Saya hanya memohon wakil dari pejabat wakil rakyat, ADUN Kota Damansara, Yang Berhormat, YB Halimaton Saadiah Bohan untuk mengutarakan respon mereka melalui emel.
"Kita telah banyak membantu dia sebelum ini, sejak zaman Datuk Mokhtar Dahlan lagi," kata wakil ADUN.
"Datuk Mokhtar Dahlan bukan wakil rakyat lagi sebab itu rakyat mengadu kepada Halimaton. Jika benar banyak bantuan telah disalurkan kepada pengadu, sila senaraikan dan hantarkan emel supaya mudah saya tuliskan di blog," kata saya.
Sehingga hari ini tiada emel saya terima.
Sehingga hari ini tiada emel saya terima.
Saya mendengar luahan pengadu, rumah bakal dilelong dalam tempoh 5 hari lagi akibat bayaran tertunggak sebanyak RM4,700.
Klik di sini.
"Jumlah itu termasuk bayaran untuk menangguhkan proses lelongan," ujar pengadu.
Sejak tiga hari lalu, tiga wakil pejabat Halimaton menghubungi saya. Saya juga mendengar penjelasan mereka.
"Jumlah itu termasuk bayaran untuk menangguhkan proses lelongan," ujar pengadu.
Bukankah bagus, JIKA wakil terbabit berkata ...
"Dalam tempoh singkat ini, In sha Allah YB akan bertemu dengan pelelong, Malaysian Building Society Berhad dan berbincang. Pada masa sama, kami akan cuba untuk mencari jalan penyelesaian terbaik agar mereka tidak diusir keluar dari rumah"
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melaungkan slogan 'RAKYAT DIDAHULUKAN pencapaian diutamakan'. Pengadu itu adalah seorang daripada RAKYAT dan Halimaton, wakil rakyat.
Setakat ini, sebilangan pembaca budiman blog ini meminta saya memberikan nombor akaun bank pengadu tetapi saya tangguhkan dahulu. Sebagai individu menawarkan diri untuk menjadi WAKIL rakyat dan telahpun dizahirkan niat itu, saya percaya Halimaton mampu menyelesaikan masalah dihadapi seorang daripada penduduk Kota Damansara itu sebelum isu ini dipaparkan oleh akhbar utama di Malaysia.
Adakah kita akan membiarkan keluarga Melayu merempat di Tanah Melayu? Maksud saya tanah pernah dikuasai orang Melayu biarpun lama dahulu.
Adakah kita akan membiarkan keluarga Melayu merempat di Tanah Melayu? Maksud saya tanah pernah dikuasai orang Melayu biarpun lama dahulu.
Saya tidak akan teragak-agak mendedahkan kisah sebenar andai wakil rakyat didapati tidak berjiwa rakyat. Wakil rakyat PR sebelum ini, Dr Nasir Hashim kecundang dalam PRU 13.
Blog ini tidak ditaja oleh Barisan Nasioanal atau Pakatan Rakyat, jadi saya bebas memaparkan kisah masyarakat selagi tidak bercanggah dengan perundangan negara.
Jam 12.15 tengahari semalam, saya sekali lagi menghubungi pengadu.
"Wakil YB tadi menelefon saya dan mendakwa saya tidak menghargai jasa. Selama ini, saya tidak pernah memburuk-burukkan Halimaton. Saya hanya bercerita kepada Mazidul dan cuba bertanya pendapat dia kaedah untuk menyelesaikan masalah ini. Itu sahaja. Saya membeli teksi menggunakan pinjaman TEKUN dan teksi saya masih di bengkel, In sha Allah esok saya akan keluarkan. Rakan meminjamkan saya wang RM600. Wakil YB menyuruh saya pergi ke Pejabat Daerah hari ini untuk meminta bantuan, sebut nama dia, katanya," ujar pengadu.
Pejabat Daerah? Pelik, bunyinya.
Pejabat Daerah? Pelik, bunyinya.
Jika bayaran dituntut tidak dijelaskan, pengadu dan keluarga bakal merempat di bumi sendiri. Bagi sebilangan kita, RM4,700 tidak begitu besar jumlahnya tetapi kepada mereka berada dalam kedaifan, wang itu besar maknanya.
Bersama kita bakal melihat perkembangan kes ini dalam tempoh 3 hari.
Khabarnya wartawan akhbar telus dan tulus, Sinar Harian akan bertemu dengan pengadu hari ini. Blog saya mungkin tidak berupaya mempermudahkan kehidupan orang lain, berbanding kuasa akhbar.
Khabarnya wartawan akhbar telus dan tulus, Sinar Harian akan bertemu dengan pengadu hari ini. Blog saya mungkin tidak berupaya mempermudahkan kehidupan orang lain, berbanding kuasa akhbar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.