Isnin, Disember 10, 2012

BALIK BATU CAVES! POTONG ... PUNDEK! (UPDATED)


Kira-kira jam 5 petang tadi, saya ke restoran mamak di Cova Square, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Tujuan saya, untuk mengubah angin kerana kebelakangan ini, saya asyik menulis blog di rumah sahaja.

Saya sempat menukilkan entri ini sewaktu berada di restoran itu.

Ketika memandu masuk ke ruang parkir menuju ke Restoran Padang Kota, saya terserempak dengan lelaki berasal dari India pernah saya temui.

Lalu saya menghulurkan RM3 kepadanya.


1 Jun 2011, saya menemu bual pekerja warga asing pernah mencabar kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia untuk memberkasnya itu, klik di sini.

Ringkasnya, sudah lebih setahun dia bertugas mengutip bayaran parkir biarpun sebelum ini, majikannya tidak mempunyai lesen untuk berbuat begitu.

Saya percaya, sehingga sekarang tiada penguat kuasa Jabatan Imigresen memeriksa dokumen perjalanannya biarpun telah saya hubungi melalui telefon lebih 12 bulan lalu. Barangkali maklumat disalurkan, bak mencurah air ke daun keladi.

Baca kisahnya di sini 


Berikutan tindakan mengutip bayaran parkir tanpa lesen, pihak berkuasa tempatan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, telah mengambil tindakan terhadap pengusaha dan pekerja parkir haram pada waktu itu.

Baca coretan saya di sini dan di sini.


Kira-kira jam 8 malam tadi, saya berjalan menuju ke kenderaan di petak parkir untuk pulang ke rumah.

"Tiga ringgit," pinta lelaki di bawah.


"Saya sudah bayar petang tadi," balas saya tenang.

Namun responnya menjengkelkan.

"Belum bayar! Saya kawan cakap, belum bayar," katanya berkeras.


Tanpa mengendahkannya, saya selamba membuka pintu kereta dan pantas dia mendekati saya.

"Sini tunggu! Saya kawan panggil," arahnya meninggikan suara.  

Saya membuat keputusan untuk mendengar 'arahan' lelaki itu. Bukan kerana saya takut, jauh sekali berasa gentar biarpun lagaknya tidak ubah seperti pegawai penguat kuasa.  

Perhatikan aksinya, cuba menghubungi rakan sekerja duduk di atas motosikal kira-kira 100 meter dari lokasi dia berdiri.


"Awak panggil sepuluh orang pun, saya tunggu di sini," ujar saya mengusiknya.

Saya tahu, pekerja pertama saya temui telah pulang ke rumah pada kira-kira jam 6.30 petang dan lelaki di atas bersama rakan setugas, bekerja untuk shif  kedua sehingga tengah malam ini. Berikutan itu berlaku kekeliruan maklumat antara mereka.

Kesabaran saya masih utuh walaupun melalui pengalaman mampu menjangka, dia bukan bekerja secara sah di situ.

Malas menunggu lama, pantas saya berjalan ke arah rakannya, juga pernah saya temui sebelum ini.


"Saya cakap sama dia, sudah bayar, ini orang tunjuk samseng. Saya pun pernah cakap sama awak dahulu, kan? Jangan tunjuk samseng, ini saya punya kampung, Malaysia, saya punya negara. Awak datang dari India, permit kerja pun belum tentu ada," ujar saya kepada lelaki di atas.

"Sorry abang, dia baru kerja. Dia tidak kenal sama abang," responnya panik.

Lelaki warga asing samseng tadi mengekori saya dari belakang.


"Kenal atau tidak, itu soal lain. Saya bercakap baik-baik, saya sudah membayar wang parkir tetapi dia lagi mahu tunjuk samseng. Kalau dia kerja secara haram, saya ingat lain kali, saya tidak perlu membayar parkir kepada awak semua," balas saya.

Bolehkan kalau begitu? Setiap pemilik kenderaan tidak perlu menjelaskan bayaran parkir dan saya percaya pekerja warga asing itu tidak akan mampu mengambil tindakan. Saya amati, mereka hanya bermodalkan wajah bengis untuk mendapatkan bayaran. Apapun, andai pemilik kenderaan tidak memberikan RM3, masakan mereka berani tampil untuk membuat laporan polis kerana status dokumen mereka sebagai pengadu akan diteliti  oleh pihak berkuasa. 

