Selasa, Februari 02, 2010

Berita Gembira Untuk PDRM

Gaji majoriti pekerja syarikat swasta dinaikkan setiap tahun mengikut prestasi kerja mereka dalam tempoh 12 bulan. Jika syarikat memperolehi keuntungan besar, maka besar jumlah bonus diagihkan. Pastinya ramai gembira.

Apapun, secara peribadi berita berikut lebih menggembirakan saya.

Gaji anggota Pasukan Polis Diraja Malaysia, PDRM bermula daripada mereka berpangkat ‘rank and file’, Sarjan ke atas akan dinaikkan seperti disarankan Suruhanjaya DiRaja Pembaikan 3 tahun lalu.

Diringkaskan, gaji pokok Sarjan, RM1,500 berbanding RM890 sebelum ini. Manakala Inspektor akan menerima gaji RM2,060 berbanding RM1,492. Menerima insentif istimewa RM200, elaun sara hidup di antara RM100 dan RM200 dan elaun rumah, RM240, pendapatan bulanan pegawai berpangkat Inspektor mampu mencecah RM3,000.

Pemegang Diploma dan STPM menyertai PDRM berpangkat Sarjan dilaporkan bakal dibayar gaji bulanan, RM1,500. Skim gaji terbaharu terbabit khabarnya diluluskan Jabatan Perkhidmatan Awam seperti dilaporkan akhbar The Star.

Akbar sama mencatatkan, pangkat Senior Assistant Comisioner I dan II (SAC I dan SAC II) akan dimansuhkan dan diganti SAC sahaja. Pangkat Cif Inspektor juga akan dihapuskan. Berita pemansuhan 3 pangkat terbabit dikhabarkan rakan kepada saya 2 bulan lalu ketika berada di Sabah.

Bagi saya, mengetahui kadar sebenar gaji pegawai dan anggota PDRM, maklumat penting untuk masyarakat.

Berikut penjelasan saya rumuskan.

Sebilangan kita mungkin pernah mendengar pelbagai dakwaan, antaranya, anggota dan pegawai polis dikatakan hidup mewah berbanding pendapatan diraih.

Kepada kelompok kurang tahu, setiap anggota polis dan pegawai diwajibkan mengistiharkan harta mereka kepada pihak jabatan. Justeru, tidak hairan jika sebilangan anggota dan pegawai PDRM disiasat jabatan bertanggungjawab andai wujud laporan berikutan keraguan berhubung ‘kemewahan’ didakwa. Namun, seperti juga dakwaan dibuat terhadap orang awam di negara ini, undang-undang menetapkan ‘they are innocent until proven guilty’.

Saya percaya status kehidupan anggota dan pegawai PDRM sentiasa menjadi tumpuan orang ramai. Contohnya, jika sebilangan mereka memiliki beberapa kenderaan mewah dan berumah besar, tidak setanding dibandingkan pendapatan, maka akan timbul pelbagai persoalan menjadi buah mulut masyarakat.

“Rasanya dia berpangkat Kopral tetapi renovate rumah banyak kali, lepas itu hairan juga, mana dia dapat duit buat kenduri besar di dewan waktu anak kahwin?,” antara bentuk persoalan dilontarkan masyarakat.

Itu pertanyaan biasa.

Namun masyarakat harus adil dalam membuat penilaian dan penghakiman. Pada masa sama, lihat beberapa faktor lain seperti pendapatan sampingan mereka. Mungkin anggota dan pegawai terbabit dilahirkan dalam keluarga ‘silver spoon’, kaya, mungkin mereka dibantu isteri atau anak bekerja, berpangkat dan berpendapatan besar atau mungkin juga mereka golongan bijak berjimat cermat sekaligus mampu meraih pendapatan lumayan hasil pelaburan. Justeru tidak salah jika mereka hidup mewah.

Maksudnya ‘keraguan’ ditimbulkan masyarakat tidak semestinya benar.

