Khamis, Mei 27, 2010

Kerja Kosong - Wartawan 999

Memang kerjaya wartawan 999 agak bahaya. Pelbagai cabaran didepani, banyak rintangan diharungi.

Namun itu antara warna-warni kehidupan wartawan membuat liputan jenayah. Apatah lagi status 999 kerap dikategorikan AC Nielsen, antara 'top 10', program mempunyai rating tertinggi di kalangan 700 program televisyen di seluruh Malaysia termasuk rancangan RTM1, RTM 2, NTV7, TV9 dan lain-lain.

Berikutan pengalaman diraih di 999 dan 360, wartawan Mohd Raziff Zulkafli dipindahkan untuk membantu penerbitan program 'Emergency' di TV9. Saya akur, Raziff banyak menyumbang selama ini memperkukuhkan program 999, bertahan di persada penyiaran negara lebih 9 tahun. Di kesempatan ini, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Raziff.

Wartawan Shahrizam pula akan melanjutkan pengajiannya di peringkat Master di bawah Skim Pensyarah Muda UiTM ke Australia dalam tempoh sebulan dari sekarang. Beliau wartawan berdedikasi dan rajin selama bertugas bersama kumpulan saya.

Berikutan itu, saya mempelawa pembaca berkelayakan dalam bidang kewartawanan samada dari media cetak atau elektronik, jika berminat, sila hantarkan nama dan nombor telefon ke email mazidul@primeworks.com.my.

Antara syarat permohonan, memiliki ijazah, pengalaman dalam bidang kewartawanan jenayah, bijak berkomunikasi, mampu menghormati rakan sekumpulan dan berminat mencabar kebolehan diri ke peringkat maksimum dalam melaksanakan tugasan.

Saya akan menghubungi calon dengan kadar segera.

17 ulasan:

  1. Tidak memenuhi satu pun antara syarat di atas.. :)

    BalasPadam
  2. kawan saya kata dia xmau jadi.. sebb takot kalo termasuk kelab gay nnti, dia terkentut..

    maklumlah gay nie suka org kentut kuat.. sebb diorang kata lubang sempit.. hahaha

    BalasPadam
  3. aduh... kena ijazah yer... saya ini masih belajar lagi... diploma jer..
    Elektronik...

    BalasPadam
  4. Tidak dinafikan program berbentuk majalah mendapat perhatian masyarakat, kerana berita benar, berita terkini dan konsep lain dari yang lain.

    Teruskan usaha. Tanpa cabaran, tak thrill ler kerjaya.

    BalasPadam
  5. Minat, layak, tapi malangnya perempuan.

    sapa boleh mekapkan saya jadi pengkid? hahahah

    BalasPadam
  6. saya ingat satu cerita that you shared with me:

    "nak duduk kat 999 ni kena bersedia untuk keluar waktu subuh, tengah malam untuk cover assignment sebab jenayah berlaku pada bila bila masa.."

    "saya nak tukar department lah kalau macam tu.."

    maka, bro terlupa satu fakta paling penting, 999 bukan untuk glamer atau to be popular macam wartawan hiburan yang mengalahkan artis.

    dan bersedia dipanggil pada bila bila masa.

    to ajieb and shah, good luck!

    BalasPadam
  7. Harharhar!

    Tergelak besar baca komen so RONOROA ZORO tuh... ada pengalaman ker?

    BalasPadam
  8. yang pasti rela korban masa dan..tinggalkan tersayang demi tugas

    BalasPadam
  9. Dowang ingat kalau jadi wartawan 999 ni bleh popular mcm bro Mazidul kot... tuh yg masing excited tu.

    Paling penting mentaliti kena kuat. Jangan baru dapat sms ugut nak pancitkan tayar dah nangis macam pertama kali dapat tahu laki kahwin lagi.

    Kalau dah biasa bangun kul 8 pagi tu... lupakanlah.....

    BalasPadam
  10. nak gak...minat lorrrhhhhhh tp lgsg xde keteria tersebut....alaaaaaa frust nyer.....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.