Isnin, Februari 20, 2012

MATA FARIS TERBUKA TETAPI ... (HARI KE 19) UPDATED

Jam 5.15 petang semalam, saya tiba di Sime Darby Medical Center, di Subang Jaya, Selangor. Sebagai blogger, saya membawa bersama kamera digital ke lokasi.


Berikutan tidak melihat notis atau papan tanda dilarang merakamkan gambar, dalam perjalanan ke North Tower, saya rekodkan gambar berikut.


Hampir jam 5.30 petang, saya tiba di luar Neonatal Intensive Care Unit, NICU. Ketika itu ayah Faris, Shamrulismawi IsmaiL, 38 tahun, sedang berbual bersama beberapa penduduk taman tempat tinggalnya, hadir untuk ziarah.


Syukur, sewaktu mendepani saat getir, saudara dan rakan datang meluahkan rasa simpati serta menghulurkan bantuan.


Tepat jam 5.30 petang, Sham menjemput saya masuk ke NICU untuk melihat keadaan Faris di dalam bilik berdinding cermin.


Waktu itu, hanya ibu Faris, kakitangan Celcom, Zuraine Mohamad dan jururawat bersama anak kecil berusia 6 tahun sedang bertarung dengan nyawanya itu.

"Dia boleh bernafas tetapi bergantung seratus-peratus kepada bekalan oksigen. Sejak sejam tadi, apabila dos ubat tidur dikurangkan, Faris mampu membuka matanya," ujar Sham kepada saya.


Dari jauh saya melihat dada kecil Faris turun naik, kencang. Matanya terbuka luas seakan mampu melihat kelibat ibunya setia duduk dan berdiri di sebelah anak bongsu itu.

Sebelum melangkah masuk ke unit terbabit, saya melihat beberapa notis di tampal di dinding berhampiran pintu masuk. 


Hanya kelihatan notis larangan merokok dan menggunakan telefon bimbit.


Bagi saya, hanya orang tidak waras sahaja tergamak merokok di dalam bangunan hospital. Telefon bimbit? Jika diperhatikan dikebanyakkan hospital, sebilangan kakitangan pusat perubatan juga didapati menggunakan alat komunikasi itu. Justeru tidak hairan jika ahli keluarga pesakit dan pelawat sering dilihat berhubung menggunakan telefon bimbit.

Jika merakam gambar tidak dibenarkan dan dianggap hal teramat penting, pasti notis larangan penggunaan kamera ditampal di dinding hospital secara JELAS, sama seperti notis larangan lain.

Di lokasi itu tidak pula kelihatan notis larangan terbabit.

Justeru saya kemudian merakamkan gambar terakhir, sebelum masuk melihat anak kecil itu dari jarak dekat.


Saya memasukkan kamera ke dalam poket sebelum dihampiri seorang daripada jururawat bertugas.

"Di sini tidak boleh mengambil gambar," ujarnya secara hormat.

Selepas memakai topeng muka dan membasuh tangan, saya masuk menziarahi Faris.


"Faris, Faris, tengok ini, uncle datang," bisik Zuraine ke telinga anaknya berselimut.

Mendengar kata-kata itu, airmata saya spontan mengalir membasahi pipi. Saya perhatikan mata Faris, terbuka luas tetapi tidak berkelip. Sesekali kedengaran bunyi rengekan kurang jelas keluar dari mulutnya disumbat tiub.


Barangkali Faris ingin memberitahu kami, betapa peritnya pengalaman ditempuh itu. Tambahan pula, saya difahamkan, paru parunya kurang berfungsi.

"Perut dia membesar mungkin sebab hati dia bengkak," ujar Zuraine sambil mengusap perut anaknya.

Sila baca nukilan saya sebelum ini untuk mengetahui fakta berhubung Faris, klik di sini.

Tabahnya hati ibu itu.

Perjuangannya dan suami masih belum selesai, nasib anak kesayangan mereka masih belum diketahui. Namun saya percaya pakar perubatan dan kakitangan hospital swasta ternama itu sentiasa bertungkus-lumus, cuba memberikan rawatan terbaik untuk Faris.

Faris mula dimasukkan ke hospital terbabit sejak 19 hari lalu kerana demam. Empat hari kemudian dia disahkan oleh doktor mengidap HLH, bahasa mudahnya, barah darah.

Saya kemudian memegang kedua kaki Faris, terasa panas namun tidak bergerak.

Saya melihat airmata Zuraine bergenang sewaktu menyentuh kepala Faris. Berulang kali dia mengusap kepala anaknya, zuriat sebelum ini normal bergerak seperti anak lain. Hanya iman dan kepercayaan, Allah penentu takdir, hidup mati manusia, dia masih mampu berdiri dan tanpa jemu membisikkan kata kata semangat ke telinga Faris.


