Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan dia akan menghadiri Perhimpunan Kemarahan Rakyat di Stadium Kelana Jaya, Selangor pada jam 8.30 malam, Rabu ini, 8 Mei 2013, esok.
Klik di sini untuk meneliti laporan akhbar Sinar Harian.
Katanya Pakatan Rakyat sepatutnya memenangi PRU 13 lalu tetapi kecundang kononnya akibat berlaku penipuan sekaligus kemenangan itu dirompak, klik di sini. Justeru itu Anwar bakal memekik melolong di stadium itu bersama beberapa penceramah lain mewakili PAS dan DAP untuk menaikkan semangat penyokong mereka.
Apakah tujuan utama perhimpunan? Untuk menghuru-harakan negara kita cintai ini.
Peliknya, setakat ini pemimpin Barisan Nasional, BN, hanya berdiam diri sahaja. Manakala pertubuhan bukan kerajaan, NGO juga tidak bersuara. Jika percaya PRU 13 dilaksanakan mengikut lunas undang-undang ditetapkan, mengapakah tiada pihak mempertahankan kebenaran? Andai Anwar dan penyokong totok selamba membuat keputusan berhimpun tanpa memaklumkan pihak polis dalam tempoh 10 hari sebelum berkumpul, pemimpin dan penyokong BN juga harus berani.
BN secara sah berjaya membentuk kerajaan. Oleh itu mengapakah harus berasa gentar untuk menentang Anwar? Apakah keistimewaan bekas banduan itu sehingga pihak berkuasa bak membiarkan sahaja niatnya terlaksana? Ke manakah perginya pemimpin BN di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri?
Tatkala pengundian berlangsung, saya amat teruja melihat gelagat serta semangat dipamerkan oleh anak muda, penyokong BN. Lihat gambar mereka, saya rakamkan pada petang 5 Mei lalu.
Mereka menyanyi dan melaungkan kata-kata semangat kepada pengundi pelbagai bangsa untuk menunaikan tanggungjawab.
Mereka berdiri bak tidak mengenal erti penat kerana jiwa disulami semangat kental.
Peraih undi untuk PKR dan PAS juga berada di situ tetapi kelihatan seperti hidup segan mati tidak mahu.
Ops! Maaf. Biar saya perbetulkan ...
Apapun calon DUN PKR, Dr. Mohd Nasir Hashim, juga presiden Parti Sosialis Malaysia, kecundang kepada calon BN, Halimaton Saadiah Bohan. Allah memakbulkan doa saya selam ini. Sia-sia jika Nasir dilantik sebagai Wakil Rakyat jika dia sendiri tidak begitu berkisah mengenai rakyat.
Di lokasi sama, saya berkesempatan bertemu Timbalan Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Megar Firdaus Megat Junid.
Beliau kelihatan bertenaga pada usia 44 tahun dan sewaktu bertemu sempat berkongsi fakta bersama saya.
"Beberapa hari sebelum PRU ini, puluhan ribu penyokong PR berkumpul di Kelana Jaya. Kenderaan diparkir berhampiran Lebuh Raya Persekutuan dan merreka, majoriti berbangsa Cina sanggup berjalan kaki ke Stadium Kelana Jaya," uja Megat Firdaus.
Saya percaya berikutan kejayaan mengumpulkan ramai penyokong tempohari, Perhimpunan Kemarahan Rakyat sengaja dianjurkan di lokasi sama. Anwar berharap agar lebih ramai penyokong tampil dan bertepuk-sorak kelak.
Adakah pemimpin dan penyokong BN harus terus mendiamkan diri? Mengapakah mereka tidak pula menganjurkan Perhimpunan Kesyukuran Rakyat? Gerakkan semua ahli parti komponen BN juga ahli PEKIDA di Petaling Jaya untuk menzahirkan matlamat, betapa penduduk Petaling Jaya amat bersyukur kerana BN diberikan peluang sekali lagi oleh rakyat untuk terus memerintah 5 tahun lagi. Lokasi perhimpunan? Di luar Stadium Kelana Jaya, pada jam 8 malam esok. Jika penganjur Perhimpunan Kemarahan Rakyat tidak mengambil pusing untuk menyerahkan notis awal pemakluman perhimpunan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya sebagai menenuhi syarat Akta Perhimpunan Aman 2012, BN juga tidak boleh dipersalahkan andai melaksanakan modus operandi sama.
Saya amat yakin, kumpulan anak muda di atas, sudi untuk berkumpul demi menyatakan kesyukuran mereka dengan mandat diberikan kepada BN oleh rakyat.
Kita semua tahu, taring Anwar sudah semakin tumpul. Mengakuri PR gagal memerintah Malaysia, semangatnya pudar, hanya tinggal sisa. Dia tahu, rakyat menyedari tidak semua kenyataan dilaungkannya selama ini dipercayai.
Tatkala berada kira-kira 100 meter dari sekolah dijadikan pusat membuang undi, saya terlihat kelibat warga asing mundar-mandir.
"Pengundi hantu?," soal saya.
"Saya pengundi di Bangladesh, takut hantu, bukan pengundi hantu," jelas lelaki Bangladesh itu.
Qassim Hasan, 43 tahun, tinggal di Seksyen 4, Kota Damansara dan bekerja di Malaysia sejak 4 tahun lalu.
"Saya naik bas, sini mari, beli sayur dan jumpa kawan. Passport pakai bukan IC," katanya sambil tersenyum.
Malang sekiranya Qasim berada di lokasi lain, tersilap langkah, dia pasti dituduh oleh penyokong PR sebagai pengundi hantu dan dibelasah tanpa belas kasihan.
Salm,
BalasPadamSay saanjung keberanian saudara dalam mempromisikan tolak barangan cina.
Tak banyak blogger yang memaparkan di blog mereka hanya brapi mengajak rakyat boikot tapi tak ada ikhtiar dalam promosi .
Tapi sayangnya kenapa mesti diletakkan dibawah sekali ?
Seharusnya di highlight dibahagian depan.
Kalau tak salah saya le ianya tidak menyalahi undang-undang kan?