Jumaat, Februari 17, 2012

WARGA MALAYSIA MEMBAYAR PARKIR KEPADA PENDATANG HARAM (Langsi pula!) SEJAK 2 TAHUN LALU WOW!

Dalam perjalanan pulang ke rumah saya berpeluang merakamkan gambar berikut.


Untuk rekod, tiada perkataan 'Merbahaya' di dalam kamus. Perkataan bermaksud sama, 'Berbahaya'. 

 

Tindakan Dewan Bahasa Dan Pustaka untuk memantau penggunaan Bahasa Melayu secara tepat di papan tanda dan iklan harus dipuji.

Berhampiran Stesyen LRT Taman Bahagia, Kelana Jaya, Selangor, saya merakamkan papan tanda menggunakan perkataan 'Bahaya'.


Perhatikan papan tanda sama  (di sudut kanan gambar kedua di bawah) dipacakkan berhampiran tapak parkir di bawah kabel bervoltan tinggi, 500 Kilo Volt. 

Saya kemudian menghubungi pegawai di Bahagian Penghantaran, Tenaga Nasional Berhad, TNB, Wisma Bintang, Petaling Jaya, Selangor, menggunakan nombor telefon tertera di papan tanda, 03 7947 5100.


"Kami pernah menerima permohonan untuk tanah kosong itu dijadikan tapak parkir tetapi kelulusan tidak diberikan oleh TNB," kata pegawai terbabit.

Barangkali pihak TNB tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan.

Biarkan sahaja.


Sebaik memberhentikan kenderaan di 'pintu' masuk tapak parkir terbabit, saya terlihat kelibat lelaki berjalan di sebelah kiri kereta, bergerak ke arah saya.


"Saya tidak pasti lelaki penjaga parkir itu berasal dari mana tetapi dia memang selalu menjerit memarahi mereka lambat meletakkan kenderaan di tapak itu. Empat hari lalu, dia memarahi perempuan berbangsa Cina cuba memakir kereta, Toyota Vios, berhampiran longkang besar seperti diarahkan oleh lelaki terbabit. Bukan apa, pemandu itu barangkali takut dan berhati-hati sebab khuatir jika kereta dia terlajak lalu terhumban ke dalam longkang berhampiran. Bila dia lambat sikit, lelaki itu marah dan bunyi kedengaran seperti dia memaki pemandu perempuan itu menggunakan bahasa saya kurang fahami," ujar pengadu berusia 42 tahun.

Saya kemudian merakamkan gambar longkang dimaksudkan pengadu. Lazimnya, tapak parkir berlesen dipagar sempurna dan menggunakan palang di pintu masuk.

Tiada palang di parkir terbabit.


Perhatikan tapak parkir ini dari jarak lebih dekat.


Sebaik saya keluar dari kenderaan, lelaki terbabit mendekati saya.


"Kamu orang mana?," soal saya.

"Florest, Indonesia," balasnya.

Dia mendakwa namanya, Johari Mohd Kassim, 53 tahun.

"Sejak bila kamu bekerja di sini?," tanya saya lagi.

"Dua tahun ada," balas Johari.

Saya difahamkan, tapak parkir di Jalan SS2/1, Taman Bahagia itu wujud sejak 5 tahun lalu dan beroperasi di antara jam 6 dan 1 pagi. 

Setiap kenderaan diparkir, dicaj RM3 sehari.


"Saya mendengar banyak cerita fasal kamu. Kamu datang ke sini, jangan tunjuk keras kepala. Apabila bercakap, jaga mulut, biar beradab," pesan saya.

Menurut Johari, dia berhijrah ke Malaysia sebagai pekerja kontrak dan kemudian melarikan diri dari majikan.

"Saya mencari makan pak," celah ayah kepada 3 anak itu.

Saya letakkan hujung jari telunjuk betul betul di atas batang hidungnya. Saya akur dia lebih tua tetapi tua bukan lesen bagi dia berlaku biadap terhadap mereka senegara dengan saya.

