Ini satu lagi kisah benar mengenai pelajar diperhambakan oleh Pusat Tahfiz Amal, PTA di Yan, Kedah.
"Saya terjumpa kanak-kanak berusia 10 tahun, berasal dari Tawau, Sabah, itu berhampiran Domino Pizza, Alor Setar," ujar sahabat saya, Jet.
"Adakah ibu dan ayah tahu dia menjual produk?," soal saya.
"Keluarga hanya tahu dia berniaga untuk membantu sekolah. Jet tengok dia keletihan, ajak dia makan tetapi dia takut 'ustaz' dia ternampak. Jadi Jet belikan dia, pizza dan air, dia makan di luar. Jet nampak ada kesan airmata di pipi dia dan dia memandang Jet seperti berada dalam keadaan serba-salah. Katanya, dia bekerja di antara jam 2 petang dan 7 malam," jelas wanita bakal bergelar doktor (falsafah) itu lagi.
Klik di sini untuk membaca perincian PENGELUAR produk dijual oleh anak mentah dieksploitasi itu.
Dia ditinggalkan berseorangan di tempat awam sekaligus membuka ruang kepada kejadian jenayah berlaku.
Setakat ini pihak kerajaan TIDAK bertindak menangani kes seperti ini.
Pemimpin PAS dan PKR juga tidak mengambil endah selama berkuasa di Kedah, klik di sini.
Sila LIKE sebagai isyarat sokongan, terima kasih.
Saya berasa yakin, ibu dan ayah pelajar tinggal jauh itu tidak megetahui mengenai laman 'Hentikan Perhambaan Kanak-Kanak Dan Remaja', klik di sini.
Oleh itu saya amat berharap, Menteri Besar, MB Kedah baru dilantik, Datuk Mukhriz Tun Mahathir tidak keberatan menghantar pegawai beliau untuk menyiasat status PTA di Kedah.
Pegawai Pejabat MB hanya perlu klik di sini untuk melihat gambar PTA dirakamkan Februari lalu.
YAB, tolong jangan biarkan dia terus diperhambakan. Untuk membanteras kegiatan zalim ini, saya bersedia menyalurkan maklumat kepada pegawai Datuk mengenai operasi PTA pada bila-bila masa.
Saya merayu.
CC Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi Klik di sini.
Mereka tergamak mengaut keuntungan dengan hasil titik peluh kanak2.Sungguh tak berperikemanusian.Di usia itu sepatut mereka belajar dan bersuka ria bermain bersama rakan...tapi kasihan di paksa menjaja barangan yang entah apa2...
BalasPadamMoga dapat perhatian segera daripada
Dato Mukhriz...
MasyaAllah,
BalasPadamKesian tengok anak berusia 10 tahun terpaksa buat kerja begini...
Harap2 MB kedah dapat membuat tindakan segera!
Terima kasih saudara Mazidul masih berusaha menyelesaikan masalah ini. Syabas saudara! :)
smti.
BalasPadamsaya pun merayu jugak
Apa nie.. kesiannya anak nie.. anak2 saya masih duduk di rumah main komputer main games.. mmg kurang ajar lah sbb makan hasil dari titik peluh anak2 kecil ini.. dah lama abg Mazidul bangkitkan hal nie.. takkan tak ada pihak yg membanterasnya.. Datuk Mukhriz ini lah masanya untuk Datuk bertindak dan jalankan tanggungjawab yg telah di amanahkan untuk rakyat terutama untuk nasib anak2 yang di pergunakan oleh bahalul2 tua yang kaya ini di mana anak2mereka duduk mengadap lappy dan ipad.. anak2 org di suruh bekerja untuk kesenangan mereka..
BalasPadamSejak tahun 2003, masa tu sy kerap ulang alik Ipoh Shah Alam, selalu jumpa kanak2 begini di PLUS highway. Biasanya di stesen minyak. Dah 10 tahun pun, masih ada yg menjaja a.k.a dipergunakan.Yg peliknya En. Mazidul, selepas 10 tahun, mana perginya anak2 yg dah dewasa tu? Sy nak sangat kalau ada pendedahan drpd bekas pelajar tahfiz tu sendiri boleh jadi bukti eksploitasi terhadap kanak2. Harap MB Kedah dapat menyelesaikan isu ini.
BalasPadamHarap-harap ada perubahan
BalasPadamTq bro Mazidul.sy akan maklumkan kpd Datuk tetang pkra ini..dan utk makluman sekolah ni dari dulu lg buat kerah pelajar utk jual brg.. Mereka tidak berdaftar dgn kjaan utk terima bantuan.. Maybe kewangan mereka dipantau..1 lg sekolah d baling, pengasas sek berkenaan mengarahkan pelajar kutip derma disetiap negeri.dah berpuluh tahun depa buat kerja ni.duit banyak dapat.tp sekolah tak naik taraf.yg naik tarafnya kereta cikgu2.. Alphard, vellfire, bak kata org kampung "mewah"
BalasPadamSalam, ingin berkata..
BalasPadamLebih 10 tahun saya tinggal di negeri Kedah. Memang diperhatikan ramainya pengutip derma dari kalangan kanak2 dan juga dewasa. Nak bina masjid nak sedekah ke anak yatim, nak wakaf dll. Boleh kata hampir setiap pintu bank...ada orang menunggu nak kutip derma...bukan semua orang masuk bank nak ambil duit...tapi banyaknya nak bayar hutang. Atas rasa kasihan...hulurlah juga. Kenapalah orang Melayu Islam suka meminta2.
macam mana polis nak sentuh depa, dah depa bernaung bawah "3 Lines"...
BalasPadam3 lines tu pekida kan?
PadamSeharusnya YB Mukhriz mengambil tindakan sewajarnya ke atas sekolah agama / pondok yang ada di negeri Kedah. Majoriti yang saya terserempak dengan anak-anak ini mereka mendakwa berasal dari sana. Tolonglah cegah dari memperkudakan tenaga anak-anak ini. Berilah kesempatan untuk mereka melalui zaman kanak-kanak seperti anak-anak yang lain. Mereka ke sekolah, mengaji Quran, tution, bermain, menonton Tv seperti anak seusia mereka. Janganlah kita membiarkan ianya berlarutan sehingga negara kita dilabel satu hari nanti memeras tenaga kanak-kanak. Doa dan harapan saya semoga ianya berakhir untuk selamanya.
BalasPadamsaya dah lama ikut catatan abg mazidul pasal pelajar tahfiz ni. kasian tengok anak2 ni. sepatutnya mereka di sekolah belajar tp pihak sekolah plak buat mcmni. bukan disemenanjung ja benda ni ada. di sabah pun ada.tp tak pasti nama pusat tahfiz apa.di sabah mereka biasa berdiri di depan bank. dan pernah juga pelajar ppuan mengetuk pintu rumah saya menjual vcd.
BalasPadamteruskan usaha abg mazidul. saya doakan abg selamat dalam membuat liputan yg membuka mata rakyat.