Pakatan Rakyat, PR, mendakwa kemenangan Barisan Nasional, BN dalam PRU 13 berikutan unsur-unsur penipuan.
Justeru PR menolak keputusan PRU 13.
Klik di sini.
Jika PR dari awal menjangka bakal berlaku penipuan, mengapakah PR bersetuju menyertai PRU? Mengapakah mereka tidak memboikot sahaja pilihan raya itu?
Malah Anwar turut mengumumkan kononnya PR telah menang biarpun pengiraan undi belum disempurnakan lagi pada waktu itu.
Setelah PR disahkan tewas, Anwar mengadakan sidang media di One World Hotel, Petaling Jaya dan memaklumkan, PR membantah keputusan kemenangan BN.
Rentetan itu, perhimpunan 'Suara rakyat suara keramat' bakal dianjurkan oleh mereka di Kelana Jaya, Selangor. Pada awalnya, perhimpunan itu dinamakan 'PERHIMPUNAN KEMARAHAN RAKYAT'. Sreen shot di bawah saya perolehi daripada entri blog HIshammuddin Rais. Mungkin sebaik menyedari, bukan semua rakyat Malaysia marah dan terlalu mudah diperdaya, tajuk perhimpunan diubah.
Sepatutnya Anwar berhijrah ke United Kingdom untuk menjadi pensyarah seperti diberi tahunya kepada rakyat jika PR gagal menakluki Putrajaya. Barangkali ketaksubannya untuk menjadi Perdana Menteri masih membuak-buak di dalam jiwanya.
Pendekatan Anwar dan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, berbeza. Hadi meminta SEMUA pihak menerima keputusan PRU 13 secara syukur dan sabar.
Klik di sini untuk membaca kenyataan lengkap Hadi.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tewas di Parlimen Pendang, Kedah, tetapi dia dijemput bersama untuk terbabit dalam perhimpunan belum dimaklumkan kepada pihak polis itu, klik di sini.
Sedang Hadi menerima keputusan PRU secara tenang, Anwar ingin terus mencetuskan ketegangan di bumi Malaysia pada Rabu ini.
Keputusan itu membezakan Hadi dan Anwar, bak langit dan bumi.
Jika pembaca membantah perhimpunan bakal dianjurkan, sila nyatakan pendirian anda. Klik di sini untuk ke page Facebook saya.
Perhimpunan Kemarahan RAKYAT tidak bererti SEMUA rakyat akan menyertai perhimpunan dirancang. Seperti dijangkan, mereka taksub menggunakan perkataan 'rakyat' seolah-olah mereka disokong oleh majoriti penduduk Malaysia.
Kepada ahli-ahli Pas. Seperti biasa mari semua kita meramaikan ke perhimpunan ini. Kami sayang Anwar. Takbir!!!
BalasPadamPR tak perlu bersedih kerana bukankah mereka sudah memenangi PRU-13 dari segi sokongan undi yg lebih banyak dari BN? Mengikut sumber SPR undi popular yg diperolehi PR ialah 5.5 juta, sedangkan BN cuma 5.2 juta. Dgn segala bantuan, sogokan dll BN masih tak mampu memenangi hati rakyat dan masih jauh tertinggal dari segi sokongan pengundi, ia adalah sesuatu yg meresahkan BN.
BalasPadamJika pd 2008, Tan Sri Muhyidin menggesa PM Pak Lah meletak jawatan kerana gagal mendapat 2/3 kerusi, bagaimana kali ini bila prestasi BN lebih teruk dari 2008?
I don't need Dsai as a Prime minister. Rakyat mana yang marah?Hanya segelintir pengikut,stop using rakyat.Kami lebih menghargai keamanan.
BalasPadamJangan guna perkataan rakyat, kerana yang marah cuma segelintir pengikut sendiri.
BalasPadamIsu bangla & warga asing adalah dibuat oleh mereka sendiri. Mereka sendiri mengupah mereka2 ini untuk menimbulkan persepsi. DS Najib xlah sebodoh itu untuk mengupah bangla yang boleh diketahui identiti mereka.
BalasPadamTerima lah kekalahan dengan hati yang terbuka.cukuplah.....jgn hasut rakyat.kalau benar ada penipuan ikut saluran yang betul.
BalasPadamTanpa memilih apa fahaman politik sama2 kita memelihara keamanan negara kita.ikut saluran yg betul kalau ada yang meragukan.janganhasut....
BalasPadampelik..beria2 sangat nak menang..macam ada yang x kena je..
BalasPadamINIKAH CARANYA YANG KAU AGUNG-AGUNGKAN,
BalasPadamMEMEKIK,MELOLONG TAK TENTU HALUAN,
CARA YANG BETUL KORANG ABAIKAN,
DEMI SI PENDUSTA HILANG SUDAH SEGALA PERTIMBANGAN.
APA YANG KAU DAPAT BILA SI PENIPU BERMAHARAJA LELA?
APA YANG KAU DAPAT BILA NEGARA PORAK PERANDA?
APA YANG KAU DAPAT BILA RAKYAT TAK BERDOSA MENANGGUNG SEKSA?
APA YANG KAU DAPAT BILA DEMOKRASI YANG TELUS HABIS KAU HINA?
KALAU TAK TELUS SEPERTI YANG KAU KATA,
LEBIH BAIK SAJE DI SAPU SEMUA,
JANGAN HARAP KAU NAK MERASA,
3 NEGERI KAU MENANG BERSYUKURLAH SEADANYA,
BILA MENANG MUDAH SAJE KAU TERIMA,
BILA KALAH HABIS SEMUA KAU TUDUH CILAKA,
JANGAN DIIKUT YANG TAMAKKAN KUASA,
KELAK MENYESAL TIADA GUNA
SIAPA KAU NAK TUDUH ORANG BUKAN WARGANEGARA?
TANDA KAU DIPERDAYA DENGAN OMONGAN SI PENDUSTA
PROPAGANDA SI CILAKA MENIMBULKAN HURU-HARA
RAKYAT SENEGARA HABIS KAU KEJI MENGATA
BERTERIMA KASIHLAH PADA YANG TELAH BERJASA,
SIANG MALAM BERTUGAS TANPA BERKIRA,
APA PERASAAN BILA PENGORBANANMU DI NISTA,
NESCAYA PENYESALAN TERBUKU DI DADA
BANYAK PERTUDUHAN YANG KORANG SUARAKAN,
TANPA BUKTI DAN BANYAK MERAGUKAN,
KALAU BETUL SEPERTI DAKWAAN,
LAPORKAN KE POLIS MENGAPA DISIMPAN???
AKAL MANUSIA DI ANUGERAHKAN TUHAN,
UNTUK BERFIKIR PENUH KEWARASAN,
BUKAN DI GUNA MENIMBULKAN KEBENCIAN,
BENDA YANG TAK BETUL DI PERCAYA JANGAN
BERFIKIRLAH TANPA LIBATKAN EMOSI,
KELAK YANG RUGI ANAK BANGSAMU SENDIRI,
MENFITNAH,MENUDUH MEMBUTA TULI,
ADAKAH ITU YANG DIAJARI NABI
TIDAKKAH KAU SEDAR DIRIMU DIPERGUNA,
DEMI PENUHI CITA-CITA SI PENDUSTA,
HASILNYA KITA SALING BERSENGKETA,
DI BALIK TABIR, KITA DITERTAWAKANNYA.
Hasil Nukilan : Jejaka Pembela Kebenaran