"Florest, jangan kurang ajar. Kalau perempuan memakir kereta di sini, kamu menjerit jerit, maki dia, itu perempuan. Kalau benar mahu tunjuk jaguh, biar kita sesama lelaki, usah tunjukkan dengan perempuan, tidak bagus. Kau faham?," jerkah saya.

"Faham," jawab Johari.


"Kamu datang dari Florest, di sana hidup susah, makan jagung sahaja, kan? Betul?," soal saya.

"Betul, pak. Saya minta maaf pak," respon Johari.

Wajahnya kelihatan sayu, bak bukan dia dilaporkan kerap memaki hamun rakyat Malaysia memakir kenderaan di tapak tanah rizab milik TNB itu.


"Kamu maki ramai sangat orang. Kamu berkerja secara haram. Saya tahu, orang Florest hebat, Florest dan Madura boleh berbunuhan jika bertembung tetapi jangan mencabar orang Melayu," jelas saya.

Saya mengingatkan Johari agar menjaga peradaban, sebagai insan berdagang di negara orang.

Kekadang kita sebagai orang awam berasa hairan. Tidakkah penguat kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ, menyedari premis beroperasi secara haram lebih daripada 1,825 hari itu masih di situ? Tapak terbabit, tanah milik kerajaan negeri justeru mengapakah pemilik kenderaan warga Malaysia harus menjelaskan bayaran parkir kepada lelaki Florest?

Florest bersifat 'langsi'.


Terlintas di fikiran, siapakah bos dia?

Jika pernah diserbu sekalipun sebelum ini, mengapakah premis itu masih beroperasi? Sukar sangatkah untuk MBPJ bertindak?

Tambahan pula, tapak parkir itu tidak mampu melarikan diri seperti lipas kudung.


Jika benar ingin membantu pengguna LRT pelbagai bangsa, mengapa tidak dilantik syarikat pengendali parkir secara sah? Keselamatan kenderaan akan lebih terjamin.

Bukan 5 hari ...

Bukan 5 bulan ...

5 tahun beroperasi tanpa lesen sedangkan penjual burger berbangsa Melayu hanya menumpang berniaga di kedai mamak, disaman oleh penguatkuasa. RM200.

Hari ini saya telah menghantar pesanan ringkas kepada Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan MBPJ, Mohd Fauzi Maarop, sekaligus memaklumkan beliau berhubung kes ini.


Sebagai sahabat dan pegawai berwibawa, saya amat percaya, Mohs Fauzi akan mengambil tindakan tegas dengan kadar segera.

Tindakan telus dan  tanpa mengira bulu.

Sebagai blogger dan juga rakyat Malaysia sah, saya akan memantau perkembangan tindakan pihak berkuasa tempatan terbabit.

SILA HEBAHKAN.

21 ulasan:

  1. smti... di PJ ni memang byk mslh begitu...

    BalasPadam
  2. Dah lamer tertanya² psl bende, legal ke org yg amik duit RM3 dr keter² yg parking kt situ..klu legal, naper terok bebeno, dgn pagar aper sumer xder..

    notakaki: kayala org yg collect duit tuh, sehari brape biji keter paking kt situ kn..

    BalasPadam
  3. Salam Bro. Mazidul;

    Wajib buat laporan pada SPRM untuk siasat MBPJ kerana ada unsur rasuah dan penyelewengan...

    Logik ke 5 tahun beroperasi tanpa sebarang tindakan dari MBPJ melainkan... ehem..ehem jelah kan...

    Atau pihak berkenaan dalam MBPJ semuanya makan gaji buta... tidur selama 5 tahun... hahahaha..

    BalasPadam
  4. saya penah bertekak dengan si tua ni tahun lepas...sikit lagi nak kena makan steering lock org tua ni...parking kejap sebab nak hantar kwn

    BalasPadam
  5. Aku rasa ni mesti ada kaitan dengan Ahli Majlis kawasan tu. Periksa bro! Aku tak kira. Belah sana atau belah sini kalau tak betul mesti kasi cantas! Lagi pun orang2 PKR ni asalnya dari UMNO. Perangai 2 x 5!