Apapun, hemat saya, untuk mengelakkan pandangan negatif masyarakat, anggota dan pegawai PDRM harus hidup secara mengukur baju di badan sendiri. Tidak menjadi kudis andai mereka hidup sederhana biarpun pendapatan bulanan mereka bakal bertambah. Berikutan kenaikan gaji seperti dilaporkan, diharap selepas ini tidak timbul sebarang tanggapan buruk masyarakat setiap kali melihat anggota polis trafik menjalankan tugas mereka memeriksa kenderaan diberhentikan di tepi jalan.

PDRM sentiasa memantau pergerakan orang ramai khususnya kelompok disyaki terbabit dalam perlakuan jenayah. Pada masa sama, masyarakat juga memerhatikan mereka.

Itu kenyataan.

17 ulasan:

  1. Salam ,

    Ic ok not bad , dah improve , so harap2 nanti kaum2 yg lain juga tertarik dgn kerjaya polis.

    wintergurl88.blogspot.com

    BalasPadam
  2. sy sgt stuju, cuma agak kecewa kerana gaji yang dinaikkan hanya bermula di peringkat Sarjan, bukannya peringkat "Laksamana DOremi"-Lans Koperal.

    Bapa saya seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal, bekerja di bahagian yang kurang dikenali tapi sangat penting-Cawangan Logisitk, dan kerjanya 24-7. Tapi, ramai yang tak faham dan dengki bila mereka mendapat rezeki lebih sedikit.

    Harap Abg Mazidul boleh menyingkap lebih sedikit tentang kehidupan sebenar anggota polis, untuk membetulkan tanggapan orang ramai kepada kehidupan sebenar seorang anggota polis.

    BalasPadam
  3. mmmm,
    kdg2 ade juga gaji yg dberi tu tk berpadanan dgn keje yg dibuat

    uhuks

    agagagaaga

    BalasPadam
  4. bukan nak mengata bukan hendak mengumpat. Kawan baik sejak sekolah yg sy tahu latarbelakangnya dan tidak bekerja juga latarbelakang suaminya berpangkat kopral shj tapi hidup mewah mengalahkan gaji engineer profesional! Pasti ada yg tidak beres di sini!!!

    BalasPadam
  5. harap2 gitu lah..realitinya, tidak ramai yg berbelanja melebihi saiz badan..namun, bg yg segelintir ini patut2 kan lah supaya cemuhan itu tidak melimpah terkena isteri/suami dan anak2..

    BalasPadam
  6. salam angkel,

    TAHNIAH di atas kenaikan gaji ini...
    memam patut mereka terima...('',)

    BalasPadam
  7. rezeki masing-masing dan jgn ada dengki diantara kita... * mcm lirik lagu :)

    BalasPadam
  8. Berpada-pada supaya tidak timbul keraguan...

    BalasPadam
  9. bagus la kalau dah naik gaji...harap prestasi kerja pun dapat ditingkatkan juga nanti

    BalasPadam
  10. moralnya beli kasut beli kereta ikut badan..baru cukup belanja..

    BalasPadam
  11. Mrss Noor.

    Tak elok todoh-todoh tau..dosa..

    BalasPadam
  12. Fakta kajian index rasuah di Malaysia jelas semakin hari semakin naik melampau; tidak terkecuali PDRM disebut-sebut terlibat sama dengan gejala rasuah; begitu juga Pejabat Tanah.

    Saya pernah membuat aduan di biro aduan awam JPM tentang masalah pegawai kerajaan bawahan; berskim gaji Darjah Enam yang semakin papa kedana. Tak lojik zaman telah merdeka lebih 50 tahun masih ada skim gaji serendah ini.

    Lalu mantan PM kita Pak Lah ambil tindakan membetulkan keadaan ini tetapi sayangnya dalam masa yang sama Orang Kanan VVIP kesatuan sekerja menangguk di air keruh maka kenaikan ini tidak seimbang bilamana negara dihimpit masalah kenaikan barangan golongan bawahan ini masih terhimpit.

    Hidup di kota setakad gaji kasar RM3,000 pun bukannya mudah, apatah lagi bergaji rendah dari itu.

