Sejak 2 bulan lalu, saya telah mendedahkan kes Kompleks Muhibbah atau Uptown D' Kota, Kota Damansara, Petaling Jaya, SELANGOR, dijual kepada syarikat HALIMUNAN.
Aset Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, PKNS dianggarkan bernilai RM26 juta itu telah dijual kepada syarikat Ilmu Panduan Hidup dengan harga RM4.8 juta.
Klik di sini.
Setakat ini dilaporkan Ilmu Panduan Hidup hanya membayar RM2 juta sahaja dan dianggap sebagai pemaju Uptown.
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim terus membisu, bekas Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa dan bekas ADUN, Dr. Mohd Nasir Hashim juga membatu. Barangkali mereka semua berasa gementar untuk menjawab soalan, mengapakah hartanah PKNS itu dijual dengan kadar diskaun gila babi? Maksudnya, andai kata babi terdengar berita kes penjualan dengan harga diskaun lebih RM21 juta itu, pasti babi juga bakal teruja dan berkata, "Gila babi!".
Lebih musykil lagi, biarpun gagal menjelaskan baki bayaran pembelian RM2.8 juta, pengendali Ilmu Panduan Hidup terus beroperasi menguruskan Uptown D' Kota. Secara berani pengendali sama membuka food court kini beroperasi TANPA lesen. Dua kali saya menghantar pesanan ringkas kepada Pengarah Penguatkuasa dan Keselamatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Mohd Fauzi Maarop bertanyakan soalan, mengapakah premis menjual makanan itu dibenarkan beroperasi tanpa lesen? Setakat hari ini, tiada respon saya terima. Mungkin selepas PRU ke 13, beliau mempunyai masa untuk memberikan jawaban kepada soalan dikemukakan.
4 hari lagi sebelum Pilihan Raya Umum, PRU ke 13, puak Pakatan Rakyat, PR, didapati masih enggan menjelaskan kepada RAKYAT berhubung tindakan rakus menyebabkan 83 peniaga di Uptown kini tersepit, menanggung derita.
Pendapatan harian mereka teruk terjejas.
Akhbar Sinar Harian, akhirnya memaparkan berita itu, klik di sini.
Akhbar Sinar Harian, akhirnya memaparkan berita itu, klik di sini.
Calon Parlimen BN, A. Prakash Rao dan calon BN DUN, Halimaton Saadiah Bohan sepatutnya membangkitkan isu ini agar semua bakal pengundi di Kota Damansara mengetahui FAKTA berhubung transaksi penjualan berlaku tatkala pemerintahan PR di Selangor.
Usah membiarkan kes ini ditutup begitu sahaja.
Sebelum ini saya menulis entri 'Fakta perlu diketahui pengundi DUN Kota Damansara berhubung Uptown D' Kota sebelum 5 Mei 2013'.
Bacalah, klik di sini.
Jika calon BN enggan berpiket di hadapan Kompleks Muhibbah, 3 calon BEBAS boleh mengambil peluang itu. Bekas wakil rakyat Kota Damansara, Dr. Mohd Nasir sebelum ini juga terkenal dengan kegiatan berpiket, antaranya membantah pembinaan Carefour di Seksyen 11 biarpun usaha itu gagal.
Sila klik di sini untuk mengetahui hujah saya mengapakah Dr. Mohd Nasir TIDAK wajar dicalonkan sekali lagi sebagai Wakil Rakyat Kota Damansara.
Tidak canggung jika sebelum PRU ke 13, calon serta penyokong BN di Kota Damansara berpiket secara aman demi bertujuan mendedahkan kegiatan PR sewenang-wenangnya cuba menggadaikan aset kerajaan negeri.
Izinkan pengundi Kota Damansara mengetahui keputusan rakus diputuskan oleh beberapa pemimpin PR membenarkan penjualan Uptown. Fakta perlu didendangkan sebelum pengundi memiliih Wakil Rakyat dan Ahli Parlimen mereka untuk tempoh 5 tahun lagi.
Haa Tu sinar dah kuaq ceritaa..akhbaq telus Dan tulus katanyaa tak mcm BN punye paper hangpa kata paper kroni..kosong ja kotak komen abg jidoi Ni..cacai2 tak Mau 'takbir' ramai2 kaa? Buta kaa saja membutakan Mata? Kalau kena tang puak hangpa aniaya rakyat..juai plak leh main diskaun2..tu apaa? Bkn kroni kaa?? Senyap masing2..ingatt!! Matlamat tidak menghalalkan caraaa hangpa melalakk la sokong sampai mampoih pon..yang salah tetap salah jugakk..jgn pandai kata kat parti lawan hangpa jaa kalau hangpa punye puak pon 2x5...buktikan laa hangpa berbeza kebai dosa baru laa boleh hentam org kaw2 punyaaa..
BalasPadambro..join group kat FB Kembalikan Hak Uptown Kota Damansara
BalasPadamKnp tak jual kat sy? Lupa plak sy bkn kroni.
BalasPadam