Sepanjang kempen PRU 13, saya melihat ramai individu berkempen. Sebilangan bercakap bak menjerit di pentas pengucapan awam dengan harapan mereka dipilih oleh pengundi. Namun akhirnya kecundang.
Ramai juga calon, berpenampilan bergaya tetapi bercakap secara monotomous, senada justeru gagal menarik perhatian audien pelbagai bangsa dan peringkat usia. Audien bersembang sambil menyuap makanan ke mulut sedang calon bersungguh-sungguh cuba menyakinkan mereka mengenai pemilihan calon pemimpin terbaik.
Melalui pengamatan, ramai pemimpin negara ini tampil bercakap di khalayak ramai namun TANPA dilatih oleh fasilitator atau mentor berpengalaman dalam bidang komunikasi. Oleh itu , mereka hanya bercakap berlandaskan pengalaman dikutip daripada kaedah komunikasi pemimpin terdahulu.
"Mengikut kelaziman, sebelum berucap, ungkapkan salutation, ucapan terima kasih kepada pengerusi majlis terlebih dahulu dan kemudian diikuti penghargaan kepada tetamu lain," ujar saya.
Lelaki duduk di hadapan saya, pemimpin masyarakat, berusia 43 tahun dan kerap dijemput berucap di pentas awam.
Dia langsung tidak mengetahui protokol itu.
Ilmu kemahiran komunikasi berkesan, bukan sahaja penting untuk dipelajari oleh pemimpin politik tetapi semua. Tidak kira samada anda bertugas sebagai ketua pegawai eksekutif, pengarah urusan, pengurus, eksekutif, kerani, penghantar cepat atau pun suri rumah.
Kemahiran berkomunikasi secara efektif berupaya membantu kita mencapai sesuatu matlamat dengan LEBIH cepat.
Selaku pengasas CakapDotCom, saya membariskan dua lagi fasilitator ELIT hebat untuk berkongsi pengalaman dalam bidang komunikasi bersama mereka berminat.
Pengalaman fasilitator ELIT bertugas bersama saya, Omar Abdullah dan Zakiah Anas dalam bidang komunikasi, di antara 20 dan 30 tahun. Selain pernah tampil sebagai pengacara program televisyen, menjadi pengacara majlis, penceramah dan pengerusi forum, sebahagian daripada tugas sebati, menjadi darah daging kami.
Klik di sini untuk melihat sesi bengkel pernah kami kendalikan sebelum ini. Blog CakapDotCom juga turut memaparkan informasi berguna sebagai rujukan, klik di sini.
Kami berkongsi teknik unik serta pengalaman agar secara spontan peserta berupaya mengurangkan gemuruh sewaktu bercakap di hadapan audien. Mereka juga diberikan panduan untuk berasa LEBIH selesa dan kelihatan LEBIH bergaya tatkala berdiri di khalayak ramai. Paling istimewa, peserta berpeluang tampil LEBIH memukau berbekalkan ilmu berhubung komunikasi berkesan kami kongsikan bersama mereka.
Jika tidak berpuas hati dengan ilmu kami bekalkan, wang pembayaran dikembalikan semula, money back guarantee.
Hubungi Azmil Abdul Aziz di talian 013 63 666 73 untuk menempuh pengalaman menarik sebagai peserta bengkel CakapDotCom.
Kepada individu atau syarikat berminat menganjurkan bengkel Mini CakapDotCom ( bilangan peserta di antara 3 dan 5 ) atau latihan peribadi ( maksima 2 peserta ), personal coaching, sila hantarkan mesej ringkas menggunakan talian Whatsap 019 244 5354.
'KEMAHIRAN KOMUNIKASI ASAS KEJAYAAN'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.