"Puan jangan terus menangis. Puan kena kuat, you have a baby to take care of," itu kata saya kepada Izan Suhaila Mohd Ali.
Ketika itu Izan berdiri tercegat di atas tangga bergerak berhampiran pintu 18 di lapangan terbang Ho Chi Minh, Vietnam, sambil mendukung anak bongsunya , Maryam Sofea Mohd Riza, 14 bulan. Tatkala Izan, 36 tahun, dihimpit kegusaran, Maryam bak memahami situasi itu. Dia tidak langsung meragam mahupun menangis ketika gambar di bawah saya rakamkan.
Saya yakin gambar sama bakal terus menjadi igauan abadi Air Asia. Gambar menceritakan pelbagai kisah getir di sebalik tindakan syarikat itu mengabaikan kebajikan penumpang setelah dinafikan penerbangan pulang ke Malaysia.
Sewaktu berada di dalam pesawat AK 1455, saya berulang kali berpesan kepada pramugari bernama Kasturi berasal dari Puchong, Selangor agar memaklumkan pihak pengurusan syarikat Air Asia mengenai kes dua beranak terbabit. Turut mendengar pesanan saya, pramugari berbangsa Cina, Jess.
"Tolong beritahu kepada kapten atau ground staff, bantu wanita itu dan anak dia. Jika tidak, saya khuatir kes ini akan menjadi isu besar"
Pramugari itu menganggukkan kepala cuma barangkali Kasturi terlupa atau jika dimaklumkan pesanan itu kepada pihak pengurusan sekalipun, mungkin diabaikan atau dipandang remeh.
"I am a seasoned journalist but I am talking to you as a blogger. Please refer this matter again to your superior"
Itu kenyataan saya ungkapkan kepada petugas lelaki Vietnam ketika dia mengarahkan Izan dan Maryam tinggal di Ho Chi Minh selama 5 hari lagi.
"I am just doing my job. So what is your decision?," soalnya kepada saya.
"I am not a decision maker here. I am just throwing out some ideas and share those with you so this case is not going to be big in Malaysia," respon saya.
Ternyata buah fikiran dan cadangan saya lontarkan, tidak laku di telinganya.
Apapun terima kasih kepada syarikat penerbangan nasional, MAS, kerana sudi membawa Izan, Maryan dan dua saudara lelaki mereka, Faisal Mohd Fozzeli dan Mohd Hasif Mokhtar pulang ke Malaysia menggunakan penerbangan MH759.
Kakitangan MAS di bandaraya Ho Chi Minh juga dilaporkan mengambil inisiatif membawa Maryam dari May Flower Hotel ke Victoria Healthcare Vietnam untuk pemeriksaan kesihatan.
Disahkan sihat, Maryam dan ahli keluarga diterbangkan pulang ke tanahair pada petang 19 Mei 2013 dan tiba di KLIA sekitar jam 7.45 malam.
Klik di sini untuk membaca laporan akhbar Kosmo.
Hemat saya, Ketua Pegawai Ekskutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes harus memastikan semua maklumat diterima disiasat terlebih dahulu. Tatkala kejadian, tiada kakitangan Air Asia warganegara Malaysia berada di lokasi itu.
... but Tony, I was there while you were in Japan.
Klik di sini.
Lebih menarik, saya menerima mesej dihantar oleh Her Unglaubliche. Seperti tercatat di paparan Facebook di bawah, dia bertugas sebagai guest service assitant di Air Asia.
Lebih menarik, saya menerima mesej dihantar oleh Her Unglaubliche. Seperti tercatat di paparan Facebook di bawah, dia bertugas sebagai guest service assitant di Air Asia.
Jika benar dia staf Air Asia, molek dinasihati sebelum mengeluarkan kenyataan di laman sosial.
Klik di sini untuk memperingatkan dia.
Ops! I don't accept any free ticket from Air Asia, thank you anyway.
Bukan miskin sangat nooooo ... ( suka tengok video hang nyanyi nyanyi clap! clap! clap!)
Sama je bodoh sombong boss ngan anak buah....so far aku x pernah naik AA lagi tp pengalaman aku kerja di bidang perhotelan selama 15 tahun...kami x pernah buat perkara yg mcm AA buat....NO MANNERS.
