Biarpun tidak begitu lama berada di Ho Chi Minh, Vietnam, ramai saya kenali termasuk warga Malaysia menetap di bandaraya ini.
"Apakah 5 perkara utama wajib dielakkan apabila pelamcong Malaysia datang ke sini?," soal saya kepada Sani, bukan nama sebenar.
Sani anak kelahiran Negei Sembilan dan menetap di Ho Chi Minh sejak 7 bulan lalu.
"Pertama, jangan menggunakan perkhidmatan pencuci kasut. Pada mulanya dia menawarkan upah hanya USD1 tetapi nanti dia akan bubuh gam sikit, getah sikit, selepas itu dia akan minta dibayar 250,000 Dong atau lebih RM30, bukan RM3. Servis beca pun sama, pengayuh kata USD1, selepas kita naik, dia hendak caj 250,000 Dong. Apabila kita tanya mengapakah mahal sangat? Kata USD1 sahaja? Dia akan menjawab, USD1 itu hanya untuk pelanggan duduk di beca sahaja," terang Sani.
Melalui pengamatan saya, penarik beca Vietnam sentiasa berlegar-legar di sekitar kawasan pusat membeli-belah tanpa ragu mendekati pengunjung datang dari luar negara. Servis membawa pelancong bersiar-siar, mereka tawarkan berulang kali sehingga kekadang teramat mengganggu keselesaaan.
"Mereka tidak berputus asa jika kita berkata 'no thank you'. Kalau kita kata no sekali, mereka tetap akan datang kembali untuk menawarkan perkhidmatan sama," kata saya.
"Kehidupan mereka susah. Purata pendapatan harian, RM10 sahaja sedangkan harga barang mentah makanan dan sewa rumah mahal. Gula sekilo, RM3.90," ujar Sani yakin.
Teringat saya tatkala bertemu jurutera muda berusia 21 tahun, Fuad Baba, di restoran terletak di hadapan hotel tempat saya menginap.
"Rumah tempat saya tinggal sejak lebih setahun lalu disediakan oleh majikan. Kadar sewa, USD1,000 sebulan. Harga minyak petrol di sini kekadang melonjak mencecah RM5 seliter. Tidak hairan kalau jurutera tempatan berpengalaman bekerja lebih 7 tahun, belum mampu untuk membeli rumah atau kenderaan sendiri," kata anak kelahiran Melaka Bandaraya Bersejarah itu.
Tambah Sani, menjadi satu kelaziman apabila pemilik motosikal terpaksa membayar RM15 untuk mengisi penuh tangki minyak motosikal kapcai mereka.
"Apakah perkara ketiga tidak seharusnya dilakukan oleh pelancong Malaysia apabila berkunjung ke Vietnam?," tanya saya.
"Jangan sesekali melanggar pelacur di sini. Kerajaan Vietnam mengharamkan pelacuran tetapi segelintir gadis tempatan menawarkan perkhidmatan itu di rumah kedai. Bakal pelanggan dipujuk rayu untuk pergi mengikut mereka ke rumah dan kemudian akan disamun semua barangan berharga. Contohnya telefon bimbit, wang tunai dan kalau tersilap langkah paspot pun mereka kebas. Sebaik masuk ke rumah, sudah ada lelaki menunggu di situ untuk melakukan jenayah akhirnya merugikan pelancong," jelas Sani.
Gambar di atas itu digunakan untuk sekadar hiasan sahaja.
"Keempat, jangan terlau bersimpati menghulurkan wang tunai kepada pengemis atau penjual barangan tidak begitu diperlukan di jalanan. Sebaik kita memberikan wang kepada seorang, sekelip mata sahaja, lebih ramai lagi akan datang mengerumuni sekaligus merimaskan kita sebagai pelacong. Akhir sekali, pelancong wanita khususnya tidak perlu memakai barangan kemas secara keterlaluan atau menggunakan telefon bimbit di kawasan terbuka dengan cuai. Bimbang jika barangan berharga milik mereka akan diragut. Apapun kadar jenayah di sini tidak begitu tinggi. Pihak berkuasa amat tegas. Jika penjenayah diberkas oleh polis, mereka pasti 'masak'. Kerajaan Vietnam melarang sama sekali rakyat tempatan mengganggu pelancong kerana negara ini sedang membangun. Malah sebahagian pendapatan rakyat bergantung kepada industri pelancongan," kata Sani.
Apapun, membeli-belah di Pasar Ben Thanh amat menarik dan mengujakan ...
Klik di sini untuk melihat 'barangan' LEBH istimewa.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamramai org Malaysia suke melancong ke sana skrg.
BalasPadambagus maklumat ni.. thanks.
BalasPadammaklumat yg berguna...thanks
BalasPadamThanks utk info yg sgt berguna ni
BalasPadam