Untuk rekod, saya tidak merakamkan gambar sewaktu berada di dalam bilik bersama Faris.

Tiba-tiba, di luar, saya terlihat kelibat 2 pengawal keselamatan berbual bersama ayah Faris. Lalu saya bergerak keluar.

"Di sini tidak boleh merakamkan gambar," kata pegawai pengawal keselamatan.

Saya hanya sekadar bertanya.

"Saya tidak merakamkan gambar di dalam tetapi kalau ada peraturan atau undang-undang tidak membenarkan gambar Faris dirakamkan dari luar, mungkin encik boleh tunjukkan," ujar saya.

Barangkali bersimpati melihat saya masih bertopeng muka, kedua pengawal itu kemudian pantas beredar. Saya kemudian masuk semula ke bilik. Saya difahamkan, bil rawatan Faris kini mencecah RM75,000 sedangkan insuran ibu dan ayahnya berjumlah kira-kira RM40,000 sahaja.

Dua gambar saya rakam itu untuk dikongsikan bersama semua pembaca blog ini. 

Fakta, saya tidak berada di hospital itu atas kapasiti sebagai wartawan tetapi sebagai sahabat dan blogger. Jika membuat liputan untuk stesyen televisyen, saya mempunyai jurukamera sendiri, dia tidak menggunakan kamera digital tetapi kamera DVC Pro atau Mini DV, merakamkan video, bukan gambar pegun.

"Polisi hospital ini tidak membenarkan gambar pesakit dirakamkan, untuk menjaga privacy pesakit. Kita memang ada surat pekeliling dikeluarkan oleh Pengarah hospital," ujar jururawat saya dekati.

"Kalau benar begitu, mengapa polisi itu tidak dipamerkan? Supaya pelawat dan keluarga pesakit maklum? Kalau boleh saya ingin melihat polisi itu dan sekaligus mengetahui apakah hukumannya jika merakamkan gambar di hospital," balas saya.

Dia kemudian berjanji untuk menunjukkan kepada saya surat pekeliling, polisi dalaman didakwa wujud. Namun selepas sejam berdiri di luar unit terbabit, tiada pula kakitangan hospital menemui saya seperti dijanjikan.

Jika isu privacy dibangkitkan, dia harus tahu, saya hanya merakamkan gambar Faris, bukan pesakit lain. Tambahan pula, rakaman itu dibenarkan oleh ayah pesakit justeru tidak timbul soal privacy. Sebelum ini semua gambar dimuatkan di blog ini dihantar oleh Sham melalui MMS kepada saya.

"Saya pun hairan juga, kata ada peraturan dilarang merakamkan gambar di hospital tetapi tiada pula kelihatan notis larangan. Hemat saya, setiap peraturan harus dimaklumkan secara jelas kepada pelanggan hospital," celah Baharuddin Zainal Abidin, 43 tahun.


Pekerja Pos Malaysia, kini menetap di Klang, Selangor  itu, rakan Zuraine di kampung sewaktu kecil.

"Mereka mungkin tidak faham dan saya tidak diberikan peluang untuk menjelaskan fakta. Gambar Faris digunakan untuk dimuatkan di blog, agar lebih ramai pembaca budiman dapat membantu meringankan bebanan kos ditanggung oleh keluarga Faris," ujar saya.

Sham mendengar perbualan kami.

"Bukan apa Sham, dengan gambar itu kita mampu berkongsi perkembangan terkini Faris. Berbekalkan fakta, pembaca blog saya dan masyarakat, InsyaAllah, tentunya tanpa keraguan akan terus menghulurkan sumbangan," jelas saya.

Sham memahami tuntutan itu.

"Berikutan ramai orang menyumbang, Maybank pada awalnya telah menyekat akaun pertama saya, kerana banyak transaksi. Barangkali bimbang berlaku kes penipuan tetapi setelah diperjelaskan, kini akaun terbabit diaktifkan semula. Kalau ingin menghulurkan bantuan, mohon gunakan akaun Maybank saya, 1140-1115-2218 atau 1628-5200-2738," katanya.

Setakat ini, dilapor RM16,800 berjaya dikumpulkan. Sham dan isteri memerlukan lebih RM30,000 untuk menampung bil hospital Faris selama 19 hari.

"Sampaikan ucapan terima kasih saya kepada semua mereka membantu, hanya Allah mampu membalas jasa baik mereka. Mohon doakan bersama, agar Faris sembuh seperti biasa," pinta Sham.


Berikut informasi dicatatkan oleh ayah Faris seperti dilaporkan di laman Facebooknya.

'Walaupun doktor kata keadaan Faris masih tak byk berubah & paru2 nya masih lagi kritikal namun saya bersyukur kepada Allah kerana masih boleh berinteraksi bersama anak saya Faris....