BalasPadamanak buah ngan bapak buah sama je ;)
BalasPadamSama je mcm bapak sedare dia.. pentingkan harta n duit
BalasPadamdia akai pendek..sebab tu nak offer tiket free..maybe dia ada share dalam air asia.
BalasPadamsaya boikot air asia..selagi dia tak minta maaf kat pn izan dan anaknya.
mcm bangang jer... aku dah boikot AA 2 thun lps..byk sgt bnda2 bdoh n remeh..n for AA staff x kira ground floor or fa.. jgn kekwat sgt.. korang umpama kuli kmi jer..tp hazab ya ampun..dahla blh diktakn speaking broken..memalukan..ngn foreigner trkedek2 lyn.. mympah aku
BalasPadamsaya suka cara mazidul memaparkan cerita ini. AA mmg harus disedarkan. x berperikemanusiaan. teruskan perjuangan untuk menegakkan keadilan bagi pihak izan dan maryam.
BalasPadamDah disahkan oleh DOKTOR pun yg anak tu sihat. So apa lagi yg sibuk minta baca polisi bagai? Takkan setiap kali nak fly nak kena bawa surat doktor walhal kita sihat??
BalasPadamYg tetap salah adalah 'medical staf' di airport tu yg confirmed kan anak tu masih TIDAK SIHAT hingga menyebabkan kes ni berlaku. Kesilapan pengurusan.
Syabas Mazidul kerana membuka pekung Air Asia. Harap menjadi pengajaran kepada mereka. Harap dpt membaca susulan lebih terperinci apa seterusnya yang berlaku kepada keuarga tersebut sebaik ditinggalkan di sana.
BalasPadamsedih dgn staff AA ni....backup majikan tnpa usul selidik....kalau bnda yg betul lainla crite....ini dh terang majikan dia yg slh.....otak ltak kt lutut agaknya...sediiihhhhhh
BalasPadambudak ni skema sgt. xdok hati perut gamaknyer....
BalasPadamSaya dah lama x guna AA. MAS lagi bagus, murah jugak kalau rajin check. Las dec pg KK pg balik baru rm300 sorang; full service lagi. Malindo pun not bad a lot better from AA. Fireflyz pun boleh tahan gak. Anything but AA!
BalasPadambudak ni bodo kot...xdak akai, xpun jenih akai boh kat lubangn taik...dia komen tu bagi pihak tony la kot, mmg lagu tu la "spirit Air Asia"...semua staffnya korang ajaq. ni bukan cerita hang beli roti, belek2 dulu tgk ingredient padia...Ni cerita Management AIR ASIA dari GCEO sampai la ke Her Unglaubliche si tukang sapu yang bersikap KURANG AJAQ
BalasPadamSape yang buat publisiti murahan.. hahaha budak nie memanglah bodoh. Dah tentu2 dia yg cari publisiti murahan sebab statement dia tu... Xtau hujung pangkal jgn sibuk2 nak mencelah! Geram plak tgk!
BalasPadamRather than we talking about useless Air Aisia and its crew baik kita focus pada syarikat yang telah menyelamatkan keadaan using " what in the book/ procedure'
BalasPadamTahniah Malaysia Airline. for me this is not merely cheap publicity stunt nor popularity gain. This is purely Malaysian Hospitality. This really show how’s REAL airlines operate , FULL OF PROFESSIONALISM and also beyond their SOW. Big Applause to Malaysia Airlines team. I know because I’m frequent traveler and experience many airlines operator around the globe. For me, MAS is among the top airlines operator in the world.
Shame on your Air Asia. You never learn your mistake.
boikot airasia....!anti LGBT!
BalasPadamtahniah MAS kerana prihatin dan mazidul pasal break this news. ramai conspiracy theorists fikir isu ni jadi besar pasal utusan gaduh dgn azran. sedangkan isu ni jadi viral di fb dan internet selepas mazidul break the news. nothing to do with utusan - azran issue. ini purely tentang arrogance of airasia dan cara biadap melayan pelanggan. ia menjadi tragis apabila melibatkan seorang ibu dan special child yg menaikkan kemarahan apabila membayangkan jika ia terjadi kpd isteri atau ibu kita sendiri. kalau ia melibatkan two partygoers, tak ada siapa akan peduli.
