Tiga hari lalu, saya paparkan kisah pengadu, 48 tahun dan keluarga bakal merempat di bumi sendiri. Rumah mereka di Seksyen 7, Kota Damansara bakal dilelong selepas jam 2 petang, 31 Mei 2013.
"Kalau tiada berumah, hendak tinggal di mana?," soal saya.
"Tidak tahu lagi. Otak saya sudah buntu untuk mencari jalan menyelesaikan masalah ini," ujarnya.
Klik di sini untuk membaca usaha pengadu cuba mendapatkan bantuan wakil rakyat Kota Damansara, YB Halimaton Saadiah Bohan.
Baca juga di sini untuk berita lanjut.
Awal malam tadi, saya sempat berbual bersama seorang daripada pemimpin Barisan Nasional, BN terkenal di Selangor.
"Sepatutnya YB Halimaton cuba menghubungi Malaysian Building Society Berhad. Tuliskan surat untuk memohon lelongan ditangguhkan sementara pengadu dibantu," kata beliau.
Khabarnya, Halimaton menghubungi sendiri wakil akhbar. Mungkin beliau dimaklumkan mengenai hasrat wartawan akhbar terbabit untuk menemu bual pengadu. Saya pula hanya blogger, YB mungkin tidak sudi menelefon, cukup sekadar 3 wakil beliau bercakap sendiri dengan saya. Terima kasih di atas usaha murni mereka berkomunikasi.
Baguslah.
Sewaktu berkempen untuk PRU 13, beberapa kali saya berkunjung ke Bilik Gerakan BN DUN Kota Damansara di Seksyen 8. Saya melihat betapa sibuknya Halimaton, kini wakil rakyat saya. Beliau sanggup bergerak ke lokasi dalam tempoh sehari untuk bertemu bakal pengundi.
Sekarang beliau bergelar wakil rakyat.
YB Halimaton barangkali tidak mempunyai dana untuk membantu pengadu bakal kehilangan tempat berteduh. Semua faham, Ahli Parlimen Subang, bukan pemimpin BN tetapi Pakatan Rakyat, PR, R. Sivarasa. Mustahil PR akan menghulurkan bantuan kewangan kepada pengadu kesempitan.
Pagi tadi kira-kira jam 9.45 pagi, saya dihubungi oleh pengadu.
"Tadi YB Halimaton menelefon saya, kata beliau, wartawan akhbar ingin menemu bual saya pada jam 2 petang ini. Rasanya tidak perlulah, bukan boleh membantu menyelesaikan masalah saya pun. Lebih elok saya mengemas rumah untuk bersiap-sedia keluar dalam tempoh 2 hari lagi, pada 31 Mei ini," kata pesakit kencing manis itu.

"Jam 1 tengahari nanti, jumpa saya sekejap di restoran mamak Seksyen 11," balas saya.
Dia bersetuju.
"Selepas subuh pagi tadi, isteri saya sibuk berkemas, melipat baju dan meminta saya membelikan beg besar untuk dimuatkan pakaian kami sekeluarga jika terpaksa mencari rumah sewa. Rumah itu saya beli dengan harga RM25,000 dan telah membayar selama 12 tahun. Cuma kali ini saya berhadapan dengan masalah besar," katanya.
Dia antara individu turut membantu berkempen untuk orang ramai mengundi YB Halimaton sewaktu PRU 13.
Saya kemudian menyerahkan wang tunai RM4,700 kepada pengadu. Wang terbabit dimasukkan ke dalam akaun bank saya oleh seorang wanita dermawan kini menetap di Subang Jaya.
Dia mendakwa berniaga secara kecil-kecilan dan enggan identiti dirinya didedahkan.
'Kirim salam saya kepada keluarga terbabit', pesanan ringaks dihantar oleh wanita itu melalui Whatsapp.
"Teksipun akan dikeluarkan dari bengkel petang ini. Berusahalah mencari rezeki untuk menampung kos kehidupan. Meminta-minta bukan perbuatan molek tetapi jika terlalu kesempitan, tidak salah. Menagih bantuan daripada wakil rakyat, YB Halimaton, hak saudara sebagai rakyat, samada YB ingin membantu secara praktikal atau sebaliknya, itu hak beliau," ujar saya.
