"Encik Mazidul, saya hendak minta tolong. Sebelum ini, saya bekerja sebagai pemandu teksi tetapi kebelakangan ini, penyakit kencing manis dan darah tinggi saya menjadi semakin serius. Mata saya kabur dan kini bergantung kepada suntikan insulin, dua kali sehari. Cuba memohon kerja sebagai pemandu lori tetapi ditolak kerana masalah penglihatan," kata pengadu.
"Alamak! Saya bukan wakil rakyat (YB). Apakah masalahnya?," balas saya spontan.
"Saya tinggal di Gugusan Kemboja, Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Berikutan ketiadaan punca pendapatan, sewa rumah PKNS tertunggak selama 6 bulan. Sewa bulanan RM386 dan kini bank menuntut RM4,700. Jika bayaran tidak dilangsaikan sebelum jam 2 petang, 31 Mei 2013, maka saya sekeluarga bakal tiada tempat berteduh. Seorang anak saya menuntut dalam jurusan muzik di Universiti Teknologi Mara dan seorang lagi di Kolej Geomatika di Kuala Lumpur, mengmbil kursus seni bina," ujarnya.
"Sudah pergi berjumpa YB Halimaton Saadiah Bohan?," soal saya.
"Pada mulanya, Khamis lalu saya menghubungi pembantu beliau tetapi kata pembantu lelaki itu, YB belum ditauliahkan lagi, jadi beliau tidak boleh membantu. Semalam, kira-kira jam 3 petang, saya pergi ke pejabat YB dan disarankan meminta bantuan daripada Pusat Zakat Selangor. Namun Pusat Zakat memerlukan 21 hari untuk memproses permohonan sedangkan bank akan melelong rumah saya dalam tempoh 6 hari lagi," jelas pengadu.
Pengadu berusia 48 tahun dan anak jati Selangor.
Wakil daripada pejabat wakil rakyat Barisan Nasional mengatakan, pengadu telah dibantu sebelum ini tetapi saya belum menerima senarai bantuan didakwa pernah dihulurkan.
Untuk rekod, Halimaton, calon BARISAN NASIONAL, memenangi kerusi DUN Kota Damansara dalam PRU 13, menewaskan calon PKR, Dr. Nasir Hashim, calon PAS dan bebas.
"Teksi saya rosak dan berada di bengkel. Sebelum ini memang saya pernah bertemu YB memohan bantuan RM1,500 untuk menjelaskan bayaran kepada pihak bengkel. Bukan saya meminta, bila saya dapat duit kembali, saya akan bayar. YB Halimaton menghulurkan RM100, sama jumlah bantuan disumbangkan oleh Pusat Zakat Selangor untuk bantuan segera," jelasnya.
YB Halimaton, bukan semua pengundi inginkan YB mengeluarkan duit poket sendiri untuk membantu mereka.
Pun begitu, usah bertanya kepada saya, apakah kaedah terbaik harus dilaksanakan untuk membantu pengadu. Jika saya harus mencari penyelesaian, molek kalau saya sendiri menjadi YB di Kota Damansara.
Berikut screen shot daripada Facebook YB saya.
Berikut screen shot daripada Facebook YB saya.
Ini pesanan saya kepada Halimaton ...
Jika benar ikhlas untuk membantu masyarakat, kemukakan cadangan LEBIH praktikal. Sanggupkah YB membiarkan keluarga kini tinggal kurang 1 kilometer dari pejabat YB merempat tanpa rumah?
Andai kata, pemimpin PAS dan PR ingin mengambil tahu, tidak salah.
Kepada pihak sudi membantu, sila hubungi saya melalui emel mazidulakmal@yahoo.com atau Whatsapp 019 244 5354.
SILA HEBAHKAN
Ehhh...saya kenal sangat dengan pakcik nie..
BalasPadamAssalamualaikum adik Mazidul. bagaimana keadaan keluarga itu sekarang?Akak hanya seorang ibu yang terharu dgn kisah mereka. Hanya mampu mendoakan secara serius semoga ada jalan penyelesaian yg baik utk kelurga itu.Teruskan usaha adik Mazidul utk membantu merekea yg memerlukan dgn cara adik sendiri. Semoga berkat dan perlindungan Allah sentiasa bersama adik, InsyaAllah..
BalasPadamSMTI-Puan Halimaton ni nak kena ni...
BalasPadamkan aku dah tulih sebelom ni, tengoklah kebenarannya. Wakil Rakyat dari parti mana pun depa adalah sama...mengejar kekayaan poket sendiri dulu. rakyat hanya didahulukan ketika berkempem...memang hak tui
BalasPadamYB baru kena proaktif.. Menang pilihanraya yg lepas pun sbb undi PR telah berpecah.
BalasPadamYB,...jugak kiranya
BalasPadamSMTI
BalasPadamMana-mana YB kena cakna orang-orang yang diwakilinya. Tanpa mengira fahaman politik
End of the day, apa yg kita mahu adalah bantuan yg sepatutnya disalurkan. Yg memperjuangkan hak rakyat yg mengaku pembela kebajikan rakyat sila ambil perhatian. YB Halimatun harus berusaha lebih lagi, jgn lupa rakyat sedang memantau prestasi anda. Kepada parti PKR mungkin ini peluang untuk membuka hati rakyat KD utk menyokong anda di suatu masa nanti. Sepertimana kerajaan mahu melaksanakan tender terbuka berdasarkan competitive bidding, rakyat juga berhak mengamalkan dasar terbuka. Tiada gunanya slogan kalau tidak disusuli dgn tindakan respons yg berkesan.
BalasPadamYB bukan Ah Long..
BalasPadamusaha lah sedara mara kawan kawan dulu buat sementara..
Gempar abang mazidul - peniaga cina dap pukul orang melayu kat pertama complex baru kejap tadi
BalasPadamhttp://kerisputera.blogspot.com/2013/05/peniaga-cina-pukul-orang-melayu-cina.html