BalasPadamlepas ni airasia boleh dapat satu lagi award - worst customer service airline. harap ni akan menjadi pengajaran kpd semua syarikat supaya melayan pelanggan dgn baik. kpd krew airasia tu - tolong la ingat yg bukan tony fernandes bayar gaji dia tapi pelanggan yg bayar gaji dia dan juga gaji tony fernandes.
Mengaibkan penumpang Melayu Malaysia oleh syarikat Malaysia diluar negeri. Inikah syarikat yang dikatakan mempunyai intergreti... Pohdah... Chuiiit.
BalasPadamRakyat Malaysia has been talking good and bad about MAS since decades ago... Now MAS has proven... SYABAS.. rakyat Malaysia kena support MAS...
BalasPadamAir Asia ni memang dah banyak orang komplain. Cuma tak ada sapa nak sebarkan secara meluas. Nah sekarang DIA nak tunjuk belang sebenar. Sapa yang kerja kat Air Asia jangan jadi BAGHAL!!! Ingat ko tu cuma pekerja, bekerjalah dengan ikhlas keranNya bukan kerana duit semata2. INGAT!!! bukan Tony yang kasi ko rezki!!! HANYA ALLAH S.W.T YANG MEMBERI REZKI.
BalasPadamMohon untuk pengesahan kenyataan Aireen from airasia di Harian Metroo berkenaan isu ini yang menyatakan pihak air asia menyatakan telah menawarkan kepada mangsa anak beranak untuk menguruskan penginapan hotel dan pengangkutantetapi ditolak oleh mangsa. kerana kenyataan ini adalah bercanggah dari kenyataan saudara di dalam blog ini... tapi Air Asia memang syarikat yang menawarkan the worst service dalam bidang penerbangan yang pernah saya terima. Sekian mohon pengesahan dari tuan
BalasPadamni laie sorg staff airasia...sedey!!!!
BalasPadamhttps://www.facebook.com/mohdfaizal.moosa?hc_location=stream
Air asia staffs semua golly wogs.
BalasPadamWOG - Western Orientated Gentlemen.
So cross dressing parties and promo - biasa lah.
Adat masok kandang kambing mengembek.....
Normal Melayu yang muslim tergamak ke nak berparti macam tu?
Point is AirAsia ni Asian - tapi langsong tak nampak nusantara. Lebeh WOG.
Now Fly AirAsia Last
so sad to see the mother and the kid i treated like that. but sometimes, you will get for what you pay for.
BalasPadamIni pandangan peribadi saya...
BalasPadamAnak buah Tony di FB tu bahasanya memang kurang ajar. AMAT kurang ajar.
Tapi ada sikit kebenaran di situ.
Baca dulu, baru beli. Itu betul.
Tapi inilah yang selalu dipandang remeh oleh orang ramai.
TERMS & CONDITIONS HARUS DIBACA! Ini untuk mengelakkan kes2 begini berulang lagi.
Kalau penumpang baca T&C sebelum beli tiket, hal ni boleh dielak. Kalau penumpang baca T&C, dia pasti tahu penumpang dgn chicken pox, rubella dll tak dibenarkan naik. Kalau penumpang sakit baca T&C, dia pasti tahu dia boleh dapatkan surat doktor sebelum berlepas.
Ini semua ada diterangkan. Terpulang pada kita untuk ambil tahu atau sekadar pandang remeh.
Isu dia budak tu dah sihat. Dah disahkan doktor kat malaysia. Bodo tak baca cerita awal. Sapa bayar lu?? AA kaa?
PadamTakan nak bawak pengesahan doktor setiap kali terbang??
Padamsetuju kamal hisham.. budak tu sihat... even dia lepas untuk fly to vietnam, beberapa hari sebelum tu.. so salah sape?
PadamAyei, saya di Ho Chi Minh.
BalasPadamAireen Omar di mana waktu itu?
I spoke to izan's sister dan kenyataan Nomiza dan ibunya saya rakamkan.
Izan mencari hotel dengan bantuan agensi pelancongan. Ground staff Air Asia hanya menghantar mereka ke terminal teksi di airport Ho Chi Minh.
Cerah?
