Rabu, September 04, 2013

WAJAHNYA BERSINAR TETAPI KATA KATANYA ...



Alhamdulillah.

Areku Naz mungkin tidak tahu atau bersifat kurang prihatin, saya sudah lali dengan kecaman sebegitu. 

Tidak menjadi kudis kerana setiap individu tidak semestinya mempunyai pandangan sama. Sebagai pelayar laman sosial tiba-tiba hati terbuka untuk mengenali insan melontarkan komen seperti itu secara lebih dekat.

Individu seperti Areku Naz memang harus dipuji, berani menampilkan identitinya sebelum menukilkan komen di facebook.

Apapun kualiti komen dikongsikannya bersama rakan di media sosial.



Wow! Baik kelihatan wajahnya, barangkali dilengkapi keperibadian mulia. Saya harap dia juga dilahirkan dalam keturunan cerdik dan cemerlang.




Maaf tuan, rupanya tuan berasa terlalu marah berikutan perkembangan pengurangan subdisi minyak.  

Kalau tuan membayar RM2.10 untuk se liter petrol RON95, saya pun sama. Kita juga sama makan nasi, budu dan cili padi,  darah kita tidak berbeza warnanya, tetap merah.


Tuan banyak rambut, kacak dan bergaya tetapi saya hanya manusia botak. Dari aspek pendidikan, tuan mungkin lebih cemerlang tetapi catatan beremosi tuan melambangkan status tahap pemikiran sebenar.



Kalau tuan Naz, penyokong parti pembangkang atau bukan kakitangan kerajaan sekalipun, cuba bertenang dan berfikir sebelum melontarkan komen, supaya tidak hanya bersandarkan kepada amarah. Tidak perlu keterlaluan setiap kali berhubung di laman sosial. 

Memetik kata-kata bernas tuan di facebook ...


Kenyataan berterus-terang tuan saya siarkan secara percuma, tidak perlu membayar lebih 20 sen. 

Simpan masuk tabung. 

Untuk Areku Naz, sila klik di sini, saya hadiahkan awak PERCUMA!!!

** Mengutuk, mengecam dan menghina kerja dia,  selepas itu  goyang,  TUTUP akaun Facebook.

Apa daaaaaaaa


53 ulasan:

  1. Balasan
    1. Terima kasih kerana membaca pandangan dan catatan orang dikatakan bodoh :)

      Padam
    2. terus padam gambar ke KuHafeze? Kenapa? Takut?


      bytheway, sy telah membaca tampalan ini. Skrg, ramai manusia2 "bijak" ada dalam laman sosial, terutama, facebook. Contohnya spt yg ada dlm tampalan ini.

      "Setakat naik 20sen, apa sgt la. Dah hari2 p keja bawa motor, bawa kereta. Kalau taknak rugi 20sen sbb minyak, sila jalan kaki"

      Padam
  2. Tuan Mazidul...
    Inilah akibatnya berudu nak bercerita seperti helang..akhirnya menjadi makanan si ikan puyu jer...adakalanya saya terfikir akan sebahagian anak2 muda sekarang ini...terlebih pendidikan ke atau tersalah didik...bahasanya tidak menggambarkan keperibadian atauu...memang itu watak sebenarnya..malang jadi rakyat MELAYU Malaysia mcm ni..

    BalasPadam
  3. belajar tinggi pakai subsidi kerajaan jugak, anak isterinya pon tetap pergi klinik kerajaan subsidi jugak, keta besau minyak subsidi jugak, apa lagi yg kau hendak?? pakai kereta cukup besar, rumah pon besar, minyak naik 20sen ko bising, rokok naik harga mampu pulak?

    kalo ko kerja kerajaan jugak, lebih baik berhenti kerja kerajaan tu sebab kerja kerajaan ada subsidi perubatan, tempat tinggal dan segalanya, dok kerja sendiri kerja kilang tengok baru tau langit tinggi rendah,

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu Draconian....sama la y jenis yg duduk di bumi ALLAH..tapi tak nak mengamalkan suruhan ALLAH.x nk terimapakai hukum ALLAH..

