah. Tapi yg menjengkelkan aksi mereka bercium, beromen, saling meraba antara sama lain dalam pool disaksikan oleh beratus penghuni hotel yang menghadap pool. Malah mak dan ayah saya yg turut sama berada dalam kolam langsung tak beri kesan pada mereka berdua. Asyik beromen sakan sepasang perempuan MELAYU tu. Sungguh menjijikkan.

    BalasPadam
  6. kesian...desparate nak jadi lelaki sangat pengkid ni...

    BalasPadam
  7. Kesian.. kesian ibubapa mereka...

    anak sapalah tu...

    BalasPadam
  8. Bro Mazidul,

    Betul² bangang lah dowang tu...

    BalasPadam
  9. salam,
    dunia semakin tua, manusia semakin lupa. Nasib baik abang tak apa-apa.

    BalasPadam
  10. Nauzubillah.. Di mana nilai-nilai agama mereka?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.