    PDRM berhak menerima taraf gaji yang sesuai lantaran keselamatan negara banyak bergantung dengan mereka. Jika anggota PDRM tidak amanah, tunduk kepada tekanan politik, malahan mengamal rasuah pasti negara kita akan huru-hara.

    Agar kerajaan sentiasa mengkaji dari masa ke semata bukan PDRM sahaja tetapi golongan bawahan yang masih terhimpit kehidupan mereka dengan kenaikan barangan yang sukar dibendung kini.

    BalasPadam
  13. betul tu zeq..

    jiran combi seorg lans kopral dan isteri dia guru berijazah.dorang membeli sebuah rumah teres dan sebuah kereta honda vios bahagia bersama dgn 2 org anak pompuan.

    semua itu dari loan dorang suami isteri maka janganlah ada yg menuduh rasuah walaupun suaminyer hanya berpangkat rendah.

    suami jiran combi orgnyer mmg baik dan mmg menjadi kariah sebuah masjid berhampiran taman perumahan kami.

    ALLAH akan tambahkan rezeki jika kita pandai bersyukur.insyaALLAH

    BalasPadam
  14. setuju dengan iDAN... heheheh ni nak bayaq duet gheta bulan bulan pun ada kala terlepas dua bulan... siap sewa umah mana ada rm500 sebulan kat KL.. duit HP, myk, makan... nasib bujang. hahahahah kira punya kira.. cukup cukup ja...

    apa apapun syukur Alhamdulillah, lepas ni tak la lepas sampai 3 bulan duit keta myvi caboot tu ^_^

    BalasPadam
  15. tahniah! satu langkah yang baik walaupun agak terlewat.

    anggota polis diberi tanggung-jawab menjaga ketenteraman awam, terdedah kpd segala bentuk bahaya malah sering disabitkan pula dgn rasuah & penyalahgunaan kuasa.

    umum mengetahui pespektif negatif oleh sesetengah pihak/kaum terhadap badan penguatkuasaan yg majoriti melayu ini.

    kenaikan gaji ini bukan sahaja meringankan beban mereka. ia akan menjadi penyuntik semangat utk melaksanakan tugas dgn lebih sempurna demi negara tercinta.

    BalasPadam
  16. Tahniah! kepada pihak Kerajaan yg prihatin, Tahniah! kepada para pegawai Polis yg terlibat.

    Walaubagaimanapun, kenaikan tangga gaji tersebut seharusnya diperhalusi lagi - daripada peringkat bawahan lagi WAJIB diambil kira (jangan fikir lagi)- melentur buluh kan ke dari rebungnya? Gejala2 yg tidak sihat yg kerap diperkatakan (sama ada dapat dibuktikan mahupun cakap dengar)kan ke bermula dari bawah? Kalu dah terbiasa... apabila naik pangkat kan ke seronok diteruskan?

    Apapun pengalaman peribadi saya sendiri, tidak pernah berhadapan dgn pegawai Polis yg rasuah -TAHNIAH! Teruskan keikhlasan bekerja demi bangsa & negara - Kekalkan kapasiti & intergriti, anda pasti dipandang TINGGI!

    Di kesempatan ini, izinkan saya mengalungkan ucapan Terima kasih kepada SM Abu Hasan & seorang lagi pegawai Polis (namanya dicatatkan oleh Abang-disimpan dirmhnya)dr Balai Rasa, Kuala Kubu Bharu - Tarikh 22hb Jan 2010 yg mencemaskan kami sekeluarga akan dikenang sentiasa - Lambang keikhlasan visi & misi kepolisan terserlah - Beliau membantu kami lebih daripada tugas & prosedur jawatannya - Nilai kemanusiaan yg tebal membuktikannya - TABIK TUAN!

    BalasPadam
  17. Tahniah Pak Polisi. Semoga lebih berkesan peranannya dan kurangkan persepsi negatif rakyat. Berkhidmat dengan tulus ikhlas demi menjamin rezeki yang diterima untuk anak dan famili tercinta.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.