      Padam
    2. Rokok naik harga xda penyakit la bro.. selamber je.. Minyak naik harga ada penyakit bro... So jangan bandingkan kenaikan harga minyak dengan harga rokok ye... Penyakit yang dimaksudkan, harga barang pon naik... Tapi xpe la kan.. tu semua lumrah kehidupan... Naik turun harga minyak sama je.. Nasib baik la aku g keje naik motosikal je.. So xde la terasa sangat dengan kenaikan harga minyak ni.. Sekian...

      Padam
  4. Setuju dengan insan yang bukan di-kategorikan 'Macai' ini.

    Dimana, 56 tahun negara ini sudah merdeka, namun rakyatnya masih belum pernah merdeka.

    Yup, segelintir rakyat Malaysia masih belum pernah Merdeka, dari kebodohan. Dan di dalam segelintir rakyat Malaysia yang belum pernah Merdeka itu adalah, Areku Naz sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya dua yg tak merdeka lagi sebab semus oerkara nsk percuma..gaji nsk pulsk minta naik...org tak tahu bersyukur..cuba kerja sendiri..baru tahu susahnya nak cari sesuap nasi...dah ada kerja tetap..belajar subsidi pun nak salahkan lg..mrk yg tak tahu bersyukur..ni tentu atok nenek mrk yg hidup zaman jepun..rasa sedih...

      Padam
  5. Lebih pelik dan aneh tetapi benar, kerajaan negeri pulau pinang yg dipimpin lim guan eng telah menaikkan sur charge air sebanyak 100% dr 24 sen kepada 48 sen tetapi tak ade yg bising pun, nape??? Pasti semue fhm kn sbb dia bkn BN tetapi puak anu-ar aljuburi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah pasal mrk puak pembangkang ni lbh reka bayar air mahal drpd mimyak..

      Padam
  6. Inilah akibatnya orang tak mengkaji dahulu sebelum berbicara.. Ikut sedap hati sahaja..

    BalasPadam
  7. Naik 20sen tu telah menyebabkan beliau papa kedana serta merta. Sebab itu beliau 'memuntahkan' kemarahan melalui media sosial, agar kemiskinannya secara tiba2 itu didengari oleh orang lain. Harapan agar 'kemiskinannya' itu akan mempopularkannya. Kesiannya, miskin papa kedana dengan adab sopan. Kesian sungguh...

    BalasPadam
  8. Assalammualaikum..byknya komen yg typo-error...jgn salah paham sudah la ye...minyak naik je bising...aduyai...naik memang la naik...sabar je la...bersyukur kita masih lagi mampu hidup dan menjalankan peranan yg paling utama di muka bumi Allah iaitu menunaikan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya..org dulu2 contohnya..dulu ada ke motor dan kereta?..takda kan...tp kalau diaorg berhajat nak ke sesuatu tempat sampai juga...zaman sekarang dah moden...boleh pergi tempat yang jauh naik flight je...walaupun harga minyak naik tapi ada juga yang beli kereta baru, pakai kereta besar2..kiranya hampir semua yang tinggal di bandar2 besar dan pekan2 kecil semuanya berkereta...ekonomi jatuh katanya tp bulan2 boleh bayar kereta dan perbelanjaan lain..syukurlah jika bekerja makan gaji, saya pernah bekerja makan gaji, cukup bulan dapat gaji, awal bulan gaji habis..tp skrg saya cuba bekerja sendirian, permulaan memang perit, sakit dan sebagainya..tp kesabaran mengajar kita menilai apa erti hidup ini, jika hari2 kita bersyukur atas pendapatan dan ikhlas melakukan kerja, tuhan akan berikan rezeki yang tiada kita rasa kekurangannya..alhamdulillah walaupun minyak naik dan sebagainya, saya masih mampu hidup dan menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang insan di muka bumi Allah ciptakan untuk manusia sebagai hambaNya dalam mencari keredhaanNya...hanya sedikit kita diuji, jangan cepat melatah..selami betul2 masalah, inshaALLAH jumpa penyelesaian dan sentiasa bersyukur atas nikmat dan kurniaanNya...senjata utama, bersabarlah kerna itu sebahagian daripada iman....wassalam...

