Khamis, Mei 02, 2013

HADI AWANG TIDAK SUKA DR NASIR HASHIM TETAPI MUSTAFA ALI MUNGKIN BERSEKONGKOL

Saya belum lagi sampai di rumah, mengemaskini entri di luar.


"Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Aliakan dikatakan akan datang ke padang Seksyen 7, Kota Damansara, dijemput oleh PKR. Kalau dia betul datang, 9.30 malam ini kita mungkin akan mengadakan bantahan," ujar Che Mat Che wil.


Beberapa hari lalu,  Datuk Mustafa dilapor mengumumkan penarikan diri calon PAS DUN Kota Damansara, Riduan Ismail menentang calon PKR, Dr. Mohd Nasir Hashim. Ahli PAS dikatakan bakal membantu Dr. Nasir berkempen melawan calon BN dan BEBAS.


Namun kejadian sebaliknya berlaku.

Ahli dan calon PAS di Kota Damansara terus memperhebatkan kempen mereka.




Kain rentang  'PAS tetap bertanding di N39'  saya lihat dipampangkan  di persimpangan lampu trafik Seksyen 7.

Dr. Nasir gentar kerana dia dapat menjangkakan bakal kecundang di tangan Fadhil atau calon BN, Halimaton Saadiah Bohan. Pada masa sama, belum tentu dia akan meraih undi ahli PKR kerana Dr. Mohd Nasir, presiden Parti Sosialis Malaysia.


Setakat ini Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang tidak bersuara berhubung kenyataan Datuk Mustafa. Adakah mereka tidak sehaluan?

Tunggu laporan seterusnya selepas jam 9.30 malam ini.


posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.