Isnin, Februari 03, 2014

HOSPITAL BUKAN STESYEN BAS (KACANG! KACANG!)

Pada bulan April tahun lalu, saya menziarahi keluarga ditimpa kemalangan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.

Tanpa usul periksa, seorang daripada jururawat bertugas mendesak saya agar mendapatkan kebenaran daripada pengarah hospital untuk berada di wad terbabit. Walhal tatkala itu, saya bukan membuat liputan berita. 

Barangkali kakitangan hospital terbabit berasa khuatir jika saya merekodkan gambar di wad itu. Kesangsian dijadikan landasan untuk membuat keputusan, bukan terlebih dahulu merungkai fakta sebenar. Sudah menjadi kelaziman, sebilangan kakitangan hospital bimbang andai keluarga pesakit merakamkan gambar saudara-mara atau kenalan ditempatkan di wad.

Klik di sini.

Apapun, saya amat tertarik dengan 3 gambar dipaparkan di bawah. Lokasi, wad di sebuah hospital di Selangor.

Lelaki peniaga kerepek kelihatan bebas bergerak dan berniaga di wad. Berniaga itu bagus kerana menjana lebih pendapatan.


Persoalannya, sejak bilakah pihak hospital terbabit membenarkan orang awam menjaja kacang bungkus di dalam wad? Tidakkah tindakan itu dilihat lalu ditegur oleh kakitangan wad bertugas? Adakah pengarah hospital mengetahui kegiatan seperti itu? 

Mujur gambar dirakamkan sebagai bukti.

Bayangkan, tatkala pesakit terlantar di katil hospital, menderita pelbagai jenis penyakit, tiba-tiba kedengaran teriakan ...

"Kacang! Kacang!"

Sakit telinga pesakit. 

Hemat saya, jika hospital ingin membenarkan peniaga menjalankan transaksi sekalipun, lebih molek peniaga ditempatkan di satu lokasi statik. 

Teringat saya kepada senario pada awal tahun 80 an, ketika menggunakan perkhidmatan bas loncat. Ramai peniaga menjunjung bakul diisi kacang bungkus di stesyen bas, sambil berjalan menghampiri penumpang dan berteriak, kacang! kacang!

Hospital bukan stesyen bas.

12 ulasan:

  1. HTAR klang. Bukan dia sorang je, ramai lagi. ada jual nasi lemak, mee goreng, air teh tarik dll. memang pihak hospital yang benarkan agaknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. sudahlah kebanyakan yang berada di hospital memang sakit,
      dijualnya pula nasi lemak, mee goreng n teh terik..
      kalau jual bubur atau makanan berkhasiat ok la juga.

      Padam
  2. Si bro Mazidul yang tak buat liputan di suruhnya mintak izin dari pengarah ni mereka yang menjual kacang ni dah minta izin dari pengarah hospital ke. Kalau la ada kecemasan n doktor tgh berlari2 nak selamatkan pesakit terlangar lah troli kacang tu mau doktor tu yang masuk wad kecemasan..hahaha...manusia bermacam fe'el

    BalasPadam
  3. dah banyak kali tengok bende camni..but ada certain hospital..juz benarkan peniaga sampai kat pintu masuk je..tapi tu pun waktu melawat..hehehe...

    BalasPadam
  4. cuba ke hospital kajang. senario hampir sama cuma penjualnya...alahai yg pakai uniform la pulak...

    BalasPadam
  5. Prnh t'jd kpd sy thn lps.. btoi2 lps CNY.. ank d msukkn ke wad.. mlm p'tama d situ, seorg aisoh m'hulurkn sebungkus plastik yg berisi 3 bj limau mandarin. Sangka sy, dia ingin sedekahkn limau t'sebut mgkin krn byk d rumahnya.. apabila bgkusan bertukar tgn, dia meminta rm2.70 kpd sy.. krn malu mau x mau, kne byr jugak laa.. slps itulah bru sy sdr d hospital b'kenaan mmg rmai penjual kluar msuk b'niaga d dlm wad..

    BalasPadam
  6. as salam .. saya pun nak berkongsi cerita ...Nov lepas saya masuk wad. Ada satu ketika tu masuk sorang kak cik ( rasanya cecah 60 usianya ) bertanya sakit apa etc .. kemudian dia promote minyak angin macam BALM buah pala .. bagus katanya utk hilang parut luka .. etc .. siap selak bajunya tunjuk perutnya ( dia pernah bersalin cara bedah ) . Puas le saya menolak .. tapi adik macam ter'jerat' dek tak sampai hati menolak .. yang dahsyatnya ambil satu mahal betoi harga. Ambil tiga kerr 4 empat botol ntah ... ( lupa dah ) baru murah. Dia macam paksa ambil botol. Saya terlalu lemah ketika itu .. baru lepas operate hari sebelumnya so tak kuasa nak bertekak. Pelik pula selamba dan mudah je dia masuk wad ( wad kelas satu pula tu ) menjual.

    BalasPadam
  7. Pelik kan. Kita yg mmg melawat atau menjaga ahli keluarga kita yg ditempatkan diwad pun susah nak masuk. Siap kene soal jawap dgn security. Dok melawat lama sket, kene sound dgn security suh balik, pesakit nak rehat. Waktu melawat dah abis. Sedangkan org2 mcm nie bebas keluar masuk. Pengalaman sy sendiri pun bila sy nak ambil gambar kecederaan anak sy, sy di halang. Nurse x bagi. Takut kene marah. Tp disebabkan gambar kecederaan yang sy ambil tu lah dpt membantu dlm kes perbicaraan di Mahkamah. Semasa Doktor pakar datang melawat pesakit di wad, kami yg menjaga waris diminta keluar dari wad. Biar Doktor dgn pesakit shj. Yg tak nak keluar di minta sembunyikan diri di koridor hospital. Walhal, kami lah waris bagi pesakit. Patut apa2 hal bincang dgn waris pesakit sbb pesakit dh tak boleh nak fikir apa yg terbaik. Dan kadang2 tak paham pun apa Doktor tu ckp...maklumlah org kampung.

    BalasPadam
  8. Pengalaman saya duk kat wad di Hospital Tuanku Jaafar Seremban bulan lepas akibat denggi..bkn setakat aci jual kacang, makcik jual kuih malah bangla jual topup pun ado..

    BalasPadam
  9. Sebelum ambil gambar kenalah minta kebenaran dulu dan nyatakan tujuan contohnya utk bukti di mahkamah.
    Doktor akan panggil waris jika diperlukan dan sebelum prosedur major dilakukan atau jika pesakit xwaras dan xboleh berkomunikasi. Jika pesakit mampu berkomunikasi sendiri dan waras dan boleh buat keputusan sendiri dan berumur lebih 18tahun, maka xde keperluan utk panggil waris melainkan pesakit tersebut request utk bincang dgn waris. Kenapa? Sbb bila ada waris, kebanyakan pesakit akan enggan cerita sepenuhnya dan kebanyakan waris pula jadi tukang menjawab soalan yang ditanyakan kepada pesakit. Perkara ini menganggu proses perawatan. Harap maklum.

    BalasPadam
  10. Tapi saya memang xsetuju ada direct selling di wad kerana ia mengganggu pesakit. Perlu lebih pemantauan dari pihak hosp.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.