Selepas saya bancuh susunya & beri pada nurse utk dimasukkan kedalam tiub utk faris, dia membukakan matanya... Kemudian saya pun cuba berinteraksi ngannya

Ayah : Farisss, faris nampak ayah tak?
Faris : *angguk (walaupun terlalu lemah anggukkan dia)
Ayah : Faris rindu ayah dgn ibu?...
Faris : *angguk
Ayah : Faris sakit tak?
Faris : *diam
Ayah : nanti nurse bagi susu supaya faris kuat & sihat ok?
Faris : *angguk
Ayah : ayah tunggu kat luar dulu ye? Nanti nurse bg susu, lap badan & tukar pampers tau.. ayah datang balik nanti. Kejab je ok?
Faris : *diam

Alhamdulillah, faris tunjuk reaksi positif walaupun doktor kata keadaan dia masih membimbangkan.... Bersyukur sgt2 kepada Allah bila dpt berkomunikasi dgn Faris.....

Mohon rakan2 semoga terus menerus mendoakan semoga Faris cepat sembuh'

SILA HEBAHKAN

52 ulasan:

  1. Sekiranya sy berada dgn kawasan sekitar tempat Faris menerima rawatan mahu sahaja saya bersama2 menyertai spt apa yg sdr Mazidul lakukan.. malangnya saya jauh diPenang.. moga doa saya utk melihat Faris sembuh akan termakbul..:((

    BalasPadam
  2. moga adik faris cepat sembuh...sy doakan yg terbaik utknya....

    BalasPadam
  3. moga adik faris cepat sembuh...sy doakan yang terbaik utknya...

    BalasPadam
  4. Ini hari dia... ntah bila mungkin hari kita pula....

    BalasPadam
  5. owh patut la semalam xbole nak transfer...semoga saudara sham tabah dan insyallah sama2kita doakan adik faris kembali pulih ke sediakala..amin..

    BalasPadam
  6. nohon share di blog dan juga, akaun yang mana satu yer, sebab akaun kat entri ni berbeza ngan akaun sebelumnya..

    BalasPadam
  7. semoga adik faris cepat sembuh dan kembali ceria bersama mak ayah...

    BalasPadam
  8. STM... mohon kongsi cerita dan gambar berkaitan adik faris ini di dalam blog saya... semoga adik faris cepat sembuh dan semoga parentnya kuat dan tabah...

    BalasPadam
  9. STM..
    Sedih baca kisah adik Farish.
    Semoga family terus tabah & Farish kembali sembuh seperti dulu.. Amin.

    Mohon copy ke blog iye.

    TQ

    BalasPadam
  10. Amelia, awak juga telah banyak membantu.

    Terima kasih.

    Semoga Allah mempermudahkan kehidupan awak.

    BalasPadam
  11. mohon share yer abg MAS.. semoga ALLAH lindungi anak kecil ini..amin ya rabbal alamin

    BalasPadam
  12. sebak hati membaca kisah ni..
    semoga Allah berikan yg terbaik utk Faris & serta memberikan kekuatan kepada kedua ibubapanya..

    mintak izin share dekat blog saya yer..

    BalasPadam
  13. STM

    YA ALLAH, SEMBUHKANLAH ADIK FARIS SEPENYHNYE. AMIN..

    BalasPadam
  14. STM

    YA ALLAH SEMBUHKANLAH FARIS AL-DANIEL SEPENUHNYE. AMIN... :(

    BalasPadam
  15. STM..

    Ya Allah kau sembuhkanlah derita anak kecil ini, hilangkanlah bebanan ibu bapanya. Sesungguhnya kaulah Tuhan Yang Maha Mendengar...

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum wbt.

    Mohon share, semoga adik Faris cepat sembuh amiiin.

    BalasPadam
  17. As salam, mohon copy n paste here at http: nuruldania.blogspot.com

    BalasPadam
  18. husband saya admitted di SDMC jg..selama 4 hari sy keluar masuk hospital ni mmg tak jumpa tanda dilarang mengambil gambar..mungkin benar kata awak sekiranya ia satu kesalahan sepatutnya notis larangan di tampal.

    BalasPadam
  19. memg sedih pilu hati org melihat..
    derita lagi hati ibu yang menanggung...
    apakan daya...mata bengkak sekali pun..semua itu perlu dilalui demi anak tersayang..

    anak saya yg berusia setahun 4 bulan baru sebulan selesai pembedahan yg hampir meragut nyawa dia di hospital yg sama...doktor hanya memberikan harapan negatif..malah anak pula hanya menunjukkan tiada harapan utk hidup...

    namun...percayalah ...Allah itu Maha Besar...teruskan berikhtiar kerana Allah Maha MEngetahui apa yg kita tak tahu..moga mereka tabah menghadapi segalanya..insyaAllah...moga bantuan yg tak sebesar mana mampu memberi meringankan sedikit...

