Anwar Ibrahim mengumumkan bakal mengadakan banyak lagi perhimpunan bersama puluhan ribu penyokongnya.
Itu tidak salah, asalkan penganjur mematuhi syarat Akta Perhimpunan Aman 2012.
Berikutan dakwaan Anwar kononnya kemenangan Pakatan Rakyat, PR, dirompak, puluhan ribu penyokongnya digelar RAKYAT meraikan KEGAGALAN Ketua Umum PR itu menjadi Perdana Menteri.
Jumlah rakyat Malaysia, kira-kira 28 juta kesemuanya. Penyokong Anwar berkumpul di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor pada 8 Mei lalu dianggarkan 100,000. Jadi 100,000 dibahagi dengan 28,000,000 didarabkan 100 ...
Jawabannya ...
0.36% penduduk Malaysia menyertai perhimpunan itu dan BUKAN semua penduduk Malaysia. Hanya 0.36% rakyat Malaysia BUKAN 28 juta.
Setiap perhimpunan mengundang masalah kesesakan lalu lintas sekaligus menyusahkan rakyat Malaysia lain ( BUKAN penyokong Anwar).
Adakah Anwar peduli? Tentunya tidak, asalkan niatnya mengapi-apikan perasaan pengikutnya untuk membenci kerajaan tercapai, mencukupi. Hemat saya, tindakan Anwar hanya untuk mencetuskan kacau-bilau di Malaysia. Oleh itu saya berasa yakin, ramai tidak menyukainya. Pada masa sama, tindakan jahat itu tidak akan memberikan dia ruang dan peluang untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Memang seronok jika bermain angka..., cuma 0.36% saja dari rakyat Malaysia yg berhimpun di Stadium Kelana Jaya:
BalasPadami) Bayangkan jika semua 28 juta rakyat Malaysia berhimpun di Stadium Kelana Jaya, bukankah ia sudah jadi CERITA KARTUN?? Bagaimana 28 juta rakyat Malaysia nak memasuki stadium yang cuma boleh muat sekitar MAKSIMUM 100,000 orang saja itu? Jadi tak perlulah kita buat perbandingan 0.36% mengikut formula PENGIRAAN KARTUN/LOGIK KARTUN kerana di luar sana dari Perlis hingga ke Sabah ramai penyokong PR yang menyatakan sokongan kpd rakan-rakan mereka tanpa perlu pergi ke Stadium Kelana Jaya.
Lagi permainan angka:
ii) Mengikut SPR pd keseluruhannya 5.7 juta pengundi dlm PRU-13 (kerusi Parlimen) mengundi PR dan cuma 5.2 juta yang mengundi BN. Jadi kalau mengikut LOGIK KARTUN sdr Mazidul, PR paling layak memerintah Malaysia kerana mereka mendapat lebih undi berbanding BN.
iii) Mengikut SPR pd keseluruhannya PR mendapat 52% undi dlm PR-13, BN 47% dan lain-lain parti/Bebas mendapat 1%. Jadi kalau mengikut LOGIK KARTUN sdr Mazidul, PR paling layak memerintah Malaysia kerana majoriti rakyat memilih PR, bukan BN.
Kadang2 LOGIK KARTUN hanya boleh dipakai dalam keadaan kita mengantuk dan mamai dan bukan dlm keadaan kita waras.
Uni popular tidak bermakna boleh bentuk kerajaan
BalasPadamhttp://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130510/dn_26/Malaysia-guna-sistem-menang-majoriti-kerusi-sejak-1959-bukan-undi-popular
BalasPadamsemutapi berkata...
Memang seronok jika bermain angka..., cuma 0.36% saja dari rakyat Malaysia yg berhimpun di Stadium Kelana Jaya:
i) Bayangkan jika semua 28 juta rakyat Malaysia berhimpun di Stadium Kelana Jaya, bukankah ia sudah jadi CERITA KARTUN?? Bagaimana 28 juta rakyat Malaysia nak memasuki stadium yang cuma boleh muat sekitar MAKSIMUM 100,000 orang saja itu? Jadi tak perlulah kita buat perbandingan 0.36% mengikut formula PENGIRAAN KARTUN/LOGIK KARTUN kerana di luar sana dari Perlis hingga ke Sabah ramai penyokong PR yang menyatakan sokongan kpd rakan-rakan mereka tanpa perlu pergi ke Stadium Kelana Jaya.
