Isnin, Oktober 01, 2012

GELANGGANG TELAH DIBUKA

"Terima kasih kepada semua peserta telah mendaftar untuk menyertai sesi pertama CakapDotCom pada 7 Oktober ini. Cuma ada 5 lagi tempat kosong untuk diisi. Hubungi saya di talian 013 63 666 73 dan emelkan butiran diri ke cakapdotcom@gmail.com secepat mungkin," ujar penggerak utama CakapDotCom, Azmil Abdul Aziz.


"Siapakah antara peserta mendaftar setakat ini?," soal saya kepadanya.

"Peniaga, broker hartanah, penceramah televisyen berbayar dan swasta, pemilik restoran, pegawai polis, penceramah bebas dan wanita bergiat dalam bidang poliitik," jelasnya.

Semalam tinjauan dijalankan di lokasi sesi terbabit bakal berlangsung. 


Lokasi dipilih, tingkat 5 (multi purpose hall dan pool side), Blok B, Casa Indah 2 Condominium, Persiaran Surian, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Jika menggunakan GPS, sila taipkan 'Casa Indah'. Di skrin bakal tercatat 'Casa Indah 1' dan 'Casa Indah'. Pilih 'Casa Indah'. Kedua bangunan terletak bersebelahan.

"Tempat ini terbuka, tidak menggayatkan, berangin, luas dan selesa. Biarpun di kondominium, di sekeliling masih terserlah kehijauan dan peserta berpeluang menghayati pemandangan seluruh Kota Damansara dari sini. Semua peserta boleh memakai pakaian mereka suka dan selesa. Jika ingin mandi di kolam renang selepas sesi tamat pada jam 12 tegahari, silakan," tambah Azmil.


Tandas lelaki dan wanita, terletak di aras sama sesi menggilap keyakinan pengucapan awam bakal berlangsung. 


Kepada pembaca belum berpeluang mengetahui fakta mengenai sesi CakapDotCom, sila klik di sini.


Azmil dan Razali Harun akan menunggu ketibaan peserta di pintu utama dan di pintu masuk ke blok bermula pada jam 8.30 pagi. 

"Semua kenderaan peserta, sila parkir di dalam kawasan kondominium sama. Blok B, di sebelah kanan pondok pengawal keselamatan sebaik memasuki pintu utama," ujar Azmil lagi.


Gelanggang percakapan, perbincangan dan perkongsian ilmu berhubung pengucapan awam telah dibuka dengan rasminya.

MOHON SEBARKAN KANDUNGAN ENTRI INI.

1 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.