Perkara yg lebih kurang sama berlaku pada kawan saya beberapa tahun lepas di Kuching, yang berbeza cuma alasan dia mengandung dan takde surat doktor. Padahal dia bawa kad lawatan doktor dan kandungan dia baru berusia 5 bulan++. Mungkin sebab perut dia agak besar kut, itu yang staff airasia tuh tak percaya. Bila tunjuk kad diorg tak pandai tengok kut.
BalasPadamBayangkan keluarga mertuanya agak jauh dipendalaman, lebih kurang 2 hours++ dari Kuching. Hari dah malam, dan hubby dia terpaksa pergi dulu sebab kalau tak terpaksa beli tiket baru untuk baru untuk 5 orang plak.Anak dia yang kecil tu plak tak mau ikut suaminya.
Mungkin dia bernasib baik sebab kami ada di Kuching masa tuh (rumah mertua agak dekat dengan airport), malam itu jugak kami pergi cari klinik, dapatkan permeriksaan doktor dan bermalam di rumah kami. Pagi2 kami hantar ke airport dan dia terpaksa tambah 100++ untuk tiket flight yg baru....
Dengan paparan ini lebih jelaslah Air Asia mencerminkan Budaya Malaysia "YANG AMAT MEMALUKAN", Jangan dah kaya nak bertambah kaya. Tapi nilai nilai murni tiada langsung. Jadilah orang malaysia yang penuh adab kesopanan.
BalasPadamIn the first place; mcmana grounded staff kat LCCT benarkan dia ke Vietnam; tiba2 di Vietnam dia tak boleh balik...
BalasPadamPelakuan Toni cuba memenangkan stafnya adalah dipuji; namun ia dibuat tanpa usul periksa telah membuatkan Tony seorang yang diragui integritinya....saya tidak mempercayainya dan Aireen Omar
Air Asia kena buat banyak damage control bukan berterusan guna alasan by the book..sekarang staff pun sudah retaliate..uncontrollable
BalasPadamvisit my blog..latest update: Slimming: Shaklee or Herbalife?
amboi2... jawapan dia nyer anak buah2an, pun tak kurang cam bapak buah nyer...
BalasPadampublisiti murahan yek...yelah lum kene kt dia lg kan
glamer la budak ni lepas nih...penuh la wall dia n freind dia..hahaha..amik ko..nk sgt publisiti ye..rasakan...
BalasPadamOne World Malaysia Airline....tahniah...dan tahniah juga pada En Mazidul berjaya menghidu kepincangan AA ni....bodoh sombong la TF tu..kap lam ya nga, biasa la tu. Senang sikit lupa diri.
BalasPadamMemang MAS yg terbaik...pernah sebelum mendarat di Melbourne saya tanya makanan ada lebih ke?...sbb sya nak ke suatu destinasi yg jauhnya hampir 100 km dari situ..saya pun tak tahu bila nak sampai dan ada tak makanan halal...Pramugari tu terus menjawab ada....dan dia tanya saya berapa yg saya nak....kalau AA jangan harap.....
BalasPadamseriusly? makin menyakitkan hati AA ni sebenarnya.. saya pun x pnh naik lg AA, just pnh naik firefly je, kawan yang pernah naik AA pun cakap yang firefly jauh lebih bagus dari AA... baru berangan nak beli tiket AA to KK next month, murah 60 hengget dari MAS... so mmg naik MAS jugak lah next month... blahlah AA...
PadamA2 NI `KEBAL`.NAK SUH PINDAH KE LCCT2 PUN XMO.NAK PINDAH KE INDO.KAT AUST DH KNA SAMAN PASAL HARGA TIKET.A2 KEARAH KEUNTUNGAN,MH KEARAH KEBAJIKKN.KEBETULAN BLOGR EN MAZIDUL BERADA DISANA.KALU X,DH SENYAP DH HAL2 MCM NI.COMPLAINT LA MCM MANE PUN,BKN DRI DULU ORG X WAT,TP MASIH LG
BalasPadamAA NI MMG KBAL DRI DULU LG...PERCAYALA LA KES NI AKAN SENYAP JE LPS NI SBB DI BELAKANG AA ADER VVVVVIP YG DOK BACKUP.SI TONY TU DH BRP KALI BT TAIK PN GOVT STILL TUTUP MATA.SMPAI DIA PNDHKAN OPERATION DIA KE INDON PN KTE STILL DIAM.....APA2 PN HRP2 RAKYAT AKAN SDAR YG AA NI SENTIASA DI LINDUNGI OLEH PIHAK TERTENTU
Padambudak ni mcm na dpt kenaikan pangkat dr bos die kot.... kuat tul backupnya.. kalu aa yg die keje tu xdpt kelulusan dr kerajaan malaysia.. xberoperasila aa tu...