Lagi permainan angka:
ii) Mengikut SPR pd keseluruhannya 5.7 juta pengundi dlm PRU-13 (kerusi Parlimen) mengundi PR dan cuma 5.2 juta yang mengundi BN. Jadi kalau mengikut LOGIK KARTUN sdr Mazidul, PR paling layak memerintah Malaysia kerana mereka mendapat lebih undi berbanding BN.
iii) Mengikut SPR pd keseluruhannya PR mendapat 52% undi dlm PR-13, BN 47% dan lain-lain parti/Bebas mendapat 1%. Jadi kalau mengikut LOGIK KARTUN sdr Mazidul, PR paling layak memerintah Malaysia kerana majoriti rakyat memilih PR, bukan BN.
Kadang2 LOGIK KARTUN hanya boleh dipakai dalam keadaan kita mengantuk dan mamai dan bukan dlm keadaan kita waras.
Jumaat, 10 Mei 2013 5:54:00 PTG GMT+08:00
Mat, kalau nak ikut logik ikut undi popular (vis-a-vis kerusi parlimen) menang pilihanraya, sila lah ubah perlembagaan. Tapi... korang kalah pilihanraya kan? So, macamana nak ubah perlembagaan?
Silalah melalak sampai mampus.
Mmg seronok bermain dengan angka, cuma 0.36% shj dari rakyat Malaysia cukup untuk menganggu kelancaran lalu lintas. Tp kenapa majoritinya ialah dari satu kaum?
BalasPadamTp takpe kita main angka lagi utk tahu sebabnya. 10.9 juta pengundi mengundi di pru13. Dari jumlah itu 5.7 juta mengundi PR. Kita tahu golongan cina mewakili 29.4% dari keseluruhan jumlah pengundi iaitu 13.6j. Yg menarik, hampir kesemua pusat penjumlahan undi merekodkan sokongan total pengundi PDM kws cina (94%-97%) pada PR.
Kita tgk angka seterusnya:-
Jumlah Pengundi Cina ke PR (anggaran sokongan peti sebanyak 95% shj): 95% x 29.4% x 13.6j = 3.8 juta cina mengundi PR.
Jumlah undi popular PR = 5.7 juta
Jadi, undi dari bukan Cina utk PR = 5.7 - 3.8 = 1.9 juta.
Hanya 1.9 juta bumiputera+india+singh+dll yg mengundi PR.
Hakikatnya org bumiputera+ india dan lain lain lagi tetap bersama BN.
terima lah kekalahan dgn Redha
BalasPadamtak guna melalak lebih2 pun
Pilihanraya dah selesai... jom lah kita semua mwnyambung semula tugas kita yg tertangguh akibat terlalu sibuk berkempen tempohari. Semua org ada tangungjawab masing2 tak payah la sibuk nak melalak tak tentu hala. Jangan ganggu org lain yg nak cari makan sara keluarga. Kalau dah kemaruk sangat nak jadi PM....istihar ja diri sendiri jadi PM...jadilah PM yang tak bernegara mcm cite p.ramlee tu...boleh kan??
BalasPadamsemutapi, kalau x reti berhujah, xpayah lah nk tunjuk terer, nanti kena gelak dengan org lain.. baru dok malaysia ka? smpai sistem pilihanraya malaysia pun xtau.ada hati nak komen. kalau nak pakai sistem undi popular, p dok negara lain. dah kalah tu kalah la, banyak bunyi plak
BalasPadamdulu kita mengutuk indonesia yang gemar demo dan nampak ketinggalan zaman... dan kurang berpelajaran...
BalasPadamTuhan balas agaknya... anak bangsa kita pula buat mcm tu... menjerit, berhimpun melebihi indonesia sendiri... buat malu jer... TAHNIAH PR memundurkan pemikiran rakyat
SMTI
BalasPadamApalagi agenda beliau selepas ini..?
BalasPadamCukup2lah tu..
Pandainye semutapi
BalasPadamhairan betul la kan tetiba PRU13 ni naik plak term undi popular ni...sebelum2 ni tak dengar pulak...kalau nak ikut undi popular yang entah betul entah tidak tu nenek aku pun entah2 orang undi layak untuk jadik PM ..so?
BalasPadam