Khamis, Oktober 30, 2008

Kaum Nabi Lut

Minggu lalu saya ditegur paramugara berusia lingkungan 30 an di lapangan terbang.

“Bang, saya selalu tengok show abang, 360,” katanya.

Saya ucapkan terima kasih.

“Bila abang nak buat cerita pasal cabin krew?,” soalnya.

“Kenapa dengan cabin crew?,” balas saya.

Kenyataan dia seterusnya memeranjatkan saya ..

“Saya dah lama nak contact abang tapi tak berkesempatan. Abang tau tak? Saya berani cakap, 60 peratus daripada crew lelaki syarikat saya kerja ni, gay. Tua ada, muda ada,” jelasnya serius.

“Ha? Biar betul?”

“Kalau kita orang fly keluar negara, pakai Airbus, setiap crew dapat satu bilik seorang. Jadi peluang buat kegiatan terkutuk tu senang. Saya menyampah tengok. Dia orang dah semakin berani. Kalau lelaki straight macam kita ni lalu, nak test, dia siap cuit punggung kita tu! Kita biarkan, nanti dia berani pegang selamba jer”

“Dalam kapal terbang?”

“Ya,” jawabnya.

“Macamana awak kenal dia orang gay?,” tanya saya.

“Boleh kenal. Bulu kening cukur atau cabut macam perempuan. Kalau saiz baju dia ‘L’, dia pakai ‘M’, biar nampak fit. Gelar diri ‘mak’, couple, dia orang gelar ‘anak ikan’. Bila kat luar negara siap pakai hand bag pun ada. Pihak pengurusan tahu benda ni tapi tak boleh buat apa sebab kerja dia orang tip top,” responnya.

“Really?,” saya kehairanan.

“Ada masuk kerja normal. Tak sampai tiga empat bulan dah lembik! Kalau abang nak buat 360 fasal topik ni, boleh interview saya. Mesti gempak. Kita ni bimbang tak nak Melayu jadi macam kaum Nabi Lut!”

Saya berharap dakwaan itu tidak benar.

33 ulasan:

  1. astaghfirullah! saya harap pun berita itu tidak benar. Tapi ianya tidak mustahil. Begitulah kalau tiada usaha untuk peringatkan apa yang patut. Kerja tidak diiringi dengan peringatan2 untuk tidak melupai azab Allah swt.

    BalasPadam
  2. wah..kalau dah sampai 60%..mmg berita mengejutkan...!

    ape lagi en. mazidul kita.. moh le terjah..!

    BalasPadam
  3. Saya berharap dakwaan itu tidak benar.

    Semua org berharap benda yg sama, tp hakikatnya kita tak dpt elak.. benda ni mmg wujud dr dulu lg.. Buat lah mcm mana cara pun, manusia susah nak berubah!

    Dunia dah akhir zaman, ramai yg bertukar jantina, Golongan nabi Luth wujud balik & tak mustahil satu hari nanti Dajjal bermata satu pun boleh keluar kat muka bumi ni.

    BalasPadam
  4. Menarik jugak cerita cabin crew tu bro..!!
    Kenapa mesti nak berteka-teki?..
    Kenapa tak terus buat research je?..
    Ada kemungkinan betul cerita beliau..
    Saya tak pernah pulak nampak tapi dah nama pun segala-galanya di dalam dunia ni adalah satu kemungkinan..
    Mana tau rating 360 melonjak naik pasal cerita ni..!!

    Adios..

    BalasPadam
  5. tapi orang tua2 ada berkata, tak tumbuh tak melata, kalau tak sungguh, orang tak kata.. mungkin benar apa yang di kata.. lebih2 lagi dia pun memang kerja kat situ.. niat dia pun baik, tak sanggup tengok orang yang sebangsa dan seagama terus hanyut dalam kesesatan..

    BalasPadam
  6. Isk...biar betul?
    Tak penah plak dgr citer camtu.
    Slalu tgk pramugara cam keras je sumer.
    Tak sangka plak ada yg lembut.
    Isk...
    Better bro siasat la pasal ni.

    BalasPadam
  7. Hmm...takkan dia saje nak buat citer bro..hmm..mungkin ade benarnya..apa kata bro dan kwn2 siasat pasal benda ni...

    BalasPadam
  8. em slalu je dgr pasal gay2 kat malaysia ni.. ade je cuma kita mungkin xtahu kan..

    pnah tgk blog lelaki melayu couple tu yg aritu kecoh2 tu? lelaki tu tua jugak la, nmpk mcm normal je.. psgn die muda sikit, siap post gmbr2 lg.. kat blog tu xde la apa sgt, macam blog psgn kekasih la, ckp ayat cinta2 ni.. cumanya jantina same je.. hehe :P

    hrp2 bawak bertaubat la..

    BalasPadam
  9. betul ke macam tu,he..gelinya aku,tak sangka ya..hensem-hemsem pun jadi gay...dah tak da perempuan kot..

