Saya dan wartawan Sinar Harian masih menunggu emel penjelasan TNB berhubung status kolam memancing ikan beroperasi di bawah talian bervoltan tinggi di Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor.
Gambar di bawah saya rakamkan pada 28 Mei 2013, sehari sebelum operasi bersepadu dilaksanakan oleh SYABAS, TNB dan MBPJ, dibantu oleh polis Balai Damansara Utama.
Bendera PKR dan PAS dikibarkan biarpun PRU 13 telah berakhir hampir sebulan lalu. Logik akal, jika taukeh kolam, ahli UMNO, pasti mereka tidak akan mengizinkan bendera terbabit dipacakkan di situ.
Bagaimanapun sehari kemudian, sewaktu operasi, bendera itu ghaib.
Mungkin pada awalnya, pengusaha berfikir, pengibaran bendera PKR dan PAS menjadikan kolam beroperasi tanpa lesen itu KEBAL.
Mungkin pada awalnya, pengusaha berfikir, pengibaran bendera PKR dan PAS menjadikan kolam beroperasi tanpa lesen itu KEBAL.
Saya dimaklumkan, hanya pengusaha tapak semaian dan operator parkir dibenarkan menjalankan kegiatan di bawah talian bervoltan tinggi TNB. Itu pun mereka harus mematuhi prosedur ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Kolam memancing ikan?
Tidak.
Justeru itu tentunya saya berasa amat pelik apabila dimaklumkan, kolam memancing ikan itu telah beroperasi sejak LAPAN tahun lalu. Barangkali kerana itu amat sukar untuk TNB memberikan penjelasan rasmi secara bertulis berhubung kes ini.
Adakah TNB Transmission Division terlepas pandang biarpun kolam ini telah beroperasi sejak tahun 2005? Jika tidak dibongkar mungkin 80 tahun lagi pengusaha terus meraih hasil tanpa perlu mematuhi undang-undang.
Klik di sini untuk membaca rayuan saya kepada Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Tan Sri Azman Mohd supaya tindakan segera dilaksanakan agar tiada pemancing rentung.
Pada masa sama, penguatkuasa MBPJ serta Pejabat Daerah dan Tanah Petaling harus memastikan operasi kolam memancing ikan ini diberhentikan. Semua struktur haram dibina sewenang-wenangnya juga harus dirobohkan.
Mungkin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu campur tangan dan menyiasat kes ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.