Sudah tiba waktunya saya kembali ke tanahair setelah bercuti di bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam, selama 4 hari.
Memang ramai pelancong dari Malaysia berkunjung ke Ho Chi Minh atau Saigon. Mereka membanjiri bandaraya ini terutama pada hujung minggu. Majoriti mereka tinggal di hotel di Jalan Nguyen An Ninh. Kadar sewa bilik di beberapa hotel di lokasi terbabit berkadaran. Saya tinggal di hotel Hoang Hai Long., 4 hari 3 malam, hanya USD55 ( RM165) untuk bilik berkembar termasuk sarapan pagi.
Di kawasan sekitar terdapat 4 warong dan restoran menyajikan makanan halal. Saya difahamkan sewa bulanan restoran mencecah RM21,000. Oleh itu, harga makanan mahal.
Di gerai, nasi, ikan kembong goreng, kacang buncis dan teh o ais, berharga VND75,000 atau kira-kira RM8. Manakala jika makan semanggkuk phoa (fer) atau kueh teow sup bersama segelas kopi ais di restoran, harga mencecah RM24.
Kira-kira 100 meter dari hotel, tersergam Pasar Ben Thanh. Pelbagai jenis pakaian, kasut, jam, beg, cenderahati, kain, alas meja dan banyak lagi barang dijual.
Pelanggan bijak akan menawar harga barangan sebelum membeli. Contohnya, andai barang dijual dengan harga awal VND200,000, tawarlah bermula dengan kadar potongan 70%. Untuk pengetahuan semua, tiada harga siling barang ditentukan oleh kerajaan Vietnam. Jadi peniaga membuka harga barang sesuka hati mereka.
Pasar Ben Thanh, pusat membeli-belah paling ramai dikunjungi oleh pelancong dari Malaysia. Tidak hairan, harga barangan di situ agak mahal.
Kebanyakkan peniaga wanita pandai bercakap dalam bahasa Melayu biarpun tidak begitu fasih. Antara ayat paling mereka gemari tatkala mempromosikan barang jualan, "abang, murah abang", "murah gila" dan "masuk dulu, tengok".
Jangan pula hairan, sukar untuk melihat gadis atau wanita Vietnam bertubuh gempal atau gemuk. Mereka kurus barangkali kerana terlalu kuat berjalan sambil menjual pelbagai barangan. Keringat mereka tidak pernah kering apatah lagi suhu di ibu negara Vietnam itu mencecah 34 darjah Celcius pada waktu siang.
Apapun pengunjung harus bersikap sabar kerana wanita terbabit berpura-pura tidak memahami erti perkatan 'no'. Biarpun kita menolak barangan ditawarkan secara hormat, berulangkali mereka tetap kembali dan mendesak kita membeli. Kekadang tindakan mereka itu membuatkan ramai pelancong berasa tidak selesa. Jadi, usah terlalu cepat berasa simpati, senyum, katakan 'no' dan usah melayan mereka jika tidak berminat.
Klik di sini untuk membaca maklumat berhubung 5 perkara JANGAN dilakukan ketika berada di Ho Chi Minh.
Pasar Cho Binh Tay di sekitar China Town menawarkan barangan dengan harga lebih murah jika dibeli secara borong. Di beberapa kedai, pelanggan masih dibenarkan membeli barang dalam jumlah sedikit.
Barangan seperti pakaian orang dewasa dan kanak-kanak, beg, kasut dan alatan dapur dijual di pasar terbabit. Kepada wanita ingin membeli pelbagai jenis kain ela, inilah syurga untuk mereka. Kain jubah, kain cotton dan kain lycra banyak di jual di pasar ini.
.
Pasar Malam Ben Thanh beroperasi di antara jam 7 dan 12 malam. Jika ingin membeli seluar jeans berkualiti tinggi pada harga murah, sila klik di sini.
Sewaktu tiba di Ho Chin Minh, saya cuba mencari barangan tentera seperti beg serta baju, army surplus. Malanganya tidak ramai mengetahui lokasi barangan itu dijual.
Nasib saya baik.
Berbekalkan informasi disalurkan oleh kenalan, saya berkunjung ke Pasar Cho Dan Sinh, klik di sini.
Ho Chi Minh memang menjadi destinasi menarik dikunjungi oleh ramai rakyat Malaysia khususnya untuk membeli-belah. Pun begitu, pelancong juga berpeluang untuk meninjau keindahan dan kegiatan di sekitar Sungai Mekong dan beberapa lokasi bersejarah seperti Chu Chi Tunnel terletak kira-kira satu setengah jam perjalanan menaiki kenderaan dari pusat bandaraya.
In Shaa Allah, dalam tempoh beberapa bulan lagi, saya berhajat untuk mengaturkan rombongan 4 hari 3 malam disertai pembaca blog Bersama Mazidul untuk ke Ho Chi Minh.
Jika berminat untuk menyertai saya, sila hantarkan emel butiran diri ke mazidulakmal@yahoo.com atau Whatsapp 019 244 5354.
best juga..kalau berpatutan dan sesuai masanya boleh juga ikut rombongan abg Mazidul..
BalasPadamHaha! According to my sister,orang vietnam kurus sebab makanan ruji mereka lebih kpda ubi kayu, bukan nasi. That's what she heard lah.
BalasPadamMcm best. Insyallah nk ikut klu ade pakej bwk g tmpt industri desa mcm dlm nona 9/6.. Wlupn kite bkn pekedai tp nklh rse exprience mcm jutawan m'sia g bli stok.. Huhuu
BalasPadamSalam Mazidul...saya nak bertanya di mana ada tukang jahit yang murah di HCMC untuk baju kurung, jubah, telekung, dll? Saya ada menengok program Nona dan difahamkan kalau kita pergi ke rumah mereka di kampung2 boleh dapat upahan yang sangat murah.
BalasPadamassalam,minat juga nk ikut rombongan ke sana. insyaallah
BalasPadamSalam Mazidul....semalam tengok Majalah 3 (22 July) rombongan peniagawati ke Vietnam.
BalasPadamBagaimana nak contact sbb berminat nak join utk next trip
Terima kasih
Thn dpn bln bl?...nk join juga c laa..klu bln 3@4 bagus gk
BalasPadamAskom, bile nExt trip?? Mmg bminat sgt2..
BalasPadamEn mazidul kita bz la huhu
BalasPadamEn mazidul, menginap di hotel tu cuma 3 mlm rm165???Murahnya
BalasPadam