Kepada YB Halimaton, usah menganggap saya sebagai penggugat kredibiliti. YB juga wakil rakyat saya. Usah mempersalahkan pengadu kerana dia berfikiran buntu. YB telah mengenali dia lebih 15 tahun.
Fakta paling penting, saya hanya cuba membantu sebaik mungkin dan TIDAK berniat bertanding sebagai calon DUN di Kota Damansara pada PRU 14.
Wakil rakyat jika tidak dicabar bakal menjadi jumud dan berasa terlalu selesa. Itu juga antara sebab mengapa ramai YB dan Ahli Parlimen BN kecundang sebelum ini.
Terkini, pada jam 1.35 tengahari tadi, pengadu berada di bank untuk melangsaikan tunggakan bayaran rumah menggunakan wang saya serahkan setengah jam tadi.
Dia kemudian menghubungi saya.
"Sebentar tadi YB menelefon, meminta saya datang ke pejabat sebab kata beliau, ada orang ingin mendermakan RM2,000. Saya maklumkan, saya di bank menjelaskan bayaran rumah. Apapun terima kasih kepada wanita dermawan, pembaca blog Mazidul," katanya.
Juru gambar : Muhamad Afif Faiq
Dia bersetuju.
"Selepas subuh pagi tadi, isteri saya sibuk berkemas, melipat baju dan meminta saya membelikan beg besar untuk dimuatkan pakaian kami sekeluarga jika terpaksa mencari rumah sewa. Rumah itu saya beli dengan harga RM25,000 dan telah membayar selama 12 tahun. Cuma kali ini saya berhadapan dengan masalah besar," katanya.
Dia antara individu turut membantu berkempen untuk orang ramai mengundi YB Halimaton sewaktu PRU 13.
Saya kemudian menyerahkan wang tunai RM4,700 kepada pengadu. Wang terbabit dimasukkan ke dalam akaun bank saya oleh seorang wanita dermawan kini menetap di Subang Jaya.
Dia mendakwa berniaga secara kecil-kecilan dan enggan identiti dirinya didedahkan.
'Kirim salam saya kepada keluarga terbabit', pesanan ringaks dihantar oleh wanita itu melalui Whatsapp.
"Teksipun akan dikeluarkan dari bengkel petang ini. Berusahalah mencari rezeki untuk menampung kos kehidupan. Meminta-minta bukan perbuatan molek tetapi jika terlalu kesempitan, tidak salah. Menagih bantuan daripada wakil rakyat, YB Halimaton, hak saudara sebagai rakyat, samada YB ingin membantu secara praktikal atau sebaliknya, itu hak beliau," ujar saya.
Fakta paling penting, saya hanya cuba membantu sebaik mungkin dan TIDAK berniat bertanding sebagai calon DUN di Kota Damansara pada PRU 14.
Wakil rakyat jika tidak dicabar bakal menjadi jumud dan berasa terlalu selesa. Itu juga antara sebab mengapa ramai YB dan Ahli Parlimen BN kecundang sebelum ini.
Terkini, pada jam 1.35 tengahari tadi, pengadu berada di bank untuk melangsaikan tunggakan bayaran rumah menggunakan wang saya serahkan setengah jam tadi.
Dia kemudian menghubungi saya.
"Sebentar tadi YB menelefon, meminta saya datang ke pejabat sebab kata beliau, ada orang ingin mendermakan RM2,000. Saya maklumkan, saya di bank menjelaskan bayaran rumah. Apapun terima kasih kepada wanita dermawan, pembaca blog Mazidul," katanya.
Juru gambar : Muhamad Afif Faiq
SILA SEBARKAN
Bumi Allah luas masih banyak lagi insan2 yang berhati mulia. Semoga Allah memurahkan lagi rezeki insan tersebut.
