Selasa, Oktober 02, 2012

19% TAKUT MATI 41% TAKUT ... (MESTI BACA)

Setiap manusia cukup sifat memerlukan kemahiran bercakap di khalayak ramai samada mereka khatib di masjid, pelajar, pegawai dan anggota  polis, kontraktor, pegawai eksekutif syarikat, politikus, ahli perniagaan atau sesiapa sahaja.

Mereka semua dituntut untuk berhadapan dan bercakap dengan khalayak dalam kerjaya.  

Itu fakta, berikut sebahagian lagi fakta ingin dikongsikan bersama pembaca.

Mengikut kaji selidik dijalankan oleh Sunday Times Of London pada tahun 1973, 41% daripada responden gementar untuk berucap di hadapan orang ramai (fear of public speaking), berbanding, 32% takut berada di tempat tinggi, 24% takutkan ulat dan serangga, 23% gementar berhadapan masalah kewangan, 22% takut berada di air dalam, 20% takut sakit, 18% takut terbang menggunakan pesawat dan 19% takutkan kematian.

Jika data itu diapplikasikan dalam kejadian kehidupan seharian, maksudnya majoriti sanggup terkujur di liang lahat berbanding menjadi pembaca talkin selaku pengucap awam.


Justeru itu CakapDotCom kini menawarkan perkhidmatan berikut kepada klien berminat. 

1. Latihan 3 jam di hujung minggu, menggilap kemahiran pengucapan awam untuk klien dewasa.

Sesi ini diadakan di pool side, Tingkat 5, Casa Indah 2 Kondominium, Persiaran Surian, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, mengikut jadual ditetapkan. Bilangan klien tidak melebihi 20 orang bagi memastikan tumpuan sepenuhnya dapat diberikan oleh fasilitator bertugas. Pakaian bebas, sesi di lokasi terbuka dan selesa. 

Sesi pertama bakal berlangsung pada 7 Oktober 2012.

2. Latihan menggilap kemahiran pengucapan awak kepada remaja berusia di antara 12 dan 17 tahun dan pelajar insitusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Kami percaya kemahiran bercakap di khalayak ramai satu keperluan bagi pelajar. Kekadang ibu bapa berasa simpati melihat anak tidak keruan kerana terpaksa membuat persembahan di dalam kelas. Pelajar berasa keliru, celaru dan gemuruh untuk berdiri dan berkomunikasi biarpun di hadapan rakan sekelas dikenali. Kemahiran bercakap juga berguna sebaik pelajar melangkah ke menara gading. Selain melangsaikan tugasan lazim, mereka juga bakal terbabit dalam pelbagai jenis pengucapan awam di bilik kuliah. Fasilitator ELIT kami InsyaAllah mampu untuk membantu mereka semua mendepani cabaran itu kelak.

Kadar bayaran istimewa untuk pelajar ditawarkan.

3. CakapDotCom juga menawarkan sesi menyediakan klien untuk menghadiri temuduga, interview dan uji bakat.

4. Kepada klien berminat untuk mempersiapkan diri sebagai pengacara televisyen, hubungi kami kerana fasilitator ELIT kami berpengalaman di antara 16 dan 30 tahun dalam bidang sama. Mereka bekas pengamal media dikenali ramai dan berkredibiliti.

5. Kami juga menawarkan latihan suara, voice training, bersama fasilitator ELIT, Omar Abdullah sekiranya klien berminat. Beliau berpengalaman dalam bidang lakonan, teater, pengacaraan televisyen dan penyampaian radio.


6. Ingin mendalami ilmu berhubung keterampilan dan keselesaan ketika berdiri dan bercakap di hadapan khalayak ramai, kami menawarkan sesi bersama personaliti televisyen, Zakiah Anas.


Semua sesi di atas juga ditawarkan dalam bentuk latihan peribadi, personal coaching dengan harga berbeza tetapi berpatutan.

Sila hubungi Azmil Abdul Aziz di talian 013 63 666 73 atau emel ke cakapdotcom@gmail.com untuk mendapatkan maklumat lengkap berhubung sesi kami tawarkan.


Klik di sini untuk mengetahui perkembangan dan kegiatan CakapDotCom.

CakapDotCom

MENGGILAP KEYAKINAN PENGUCAP AWAM


2 ulasan:

  1. mesti best kalau pandai bercakap di khalayak ramai mcm bro mazidul...

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Saya berminat membantu usaha agar CakapDotCom boleh diadakan di Seremban atau Tampin atau Gemas atau Segamat.

    Hj. Aminuddin
    019-6069509

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.