Petang semalam, saya, rakan, Mohd Farid Hamzah dan Juru Teknik Kanan Tenaga Nasional Berhad, TNB, P. Sivaraj ke kolam memancing ikan di PJU 8/7 Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor.
Kolam itu terletak berhampiran penempatan Orang Asli, Desa Temuan. Berkibar megah bendera PAS dan PKR di struktur diperbuat daripada kayu terpakai itu.
Kolam ikan dikorek di bawah talian bervoltan tinggi TNB. Banyak gambar saya rakamkan sewaktu berkunjung ke lokasi sama pada 17 Mac lalu, klik di sini.
Dua hari lalu saya memaklumkan kes ini kepada Ketua Meja Jenayah/Mahkamah akhbar Sinar Harian, Izwan Rozlin.
Saya kemudian membawa Izwan ke kolam memancing berkedudukan tersorok itu dan dia memperolehi beberapa informasi penting.
Semalam sewaktu bersama Sivaraj dan Farid, saya merekodkan gambar dua paip PVC dalam keadaan mencurigakan di dalam kawasan berpagar kolam memancing ikan itu.
"Saya syaki, satu paip untuk menyalurkan bekalan elektrik dan satu lagi untuk bekalan air," bisik Sivaraj.
Kami dapati, jalan tar di luar premis seperti telah dipecahkan dan kemudian ditampal semula.
Gambar sambungan paip di bawah saya rekodkan di longkang di tepi sebuah daripada rumah Orang Asli terletak kira-kira 50 meter dari kaunter bayaran untuk memancing.
Saya perhatikan, tiga bendera PAS dan PKR dikibarkan semalam sudah diturunkan.
Barangkali pemimpin Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sudi mencungkil maklumat sekaligus mengenal pasti siapakah pemilik kolam itu?
"Taukeh ada empat orang, tiga Cina, satu Melayu," kata pekerja Bangladesh saya temu bual tadi.
Sebagai bekas wartawan membuat liputan kes jenayah, tentunya pelbagai soalan bermain di minda saya tatkala itu.
1. Adakah kolam terbabit dilesenkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ?
2. Adalah bekalan air dan elektrik diperolehi secara sah?
3. Apakah status dokumen pekerja warga Bangladesh bertugas lebih 4 tahun di kolam memancing ikan itu?
4. Adakah TNB membenarkan struktur dibina dan pengusaha kolam memancing dibenar menjalankan perniagaan di bawah kabel bervoltan tinggi?
"Berapa lamakah kolan memancing ikan ini sudah dibuka?," soal saya kepada pekerja Bangladesh berusia 38 tahun.
"Saya sini kerja sudah empat tahun. Ini tempat sudah buka lapan tahun," balasnya sambil diperhatikan oleh Farid.
Pesakit kencing manis itu mendakwa, dia memiliki permit kerja sah.
Tengahari tadi, saya, Sivaraj, Izwan dan wartawannya, minum di restoran mamak di Seksyen 11, Kota Damansara.
Kakitangan TNB dan syarikat pembekal air di Selangor, SYABAS, bersetuju untuk melakukan pemeriksaan di kolam memancing ikan itu berdasarkan maklumat awal disalurkan kepada pihak terbabit.
Kami kemudian bergerak ke lokasi.
Turut mengiringi pihak berkuasa ke kolam memancing ikan terbabit, 3 anggota polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah, CPJ, Balai Polis Damansara Utama.
Pemeriksaan Sivaraj dan anak buahnya, Steven mendapati terdapat sambungan elektrik secara tidak sah di sebuah rumah di Jalan PJU 8/7.
Lalu bekalan elektrik disalurkan secara tersembunyi ke kolam memancing itu diputuskan serta-merta.
Saya difahamkan, pengusaha kolam terbabit menggunakan bekalan elektrik disambung dari sumber rumah untuk tujuan komersil dan membayar pada kadar domestik.
Beberapa penguatkuasa MBPJ diketuai oleh Muhamad Faizal Mustafa kemudian tiba di lokasi sama.
Tatkala itu kakitangan SYABAS sibuk melakukan pemeriksaan di dalam dan di luar kawasan berpagar kolam ikan.
Menurut SYABAS, jika pengusaha kolam ingin menggunakan bekalan air untuk tujuan komersil, tarif sebenar lebih mahal berbanding kadar domestik. Pengusaha didapati melanggar kontrak dengan SYABAS.
"Hari ini bersejarah sebab saya dapat berjumpa dengan abang Mazidul," usik Nasrul Hashim sambil menghulurkan tangan bersalaman.
Rakan setugas lain, tersenyum melihat gelagatnya.
Graduan Universiti Teknologi Malaysia, di Skudai, Johor, dalam bidang kejuruteraan mekanikal itu kini bertugas sebagai penguatkuasa SYABAS. Nasrul berusia 28 tahun, anak kelahiran Shah Alam, Selangor, mula bertugas dengan SYABAS sejak 3 tahun lalu.
Apa salahnya menjadikan anak muda itu LEBIH dikenali.