    BalasPadam
  9. Sekadar renungan...

    Dari seorg teman kpd saya..... mmmmmmm...Kes naiknya harga barang, tidak hanya terjadi di zaman sekarang.

    Fenomena ini pernah terjadi di zaman Rasulullah S.A.W. Disebutkan dalam riwayat bahwa di zaman sahabat pernah terjadi kenaikan harga. Mereka pun mendatangi Rasulullah S.A.W dan
    menyampaikan masalahnya. Mereka mengatakan.....

    “Wahai Rasulullah, harga-harga barang banyak yang naik, maka tetapkan keputusan yang mengatur harga barang.”

    Rasulullah S.A.W menjawab :
    “Sesungguhnya Allah adalah Dzat yang menetapkan harga, yang menyempitkan dan melapangkan rezeki, Sang Pemberi rezeki. Sementara aku berharap dapat berjumpa dengan Allah dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku disebabkan kezalimanku dalam urusan darah maupun harta.” (Hadith Riwayat Ahmad, Abu Daud, Turmudzi, Ibnu Majah, dan dishahihkan Al-Albani)

    PERTAMA - SESUNGGUHNYA ALLAH DZAT YANG MENTAKDIRKAN SEMUA HARGA.

    Dengan memahami hal ini, setidaknya kita berusaha mengedepankan sikap tunduk kepada takdir, dalam erti tidak terlalu bingung dalam menghadapi kenaikan harga, apalagi harus stres atau bahkan bunuh diri. Semua sikap ini bukan solusi, tapi hanya menambah beban
    dan memburukan keadaan.

    KEDUA - SESUNGGUHNYA KENAIKAN HARGA TIDAK MEMPENGARUHI REZEKI SESEORANG.

    Yang penting kita sepatutnya yakin bahwa rezeki kita telah ditentukan oleh Allah‘Azza wa Jalla.
    Yakinlah, rezeki yang Allah tetapkan tidak akan bertambah mahupun berkurang. Meskipun harga barang meningkat, itu sama sekali TIDAK AKAN MENGGANGGU REZEKI kita.
    Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala :

    “Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata.
    (surah Asy-Syura, ayat 27)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. mudah-mudahan sahih sebab saya nak kongsikan pada rakan-rakan. tqvm

      Padam
  10. Bagi saya bercakap biarlah menggunakan fakta, sebelum bercakap atau menulis berfikirlah secara rasional kalau di pengaruhi emosi macam nilah jadinya. Pendidikan tinggi pun tak guna kalau ikut kata hati bukan ikut kata akal.

    BalasPadam
  11. lambang syiah...adess...tahap pemikiran yang hancur

    BalasPadam
  12. Saya juga tidak bersetuju dengan caranya yang kasar. Terlalu marah sampai tak boleh kawal emosi bila berbicara. Namun isu kenaikan harga minyak atau pengurang subsidi kerajaan ini kita kena tgk jauh ke depan.....bagi yang merokok dan tetiba marah harga minyak naik memang la tak boleh terima sebab rokok depa lagi mahal...cuma kesian tengok org kampung pakai motor...kesian kat pelajar miskin yang pakai motor...sy baca di fb sorang pelajar...dia sedih kerana terpaksa menambah bajet untuk minyak motornya...sedang dia totally disupport guna ptpn. even some duit ptpn tolong bantu ayah di kampung...saya tanya mak saya ...org Felda yang menyokong kerajaan 100%.."mak harga minyak naik 20 sen...camana ?"...mak jawap.." Iya ya Allah...payah la besok nak cari duit lagi...kang harga barang naik lagi...". So adakah kita nak menyuruh mereka ini dari naik kereta yang keperluan kerana sudah tua untuk ke hulu dan ke hilir...kepada naik motor...atau dari naik motor ke kuliah kepada naik basikal jalan kaki ke kuliah sedangkan jauhnya perjalanan itu akan menyebabkan mereka kepenatan lalu sukar menumpukan perhatian kepada pengajian...belajar kena betul2 sebab nanti nak bayar hutang pinjaman kan....pada kita yang tidak terlalu terasa 20 sen...usahlah memberikan cadangan tanpa memikirkan keadaan hidup org lain...sy tak terasa kenaikan 20 sen tapi saya juga prihatin mereka2 ini...hopefully betullah harga barang tak naik ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siapa yg pernah ke utm jb akan tahu besar mana kampus tersebut..sy bjln kaki ke kuliah..kalau nasib baik naik shuttle bus yg utm sediakan..alhamdulillah bukan alasan utk xberjaya.. Penatnya tuhan shj yg tahu..sampai kurus sbb nyk bjln..asalkan tahu niat utama..

