Jumaat, Oktober 24, 2008

Akhirnya Pengkid Diharamkan

Bro, dah baca surat khabar? Pengkid diharamkan.

Kandungan sistem pesanan ringkas saya terima pagi tadi dihantar rakan pernah muncul dalam rancangan 360, paparan berhubung pengkid. Isterinya 33 tahun ‘dilarikan’ pengkid berusia 27 tahun dan kini tinggal serumah di Petaling Jaya, Selangor bagai 'suami isteri'.

Sejak paparan itu disiarkan pelbagai respon saya terima. Ramai pengkid berang dan mendakwa kebebasan mereka tidak harus disekat. Hujah saya, jika pondan diharamkan, mengapa tidak pengkid?

Semalam Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan pengkid. Fatwa itu diumumkan Pengerusi Majlis, Datuk Dr. Abdul Shukor dalam muzakarah 2 hari di Kota Bharu, Kelantan.

Justeru, kepada perempuan kepingin menjadi lelaki, berubahlah. Jangan ditentang kejadian Allah s.w.a.

[ Kata Mazidul: Selamat melangsungkan pertunangan kepada wartawan 360, Teh Syuhaida Sharip, 26 Oktober ]


21 ulasan:

  1. OIC, nak bertunag dah ker? amin.. Slmt bertunang lah yer..

    Bang, nnt time sy kahwin sy jemput 360 boleh tak? nak mtk tlg abang Mazdidul jd MC mcm kahwin Mawi tuh... hehe..

    BalasPadam
  2. en mazidul..
    aku memang sokong penuh fatwa pengharaman pump kek ni... eh..pengkit ni..
    dah allah jadikan begitu cantik kejadian manusia... apa nak diubah-ubah lagi...

    BalasPadam
  3. Mmg patut pun,jika dah tuhan ckp haram,nak kata apa lagi.ader gak insan x reti bahase ekk...

    www.afeazd.co.cc

    BalasPadam
  4. TAHNIAH kepada majlis fatwa kerana mengeluarkan fatwa tersebut walaupun bagi saya amat terlambat...

    Walaubagaimanapun ia suatu usaha yg terbaik di Malaysia ini...

    BalasPadam
  5. Cuba mazidul buat kisah mengenai pondan daari perspektif falsafah dan kehidupan mereka. ada banyak kajian di lakukan. Kat USM ada doktor kaji-pondan lagi bahagia dari kita semua.

    dulu masa abe MIE jadi wartawan majalah, ada pondan diliwat semasa belajar pondok agama. dia akhirnya hidup sebagai pondan dan kini dia 'menyimpan lelaki' sebagai suami.

    Kenapa orang masih cari pondan? Geli nak cerita tapi kita kena terima dengan relaiti mereka. ada seorang 'ustaz' kat kelantan pernah jadi pondan 20 tahun. dia berkahwin dengan perempuan dan menjadi orang alim...

    BalasPadam
  6. Hish... sepatutnya diharamkan dari dahulu lagi... apsal la nak sangat tukar jantina.. tak reti nak bersyukur akan kejadian yang Allah dah berikan la tu...

    Ini sedikit sebanyak ada kaitan ngan entri saya hari ni... kepada pengkid pengkid semua ... don't let your lust guide you.. think wisely .... rasanya kalau pengkid ni kekal jd perempuan biasa, dorang akan dapat kepuasan yang lebih baik dari sekarang...

    mungkin korang (pengkids) patut fikirkan terlebih dahulu kewajaran kamu hendak jadi pengkid...

    mungkin ada sebab sebab tertentu mengapa dorang nak jd pengkid... adakah kerana hilangnya kepercayaan terhadap lelaki... ada sejarah hitam mungkin... etc etc..

    Bertaubatla sesungguhnya Allah akan mengampuni dosa kamu yang lalu.. kerana Allah maha pengasih dan penyayang..

    Adry @ http://www.adrysabry.com

    BalasPadam
  7. Salam abg mazidul..
    cerita pasal pengkid aritu macam tak diterpikirkan oleh minda untuk terjadi

    BalasPadam
  8. Salam...!!Tahniah dan syabas En. Mazidul diatas pembongkaran pengkid semoga Allah memberkati segala usaha keras anda

    BalasPadam
  9. Terang2 dlm Quran ada tulis haram lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki. Majlis Fatwa menerangkan lagi firman Allah tu.

    Hak kebebasan? (gelak besar-besar)
    Ingat la, dunia ni sementara je. Apa nak jawab masa dalam kubur nanti.

    Kubur lain-lain? Nabi sindri penah citer dulu, org yg kena hukum teruk dlm kubur, jiran kubur sebelah boleh terkena tempiasnya. So, taknak la camtu kan.

    BalasPadam
  10. Rugi jadik penkid. Aku tengok ramai yang lawa2. moga adik2 penkid sedar tentang wujudnya tuhan yang berkuasa....heh

    BalasPadam
  11. ishh makin merepek2 jer diorang ni.. kalo pengkid suka ngn ppuan.. namanya lesbian gak ea? ker bukan..? confused plak...

    BalasPadam
  12. Kenapa d'org nih? nak ikut golongan Nabi Luth dah ker? Dunia dah akhir zaman weh... sedarlah..

    BalasPadam
  13. Alhumdulillah..memang tak semengah jek.

    BalasPadam
  14. ehhh..saya ingat benda nieh dah lama dah kena ban kat malaysia...entah laa abg...manusia nieh...tapi yang penting nyer..saya harapkan agar semua org atau pembaca tidak bersikap judge mental keatas mereka ini...bukannyer saya menyokong..tapi..ada cerita di sebalik kenapa mereka jadi macam tuh...ada jugak yang bukan kehendak mereka...ada jugak yang khunsa..dan ada jugak yang hilang bimbingannyer...nauzubillah...

    BalasPadam
  15. kawan2 kita pun masih ada yg pengkid lagi.. sejak dari zaman sekolah..sampai le putu dah beranak-pinak.. mereka tetap tak berubah..

    tetap mencari keseronokan dalam dunia mereka...entahlah..!

    BalasPadam
  16. better late then never...keep up the good work

    BalasPadam
  17. yess.. setuju ngan mrizam.. better late than never.. untuk golongan pengkid, mak nyah ni, bertaubatlah sebelum terlambat.. kenapa nak diubah pemberian Tuhan tu?? setiap sesuatu yang dijadikan tu pasti ada sebab dan hikmahNya.. jangan di dengar bisikan hati yang pastinya syaitan jadi penggalaknya.. cuba banyak2kan amalan pada Allah, pasti ada jalan keluarnya..

    BalasPadam
  18. Haaa..
    sy sokong 100%...
    haramkan...
    mengalahkan lelaki lagaknye tu...
    hurm...

    BalasPadam
  19. Sedih saya dengar bila ada yg terjabak dgn kes pengkid/lesbian nie. Mengapa mudah sangat membiarkan nafsu menguasai diri. Mana iman & akal?? Baru-baru ni gembira hati terserempak rakan sekelas. Kami dulu agak rapat sebelum dia bertukar sekolah. Tapi rasa gembira terus hilang bila tengok dia sekarang dah jadi tomboy. Siap berbangga tayang girlfriend..tak tahulah pengkid ke tidak. semoga die sedar & bertaubat sebelum terlambat.

    BalasPadam
  20. Kebebasan apanye kalau Islam diketepikan. Macamlah hidup ini tiada peraturan tiada undang-undang. Mudah sangat dipesongkan budaya asing. Tahniah JAKIM kerana 'bebas' dalam melaksanakan tanggungjawab.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.