    BalasPadam
  10. salam mazidul...saya rasa memang betul...skang nie apa yang tak mungkin terjadi???..segalanya mungkin !!diakhir2 zaman ni semua kisah yang dirasakan tak logik,sebenarnya boleh berlaku...maka apakah tugas kita sebagai khalifah didunia ini?bergeraklah sekarang..untuk menghalang yang berlaku sekarang biarlah pihak yang berwajib menjalankannya..akan tetapi tanggungjawab kita lebih besar untuk memimpin mereka yang berada disekeliling kita...itu yang lebih penting..bermula dari kluarga...didiklah dengan didikan agama yang sebenar,bukan didikan yang memodelkan orang lain,akan tetapi diri kita sendiri sebagai model yang terbaik..insyaAllah...rungkaikan gejala ini mazidul...

    BalasPadam
  11. Jom kita bongkar isu ini, dulu heboh pasal pramugara terlampau. So memang dah sah2 la perkara ini memang wujud dalam dunia pramugara.

    BalasPadam
  12. sebenarnya bukan setakat cabin krew, budak sekolah pun dah pandai dah..lihat sekeliling kita ni...
    betul ..kita melangkah ke akhir zaman...
    patut, produser drama tempatan buat drama tentang gay/lesbian ni dan balasan Allah terhadap mereka, sekurang-kurangnya hati mereka akan terdetik sedikit...

    kepada golongan ibu bapa yang bakal menunaikan ibadah haji ,ambillah kesempatan ini berdoa untuk anak-anak...insyaallah

    BalasPadam
  13. bukan setakat cabin crew ja..
    pelajar2 skang pon ramai..
    pernah ada sorg gay (student) nie kuarkan statement.. "hanya lelaki ja tau apa yg lelaki nak"

    wallahualam..

    BalasPadam
  14. Ingat la...nabi x ngaku umat wat kerje cm tu..Tanda2 dunia nk kiamat..
    Apa itu M.R.T?

    BalasPadam
  15. Salam Terjah,

    Manusia makin kalut..dah tak tau fitrah kejadian setiap makhluk..istigfar panjang..mohon kepada Allah S.W.T, agar memberikan petunjuk dan hidayah kepada hati- hati yang buta menilai nikmat sang pencipta...tiada maknanya kemodenan mengikut trend sedangkan apa yang dilakukan oleh mereka ini telah sekian lama tertera di Kalam Suci...kebanggaan atas nama moderate adalah sesuatu yang memalukan sekali terutamanya kepada org melayu yang beragama islam...pegangan liberalisme konon ..sudahlah janganlah melawan fitrah..yang benar tetap benar yang batil telah termaktub....emosi aku kepada kelompok yang tidak tahu menghargai nikmat kehidupan yang telah Allah berikan........Semua pihak bertanggungjawab meleraikan permasalahan ini ..terutamanya pengamal media...dedahkan kepincangan sosial ini biar masyarakat tahu keburukan dan kebusukan yang ada...insyaallah akan ada kelompok yang akan dilahirkan untuk membuat pencegahan perkara ini...semoga niat yang baik akan memberikan kesudahan yang baik...insyaallah..

    BalasPadam
  16. Addin, TQ.

    Lamborian, selamat datang ke blog ini!

    Tun Teja, pelajar sekolah belajar jadi gay daripada siapa yer?

    Seriyamax, sama pandangan dengan Tun Teja :) Kalau dah ada anak, sama2 jaga mereka agar tidak terbabit dengan kegiatan serupa.

    Aizat, dulu orang selalu usik paramugari dengan ayat 'Tea, coffee or ME?'

    Miss Jaz, tu lah .. ibu bapa sekarang kena berilmu, kena tahu apa itu lesbian, apa itu gay dan apa itu pengkid ..

    Baem, nafsu manusia ni pelbagai .. normal ada, pelik ada.

    Nana, baru2 ni ada pesta gay di Perth, Australia ..

    No Need, rasanya cam tu la jugak, sebb dia siap boleh bagi details yang saya tak boleh siarkan di sini.

    BalasPadam
  17. owh..pasal pelajar skolah tu.
    mungkin ada..
    tapi yg teja maksudkan disini ialah pelajar2 ipta/s..

    banyak sebab2nya teja rasa..tapi salah satu faktornya..mungkin dari segi layanan..ye la..bila cerita masalah kat prempuan, kadang2 prempuan nie xdgr..bagi mslh lagi ada la..
    mgkin golongan gay nie pandai mendengar masalah tu..dan..xmustahil kalo lama2 mereka pun akan terjerat sekali..
    teja pun kenal ramai kwn2 yg jadi gay..dorg ramai kwn pompuan..tapi dekat laki juga yg dorg tersangkut..
    dunia da nak akhir zaman da en mazidul..

    wallahualam..

    BalasPadam
  18. nampaknya mulai esok ,aku kena la peratikan kening2 pramugara kalo jumpa kat aport utk kepastian......

