Dalam operasi semalam, SYABAS mengeluarkan notis 14 hari kepada pengusaha kolam memancing di Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor. MBPJ pula mengeluarkan notis 7 hari kepada pengusaha sama. Manakala kakitangan TNB Distribution memotong sambungan haram elektrik dari rumah berhampiran.
Klik di sini.
Klik di sini.
Terima kasih kepada semua individu terbabit.
Bagaimanapun demi mempraktikkan kaedah laporan beretika, saya kemudian melayari laman web TNB, klik di sini.
Berulang kali saya menghubungi 3 nombor di atas untuk bercakap dengan wakil MEDIA RELATIONS TNB di antara jam 2 dan 2.30 petang tadi. Malangnya panggilan langsung tidak berjawab, hanya deringan kedengaran.
Jika nada deringan, lagu Datuk Siti Nurhaliza, lunak juga didengari.
Jika nada deringan, lagu Datuk Siti Nurhaliza, lunak juga didengari.
Kepada TNB, lebih molek jika informasi di atas tidak dikongsikan dengan pelayar laman sesawang, khuatir kelak ramai berasa kecewa.
Tiba-tiba saya teringat kepada sebahagian daripada lirik lagi kumpulan Search, Mentari merah di ufuk timur ...
'Ada yang tertinggal setelah terbenam mentari ...'
Ya, benar, ada 'kerja' masih tertinggal, belum disempurnakan oleh TNB dalam operasi semalam. Barangkali kerana itu akhbar Sinar Harian online, memaparkan tajuk 'Kolam Pancing Maut', klik di sini.
Saya juga banyak memaparkan gambar lebih kurang sama di dua entri saya nukilkan sebelum ini.
GAMBAR KOLAM MEMANCING IKAN BEROPERASI DI BAWAH KABEL BERVOLTAN TINGGI TNB.
GAMBAR KOLAM MEMANCING IKAN BEROPERASI DI BAWAH KABEL BERVOLTAN TINGGI TNB.
Menurut pekerja warga asing BEPENYAKIT kencing manis (tetapi baru sahaja memperbaharui PERMIT kerja) saya temu bual semalam, kolam terbabit telah beroperasi selama kira-kira LAPAN tahun.
L ... A ... P ... A ... N (8) tahun!
L ... A ... P ... A ... N (8) tahun!
"Ada kebarangkalian, jika kabel besar di atas kolam dipanah dek petir, biasan tenaga itu terkena kepada air bertakung kolam dan membahayakan nyawa pelanggan kolam pancing HARAM itu," ujar kenalan saya.
Oleh itu, saya dengan ini, memohon Ketua Pegawai Eksekutif, CEO TNB, Tan Sri Azman Mohd mengarahkan kakitangan beliau untuk mengambil tindakan dengan kadar segera.
Sepatah perkataan dilontarkan oleh Tan Sri ...
"Selesaikan!"
... mampu mengubah keadaan terkini, In Sha Allah.
Kita TIDAK perlu menunggu sehingga pelanggan kolam memancing dibina secara tidak sah itu rentung dan kemudian kita pula berasa sayu melihat keluarga mereka menangis teresak-esak membelek mayat hitam legam akibat terbakar.
"Selesaikan!"
... mampu mengubah keadaan terkini, In Sha Allah.
Kita TIDAK perlu menunggu sehingga pelanggan kolam memancing dibina secara tidak sah itu rentung dan kemudian kita pula berasa sayu melihat keluarga mereka menangis teresak-esak membelek mayat hitam legam akibat terbakar.
Teringin benar saya melaporkan kes ini secara terus kepada Tan Sri Azman tetapi dijangkakan pasti sukar. Yalah, untuk bercakap dengan wakil korporat komunikasi TNB sudah terbukti bukan senang, inikan pula berhubung dengan CEO.
Ring! Ring! Ring! Ring!
Angkatlah ...
SILA HEBAHKAN
Semoga kandungan entri ini disampaikan kepada Tan Sri Azman
Salam..Pada pendpt saya,adalah lebih baik bro e-mailkan aduan terus ke CEO Azman..Pd pengetahuan saya,beliau sentiasa berhubung sesama anggota kerja melalui e-mail..Beliau juga dikenali amat tegas & sentiasa mengambil serius setiap aduan melibatkan TNB..
BalasPadamOjay, kakitangan beliau ramai dan saya yakin sebilagan daripada mereka membaca entri ini.
BalasPadamI can't do everything.
Let them email their boss.
Salam abg mazidul, saya arziril yang baru call tadi. Maaf di atas segala kesulitan kerana tidak dapat bercakap dengan kami. Seperti perbualan, kami berada di luar bilik bagi persiapan mesyuarat. Esok insyallah kita jumpa ya.
BalasPadamRespon yg bagus dr Tnb
PadamSalam, Dah settle ke belum mazidul?
BalasPadamAssalamualaikum. Maaf mggu Dato. Sy amat berbesar hati atas kerjasama dari dato agar dpt membantu. Pd 14 sept sy ada buat aduan di talian 15454 ttg lampu jalan tidak menyala lbih kurang 8 btg tiang. Malangna pd 15 sept jam 10 pg pihak kontraktor ada mbuat rondaan ttpi pd jam 7 mlm sy lihat semua tiang lampu tnb dan majlis perbandaran pasir gudang tidak menyala. Dgn itu sy mbuat pggilan lg di talian 15454 hgga jam 11 mlm pun tdk dpt bekalan lg. Sy mahu thu bagaimana nk dpt bekalan lampu jalan dgn cara secepatnya. Dan bagaimana mahu mengatasinya. Sy kira aduan sy telah melepasi masa 24 jam dr semalam. Sy minta maaf. Takut-2 kejadian tk di ingini berlaku di kawasan tempat sy. Sekali lg sy mohon maaf sekiranya mggu tugas-2 tnb. Ini sekadar ingin tahu sahaja. Assalamualaikum.
BalasPadam