Sabtu, Mei 22, 2010

"Dara Berharga RM1,000" - Mangsa, 14 Tahun

Jam 1.30 tengahari semalam saya, penerbit 999, Shahun Hanif dan jurukamera menuju ke Telupid, 2 jam perjalanan menaiki kereta dari Sandakan, Sabah.

Kami dimaklumkan berhubung 8 mangsa pemerdagangan manusia warga Filipina berusia di antara 14 dan 27 termasuk 2 lelaki ditempatkan di Telupid, 2 jam menaiki kenderaan dari Sandakan.  

Setibanya di hotel murah di Telupid, kami dipertemukan dengan kesemua mangsa, tinggal di bilik sempit dan sesak bak sadin.


Dibantu 5 pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, APMM, kami 'melarikan' mereka menggunakan 3 kenderaan ke Sandakan dan tiba di hotel pada jam 5.30 petang.

Berikut antara terjemahan perbualan di antara krew 999 dan mangsa.

"Saya masih dara sewaktu dibawa dari kampung di Butuan, Filipina. Kami kemudian seludup ejen ke Zamboanga City dan ke Taganak sebelum dibawa masuk kononnya untuk bekerja di restoran dengan gaji RM2,500 sebulan di Sandakan. Malangnya, kami berenam dilacurkan ibu ayam sehari setelah kami tiba," ujar 'Cyantia', mangsa berusia 14 tahun.

Pelanggan pertamanya didakwa berbangsa Melayu dari Kuala Lumpur.

"Saya hilang dara dengan harga RM1,000," tambah anak kecil itu dengan nada sedih.


Manakala menurut mangsa 'Lyn', 23 tahun, 2 rakan lelakinya dipaksa ibu ayam dan teman lelakinya membersihkan rumah, lokasi mereka tinggal tanpa gaji selama lebih sebulan.

"Kalau gadis dilacurkan diberi tips dek pelanggan, wang itu akan kami digunakan untuk membeli makanan, jika tiada mereka terpaksa berlapar," ujar Lyn.

Krew 999 tidak berpeluang makan dari awal pagi, menjamah nasi bungkus bersama mereka di bilik hotel.


Sebelum saya menjelaskan situasi sebenar, majoriti mereka menangis teresak-esak, bimbang akan dipenjara pihak berkuasa di Malaysia. Namun, sebaik keadaan tenang, saya terangkan kepada mereka, 999 telah menemubual Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan Rabu lalu bagi menjelaskan takrifan pemerdagangan orang. Dalam kes ini, mereka bukan suspek tetapi mangsa.

Jam 8 malam, saya menghubungi pegawai polis cawangan jenayah di Balai Polis  Sandakan dengan dikoordinasikan APMM Putrajaya bersama polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur.


Melalui maklumat, gambar dan butiran diri dibekalkan mangsa, ibu ayam, 25 tahun dan teman lelakinya berjaya diberkas jam 9.30 malam dalam serbuan dilakukan polis di Taman Mawar.


Saya yakin kedua suspek akan didakwa mengikut Akta Pemerdagangan Orang 2007, jika sabit kesalahan mereka boleh dipenjara 15 tahun dan didenda. 999 mengucapkan terima kasih kepada semua pihak membantu membebaskan mangsa.

Banyak lagi perincian bakal kami paparkan dalam siaran 999 Khamis minggu hadapan, InsyaAllah andai kami selamat melangsaikan tugasa getir ke dua hari ini.
 

18 ulasan:

  1. salam bang...
    sy asal sandakan... xtau lak ada kes2 cmni shinggala i saw on 999 last nite. pa2 pon, well done sbb dah bjaya tlg gdis2 yg xbdosa dr terus dhanyutkan k lmbah hina...

    BalasPadam
  2. Inilah yang dikatakan bahawa dunia semakin hari semakin dekat dengan dunia akhir zamannya itu.

    Entri yang patut anda baca adalah:
    Tanda-tanda kecil kiamat

    BalasPadam
  3. Melayu dari Semenanjung??Islam??

    menghabiskan wang paling kurang RM2K untuk DARA???.

    besar masyukkkk sebulan..agaknya.

    sebaya anaknya??