Ops! Di manakah lelaki samseng itu ketika saya menemui rakannya?

Sebentar ...

Biar saya terangkan sedikit gambar di atas menggunakan perisian Picasa.


Lihat, riak mukanya terkulat-kulat sekaligus lenyap penampilan samseng sebelum ini. Sedang saya berbual bersama rakannya, dia kemudian menghilangkan diri.

"Awak pergi panggil dia. Saya hendak jumpa. Kalau awak tidak mahu panggil, saya boleh pergi panggil sendiri," kata saya kepada rakan sekerjanya.

Kurang dua minit, lelaki samseng itu kelihatan membonceng motosikal dan terpacak di hadapan saya. Saya memegang kepala lelaki itu tetapi tidak sampai hati untuk mengkasarinya berikutan wajah sayu dipamerkan.

"Pundek! Tadi awak samseng sangat. Sekarang apa fasal diam?," sergah saya.

Dia mendiamkan diri, tegak bak batu.

"Awak mahu duit? Ini ada dua ratus lima puluh, ambillah! Awak ingat saya tidak ada duit hendak membayar wang parkir tiga ringgit?," sambung saya lagi sambil menghulurkan wang tunai kepadanya.

Dia terus membisu.


"Sekarang, awak tanya dia dari mana di India? Umur berapa? Anak dia berapa orang?," pinta saya kepada rakannya.

"Tamil Nadu, umur 41 tahun dan ada empat orang anak," balasnya.

"Baik. Tanya dia, sebenarnya kerja di mana? Buat apa?," soal saya lagi.

"Dia Batu Caves kerja. Sekarang dua hari cuti, dia sini mari. Dia kerja potong rumput," sambil tangannya menunjuk ke kepala.

"Potong rumput atau rambut?," tanya saya.

"Rumput," katanya yakin.

Spontan rakannya menyentuh kepala dan memperkatakan sesuatu dalam bahasa Tamil.

"Potong rambutlah, itu rumput," tunjuk saya ke ruang lapang ditumbuhi rumput di tepi jalan.

"Cakap sama dia, datang ke Malaysia, jangan jadi samseng! Sekarang suruh dia balik ke Batu Caves, tidur. Dua hari lagi kerja, gunting rambut bukan kutip wang parkir. Kalau dia punya permit untuk kerja gunting rambut, dia tidak boleh kerja serupa awak," kata saya.

Saya berharap, kenyataan itu disumbatkan ke telinga lelaki di bawah oleh penguat kuasa Jabatan Imigresen, bukan saya, rakyat Malaysia tanpa kuasa.


Vest dipakainya ditanggalkan.

"Saya cakap sama bos, buang dia kerja," celah rakannya.

Bilakah agaknya, kakitangan imigresen sudi datang dan memeriksa dokumen pekerja warga asing lain bertugas di situ? Sudah lebih setahun saya mengemukakan komplen berhubung hal ini.

Untuk rekod, pada pagi 11 Disember, saya telah menghantar entri ini ke akaun Twitter Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad sebagai rujukan beliau.


Terima kasih datuk, jika sudi mengarahkan kakitangan untuk melaksanakan tindakan.

25 ulasan:

  1. HAHAHA...EN. MAZIDUL MEMANG KELAKAR!!! SAYA SUKA STATEMENT INI..

    "Sebentar ...

    Saya jelaskan sedikit gambar di atas."

    BERANINYE MAZIDUL..TABIK SPRING!

    BalasPadam
  2. mantap bro,

    aisey tadi jam 3 sampai jam 4 kawan di Cova Square... tak sempat le nak berkenalan.

    BalasPadam
  3. Kita jika pergi ke negara org kita akan berasa kerdil dan takut2.
    Tetapi mereka walaupon seorang dtg sini negara kita mesti samseng. Tidak kiralah Arab, Pakistan, Bangla, Vietnam, India, Myanmar, INDONESIA(paling bnyk kes jenayah), Nepal, dan lain2. Adakah kita terlalu mengikut adat ketimuran (sopan santun, lemah lembut, hormat menghoramti) ??
    Saya amat tidak faham. Rasanya cukuplah keluarkan permit untuk warga asing ini. Yang masuk secara haram pun satu hal.mcm mana boleh lepas? Semuanya 1 RASUAH!!!!!!!