BalasPadamKOS hidup tinggi. Janji hanya tinggal janji 5tahun sekali. Bela rakyat? tunggu 5 tahun lagi, datangla YB tu. buat muka seposen
BalasPadamAlhamdulillah,,, cayalah Bro Mazidul. Hasil usaha bro, rakyat yg dalam kesusahan dapat di bantu. Terima kasih juga pada wanita dermawan. Alhamdulillah dalam dunia sekarang masih ada insan berhati mulia seperti beliau. Moga Allah memperbanyakkan rezeki pada wanita dermawan.
BalasPadamPada YB Kota Damansara, bantulah rakyat yang telah memilih anda. Seperti kata Bro Mazidul, setidak2nya beliau boleh berhubung dengan pihak bank bagi menangguhkan atau mduduk semeja bersama pihak bank dan pengadu utk sama sama mencari jalan penyelesaian. Bukan wang ringgit yang di minta, tapi keperihatinan beliau serta usaha memabantu yang perlu di nilai bagi seorang YB.
smoga penderma dilimpahkan rezeki yg bganda²...tahniah skali lg buat saudara mazidul krn mengenengahkan isu spt ini...
BalasPadamAlhamdulillah...masih ada insan yang berhati mulia sanggup membantu.. Semoga penderma itu murah rezeki.. Amin..
BalasPadamSedih baca cerita ni. Terbayang perasaan berada ditempat pengadu. Terima kasih kepada penderma, kami pun nak ikut macam awak. Tahniah Mazidul. Inilah cerita kehidupan.
BalasPadamAlhamdulillah.. syukur mereka terlepas dari masalah besar.. juga moga bertambah murah rezeki penderma tersebut.
BalasPadamtersentuh hati tatkala membaca kisah keluarga ini. semoga mereka tabah menghadapi hari-hari mendatang. Buat wanita dermawan itu, semoga beliau beroleh keberkatan. Amin
BalasPadamRakyat malaysia memang pemurah..
BalasPadamalhamdulillah, ramai lg org yg dermawan di malaysia ini.... kepada YB Halimaton pulak, lps ni dia perlu lebih prihatin... jgn masa berkempen je sume boleh bile dh menang sume bt tak tau
BalasPadamtahniah juga kepada Y.B. kerana berjaya bangun....jangan nak dok lena ja,xkan nak tunggu 5 tahun lagi baru nak terhegeh-hegeh nak BEKERJA??? mungkin Y.B. dan parti yang Y.B. wakili cukup selesa dah kot...INGAT apa akan jadi 5 tahun lagi...u snooze , u LOSE!!!!
BalasPadamAlhamdulillah... semoga dermawan tadi dilimpahi rezeki oleh Allah SWT. buat mazidul, satu usaha yang bagus....mungkin kami tidak dapat membantu secara fizikal dan material, namun insya-Allah doa dan sokongan moral yang diberikan.. teruskan usaha...
BalasPadamAlhamdulillah
BalasPadamsemoga Allah melimpahkan rezeki wanita misteri ini.
BalasPadam'wakil rakyat' semua bizi. tunggu PRU-14 baru senang nak jumpa. baik parti tutt mahupun parti tettt...
tak semua begitu, tapi dah slowly nampak belang masing-masing.
saya mendoakan semoga penderma dilimpahkan rezeki yang berlipat kali ganda daripada Allah dan kehidupannya sentiasa diberkati Allah :)
BalasPadamalhamdulillah...moga2 ada hikmah dsebalk kejadian ini..pd yg membantu ALLAH swt sajalah memberi rahamat dunia dn akhirat!
BalasPadamAlhamdulillah...smoga brtambah rezeki buat pnderma trsebut. Tahniah En Mazidul...dgn kerjaya anda dpt mmbantu insan2 yg kurang brnasib baik. Smoga Allah pnjangkn umur, sihat dn dilimpahkn rezeki buat anda seisi kluarga. Amin...
BalasPadamsemoga Allah jua dpt membalas jasa baik penderma itu..