:)
Saya juga berpeluang berbual bersama Eksekutif Penyiasatan dan Pendakwaan SYABAS, Shahrul Iman Saharuddin.
Graduan Universiti Islam Antarabangsa di bawah bersifat peramah dan petah berkata-kata.
Pengusaha diberikan notis 14 hari mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 untuk menangani masalah didepani. Jika tidak diperbetulkan, SYABAS akan menaikkan kadar tarif bayaran air disalurkan ke kolam memancing.
Pada masa sama, kakitangan SYABAS Wilayah Persekutuan akan memantau dan menyiasat kes ini secara lebih terperinci dan akan menganggarkan jumlah kerugian sebelum membuat tuntutan bayaran balik daripada pengusaha.
"MBPJ mengeluarkan notis mengikut Akta 133, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Berikutan itu pengusaha diberikan tempoh 7 hari dan notis sama diserahkan kepada Pejabat Tanah untuk tindakan lanjut," ujar Mohd Fauzi Maarop.
Mohd Fauzi, Pengarah Penguatkuasaan dan Keselamatan MBPJ.
Saya dimaklumkan, tanah di bawah kabel bervoltan tinggi TNB hanya boleh dibangunkan sebagai tapak semaian atau ruang parkir sahaja, itupun mengikut dengan kebenaran pihak berkuasa.
Setelah dokumen diperiksa, polis CPJ menyertai Ops Bersepadu itu mendapati pekerja asing terbabit mempunyai permit bekerja sebagai pencuci.
"Saya permit cleaner tetapi sini semuapun bikin juga. Baru sahaja renew itu permit, RM3,000. Sini gaji RM1,200 sahaja, kerja 24 jam mahu kasi makan sama enam orang di Bangladesh. Emak, ayah, isteri, dua anak dan adik. Adik stroke, saya sendiri kencing manis, satu bulan ubat angkat dua kali, RM160," katanya.
Fakta ...
Lapan tahun, pengusaha kolam beroperasi di tapak TIDAK sah. Tidakkah kakitangan TNB Transmission dapat mengesan kegiatan haram itu selama ini?
Lapan tahun, pelanggan kolam memancing haram memperjudikan nyawa mereka setiap kali berkunjung ke lokasi itu.
Barangkali wakil TNB TRANSMISSION sudi memberikan penjelasan berhubung kes ini.
sudah kawtim maaaaa
BalasPadam8 tahun lama tu..kalau budak dah darjah 2...bukan tak nampak mungkin dibuta oleh sesuatu.
BalasPadamAda unsur unsur rasuah di sini, mungkin. Bukan tuduhan tapi tanggapan.
BalasPadam8 tahun...dah siap le bunglow berharga rm250ribu....pekerja asing tu bukan sj menyalah guna permit kerja...tetap..dia juga tidak layak mendapat permit kerja kerana mempunyai penyakit...medical checkup kat mana?FOMEMA atau pakai sendiket..batalkan permit kerja..hantar balik ke bangladesh..
BalasPadamPeNAMA pada bil2 juga perlu disiasat & dikenakan tindakan sekiranya terlibat.
BalasPadamSambungan HARAM akan merugikan & menyusahkan rakyat & pembekal.
Ada yang kata biarlah.. x de effect pun.
Effectnya
1. Risiko pencemaran electric (fluctuation), pencemaran air (sambungan yg tercemar)
2. Kebakaran
3. Tekanan air rendah
4. Risiko bayar lebih
5. Risiko penglibatan aktiviti jenayah.
Warga asing yang rajin, skilled, well trained & mematuhi & menghormati undang2 negara dialu-alukan.
Warga asing (atau tidak), yg melanggar undang2 tidak perlu wujud dalam negara.
nampak...buat2 tak nampak.
BalasPadamtau...buat2 tak tau.
libatkan sprm dlm kes ni....
BalasPadamHisham-250 di Damansara, rumah teres pun tak lepas bro, banglo tauke ni kurang kurang 4juta.
BalasPadambro adriany...sesekali cuba sedara bercuti ke daerah pendalaman..jangan terperanjat jika sedara melihat sebuah rumah papan ala kampong yg cantik dan terletak dlm kawasan dusun buah2an..berharga ratusan ribu..siap ada penjaga nya sekali..milik siapa?maaf..bukan semua pemiliknya org kampong..tpi dimiliki olih mereka yg bekerja dibandar..nk kata dpt wang pencen..umor baru mencecah 40an..rajin2 bertanya milik siapakah dusun dan rumah tersebut..
BalasPadamHisham-maaf, saya bukan 'Bro'. Peace! Faham, tapi apa yang saya maksudkan ialah, tauke tauke ni dah mengaut untung berjuta okay.
BalasPadamtahniah tuan mazidul teruskan kerja murni tuan membongkar segala penyelewengan yang melangar undang-undang negara
BalasPadamPemancing yg pergi ke situ pun satu hal, dah tau tempat tu risiko tinggi pergi jugak. Memang la pihak berkuasa ada tanggungjawab tapi keselamatan diri sendiri kena la jaga dan fikir sendiri.
BalasPadam