Jumaat, Mei 31, 2013

TNB MENDAKWA MENGELUARKAN NOTIS TETAPI APAKAH STATUS TINDAKAN SUSULAN SELAMA 8 TAHUN?



Menurut Naib Presiden  Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi TNB, Adelina Iskandar, TNB mengesan dua  kesalahan  dilakukan  oleh  pengusaha kolam terbabit  yakni pembinaan struktur kekal dan aktiviti memancing membahayakan jika tali pancing terkena talian penghantaran, transmission  lines.


Kedua  kegiatan  terbabit  berkebarangkalian  mengakibatkan  berlaku risiko   pancaran arka  (flashover)  yang   boleh mengakibatkan  gangguan bekalan elektrik, kerugian harta benda  akibat  voltan  berlebihan dan  juga  kehilangan nyawa.

TNB   menyiasat  kes  ini  mengikut  Seksyen 37(12)  Akta  Bekalan  Elektrik 1990  (Akta  447). 


"Bekalan   elektrik ke premis terbabit  dipotong  kerana  berlaku sambungan haram yang dibuat oleh pemilik  kolam  pancing dari rumah Orang Asli berhampiran.  Difahamkan,  pemilik kolam  membayar bil  elektrik bulanan kepada pemilik rumah menggunakan  tarif  domestik sedangtkan  kolan memancing itu   sepatutnya  dikenakan tarif komesil  berdasarkan jenis operasi,"   jelas  Adelina.


Tambah Adelina, TNB  hanya  berkuasa  mengeluarkan notis  bahaya dan  meminta pihak berkenaan  keluar  dari  kawasan di  bawah talian.  Dalam kes ini,  TNB  telah beberapa kali mengeluarkan  notis  kepada  pengusaha  kolam pancing  terbabit  dan  kali  terakhir  pada  hari  ini.

Melalui  maklumat  saya  perolehi,  pagi  tadi, kakitangan  TNB  dan  wakil Suruhanjaya Tenaga Malaysia  dilaporkan melawat tapak kolam memancing itu. Sumber, pemancing  memaklumkan saya,   selepas TNB   memutuskan   bekalan  elektrik  ke kolam itu,  pengusaha telah  menggunakan generator  sebagai  pembekal tenaga elektrik.

TNB MENDAKWA beberapa  kali  mengeluarkan notis kepada  pengusaha. Soalan saya, berapakah   bilangan  notis  dikeluarkan  dalam tempoh 8 tahun?  Sepuluh? Dua puluh? Lapan puluh? Jika benar dakwaan itu, mengapakah TNB tidak  melaksanakan tindakan susulan sekaligus  berusaha  memastikan  nyawa  pemancing  tidak tergugat?


Klik di sini

"Kuasa meroboh atau   menghentikan  operasi di bawah  talian terletak di bawah  bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan, MBPJ.  Lanjutan daripada  notis 7  hari dikeluakan  oleh  MBPJ, operasi merobohkan struktur di kolam memancing itu akan dijalankan oleh MBPJ dengan kerjasama TNB  sekiranya  pengusaha  masih  tidak  melakukan  tindakan,"  kata Adelina lagi.


Lebih ajaib,  mengapakah  TNB  membenarkan pengusaha melanggar Akta Bekalan Elektrik selama hampir 1 dekad?

TNB,  tolong  berlaku  telus dan tulus  jika ingin  memberikan  jawaban lengkap.




Kepada ADUN Bukit Lanjan,  kini  berjawatan  Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan,  Hal Ehwal Pengguna Dan  Alam Sekitar,  Elizabeth Wong, sila jenguk dan ambil tahu mengenai kes ini.


Sebentar lagi,  saya  akan ke kolam memancing  ikan  itu  dan melihat samada premis itu bergelap  atau terang-benderang.


3 ulasan:

  1. Terbaik bro...eli wong ada share kot..?

    BalasPadam
  2. tahniah bro pendedahan yang cukup jelas..cuma tindakan pihak yang berwajib masih samar...hujan oh hujan kenapa engkau turun..

    BalasPadam
  3. meluat dahh. . kt pbt ni . . kalau melayu punya bisnes,jual pucuk ubi tepi jalanpun,cepat aje di bongkar/rampas, klu cina punya bisnes,sampai 100 notispun tak gerak jugak ! !

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.