    BalasPadam
  6. Lepas ni minta mazidul jenguk jenguk la bengkel bengkel kereta kat uptown pj. Diaorang suka suka hati aje letak tayar terpakai, halang kereta lain dari parkir kereta. Padahal, kedai tu cuma beli 1 petak aje yang depan kedai mereka. Dah banyak kali komplen, tapi hasilnya hampeh. Kalau nak tenguk, cuba lalu kawasan uptown seawal jam 8 pagi

    BalasPadam
  7. ni la jadinya klu negara sendiri dibanjiri dgn kedatangan pendatang asing. jadi medan dorang la. jenayah sana sini. xsalah nk cari makan kat tempat org tp keselamatan kita kat sini lebih penting. byk kes lepas tangan. lain kali buat je sistem pendatang haram ditembak mati. nak masuk malaysia ikut sistem.

    BalasPadam
  8. terbaik bro mazidul,saye suke entry-entry bro mazidul. kalau bro x dedah kan bende-bende camni xtau la sape lagi. tapi sayang, blog bro x menang vocal award aritu. sayangnye. saye tgk 2 finalist lain, blog mereka biase-biase je. mungkin promosi je lebih. bagi saye blog bro paling layak menang award tue. keep up a good word.

    BalasPadam
  9. saya xkesah bayar parking. Cuma biar la di bayar ke orang yg betul iaitu tuan tanah. ni amik duit haram. Cuba bayangkn berapa banyak duit orang xredha yg dieorang dah amik

    BalasPadam
  10. Tertunggu jugak jawapan dari MBPJ..apa penjelasan...5 tahun tu bang..kalau orang kita niaga cepat aje kenal...nasib kita menumpang di negara sendiri..dari disaman orang melayu niaga alangkah baiknya bagi jalan bagai dan cara yang betul..fikir-fikirkan lah.

    BalasPadam
  11. mmg ada "wang perlindugan" yg diberikan kpd pihak berwajib ni. Mana patut tempat yg besar ni x nmpak, sedangkan penjual burger d kedai mamak yg sekecil tu nampak. Mungkin penjual burger tu x byar "wang perlindungan" kot, sbb tu la kena kompaun. Lepas ni sudah pasti pihak berwajib ambil tindakan segera untuk mengaburi mata pihak "SPort RiM" untuk sementara..

    BalasPadam
  12. Salam;Pendatang memang langsi..tapi lagi langsi melayu kat mppj tu..urusan kat mppj klu ada kroni jd mudah,xde kroni tunggu la..ppr lembah subang kuil hindu xsampai 50metar dari surau,macammana bole lulus,mppj langsung xpikir penduduk
    asal ada bawah meja..hampehhh

    BalasPadam
  13. Saya berbangga setiap kali membaca pendedahan yang Mazidul lakukan, semoga saudara terus dapat berbakti.....

    BalasPadam
  14. Salam Abg Mazidul. Apa update untuk kes ni?

    BalasPadam
  15. bulan lepas saya dah buat aduan dekat MBPJ tapi dorang tak ambil apa2 tindakan pun..pak cik ni memang kuang ajar pun...pengguna terpaksa bayar sebab bimbanh keselamatan kenderaan mereka...harap tindakan lanjut akan diambil...!!

    BalasPadam
  16. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  17. keadaan yg sama juga di lrt kelana jaya. klu parking kt luar plak kena saman dgn mbpj. now they are coming with receipt chop prestige parking. but i try to goggle it, no parking company with name prestige parking. masa operasi mereka hanya dr isnin - jumaat 7 pg smpi pukul 9@10. Di mana kedudukan mbpj skrg? kami x nak bg duit pd org yg cuma tahu amik kesempatan pada org lain je..

    BalasPadam
  18. En Mazidul, mohon siasat parkir LRT stesen Gombak aka Terminal Putra. Bersebelahan dengan kondo di sebuah kawasan tersorok. Keadannya tanah lapangnya tidak berturap dan tiada petak parkir khas menyebabkan saya curiga sama ada berlesen atau tidak. Saya diugut bila enggan membayar

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.