      Padam
    2. Betul tu. saya dulu pun jln kaki dr rumah sewa ke kuliah 45 minit. Berpeluh2 smpi kelas. Alhamdulillah dpt result cemerlang. Kenapa bdk2 skrg wajib naik motor ke kuliah? Tak mampu bt cara x mampu jer

      Padam
    3. Utm tu ada kolej yg sgt jauh walau dlm kwsn kampus.... Kolej 13 tu...mmg jauh sungguh..klu xde kenderaan mmg susah..tmbh klu ada kuliah mlm...kekdg dlm kampus pon naik teksi

      Padam
  13. semua orang pon akan marah bila semua keperluan asas naik harga.. kos makin tinggi... tetapi bepikirla sebelum bekata2... menghina orang tu lagi buruk perangai dr orng yg dia hina tu.... kalu x puas hati..ge bawak sepanduk dok depan JPM tu... mogok or bedemo la kat situ...kalu setakat dok bising2 kat alam maya buat apa?? bkn depa dengar....

    BalasPadam
  14. subsidi tu pemberian kerajaan..jd terpulanglah pd kerajaan nk bg berapa..sama jugak dgn kita bila nk menderma...seberapa ikhlas dr kita..x pernah pun peminta sedekah tu merungut malah bersyukur adalah...walaupun dpt cuma duit syiling...tu pun kita bg pakai campak jer dlm kole diorang...ada sbb kerajaan kurangkn subsidi...duit tu mungkin nk tampung perkara lain..mungkin utk pendidikan...maklumlah...sebhgn shj yg bayar balik ptptn...mana kerajaan nk cekau duit..jd duit yg ada kenalah berjimat..sama gak ngan kita...dh tau minyak naik..berjimatlah...kongsi keta ngan kengkawan..kesesakan jln raya pun dpt kita kurangkan...tak pun pakai keta yg ekonomik...kekadang kita ni bodoh yg terlampau...duit ada ciput tp nk pakai keta mewah..pastu nk isi minyak tak mampu..kelakar kan..kerana cetek pemikiran kita salahkan org lain..kalau kita rasa susah nk carik duit..suruh jer anak2 kita antar kita kt rumah kebajikan atau rumah org2 tua...tu pun kerajaan kena tanggung jugak tu..
    tu belum kira nk salurkn kemudahan kt pedalaman sabah dn sarawak...kalau kita jer asyik nk subsidi lebih..ape citer saudara kita kt pedalaman tu...mereka jugak nk pembangunan...jd bersyukurlah dgn apa yg kita dapat...kekadang kesakitan yg kita perolehi rupanya ada kenikmatan yg besar yg Allah swt nk beri pd kita..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan...rakyat takkan bising kalau penjimatan secara menyeluruh...and minyak ni semua org pakai tu yang kita dengar ramai yang bising....mudah sungguh tuan buat analogi kalau tak mampu carik duit suruh anak hantar ke rumah kebajikan....dari situ dah nampak bagaimana tuan berfikir...mereka yang di pendalam sabah sarawak tu pun pakai motor and some pakai motorbot...bukan ke itu guna minyak jugak? ya betul sibsidi pemberian kerajaan terpulanglah kerajaan nak bagi berapa...dan memberikan pandangan serta membantah itu jugak hak rakyat..terpulanglah mereka nak kata apa...asalkan dikata dalam keadaan berhemah dan bukan seperti Areku Naz.....dan ingatlah rakyat bising bukan sebab rakyat benci kerajaan...tapi rakyat suruh pemimpin mereka berfikir...apa guna undi kalau suruh berfikir pun tak boleh....

