Khamis, Mei 23, 2013

SIAPAKAH LAGI BAKAL DITAHAN POLIS?

"Tan Sri Khalid memang tegas,"  ujar pegawai polis kenalan saya.

Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara, KPN,  menggantikan Tan Sri Ismail Omar.

"Tan Sri Khalid dan Datuk Seri Bakri Zinin,  kombinasi mantap. Kami polis bukan menuntut mahu disanjung  tetapi jangan dihina,"  luah rakan saya itu lagi.

Saya  mengenali   Tan  Sri Khalid  sewaktu  beliau  menjadi Ketua Polis Selangor. Biarpun kini memegang tampuk kepemimpinan Pasukan Polis Diraja Malaysia, PDRM, beliau masih sudi untuk  berhubung.

Terima kasih.

Beberapa  kejadian  menarik  berlaku  selepas Datuk  Seri Dr.  Ahmad  Zahid Hamidi dilantik  sebagai Menteri  Dalam Negeri dan Tan Sri Khalid sebagai KPN.

Bekas  mahasiswa Universiti  Perguruan  Sultan Idris, Tanjong  Malim,  Perak,  Adam Adli Abd Hamid, 24 tahun,  diberkas, direman dan kemudian  didakwa di mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur,  pagi tadi.   Dia  kemudian  dibebaskan  dengan  jaminan  RM5,000.

Naib Presiden DAP,  Tian Chua, Haris  Ibrahim dan ahli PAS, Tamrin  Ghafar diberkas oleh polis di lokasi berbeza hari ini mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.  Mereka semua dibawa  ke Balai Polis Jinjang 



Negara  kita   mempunyai   undang-undang  digubal di parlimen. Jika  dilanggar oleh sesiapa sekalipun,   pihak berkuasa WAJIB mengambil  tindakan.

Jika undang-undang  tidak  dilaksanakan, mengapakah digubal?


Tangkapan Tian  Chua  tidak dianggap sulit, jadi  dia  memang  dibenar  menggunakan telefon bimbit  termasuk  untuk  memaklumkan  ahli keluarga  berhubung tangkapan terbabit.

Sebelum dimasukkan ke dalam lokap, barulah barangan hak milik suspek disimpan buat sementara.

Siapakah  lagi  bakal ditahan? 

Teka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.