"Saya cakap kepada orang rumah, kalau hendak tahu bagaimana keadaan di Palembang, baca Mazidulakmal.com," ujar jurukamera, Faizu.
Kami minum bersama di Zuri Express Hotel pagi tadi.
Jam 9 pagi waktu Sumatera Selatan, kami tiba di Dermaga Wisata Benteng Kuto Besak jeti berhampiran ikon Palembang, Jambatan Ampera.
Ayam dibawa menaiki perahu kecil di gelar 'ketek' untuk menyeberangi Sungai terpanjang di Sumatera Selatan, Sungai Musi.
Saya dan Faizu menyusuri Sungai Musi bersama pengemudi ketek, Sadikin Samsuddin, 31 tahun. Turut serta pelajar Sarjana Perubatan Universiti Sriwijaya, , Mohd Farid Azraai.
Saya diminta menghasilkan color story mengenai Palembang dan memilih untuk berkongsi bersama penonton bahan rakaman kegiatan ekonomi di Sungai Musi di laporan Sukan Sea jam 11 malam esok di TV3.
Tidak lengkap membuat liputan di Sungai Musi tanpa merakamkan betapa gah Jambatan Ampera membahagikan Palembang kepada Seberang Hilir dan Hulu.
Perhatikan 4 gambar di bawah.
Pekerja pelabuhan terbesar Palembang memunggah pelbagai barangan ke tongkang jokong untuk dihantar ke Jalur dan Bangka Belitung, terletak di antara 3 dan 6 jam perjalanan dari Pelabuhan Boom Baru itu.
"Mereka memerlukan barang keperluan harian itu migrasi dari Jawa, tinggal jauh dari sini," jelas Sadikin.
Semua perincian liputan, InsyaAllah bakal saya kongsikan di TV3.
Apapun, sewaktu membuat liputan di bawah mentari terik itu, perhatian saya tertumpu ke arah 2 bot tidak jauh dari tebing sungai.
Itu duit syiling lama tu. Fuhh.
BalasPadamSmti
BalasPadamCam best story nie!
BalasPadamSMTI
BalasPadamSMTI..
BalasPadamGambar yg terakhir tu,
BalasPadamSelam cari barang2 lama ke?
SMTI
BalasPadam2 nama dia lanun..mencuri khazanah negara..kalo kt Malaysia kita ada Jabatan Warisan Negara yg menguatkuasakan undg2 ttg warisan darat dan air..kalo bnde ni jd kt Malaysia hope report kt JWN segera..TQ..:)
BalasPadamSMTI
BalasPadamsy dah tgok hari jumaat lepas kalau tak salah..bagus bang.
BalasPadam