      Padam
    2. Ramai sokong nizam tukimin ,mungkin yang tak faham tu sebab kurang bersyukur .
      kan En.Nizam dah cakap . mungkin kerajaan nak berikan pembangunan pada mereka .
      tapi semuanya masuk akal , sebab terlalu banyak subsidi diberikan kepada rakyat . sebagai rakyat MUNGKIN kita nampak secara menyeluruh . Hospital bayar RM1 je.
      bersyukurnya duduk .

      Padam
  15. erm...nak compare harga rokok dengan minyak...

    rasanya kenaikan harga rokok hanya membebankan perokok dan tidak akan memberi kesan pada barangan asas lain...

    sebaliknya..kenaikan 20sen pada minyak, automatik barangan asas lain akan naik 20 sen jugak..

    lepas ni, nasi lemak, roti canai, teh o, teh ais etc...naik 20 sen... rokok naik rm10 pun, tak membeban mereka yg tak merokok. tapi...kenaikan 20sen minyak, jgnkan perokok, bayi yg minum susu formula pun terjejas..

    just my two cents.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agree with you...belum apa2 kat paper dah keluar cerita harga teh tarik naik...

      Padam
  16. Give me 5 !!! :) Setuju 200% En.NIzam Tukimin...

    Rega minyak naik , pakai keta hebat jugak...

    Rega minyak naik, tetap leh pakai henbeg mahal..

    Rega minyak naik, tiap2 hari leh makan Popcorn Garrett yg mahal mcm peluru tu..

    Rega minyak naik, rokok tetap 20batang sehari...

    Rega minyak naik, tetap bleh tengok wayang ngan aweks, pakwe.. Belanja makan kt restoran barat..

    Rega minyak naik, masih boleh duduk sewa umah kondo/penthouse..

    Rega minyak naik, pun boleh pi keja naik Superbike 1000cc..

    Rega minyak naik, aircond dlm umah tetap 4 unit @1.5HP ...

    Rega minyak naik, takde la bayar hutang PTPTN pun masa rega minyak turun..

    Rega minyak naik, takde pulak kita kirim kt mak bapak kt kampung rm500 pun sebelum rega minyak naik...

    Apa nasib kita? Kita sendiri yg tentukan...

    **Nak kurangkan kerak nasik maka kenalah sanggup kurangkan size periuk ! **esok kalau rasa2 nk pangkah 'org sana' silakan .. 5tahun bukan lama ;))

    Ni peringatan utk diri sendiri tp kalau nk sama2 terasa bagus jugak.. ni bukan marah..Nasihat !!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agree with you with those yang bermewah dalam kehidupan walau pun saiz periuk tak besor...subsidi apa pun dkurangkan...those people tak akan rasa....and agree with you kalau mereka tak bayar hutang ptpn n tak bagi duit kat mak bapak masa senang...agree with you kalau rakyat nak pangkah "org sana" pun hak mereka kan...just take some of your time thinking about those people yang memang saiz periuk udahlah kecik...nasi tak berapa banyak dalam tu...pakai pulak dapor kayu so senang nak berkerak...this people....pakai motor hari2 pi menoreh...pakai motor hantar anak sekolah...pakai motor pi cuci kebun....and beli barang dengan harga yang lebih mahal sebab depa tak de Tesco, giant, or 99 speedmart macam kita...so...takpe la...mereka kena bersyukur dengan apa yang ada...kurangkan kos makan minum untuk jimat duit nak pi beli minyak motor...makanlah nasi dengan kicap its okay...bukankah hidup mereka, mereka yang tentukan....kata setengah org...tukarlah basikal pi kebun...jimat belanja...so mereka bersyukur...takpe la pakai la basikal...walaupun jauh berbatu....bukankah hidup mereka, mereka yang tentukan....but so sad....alangkah baiknya jika kita boleh bantu depa sikit2...bantu mereka bukan bermakna depa duduk goyang kaki tak kerja kan...bantu mereka kurangkan beban mereka seperti rakyat di pendalaman sabah sarawak...oleh itu, jika kita ada power(ie pemimpin)...bantulah mereka ini dengan cara mengurangkan kos kehidupan harian mereka...ini nasihat kepada pemimpin yang dipilih rakyat...

