Lewat malam tadi saya menaip dua perkataan, 'pengucapan awam' di Youtube. Malangnya tidak begitu banyak rakaman video mengolah topik itu.
Lalu saya meminta anak merakamkan video di bawah menggunakan Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus. Sudah pasti kualiti dipaparkan bukan dalam bentuk HD tetapi cukup untuk saya berkongsi sekelumit ilmu bersama semua pembaca budiman secara percuma.
In Sha Allah, andai diberikan kekuatan, saya akan terus membuat rakaman episod lain bermula dengan episod pertama berdurasi 4:26 ini. Seperti kelaziman, saya tidak mempunyai skrip untuk dibaca, maka setiap perkataan diungkapkan lahir dari hati berasaskan pengalaman bergiat lebih 20 tahun di pentas pengucapan awam.
Jika pembaca suka, sila sebarkan agar ilmu itu bakal menjadi bak pokok berbuah rendang.
Terima kasih kerana sudi menonton.
SILA SEBARKAN DI MEDIA SOSIAL
Ilmu Tanpa Sempadan
SILA SEBARKAN DI MEDIA SOSIAL
Ilmu Tanpa Sempadan
saya kongsi di blog dan fb sy ya abg mazidul.
BalasPadamWah, terbaik Bro.
BalasPadam