Rabu, Oktober 08, 2008

Terima Kasih Pemimpin

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi petang tadi mengumumkan beliau tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti Mac tahun depan.

Justeru, tempat beliau akan diganti.

Hakikatnya pemimpin dipilih rakyat, mereka tahu itu. Mereka juga tahu dalam membuat pilihan pasti ada penyokong dan pembangkang.

Siapapun pemimpin, tidak semua suka, tidak semua membenci.

Itu lumrah.

Apapun, terima kasih kepada semua pemimpin negara datang dan pergi.

11 ulasan:

  1. err..banyak nak cakap kat sini..tapi tak per laa..takut kena tahan dengan ISA hahahahaha

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum bang

    Maaf lama tak menjengok kesini. Ampun maaf zahir batin.

    Sesiapa pun yang jadi pemimpin kita boleh saja asalkan Islam dan punyai kuasa mutlak dalam mengawal ekonomi, perpaduan dan keamanan negara.

    Bukan yang jenis cakap harga minyak naik Bulan August tup tup malam tu jga naik melambung.

    Akhirnya dia sendiri yang kena lambung.

    Lagi satu kalau boleh biarlah PM yang dapat kawal harga barang. Gaji naik setahun sekali pun susah, tapi harga barang tiap tiap hari naik.

    Sekian.

    Wasalammu.

    Susah susah abang Mazidul masuk bertanding sekali la... aman kot Malaysia ni. Amin

    BalasPadam
  3. Rasanya ada orang yang buat kenduri doa selamat kalau Pak Lah dah turun tahkta nanti ye...

    BalasPadam
  4. Nik, wow! silap2 60 hari, boleh jadi 2 tahun ..

    Tanpa nama, itu perkara boleh dijangka.

    BalasPadam
  5. terima kasih.... terima kasih.... terima kasih... thank you... Syukran...tocheh...nandre... arigato haik...!!!

    Itu lumrah dunia,adatlah tu. Ada pasang surutnya.. Bukan Semua Orang Suka Kita kan..

    BalasPadam
  6. oklah tu..
    kasi can le org lain pulak...

    BalasPadam
  7. Negara demokrasi.. begitulah...kita bukan hidup di zaman kesultanan melayu lama ..

    terima kasih ;-)kepada kerajaan lama,

    untuk kerajaan baru:- Challenge!!!

    BalasPadam
  8. itu laa pasal..baik senyap jer hahaahha...

    BalasPadam
  9. bagus jugak PM tak bertanding. Bagi peluang org lain la pulak.
    Minyak bila nak turun ni..aduhaii
    Turun minyak...Turun Pak Lah

    BalasPadam
  10. Biasalah datang dan pergi silih berganti. Tak semestinye yg pergi tu tak baik dan tak semestinye yg ganti tu yg terbaik. Tetapi yg pasti bagi mereka, mereka dah buat sehabis baik.

    Apapun terima kasih juga pada yg telah menyumbang tenaga dan keringat untuk Malaysia.

    BalasPadam
  11. PM kita memang sporting... Masa untuk berubah.... Minyak harus turun...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.