      Padam
    2. Puan/ Cik Me Anum:

      Sebenarnya mengikut pemerhatian saya yang ramai merungut ni adalah org 'senang2'.Maklumlah dah biasa senang, so di tarik sedikit 'kesenangan' dh melatah.Kalau org susah biasanya dh tau hidup susah..bak kata pepatah "Alah bisa tegal biasa".Selalunya mereka tahu nk sesuaikan keadaan tu dgn 'cara hidup' diaorang.Lain pulak dgn yg dh biasa senang ni.. sumer dh belajar mewah jd bila 'jadi susah'tu yg meletops tu.

      Janganlah nampak isu minyak ini merupakan isu besar yg menenggelamkan segala kebaikan kerajaan yg lain. Banyak lg bantuan2 lain yg kerajaan beri. Hanya isu minyak habis semua jasa dilupakan. Kedai 1 Malaysia, Klinik 1 Malaysia, Bantuan buku sekolah, PTPTN, Biasiswa, Perumahan Rakyat PPRT dan banyak lg semua tu antara bantuan yg menyasarkan golongan2 susah spt ini. Jangan terlalu banyak merungut & bersungut.

      Kita haruslah cuba memikirkan cara utk menyesuaikan diri dgn keadaan ekonomi semasa selari dengan kehidupan kita. Belum pernah lagi saya dengar di Malaysia manusia mati kerana tak makan.Mati kerana lebih makan itu ramai. Dan tolong jangan fikir hanya kamu sahaja yg memikirkan golongan2 susah tu. Niat& cara orang membantu adalah berbeza.. kita nampak org yg jauh.Tapi ader kamu nampak sedara mara, jiran tetangga yg hidup susah ni? Dah bantu?..kalau dah bagus !! Kebaikkan kita tak usahlah dicanang2.. Tangan kanan memberi ..tak perlulah tangan kiri tahu..

      Opss.. lg.. kalau rasa nak komen tapi menyembunyikan identiti itu tak 'gentleman' namanya.. Tunjukkan rupa dan paras.. then baru la nama 'hero' nak bertanding masuk gelanggang !!! Bertanding pakai topeng sapa pun boleh.Kalah pun org tak kenal muka. Ini kita panggil PENGECUT!!!Salam.

      Padam
    3. Salam...

      Setuju bebenor dgn amelia shaferKhamis, 5 September 2013 12:07:00 PTG GMT+8..

      Poket kita, kita sendiri yg jaga...kalau ada ketirisan, cpt2 ler atasi masalah...

      Sy pun x paham dgn generasi baru mcm Areku Naz..berbelanja x ukur kemampuan diri...Org drive kete besor, depa pun nak kete lagi besor tp ada x depa siasat punca kewangan org yg mampu beli kete mewah?? Mcm mana pengurusan kewangan mrk??

      Maaf, tp kalau ada yg terasa, niat sy cuma nak berkongsi..Kalau nak urus perbelanjaan diri/ seisi rumah, buat spreadsheet.. rekod perbelanjaan harian. Gaji yg bersih saja dikira..Simpanan atau potongan gaji berkala utk Tabung Haji atau ASB jgn masukkan sekali...itu hanya digunakan utk kecemasan SAHAJA! Jadikan sbg amalan..lambat laun kita dpt tau mana perbelanjaan yg penting, mana yg bukan. So, jgn berbelanja utk perkara2 yg kita x perlukan, contoh kasut warna & design sama 10 pasang!! In sya Allah, kenaikan RM 0.20 seliter RON95 x lah memeritkan dibandingkan dgn kesusahan rakyat Palestin, Syria..