BalasPadamKenapa suka menunding jari pada orang lain ?Orang melayu memang macam ni kot tak pernah nak tengok pada diri sendiri tapi menyalahkan orang lain bila berlaku sesuatu.Undang2 kena ikut tapi bila kata kena budi bicara lihat sendiri di Malaysia .Takkan nak tunggu wabak baru nak nak ikut law.Lihat sendiri keadaan anak itu dah sah2 daya pertahanan badan rendah lebih2 lagi mendapat demam "chicken pox" tolong servey dalam WHO senarai penyakit berjangkit.Mungkin mentaliti orang kita alah demam cecair je tak apa tapi kami sebagai kakitangan kesihatan pesakit begini perlu isolation didalam bilik khas supaya tidak berjangkit dengan pesakit lain.Sistem pengudaraan juga perlu dijaga dimana air circulation didalam bilik terus keluar diudara bukan berpusing didalam bilik dan disedut semula.Masalah disini kenapa pada masa kejadian tidak terus hubungi kedutaan atau pun dapatkan sijil pengesahan doktor?Sepatutnya itu tindakan paling bijak bukan argue dengan petugas.Be professional.
BalasPadamWhat is your profession.? A paediatrician?..you have completely missed the whole point of this problem.
PadamPeople are angry because:
1.a down syndrome baby n her mom was left in foreign country near midnite wthout cash..clothings..or shelter
2. The AA manage this really bad..blame thecustomers first n ask later..on tweeter no less for everyone to see.bad business strategy.
3. Then AA gives false info to save their neck even with eye witnessess that says otherwise
Conclusion-aa is arrogant n dont care about humanitarian services.
Now..you must be one of aa damage control ppl..worst choice I must say.
Susah sangat ke Airasia nak minta maaf pada yg terlibat? Jgn sebab berkawan dengan Branson, Trump or whatever dah macam mat saleh kene albino hitam. Come on Tony, please act in humility and respect.
BalasPadamYou should be grateful that this mother and her kid were unharmed during the stay in vietnam, otherwise i can be certain that you'll get more sticks and bats from Malaysian. Ingat budi bahasa adalah budaya org ASIA...ASIA...ASIA. Jgn perasan mat saleh la.
Tu laa, kalau beri kepercayaan kpd mereka yg kejar kan glamour dan duit.
BalasPadamSMTI - Sekolah tak tinggi mamat ni, walaupun tempat kerja dia tinggi...
BalasPadamYg salah adalah pengurusan airasia yg lalai kerana membenarkan bayi tersebut berlepas ke ho chi minh. Sekiranya pemeriksaan terperinci dibuat sudah tentu masalah ini tidak timbul. Penumpang lain yg menaiki pesawat bersama bayi ini ke ho chi minh boleh mengambil tindakan terhadap air asia yg telah lalai dan membuka risiko dijangkiti. Ini baru by book!
BalasPadamKomen saya sebelum ini adalah atas andaian kenyataan air asia tentang bayi dijangkiti penyakit adalah benar. Walaupun begitu, jika faktor siapa yg betul siapa yg salah kita ketepikan dahulu, sedikit timbang rasa oleh staff harus wujud. Kakitangan di ho chi minh diwaktu itu saya fikir tiada yg rakyat malaysia, dan oleh itu sentimen untuk belas kasihan atau tumpang sedih tiada. Mungkin kalau ada staff org malaysia di sana waktu itu, mungkin lain jadinya. Ini pada saya layanan tipikal ground staff terhadap pelancong asing. Nasib baik dapat layanan yg bagus nasib tak baik kita dilayan setakat yg perlu.
BalasPadamadd komen
BalasPadamAku & keluarga sbgai pelanggan tetap AA selama ini berasa malu dgn AA, AA akan kami BOIKOT...
BalasPadamEntahlah, if i were u Mazidul, I would go to LCCT, I would wait for that budak to finish his work, then...GOD HAVE MERCY ON HIM! Keh keh keh....!
BalasPadam