Hari kedua di Ho Chi Minh, Vietnam.
Ratusan warga Malaysia saya temui. Mereka berkunjung ke sini hanya untuk membeli-belah. Barangkali berkoyan wang mereka bawa untuk memuaskan hati.
Saya?
Hanya membeli beberapa barang sukar diperolehi di Malaysia. Jika pembaca berminat untuk memiliki beg istimewa pilihan saya, sila teruskan membaca.
Saya singgah di Pasar Cho Dan Sinh dan bertemu peniaga, Thiu.
"That bag is for motorcycle," kata peniaga itu.
Bagaimanapun saya percaya beg itu boleh digunakan walaupun pembaca tidak mempunyai motosikal.
Justeru saya meminta jasa baik Thiu untuk menambahkan tali berkualiti tinggi agar beg itu boleh disandang secara mudah dan selesa.
Sling bag dijahit kemas dan diperbuat daripada kain kanvas ini amat ringan dan sesuai digunakan untuk membawa laptop, tablet, dokumen, kamera dan pakaian.
Harga beg B1 ini RM150 sahaja.
Beg kedua, B2 menarik perhatian saya, beg sandang belakang, digunakan oleh tentera Vietnam.
Diperbuat daripada kain kanvas, dilengkapi 2 poket tepi dan hadapan. Terdapat juga ruang menyimpan barangan di belakang beg.
Harga beg, hanya RM80 termasuk kos penghantaran Pos Laju ( jika perlu ).
Beg ketiga, B3, beg sandang belakang, buatan Amerika Syarikat, berkualiti tinggi dan tahan lasak.
Beg ini rare, sukar didapati, hanya satu sahaja tergantung di kedai sewaktu saya beli.
Ruang penyimpanan dibuka dari atas.
Tali beg dijamin kukuh dan selesa untuk disandang dan dilengkapi satu poket di tepi kiri. Harga beg LIMITED EDITION ini, RM250 sahaja.
Beg keempat, B4 , berkain kanvas, tahan lasak dan bersaiz kecil di bawah pernah digunakan oleh tentera Korea.
Beg ini juga LIMITED EDITION tetapi saya jual dengan harga RM45 sahaja termasuk wang pos.
Usah tunggu lagi, buat pesanan dan pembayaran sebelum pagi esok atau selewat-lewatnya sebelum malam esok. Bilangan pesanan terhad kerana saya tidak mempunyai tenaga untuk mengangkut kesemua barangan dipesan jika terlalu banyak.
1. Segera hantarkan emel ke mazidulakmal@yahoo.com atau Whatsapp 019 2445354. Sertakan nama penuh, nombor telefon bimbit dan jenis beg ingin dibeli, B1, B2, B3 atau B4.
2. Buat pembayaran melalui Maybank 1141 0600 4713 dan maklumkan kepada saya melalui emel atau Whatsapp.
3. In Shaa Allah, saya akan kembali ke Malaysia pada hari Sabtu ini. Kepada mereka tinggal berhampiran Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, sila ambil barangan dibeli daripada saya bermula hari Ahad ( 19 Mei 2013). Jika pembaca tinggal jauh, saya akan poskan.
menarik& unik
BalasPadammemang cantik beg poket di pinggang tu suami saya suka teringin nak hadiahkan tak per tak ada rezeki nanti lain kali en mazidul beli boleh kirim
BalasPadamada lgi tak beg?
BalasPadam