      Buat Areku Naz, belajarlah bersyukur...belajarlah buat spreadsheet!

      Padam
    4. Bro mazidul, ada tak comment saya sebelum ni yang masuk?...sebab tadi tak guna id...tersend....kalau tak ada saya nak tulis balik...nak perkenalkan diri pada cik puan Amelia....

      Padam
    5. Tak masuklah maknanya tadi ya...

      Salam cik puan amelia....saya pelik kenapa cik Amelia macam marah je....bukankah medan ni untuk memberikan pendapat...so we agree to disagree kan...saya cuma memberikan pendapat berdasarkan pengalaman sendiri dan orang keliling yang saya jumpa, yang juga rakan jiran dan saudara saya...itu fakta dan pandangan mereka...bukan rekaan saya....bro mazidulpun tak kata blog dia boleh dikomen dengan komen yang setuju je...kalau semua setuju tak meriah lah....saya pun mana rajin saya bagi la pandangan ....dan di mana statement saya yang mengatakan saya tidak bersyukur dengan pemberian kerajaan seperti yg disebutkan?...Alhamdulillah dapatlah rezeki kita dari sumber tu kan...dan di mana pulak yang saya mengatakan saya ni sahaja yang menolong orang susah? saya cuma mengajak pemimpin berfikir dan kalau cik puan termasuk dalam group pemimpin fikirlah sama...isu minyak ni akan menyebabkan harga brg naik based on previous kenaikan la kan....2 atau 3 hari ni tak rasa la lagi...tunggu la sedikit masa lagi....

      and nama saya hanum hajari...blog saya tak de gambar sebab saya tak open to public and tak active...semua maklumat utk peribadi je....saya juga tidak merasakan memberikan pendapat dalam sesebuah blog bertujuan untuk bertanding atau jadi hero....kalau kita tulis orang tak setuju kita bagi lagi pandangan, sebab itu hak kita...cuma jangan berkasar dan menggelar orang lain dengan pelbagai gelaran....kalau tidak, tak ada bezanya kita dengan si Areku Naz nih....renung-renungkan....sekian wassalam



      Padam
  17. Kalau marah sekalipun, tak perlulah nak makihamun orang. Gelar orang dengan pelbagai gelaran binatang.Apa yang kita dapat. Kepuasan?

    BalasPadam
  18. bahasa tak se'cantik' empunya badan... patut kena pi kelas bahasa tu...

    BalasPadam
  19. bertindak ikut emosi. reset minda anda. bertindaklah ikut akal yang Allah beri. tampilkan bahasa yang mengambarkan kite ni orang Islam, bukan kurang ajar, berhemah, dan bijak walau apa pun situasi melanda....... kata2 dan komen yang tak berhemah ini menampakkan anda betul2 bodoh.... betul2 anda telah membodohkan diri anda.

    BalasPadam
  20. aku tak kesah harga minyak naik... atau subsidi tak ada. sebab apabila harga minyak.. aku akan berusaha menaikkan harga diri dan maruah aku sendiri. aku akan berusaha mencari pendapatan lebih.... aku memang rajin buat part time.

    BalasPadam
  21. Salam Bro, kelakuan budak ni dan yang "seangkatan" dengan nya membuat saya terkenang kembali saya kepada arwah guru disiplin saya yang pernah berkata kepada kami didalam bilik darjah empat dekad yang lalu "kelakuan kamu mencerminkan keperibadian ibubapa kamu". Walau pun kata kata begitu tidak semestinya tepat namun bila nak membuat sesuatu kesalahan maka terkenang pulak kata kata arwah guru disiplin dan terbatal lah hajat yang tak elok itu kerana takut kawan kawan yang lain akan menempelak dengan mengatakan begitu jugalah kelakuan mak bapak kamu.
    Wallahualam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Genetik warisan tu bukan stkt kaki muka, perangai pun sama (sel otak, hati, kan ada DNA juga?). Orang yg boleh berubah perangai tak macm mak bapak dia, orang tu mmg kuat semangat. Tak ramai yg mmpu. Last-last give-up. Sbb tu jgn heran kalau apa yg kita buat kat mak bapak kita hari ini, 1 hari nanti jd kat kita plak. Sbb anak kita ikut perangai kita. turunan genetik. Sapa yg skg ni perangai tak elok, hati-hati le. Ubah perangai dan ajar anak perangai yg elok. Jgn maki hamun.

