Saya perhatikan, lebih 6 tahun, bangunan siap dibina itu berada dalam keadaan terbiar.
Lebih menarik lagi, hanya segelintir penduduk apartmen Salvia dan Tania, di Jalan Kenyalang 11/3, Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, tahu sedikit informasi mengenai bangunan Koperasi Wanita Subang Selangor Berhad, sekian lama menjadi projek gajah putih.
"Bangunan itu dibina sewaktu zaman Datuk Mokhtar Dahlan menjadi Ahli Parlimen Subang, sebelum Barisan Nasional tumbang kepada Pakatan Rakyat di Selangor. Dengarnya bangunan itu tidak mendapat Sijil Layak Menduduki, sehingga kini," dakwa penduduk enggan identitinya didedahkan di sini.
Saya difahamkan, ADUN terkini, Halimaton Saadiah Bohan, menjadi Ketua Wanita UMNO Subang selama lebih dua penggal. Beliau juga bekas setiausaha Datuk Mokhtar. Justeru, amat mustahil andai Halimaton tidak mengetahui status bangunan terbabit.
Teliti gambar saya rakamkan semalam. Bangunan dibina menggunakan wang rakyat itu berada dalam keadaan terbiar bak tidak bernilai.
Malah dinding di bahagian belakang bangunan telah mula retak.
"Apalah salahnya kalau bangunan itu dijadikan taman asuhan kanak-kanak. Berikutan ketiadaan ruang parkir di kawasan berhampiran, ibu bapa boleh menurunkan anak mereka dari kenderaan dan kemudian beredar. Daripada dibiarkan begitu, jika dijadikan surau juga sesuai kerana bakal memudahkan penduduk Islam dua apartmen berjemaah sekali," ujar Shahzan Azlan.
Shahzan, 38 tahun, penduduk Apartmen Salvia, ayah seorang anak dan bertugas di syarikat telekomunikasi terkemuka di Kuala Lumpur.
YB, setiap pemimpin melakukan kesilapan namun jika mahu, kesilapan itu berpeluang diperbetulkan oleh pewaris kuasa politik mereka.
Sebagai penduduk Kota Damansara, saya menyarankan YB untuk meninjau bangunan terbabit dalam jangka waktu terdekat.
Sebagai penduduk Kota Damansara, saya menyarankan YB untuk meninjau bangunan terbabit dalam jangka waktu terdekat.
Setelah dipilih oleh ribuan pengundi dan bergelar Wakil Rakyat, YB harus melaksanakan tanggungjawab dipikul secara efisyen. Di sepanjang tempoh berkempen untuk Pilihan Raya Umum 13, YB kelihatgan bersemangat menziarahi purata 5 lokasi berbeza sehari, bertemu bakal pengundi.
Oleh itu, mengikut hemat saya, YB pasti tidak langsung akan berasa keberatan untuk memberikan perhatian terhadap isu saya bangkitkan sekaligus berusaha 'menghidupkan' kembali gajah putih telah lama mati untuk kepentingan masyarakat setempat.
[ Bagaimanakah Mobicool T 08 membuatkan perjalanan menggunakan kenderaan berasa LEBIH selesa? Klik di sini ]
Oleh itu, mengikut hemat saya, YB pasti tidak langsung akan berasa keberatan untuk memberikan perhatian terhadap isu saya bangkitkan sekaligus berusaha 'menghidupkan' kembali gajah putih telah lama mati untuk kepentingan masyarakat setempat.
Sebagai pengendali blog, saya kerap menerima maklumat disalurkan oleh orang ramai khususnya penduduk Kota Damansara. Maklumat berhubung masalah mereka depani. Bagi saya, setiap komen mereka lontarkan itu, percuma. InsyaAllah, akan saya kongsikan bersama YB di blog ini.
Apapun, tahniah dan selamat melaksanakan tugas sebagai Wakil Rakyat dalam tempoh 5 tahun akan datang.
Apapun, tahniah dan selamat melaksanakan tugas sebagai Wakil Rakyat dalam tempoh 5 tahun akan datang.
Kepada bekas Wakil Rakyat PKR, Dr. Mohd Nasir Hashim ...
Arios!
Melakukan perubahan positif untuk kebaikan bersama apa salahnya.
BalasPadamSibuk ngan agenda utama.. dptkan putrajaya. Kawasanlain x kisah..
BalasPadamSaya cadangkan di buka Kedai Rakyat 1 Malaysia di bangunan tersebut.
BalasPadamSalam.
BalasPadamSyabas atas kejayaan, namun kejayaan merupakan Amanah dn tanggungjawab.
Sila buat lawatan ke rumah siti khadijah ank ank tahfiz putera.
Sec 6. KD.
www.bksk.org.my
Pangsapuri Salvia & Tainia mengalami masalah parking.Terdpt beberapa biji kereta yg telah rosak tersadai di petak² parking di bahagian luar kawasan pangsapuri. Sy dapati di Pangsapuri Tainia telah dibuat kawasan parking tambahan ( berdekatan dgn taman permainan ) tetapi di kawasan yg sama utk Pangsapuri Salvia, kawasan tersebut kosong dan ditumbuhi lalang. Saman polis akan dikenakan kepada pemilik kenderaan yg meletakkan kereta di tepi² jalan. Tetapi memandangkan tiada kawasan letak kereta yg disediakan, pemilik kenderaan tidak mempunyai sebarang pilihan. Pihak pengurusan Pangsapuri Salvia mengatakan permohonan utk parking, agak ramai yg telah memohon ( senarai dari thn 2011). Tapi didapati byk kotak parking kosong di dlm kawasan pangsapuri ini. Jwpn yg diterima, satu parking utk satu rumah. Management juga ada maklumkan berlaku kejadian pecah kereta & ragut. Ini menimbulkan kerisauan dikalangan penghuni. Mohon jasa baik YB utk melihat perkara ini & prihatin terhadap masalah yg dihadapi penduduk di kawasan YB.Terima kasih
BalasPadam