Seorang lelaki Cina berusia 43 tahun cuba menyamun pelanggan bank di Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor, kira-kira jam 4 pagi tadi.
Suspek meletakkan pisau pemotong sayur di leher mangsa lalu menyamun kunci kenderaan, wang tunai dan telefon bimbit miliknya. Suspek kemudian cuba melarikan kenderaan mangsa, MyVi berwarna putih, diparkir di hadapan bank.
Dia tersilap samun, langkahnya langkah kecundang.
Mangsa, Faizal Cheaat, 34 tahun, anggota polis Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Kampung Baru Subang, berpangkat koperal kemudian mengekori suspek keluar dari bank. Didekati serta dihalang, suspek mengancam anggota polis terbabit menggunakan senjata tajam. Faizal berpakaian biasa, melepaskan beberapa das tembakan menggunakan pistol jenis Revolver .38 dan mengenai tubuh lelaki terbabit.
Penjenayah itu rebah dan mati di tempat kejadian.
Faizal berbaju hitam (kiri), berehat sambil berbual bersama anggota polis.
Ketua Polis Daerah, KPD, Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed tiba awal di lokasi dan meninjau mayat penjenayah terbabit dari jarak dekat dan kemudian mendapatkan maklumat daripada pegawai polis bertugas.
Berikut, dipercayai gambar motosikal kepunyaan penjenayah tumpas di tangan anggota polis itu.
"Mangsa sebelum kejadian telah memasukkan sejumlah wang ke dalam mesin pendeposit wang. Oleh itu, suspek gagal menyamun wang lalu dia cuba melarikan kenderaan anggota polis terbabit," ujar Arjunaidi.
Melalui pengamatan saya, Arjunaidi, antara pegawai polis bersifat mesra sewaktu bersemuka dengan pengamal media elektronik atau cetak. Beliau sentiasa kelihatan tenang setiap kali mengadakan sidang media.
Sewaktu berdiri di lokasi kejadian itu, saya terfikir betapa hebatnya pengorbanan pegawai dan anggota polis selama ini.
Sewaktu ramai sedang lena diulit mimpi, mereka bersengkang mata, memastikan keselamatan orang awam.
"Blogger pun datang juga," gurau Sarjan Hamdan Ahsan bertugas di Balai Polis Damansara Utama.
"Ya. Sebab lebih banyak gambar boleh dipaparkan di blog berbanding bilangan gambar di akhbar," kata saya.
Benarkan?
"Suspek ada rekod jenayah lampau tuan?," soal saya.
"Suspek pernah ditahan sebelum ini membabitkan kes pecah rumah, mencuri kenderaan dan kes dadah," tambah beliau lagi.
"Suspek pernah ditahan sebelum ini membabitkan kes pecah rumah, mencuri kenderaan dan kes dadah," tambah beliau lagi.
Sebelum pulang, saya sempat berbual bersama beberapa rakan media.
"Apakah tajuk sesuai untuk entri ini?," tanya saya.
"Silap samun," celah Arjunaidi.
Lalu tajuk itu saya gunakan.
"Saya bermimpi, tuan akan dinaikkan pangkat dan kemudian dipindahkan ke tempat lain," usik saya.
Arjunaidi hanya tersenyum biarpun wajah beliau kelihatan sedikit penat kerana dimaklumkan, sejak awal malam pegawai polis itu bertugas memantau perhimpunan pembangkang di Amcorp Mall.
Gambar di atas direkodkan pada jam 6.16 pagi manakala entri ini selesai ditulis hampir jam 8 pagi.
Saya percaya, majoriti media masih belum menyiarkan berita kes jenayah ini.
Sekalong tahniah buat anggota PDRM - yang sedihnya masih ramai yang tak tahu menghargai pengorbanan mereka demi memastikan kesejahteraan negara sebaliknya hanya tahu memperbesarkan isu bahkan penjenayah diangkat menjadi wira
BalasPadamTahniah Kepada PDRm dan En mazidul, saya lebih suka membaca blog saudara.lebih tepat,ringkat dan full picture.
BalasPadammemang kadang kala membaca berita dm blog lebih memberi kepuasan berbanding membawa berita yg sama dm suratkhabar.
BalasPadamSMTI-Cina DAP tu.
BalasPadamBoikot AirAsia, Tune hotel, Tune.com!
Tahniah buat semua anggota keselamatan yg bersengkang mata dan mengadai nyawa demi kesejahteraan kita semua.
BalasPadamTahniah buat anggota PDRM Arjunaidi...mmg tabik lah...terima kasih atas liputan terperinci...saya tau perhimpunan pembangkang di Amcorp Mall, berhampiran tempat kerje saya...
BalasPadamBro, kalau nak tau, anak Tuan Arjunaidi adalah penyanyi terkenal. Diandra Arjunaidi anak didik Yuna, dengan lagu Di Angkasa dan pernah masuk Musik Musik. Anak dan bapa sama terkenal.
BalasPadam