      Padam
  22. Assalamualaikum,
    Kita orang Islam, kalau tak setuju dan nak marah, gunalah bahasa yang baik dan berhemah. Jaga lah keperibadian kita sebagai Muslim. Bahasa menunjukkan keribadian. Kita dianugerahkan sesuatu yang amat berharga iaitu AKAL..

    BalasPadam
  23. Aku percaya Isteri Areku Naz ni malu dgn kenyataan suami dia yg ala2 budak darjah 6, budak darjah enam pun tak panggil orang dgn nama binatang, aku rasa mamat ni terlebih hidu gam la..harap kan muka jer suci..berjanggut bagai..sekali keluar tuuu diaaaaa..dua tanduk tajam kilat rupa nya..aku rasa la kalau anak dia pandai membaca, dan terbaca komen bapak dia kt facebook dia, apa agak nya anak dia akan buat??......mesti anak dia akan tanya, ayah tulis apa kt facebook? ustazah cakap, dosa kalau hina orang lain.. maka si areku Naz ni, tertelan la air liur bersama muka yg tebal..

    BalasPadam
  24. aku harap dpt jumpa la mamat ni kt mana2..nak belanja dia teh tarik kaw..nk mintak signature..

    BalasPadam
  25. SMTI-salam bang, tak sampai sebulan meninggalkan tanahair, macam macam cerita yang aku ketinggalan kapal. Mamat ni kurang makan jagung agaknya...hahahahaha haduiiii. Nak komen pasal harga minyak, aku ni bukan orang bijak pandai. Rasanya eloklah kalau kita katakan ini semua ketentuan Allah. Hidup mesti terus, amal
    Ibadat wajib dibuat. Wallahhuaklam. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Patut la senyap sunyi sepi tanpa berita...:) Selamat Ari Raya ..:)) hehe

      Padam
  26. ramai golongan yg senang bising..yg tiap minggu makan luar...tak tau kenapa agaknya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha aku suka. Tepat lagi bernas. Makan kedai mahal lak tu. Kena sejibik.

      Padam
  27. saya sebagai pelajar sedang menunggu petrol pam 1 malaysia pulak keluar.... 1 liter minyak RM1,,, baru betul2 1 malaysia :)

    BalasPadam
  28. err..kalo saya ngaku sbg AREKU NAZ,blh dpt YBBM free jgk ke abg dul?
    nak maki pon xpe,saya tahan maki..

    BalasPadam
  29. menyingkap kenaikkan harga barang :: Rasullah bersabda : " sesungguhnya Allah,dialah yg menetapkan harga itu, Dialah Allah yg melapangkan,Dialah Allah yg menyempitkan,serta Dialah Allah yg memberikan rezeki. Sesunguhnya aku berharap agar bertemu Allah swt dalam keadaan tidak ada seorang pon drpd kalian yg menuntutku dlm kezaliman thadap darah mahupun kezaliman terhadap harta"(sahih. Riwayat Abu Daud) #mingguanmalaysia #penulis: Ceo Ilmuwan Malaysia. #muhasabah diri

    BalasPadam
  30. orang yg berakhlak sebegini..berase mereka saja yg betul sehinggakan ade yg sanggup tikam kawan baik sendiri semata nak menang,nak tegakkan bende yang betul ntah tidak.smapai yang jadi mulut laser punya benci yang mendalam..adakah islam mnegajar kita membenci sesama manusia walau tidak sehaluan..pernahkah mereka berfikir atau sekadar mengikut kata hati yang marah membara penuh dengan emosi...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.