    BalasPadam
  4. Yea...Taniah Team 999 dan Team2 yang bersama dalam operasi ini...teruskan perjuangan kalian....

    BalasPadam
  5. Terlalu muda usia, dah jadi ibu ayam.. anak ayamnya pun masih terlalu mentah.. :(

    BalasPadam
  6. Seorang kawan saya pernah berkata,

    "tanah yang rata ditutup batu, kalu dikorek, dicungkil lama-lama pasti bertemu jua dengan cacing..."

    BalasPadam
  7. Masyuk...Masyuk..Masyuk....

    Kenapa nak jual diri? Masyuk.. Masyuk...Masyuk...

    Mungkin kerana masalah keluarga.. (Wang...)

    Peeehhhh dari Sememanjung hantar air ke Sandakan...Mesti mahal... Naik Flight Lagi...KL-KK-Sandakan....

    Daripada

    Mr Dils
    http://jamkaki5.blogspot.com

    BalasPadam
  8. Tahniah bro Maz atas kejayaan kali ni...

    moga mereka yang bersalah menerima hukuman yang setimpal atas kesalahan mereka lakukan..

    kesian pulak kat budak tu...muda-muda lagi dah dilacurkan...

    BalasPadam
  9. Ingat kt kl shj yg banyak kes cam ni ....

    Bagus la mak dan bapa ayam dah kena tangkap ....bila nak sembelih mereka?

    Kejam & x berperikemanusiaan ....Klu hal ni terjadi kpd anak , kakak, ibu atau saudara dia ...apakah perasaan mereka ? suka dagang anak orang .....kalau gatal pg la dagang diri sendiri ...jgn nak pandai2 dagang anak orang ....tak tau malu ......

    BalasPadam
  10. Bro Mazidul,

    Celaka lah diaorg nie !!! Cuba org jual diaorg pulak, patut d sula smp mati jer 2 ekor tu !..

    BalasPadam
  11. nauzubillah...kesian gadis2 tuu..moga yg terlibat dapat diambil tindakan yg lbh kuat..:)

    BalasPadam
  12. TAHNIAH! SYABAS! Teruskan!
    Bersihkan bumi Malaysia drp noda & dosa.

    BalasPadam
  13. Ucapan Tahniah dan Syabas... satu usaha yang patut di teruskan..
    Mangsa di paksa kehilangan dara dengan RM 1,000.00.. walaupun begitu masih ader harga kalau nak di bandingkan dengan budak - budak remaja sekarang yang melakukan secara RELA dan PERCUMA.... sungguh dasyat

    BalasPadam
  14. Tahniah atas usaha2 ini...semoga kalian dinilai untuk saham dunia selepas mati...alam akhirat nanti...

    BalasPadam
  15. Saya sabahan area west coast sabah pernah menginap dihotel kecil di Telupid kerana cuaca tidak mengizinkan saya terus ke Sandakan.Tak sangka pekan sekecil itu ada bisness mcm ini.kdg2 saya terfikir kalau tak ada yang melanggan mustahil bisnes mcm ini wujud..sejak dahulu lagi. siapa sebenarnya yang memberi motivasi aktiviti bisnes sedemikian. Penyeludupan manusia termasuk anak gadis sunti..mesti ada permintaan kan??..pelanggan melayu yang dimaksudkan tu sanggup bayar Rm1K kot sebab dia nak genapkan tujuh anak dara bagi dia awet muda..he he he..

    BalasPadam
  16. Giler pedo malaysia tegar...
    sampai sanggup datang ke sandakan nak ratah budak2.
    mana akta perlindungan kanak2 ni weh?
    kalau dibiar nanti pedo ni bermaharajalela!

    *p.s. pedo: fidofilia

    BalasPadam
  17. Kita makin bertuhankan duit maka tak nampak lagi mana pintu syurga atau neraka!.

    Sering golongan kami menulis tak semesti dalam kejahatan atau kemaksiatan itu tiada kebaikan tak semesti golongan yang baik itu baik belaka.

    Ada ketika yang manjadi jahat sebab terdera pun yang baik itu berpura semata.

    Tahniah! 999 telah membongkar segala.

    BalasPadam
  18. Memang lelaki terbabit jahanam tiada hati perut..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.