"Di mana nak beli ikan terubuk masin?"
Jika itu soalan ditanya kepada penduduk Miri, Sarawak, pastinya jawaban pembaca terima ...
E Mart di Permyjaya.
Lihat gambar berikut.
Murah, ikan terubuk bersaiz besar dijual dengan harga RM15 seekor manakala ikan kecil, 3 ekor RM10.
Bagaimanapun, ada barangan lain dijual jauh lebih murah berbanding ikan terubuk di dalam pusat membeli-belah sama.
Lihat gambar saya rakamkan.
Lihat gambar saya rakamkan.
Melalui pengalaman, cakera optik sebegini bukan sahaja dijual di Miri malah di pelbagai lokasi lain di seluruh negara. Bezanya, di E Mart, bahan terbabit dipamerkan sehingga di luar kedai.
Wow! Hebat!
10 tahun terbabit membikin liputan 999 di seluruh negara, belum pernah saya terlihat tindakan pengusaha seberani ini. Masakan tiada pihak berkuasa di Miri menyedari tindakan berani mati peniaga terbabit sekaligus mencabar kewibawaan dan kredibiliti pihak berkuasa.
Kira-kira 30 minit, saya membuat tinjauan di 3 premis memasarkan bahan terbabit. Saya yakin tiada pihak menghidu kehadiran saya, lagipun tujuan asal ke lokasi itu hanya untuk membeli ikan terubuk masin sahaja.
Jika 5 DVD dijual dengan harga RM20, tidak mungkin cakera optik dipasarkan secara terbuka terbabit asli.
Lebih menarik, pekerja di 2 premis memasarkan bahan sama pantas menutup premis mereka sebaik mengetahui kehadiran saya.
"Apa fasal tutup kedai?," soal saya.
"Mahu pergi kencing," balas remaja di bawah.
Remaja ini juga memberikan jawaban sama.
"Mahu pergi kencing"
Barangkali pengguna tandas di pusat membeli-belah itu tidak dikenakan bayaran 20 sen justeru tidak hairan andai ramai pekerja premis menjual cakera optik cetak rompak terbabit berebut-rebut ingin kencing bersama.

Contoh jelas biarpun aneh, 2 pekerja premis menjual cakera optik saya temui, kencing serentak.
Lebih 20 minit saya menunggu, 2 kedai terbabit masih ditutup. Lamanya mereka kencing, mungkin tandas sedang dibersihkan lalu mereka terpaksa kencing di lokasi jauh dari pusat membeli-belah tersohor itu.
Sewaktu saya melangkah keluar, terfikir ...
Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, KPDNKK, ada ke di Miri?
Lalu saya menggunakan khidmat Google, jawabannya saya termui.
Nombor telefon pejabat KPDNKK Cawangan Miri, 085-412862 atau 085-442700.
Jika pembaca ingin membantu saya, tolong hubungi nombor terbabit sebelum jam 12 tengahari, maklumkan kepada kakitangan mengangkat panggilan, berita ini dipaparkan di blog saya dan beri tahu, saya akan menghubungi pejabat sama tepat pada jam 12 tengahari.
Bak kata pepatah Inggeris, the more (calls), the merrier.
Jika pembaca sudah membuat panggilan itu, tolong tinggalkan komen di tampalan ini.
From the bottom of my heart, terima kasih semua sahabat maya sudi menghulurkan bantuan kepada saya untuk membuka mata pihak penguatkuasa terbabit.
Bersama kita bakal melihat sejauhmanakah usaha bersepadu kita sebagai bloggers mampu membanteras kegiatan kelompok secara terang-terangan melanggar undang-undang di depan mata.
KPDNKK Miri melaporkan pada jam 3.30 petang tadi pasukan 11 penguatkuasa merampas 6,341 unit VCD dan DVD pelbagai tajuk filem dengan nilai RM37,482 di E Mart.
Terima kasih kepada pihak KPDNKK Miri kerana melaksanakan tindakan pantas.
Penghargaan juga kepada semua bloggers sudi memaklumkan kes kepada KPDNKK Miri.

Kemaskini