    BalasPadam
  20. mohon share dan doa saya moga segalanya dipermudahkan dan kebahagiaan keluarga ini kembali spt sediakala.amin

    BalasPadam
  21. salam, akaun number yang diberikan tak active ler.. transaction gagal..

    BalasPadam
  22. STM saudara Mazidul.. semoga bantuan tidak seberapa ini dapat membantu anak kecil itu..

    BalasPadam
  23. Mohon kebenaran untuk share this entry with my follower..

    BalasPadam
  24. STM.. Semoga Allah permudahkan segala urusan untuk adik Faris.. Amin..

    BalasPadam
  25. menangis baca ntry kali nih tntang adik faris... semoga adik faris kuat n cpt sembuh...

    teringt anak saya yg ada jantung berlubang... betapa kami perlu kuat

    BalasPadam
  26. berat mata memandang berat lagi bahu memikul...sebak melihat anak kecil menanggung kesakitan..sebagai ibu atau bapa, mahu aje kita ambik kesakitan itu dari anak kecil..tapi e2 semua keje Dia yang Menciptakan dan tahu apa yang terbaik untuk hamba2nya..semoga adik faris bertambah sihat dan dilindungi ...

    BalasPadam
  27. STM, semoga adik Faris cepat sembuh...semoga Allah panjangkan usia Faris utk membesar bersama2 ibu & ayah serta adik-beradik...
    Hanya cadangan, mengapa tidak memanggil ustaz yang arif utk membantu & memberikan doa2 yang boleh diamalkan dr Al-Quran...kita berusaha, berdoa & bertawakal...hanya Allah yang dapat membantu....

    BalasPadam
  28. Faris... cepat sembuh ye sayang, semoga adik kuat menempuhnya. Buat kedua ibu dan ahli keluarga Faris, teruslah bersemangat menghadap hari2 yang datang. Semangat itu mungkin boleh membantu Faris untuk sembuh. Semoga kalian berada dalam rahmat Allah selalu...

    BalasPadam
  29. salam.. sya just nak share sedikit ilmu & pengetahuan mengenai kanser nie sebenarnya ada ubat... InsyaAllah boleh sembuh dlm masa 2-3 bulan, tpi just ini ikhtiar, yg mnyembuhkan adalah kuasa Allah SWT.. ubat kanser nie adalah Vit B17/Amygdalin yg mane tinggi dlm buah aprikot, acai berry, sireh, ubi kayu, tapai, daun belalai gajah, keladi tikus, ulam2, peria... tp B17 nie kna ambil skali dgn Bromilin (ekstrak buah nenas) + Graviola (ekstrak buah durian belanda) + sabah snake grass (daun belalai gajah) barulah cepat & sgt berkesan utk membunuh sel2 kanser di samping memberi tenaga kpd badan, tiada kesan sampingan seperti ubat kemoterapi... dah rmai yg sembuh dgn ubat nie.. kita just ikhtiar.. kos pun jauh lebih murah.. moga2 dapat membantu adik Faris sdkit sebnyak dan moga2 cepat sembuh... Amin..

    BalasPadam
  30. STM...

    sebak bila baca tampalan ni...semoga Allah s.w.t. sembuhkan penyakit yg dihadapi oleh adik Faris...

    BalasPadam
  31. Mohon copy entry ini. Saya akan link ke blog saudara Mazidul. terima kasih. STM

    BalasPadam
  32. Berkenaan dengan DSLR nie tuan Mazidul, kalau tuan tak pakai flash, saya rasa ok, tetapi jika tuan pakai flash, cahaya yang dihasilkan dari flash boleh mengganggu peralatan di situ.
    Kepada adik Faris, saya doakan mudah2n allah kurniakan kesembuhan kepada mu. ;)

    BalasPadam
  33. Fauzi, siapa menggunakan DSLR dan flash?

    Saya tidak.

    BalasPadam
  34. STM.. Semoga adik Faris cepat sembuh.. Aminnn

    BalasPadam
  35. saya x mampu nak sumbangkan wang ringgit. tp jujur saya katakan, jikalau perlukan sumbangan stem cell, apa sekalipun, saya sudi dermakan.

    hanya ini yang termampu saya lakukan.

    wasallam.

    BalasPadam
  36. Stm..semoga Allah permudahkan urusan anak kecil ini serta ahli keluarganya..

    BalasPadam
  37. STM....moga adik faris kuat semangat tuk sembuh..tabahkan hati ayah&ibu adik faris

    BalasPadam
  38. STM... semoga allah cucuri rahmat ke atas rohnya...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.