    BalasPadam
  4. aduhai.. berapa rmai yg akan byar je bla diorg ni buat lagak smseng

    BalasPadam
  5. kenapa harus takut... ni negara kita sedangkan mereka pendatang...apa kita rela kita di injak2 di negara sendiri dan pendatang menguasai negara kita yg mewah ini

    BalasPadam
  6. salam zahir..

    perlu bimbang & takut jugak..
    nnt xdpt ditetak..
    disimbahnya asid...
    xdpt disimbah asid...
    dibalingnya cat merah..
    tentunya dah ada kes2 begini !!

    BalasPadam
  7. Kekadang saya tertanya. Jika ia terjadi pada orang biasa, kita call polis, apakah jawapan anggota polis?

    BalasPadam
  8. saya harap sangat saya dapat jadi macam en mazidul tegas dalam pertahankan negara kita..dari orang asing yang nak tunjuk samseng...saya pernah naik bas berebut dengan orang indonesia hari2 sampai kdg2 mereka tersiku saya tanpa mnta maaf langsung

    BalasPadam
  9. saya hari2 naik bas terpaksa berebut dengan warga indonesia mereka nie dah lah kasar pernah satu hari tu tersiku saya sampai berdarah tak mintak maaf... saya harap dapat jadi tegas macam en mazidul yng dgn selamba cakap nie negara aku dan aku ada hak jangan tunjuk samseng...

    BalasPadam
  10. Tuan Mazidul mungkinkah imigeresan telah di rasuah sebab itu tidak datang memantau kegiatan samseng ini. berlaku juga rasuah depan mata, seorang pegawai penguat kuasa memberi peringatan kepada para peniaga pendatang agar jangan turun pada tarikh ketika serbuan dilakukan oleh penguatkuasa, dia fikir saya tak perhati dan mendengar...

    BalasPadam
  11. ABG MAZIDUL "SOMEBODY"
    RAMAI ORANG BESAR KENAL SEBAB BERPENGARUH DALAM DUNIA MEDIA, ORANG BESAR KEBANYAKAN AKAN "MENDENGAR" BILA ABG MAZIDUL BERSUARA/MENULIS...HEHE

    BalasPadam
  12. Derok, saya hanya manusia biasa sama seperti awak.

    Melihat sahaja kejadian tidak sepatutnya berlaku tanpa mengambil tindakan, tidak wajar.

    Saya tidak mahu terus melihat undang-undang negara kita DILACURKAN sesuka hati oleh warga asing.

    Full stop.l

    BalasPadam
  13. Satu tindakan yang tepat... Sepatutnya Parkir adalah Percuma! Barulah tak berlaku perkara samseng. THIS IS MALAYSIA NOT INDIA.

    BalasPadam
  14. gua pun nak buat camtu jugak la kalau jumpa warga asing ni...haha

    BalasPadam
  15. Mr. Mazidul, itu satu tindakan yang bagus dan terpuji. Cuma yang kami musykil ialah berapa ramai yang berani dan membuat seperti encik lakukan. Ramai yang cuma suka melihat daripada membuat tindakan yang wajarnya. Pujian untuk Encik Mazidul Akmal Sidek dari kami.

    BalasPadam
  16. yg buat org kita takut kalo x bayar nnt dia usik keta kita lak... tapi aku memang RIMAS ngan pendatang yg terlalu ramai kat malaysia ni...KDN please do somethin

    BalasPadam
  17. rasanya ramai yg takut kalau x bayar keta yg jd mangsa... aku pon dah RIMAS ngan pendatang yg ramai sgt ni.. KDN tlg la buat keja skit

    BalasPadam
  18. En. Mazidul. Mohon dikongsikan entri ni di MyMassa.

    Sebab esok PKR nak buat demo kat JPN kononnya 300,000 orang India tak dapat ic. Sebenarnya 300,000 tu termasuk yang tak reti nak bezakan rambut dengan rumput

    BalasPadam
  19. ya terbaek lah bro mazidul dengan pendedahan ini. dah lama betul diorang buat keje ni

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  20. parking kt Cova Square RM3 ke? bukan RM1? rasanye kalau kita parking kt dlm building Cova baru RM1 kot.. biase saya ke Restoran Padang Kota park di luar saja.. (hrp xde Majlis Perbandaran/Trafik saman)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.