Isnin, Februari 13, 2012

SEKS RM50 (18SX)

Majoriti kita dimomokkan dengan berita, premis menawarkan khidmat urut masih beroperasi biarpun diserbu berulang kali oleh pihak berkuasa.

Terbaru, pelanggan lelaki didapati berbogel sewaktu 'diurut' oleh dua wanita warga asing ketika bilik diserbu di Petaling Jaya, Selangor. 

Barangkali tubuh lelaki itu terlalu besar sehingga memerlukan 2 pekerja rumah urut untuk 'mengerjakannya'. Jika berurut di rumah mungkin isteri tidak mempunyai stamina sebegitu.


Disember tahun lalu, wanita China diberkas tanpa seurat benang ketika bersembunyi di belakang rak tuala premis urut, klik di sini.

Huh! Berserabut!

Barangkali pisau cukur di kedai runcit berhampiran pusat urut terbabit kehabisan stok.

Antara kaedah terbaik untuk mengelakkan suami berkunjung ke premis urut, isteri harus belajar untuk memanjakan suami sambil mengusap dan mengurut badan mereka dengan penuh kasih sayang. Maklumlah, majoriti lelaki memang gemar disentuh isteri untuk menghilangkan lenguh badan.

"Awak inikan, setiap hari asyik menyuruh saya mengurut badan. Awak tahu tidak, tangan saya lenguh? Saya pun penat juga sebab menguruskan anak-anak, memcuci baju, mengemas rumah"

Jadi, jangan pula membebel sebegitu kepada suami. 

Sebilangan lelaki bekerja mengikut waktu pejabat sebenarnya masih berpeluang untuk berkunjung ke pusat urut. 

Bila? 

Jika sudah ketagih 'diurut' dek jari jemari lembut wanita warga asing, lunch hour boleh disalahgunakan. Lagipun, di bandar besar atau bandaraya, premis menawarkan khidmat urut-seks berlambak dan mungkin terletak bersebelahan pejabat sahaja. Dengan bayaran sekitar RM120 ringgit pakej seks turut ditawarkan dalam tempoh sejam.

Justeru usah berasa hairan, lazimnya selepas berurut, tubuh menjadi semakin segar tetapi sebaliknya berlaku, badan kepenatan, lemah longlai. Sebaik pulang ke rumah, nafsu terhadap isteri turut berkurangan atau lenyap sama sekali.

Bertanyalah kepada pelanggan rumah urut, mereka arif berhubung kadar bayaran, 'pakej', terma digunakan di premis kegilaan mereka. 

"Kalau local girls mengurut pelanggan menggunakan minyak, rate dia di antara RM30 dan RM80 sahaja. Kalau B2B (body to body), RM150 tetapi local tidak buat, hanya wanita warga asing. Kalau perlukan seks, berikan tips kepada tukang urut, sekitar RM50, boleh on. Local girls pun sama, bagi dia orang tips, boleh satu round," luah pelanggan pusat urut.

'Body to body', urutan menggunakan teknik geselan badan, buah dada dan celah kangkang. Saya difahamkan urutan terbabit hanya dijadikan prasyarat untuk menaikkan nafsu lelaki sekaligus mengumpan untuk mengadakan hubungan seks.

Antara tukang urut terbabit, wanita warga Thailand, China dan Indonesia.


Sebilangan lelaki gay juga gemar diurut dan diliwat secara sukarela di rumah urut, kisah mereka saya nukilkan di sini.

Hakikatnya, gay tetap menggilai lubang kunyit, biarpun ditegur berulang kali.

Saya difahamkan, Jabatan Imigresen tidak mengeluarkan permit kerja sebagai tukang urut kepada wanita atau lelaki warga asing kecuali mereka bertugas mengurut tapak kaki. Malangnya banyak premis didapati menawarkan urutan seks berselindung di sebalik jenama 'reflexology'.

Berikut contoh terkini, klik di sini.

Jika pembaca berminat untuk mengetahui berhubung kisah rumah urut, gunakan enjin carian Google di blog ini.

4 ulasan:

  1. Mengurut suami setiap hari? Kalau sekali urut suami kita collect RM10, kalau hari2 collect, lepas 5 tahun, duit collection boleh buat pergi haji. Apalah sangat ye, kalau nak dibandingkan RM10 tu dengan jumlah duit rokok, duit ngeteh suami hari2. Jom mengurut!

    BalasPadam
  2. Menarik juga kalau kita follow up pasal gay ni bro.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.