BalasPadamTahniah Mazidul. Teruskan usaha berbakti kpd masyarakat. Semoga awak selalu dilindungi Allah. Kpd wanita budiman, hanya Allah yg akn membalas kebaikan anda. Kpd Pua YB kita.....entahlah..x terkata bicara hurmmmmm
BalasPadamminta maaf ler tak perasan boleh share dari main page tadi...tehehe tenet
BalasPadamTahniah diatas usaha mazidul ketengahkan isu ini..dalam usaha membantu sesama insan,,,Kepada saudari dermawan moga memdapat rahmat didunia dan akhirat.Amin
BalasPadamsyukur ada org yg bermurah hati...semoga org2 dermawan spt ini mndapat rahmatNya ..dan yg menerima pula agar dapat satu lebaran baru..
BalasPadamSMTI-tahniah Encik Mazidul, semuga diberkati Allah usaha encik dan teruskan membantu masyarakat fan semuga dilapangkan dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah.
BalasPadamApa pun kita bersyukur kerana ada blogger macam sdr Mazidul yang banyak membantu dan buat penduduk Damansara pastikan YB cam ni tak perlu dilantik pada PRU14 nanti
BalasPadamSalam,
BalasPadamSemuga usaha murni wanita misteri itu mendapat balasan sebaiknya. Tulus betul hati wanita misteri itu.
Bro Mazidul teruskan menolong orang dalam kesusahan. Semoga murah rezeki, sihat kesihatan 7 terus menulis.
Kepada pakcik dlam kesusahan, berusahalah keluar dari kepompong fakir. Dekatkan dir kepada Allah, In Sya Allah rezeki Allah akan datang. Berdoalah supaya kita tidak diuji dgn ujian yang berat.
"Sesungguhnya fakir itu boleh menggongcang akidah"
MBSB tu anak syarikat KWSP tp org yg berkerja asyik menipu je terutama bangsa melayu..saya dah kena kes mcm ni tp apa kan daya...tiada tempat mengadu..akhirnya dilelong jua..MBSB tu mmg penipu..tali barut broker rumah
BalasPadamMoga Allah memberkati penderma dan anda juga en Mazidul..Amin. Maafkan saya kerana berprangsangka x elok kepada anda suatu ketika dahulu.
BalasPadamSalam bro. Pernah saya mendengar betapa orang berkata kata tidak elok tentang mazidul dan saya katakan, jika kita tidak mengenali seseorang dan hanya mendengar kata kata orang, itu umpatan dan kita tak tahu sama ada ia benar atau tidak. Saya kenal lelaki botak bernama mazidul ni. Saya tahu hati budi dia. Lihatlah pada kebaikan seseorang dan doakan agar kebaikan itu mendapat sejuta limpah rahmat dari Allah SWT. Terima kasih Mazidul membantu dan terima kasih penderma berhati mulia, sesungguhnya hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas kebaikan anda berdua. Teruskan perjuangan bro. See you next week in Koala Lompor (slang omputih).
BalasPadamSemoga semua usaha murni mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T..
BalasPadamKepada semua wakil rakyat - jangan hanya CAKAP APA YANG DIBUAT untuk meraih undi tetapi juga BUAT APA YANG DICAKAP semasa berjanji untuk meraih undi.. termasuk membantu rakyat kesusahan setakat dalam bidang kuasa anda.. jangan cakap SAYA ADA BANYAK LAGI KERJA LAIN nak dibuat bila ada orang minta pertolongan..
Ni d katakan calon parti bkn rakyat..aku malu jd ahli umno dgn sikap wakil rakyat yg d lantik parti mempunyai sikap mcm ni.tahniah umno krn melahirkan pemimpin perosak parti mcm ni.hati aku dah gundah bl baca artikel ni.bagaimana nak buang wakil parti yg cuma antara racun2 dlm parti.aku syg umno krn bangsa dan agama tp wakil yg d lantik parti adalah sebahagian dr perosak2 parti.syg bkn senang kami dr golongan bawahan berjuang utk yakinkan rakyat pd umno tp d rosakkan pemimpin mcm ni.
BalasPadam