Ahad, Disember 30, 2012

WAJARKAH BERITA KERAJAAN DIPAPARKAN TANPA SUNTINGAN DI MUKA HADAPAN HARAKAH?

Semalam media memaparkan hasrat presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk muncul di RTM dan TV3, bertujuan menjelaskan isu 'Amanat Hadi' dikeluarkan beliau pada tahun 1981.

Klik di sini.

Lebih menarik, Haji Hadi memohon kerajaan membenarkan beliau tampil dalam siaran secara langsung atau live. Program live bermaksud, beliau berpeluang untuk bercakap apa sahaja dan kemudian dipancarkan di televisyen tanpa suntingan.

Tonton rakaman permintaan Haji Hadi ...


Berikut satu daripada contoh program live kontroversi disiarkan sebelum ini.


Sebagai individu beragama Islam, tetamu terbabit tentunya tidak berhasrat untuk menghina Nabi tetapi kenyataan diungkapkannya secara langsung, tanpa disedari membawa maksud sebaliknya.

Saksikan juga antara kejadian tidak dijangka berlaku sewaktu siaran secara langsung di televisyen luar negara.



Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata RTM tidak bermasalah untuk menyiarkan penjelasan Haji Hadi mengikut tempoh bersesuaian.

Namun bukan secara live tetapi rakaman, recorded, klik di sini.

Jika penjelasan dirangkakan Haji Hadi sama sekali bebas isu sensitif, RTM  tentunya tidak perlu melakukan sebarang suntingan. Tambahan pula Haji Hadi juga bercadang mengeluarkan kenyataan bertulis berhubung penjelasan beliau. Justeru kandungan penjelasan bertulis seharusnya sama dengan kenyataan bakal di ungkapkan di televisyen.

PAS Pusat menyokong permintaan Haji Hadi agar dizahirkan, klik di sini.

Andai Haji Hadi dibenar memberikan penjelasan secara live di RTM, wajah pemimpin kerajaan, contohnya, Perdana Menteri wajar diberikan peluang untuk dipaparkan di muka hadapan akhbar PAS, Harakah, dengan tajuk, 'Kami sokong Najib', tanpa kandungan artikel disunting terlebih dahulu agar berstatus sama dengan program live.

Terkini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM turut mendesak Haji Hadi untuk menarik kembali amanat telah diharamkan itu, sila baca di sini.

Berikutan kenyataan JAKIM, organisasi terbabit mempunyai bukti kukuh, Amanat Hadi mengkafirkan UMNO, lebih molek jika dalam rakaman itu, wakil JAKIM didudukkan di pentas sama agar kedua pihak berpeluang berhujah secara matang dan disaksikan oleh jutaan penonton.

* Saya tidak menulis di sini di atas kapasiti sebagai wartawan TV3, I am a blogger.

21 ulasan:

  1. Amanat Hj Hadi ni dah berusia 30 thn dan dah tidak di pedulikan oleh sesiapa lagi, kenapa akhbar perdana sibuk mengkitar semula benda yg dah basi itu........

    BalasPadam
  2. klau TV saya pun saya tak bagi, sebab saya Kuasa, ikut saya TV saya,,

    BalasPadam
  3. SETUJU DENGAN LKTP !! ini semata-mata propaganda PRU13. Rakyat mampu berfikir apakah isu ini relevan atau tidak untuk memilih kerajaan yang berwibawa. MEDIA jangan terlalu gelojoh dan melampau dalam mengupas, membicarakan dan mengulas sesuatu isu demi untuk menumpulkan taring pihak yang sudah makin tumpul. Tumpukan pada isu yang menjadi SEMBILU bagi rakyat marhaen. Contohnya isu pendatang asing bermaharajalela di kebanyakkan bandar dan pinggir bandar, isu produk HALAL yang sebenarnya tidak HALAL dan banyak lagi. Barulah relevan dengan ungkapan RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN .

    BalasPadam
  4. Harakah tu media utama di Malaysia ye bro mazidul? baru saya tahu. Selama ni kami cuma tahu RTM & TV3 je antara media utama.

    BalasPadam
  5. kenapa mazidul sanggup mengusik sarang tebuan? buatlah kerja elok-elok tak payahlah campur urusan politik ini.

    kes baru ni dah selesai ke bro.?
    kalau PR perintah saudara nak kerja stesyen TV mana ?

    jangan marah,.. nanti kena jual.

    BalasPadam
  6. kenapa rezeki dari PR ke....seingat saya rezeki dari Allah...Ni belum memerintah dah nak mengugut orang lain..tak dapat bayangkan kalau dah memerintah..BN yang dikatakan zalim ada juga golongan PR yang kaya raya .

    BalasPadam
  7. Amanat tu dah mcm nasi basi yg org ramai dah lama lupa, mengapa lepas 30 tahun tiba2 nasi basi tu nak dihidangkan semula oleh media kita kpd rakyat, macamlah tak ada modal lain..atau satu political escapism?

    BalasPadam
  8. kalau isu akidah bukan benda main2...teruskan abg mazidul.....kafir dah kembali kepada tuan punya badan.....ulamak cam ayam...

    BalasPadam
  9. pada saya biar saja bagi secara live. kalau dia cakap benda betul, orang yg mendengar akan menilai. kalau dia tersalah cakap benda salah macam rosnah mat aris tu juga, orang yg mendengar akan menilai. bagi sahaja peluang. btw jangan jadi macam maharaja lawak mega sudah, cakap sahaja siaran langsung, tapi boleh pula censored dan cut scene.