    BalasPadam
  19. Kesian anak2 di masa hadapan. mereka bakal menjadi mangsa keadaan.

    BalasPadam
  20. me teringat 'pramagura terlampau' .. salammm bro, first time singgah

    BalasPadam
  21. I adalah cabin crew and have to confess that he is telling the truth.

    BalasPadam
  22. harian metro semalam ada melaporkan tentang pasangan gay yang di tahan di dalam tandas kerana sedang asyik bercengkerama.. yang membuatkan hangat tu, pasangan kepada lelaki yang berusia 30-an itu sudah berumur 50-an.. apa nak jadi dengan dunia sekarang nih?? terlalu ikutkan nafsu..

    BalasPadam
  23. alaa bro, tengok our own 'house' pun banyak kan.. kan kan kan.. :)

    BalasPadam
  24. Nurdaniella, dulu berhampiran tasik Kelana Jaya, selangor ada 'pot' gay. Tempat bercengkerama jugak :)

    Cabin Crew, what else can I say? I thought that you were going to get mad once I have published this entry ..

    En Me, TQ kerana sudi singgah. Lama dah video tu kan?

    Pinggu, tolong check sekali ada lelaki bawa beg tangan tak?

    Teja, gay jarang nak berkawan dengan saya. Cuma selalu pesan pada anak buah, cakap kat bos engakau, jangan buat cerita pasal gay, banyak cerita lain lagi, kata mereka :)

    BalasPadam
  25. ish..ish..tak takut dosa betul diorang ni..

    BalasPadam
  26. jgn katakan dlm cabin...
    kat luar nih pown bersepah...
    huhu..
    pantang nampak jantan jembu skit..
    mule la dicuitnye..
    pancing ngan duit...
    yg mata duitan tu ikut je la...
    huhu..
    kebanyakkan gay nih kaye..

    BalasPadam
  27. bro..
    betul story diorang tu...i think dunia sudah hampir ke penghujungnyer...pengkid,lesbian,gay, semua dah macam biasa jer diorang buat.even dulu housemate pun pengkid.slalu bwk 'awek' dia balik rumah..malas nak amik port jer.ex-offmate pun smer gak.cepatlah buat story,atlease biar terbuka mata semua pihak.

    BalasPadam
  28. La..tak perasan ke steward kebykkan nya gay..Sebenarnya diaorang ni jadi begitu sebab persekitaran juga..kadang bila kita tgk lelaki lembut ni..kita gelak2lah sebab diaorg tu mcm kelakar kan..

    Nak tegur tak berani..even diaorang ni lembut tapi kalau bagi penyempak kalah gak jantan yang masculine gitu.Sepatutnya MAS kena buat rules pasal benda ni..nak jadi GAY nak LEMBUT berhenti kerja jangan memalukan negara yang kononnya Muslim country.

    BalasPadam
  29. Wangi74, tapi bukan semua lelaki lembut itu gay. Hemat saya la.

    Sara, saya pernah buat cerita pengkid, mengamuk dia orang. Buat cerita pasal gay, dibenci dek gay pulak. Tapi itu tidak bermaksud saya menggemari kegiatan mereka.

    Mohamad, gay kaya boleh beli orang rupanya :)

    BalasPadam
  30. Bro...sy percaya..sbb dah lama 'budaya' ni wujud sekian lama. Sapa yg biasa tinggal kat area2 tmpt pramugara MAS tinggal mesti pernah tau..especially dulu area SBJ/KLJ..dorang mmg encem gilerr tp lembekk..pengsannnn. Nk caya tanya siapa yg pernah keje MAS(contoh)..

    BalasPadam
  31. seriyamax, kalau suruh produser buat drama ker movie psal LGBT ni xkan lepasnye kat malaysia nih. Tahu2 jerla pemikiran rakyat malaysia ni. Konon nak menjaga maruah negara la, x mahu mengaku wujudnye golongan jenis ni kat malaysia eventho da mmg byk golongan ni. Cthnye movie Histeria baru2 nih. Di kritik habis-habisan sbb ade scene between lesbian student. Itu hanya menggunakan taktik kamera, tapi kondem trus filem tuh. Tentunya kat pawagam scene itu akan dipotong trus.

    BalasPadam
  32. ramai berharap kisah cabincrew gay tak benar.banyak yg benar dan saya sedar umum pun sedar cuma mereka lebih senang berdiam diri dan berteka teki sendiri.gay ada lesbian pun ada.pilih mana nak.bukan cabincrew saja,orang yang kita tak sangka gay pun sebenarnya gay.pandai bertopeng..dunia dah hampir ke penghujung,mazidul.. :)

    BalasPadam
  33. Wooooo .. goli den eh .. Bru surut yg trlampau dlu, nk tmbul yg bru lak? Euwww ... Tul ke slah satu tnda depa ni gay- klau depa dduk, msti kaki brsilang?

    Dunia dh akhir zaman .. mkin ramai mnusia - umat Islm yg x takut dgn hukum Allah swt .. wallahualam ..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.