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  10. MOHON SINAR HARIAN ADAKAN DEBAT HUJAH @ LIVE STREAMING UNTUK HADI..NANTI AKAN ADA ORANG UPLOAD DALAM YOUTUBE.. SEMUA ORANG BOLEH TENGOK DAN DENGAR..BANkami

    AMANAT PADA TAHUN 1981, KENAPA SEKARANG MASIH DIUNGKIT. KENAPA TIDAK MENTERI WANITA SENDIRI PANDAI MENGIKTIRAF ISLAM SEBAGAI AGAMA DIHORMATI DENGAN CARA DIRI SENDIRI.

    FIKIRKAN TANPA MELETAKKAN DIRI KEPADA MANA-MANA PENCACAI.

    BalasPadam
  11. jika bukan siaran langsung hanya rakaman, nescaya rakyat malaysia pasti tahun ianya akan disunting, boleh juga buat rakaman dgn syarat ada pihak dari pas/pr membuat rakaman serentak dgn pihak rtm, jadi ia tidak boleh menipu bila rakaman disunting apabila disiarkan, versi pas/pr upload di youtube jadu rakyat boleh menilai yg mana tidak telus

    BalasPadam
  12. katakanlah...PR menang PRU nnti...TV3 sure2 nak kena sokong PR pulak...bro nak kena buat artikel pasal PR la plak kan pas ni..x ke macam lalang? jenayah sudah la bro...xyah nak msuk cmpor hal politik...
    '

    BalasPadam
  13. Assalam...berani buat berani tanggung....jom mengaji lagi...

    BalasPadam
  14. Menang PRU13 dulu baru cakap PR perintah.. Poyo mng pun belum dah ckp mcm2.. Ini soal akidah.. korang mmg tak rasa apa2 kesan daripada amanat haji hadi tu.. solat dua imam keluarga bercerai berai dan mcm2 lagi yang bukan2 mmg kesan daripada amanat sesat.

    Patut semua media perdana bagi je live biar kita tgk dia merapu2 nak tgk mcm mana dia nak cover najis yang dia buat dulu..

    BalasPadam
  15. keluarga yang hancur, cerai berai kerana dadah berlanbak. Berapa kes cerai berai kerana kes amanat ni?

    BalasPadam
  16. isu basi... menariknya komen ini...
    kalo begitu sa boleh katakan isu negara kita mederka pun basi kerana banyak org dah lupa... isu 31 mei pun basi...org pun banyak lupa jangan diungkit lagi... isu memali pun basi... semua yang lama lama tu basi semuanya... harijadi pun pun boleh dikira isu basi juga ke bro tu peristiwa lama tak perlu dikenang lagi tak begitu???? ayat power isu basi...

    BalasPadam
  17. isu yg orang dah lupa...kenapa perlu di keluarkan lagi...ada orang nak jadi calon ni.

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum, pendapat saya Haji Hadi "Wajar" diberikan peluang..

    1. membandingkan Harakah dan RTM ternyata kurang tepat..Harakah akhbar politik yang dah tulis dengan jelas "Lidah rasmi PAS"..so sekarang adakah tuan mengaku bahawa RTM,TV3 adalah lidah rasmi UMNO/BN..? laporannya juga bias seperti yang dikatakan pada harakah..?

    2. di media2 perdana hari-hari mendesak amanat ditarik balik, minta penjelasan, tapi bila minta peluang nak bagi penjelasan secara langsung pada rakyat termasuk ahli UMNO/BN sendiri, mula bagi alasan kena buat rakaman la, tengok kandungan sesuai ke x..ada masalah..?

    3. kalau kandungan xsesuai rasanya lagi tinggi peluang RTM, TV3 nak guna isu ni sampai PRU nanti..bukan tak biasa dengan situasi ni, sejak dulu lagi..

    4. di pihak kerajaan ada jakim, mufti2, ulama muda UMNO..sertakan sekali tokoh2 yang kukuh pada pandangan kerajaan untuk ada bersama pada siaran langsung..kalau nak buat forum pun boleh..lagi senang, masing2 berhujah dengan kefahaman masing2, panggil Nik Aziz sekali pun tak ada masalah..masing2 boleh perbetulkan fahaman masing2 kalau ada kekeliruan..kalau masing2 berpegang dengan ahli sunnah waljamaah apa masalahnya..?

    5. sekali lagi isu membandingkan harakah dan rtm/tv3..macam semua maklum, keluasan penyebaran harakah sangat lah terhad berbanding penyampaian maklumat melalui siaran langsung yang boleh mencapai segenap kawasan dalam satu-satu masa..

    6. kalau program2 lain konsert, juara lagu, countdown, pelbagai program yang bukan berunsurkan keagamaan boleh berlansung lebih dari sejam, apakah tidak kurang penting penjelasan terhadap isu yang disifatkan sangat merbahaya pada akidah umat Islam di Malaysia ni..?sekian..

    BalasPadam
  19. Media arus perdana yang timbulkan kembali isu "Amanat Haji Hadi", dan apabila Haji Hadi minta untuk beri penjelasan secara live di media arus perdana, saudara pula tiba2 minta harakah siarkan berita kerajaan di Harakah? Dimana logik saudara sebagai seorang "wartawan yang mengikuti etika kewartawanan sepenuhnya" mencerna logik cerita ni?

    "Ali tuduh Mamat mencuri. Ali membuat tuduhan di blognya. Mamat mohon untuk beri penjelasan @ berhujah di blog Ali sendiri memandangkan Ali yang menimbulkan perkara ni. Tiba2, Ali minta Mamat benarkan Ali membuat berita2 dari Ali sendiri di wall facebook Mamat." -->Logik??

    BalasPadam
  20. Harap En Mazidul ulas K-Pop yg bakal sampai di halaman kita tak lama lagi

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.