Selasa, Februari 11, 2014

MENDAKAP MANJA LELAKI NIGERIA (GAMBAR EKSKLUSIF!!!)


Wanita kini menetap di Johor Bahru, Johor, 'Nani', 32 tahun, wajar berasa lega kerana tidak ditipu oleh penjenayah terbabit dalam parcel scam. Nani menghubungi saya melalui emel dan berkongsi sebahagian daripada kisah hampir memperdayakan dirinya. 

Lelaki dikenalinya melalui laman sosial Twoo.com, Webb Beckham Donald mendakwa pernah menetap di Manchester, England. 

Lihat profil palsu Webb, dicatatkannya, 'was in Machester' dan kononnya bertugas sebagai jurutera. Berdasarkan pengalaman, saya percaya, dia lelaki Nigeria menetap di negara kita.


Seperti dijangka, penjenayah komersil itu memberitahu Nani, dia telah menghantar bungkusan mengandungi pelbagai barangan berharga seperti wang tunai dan barang kemas. Kata Webb, bungkusan itu sepatutnya sampai di syarikat penghantar bungkusan pada 6 atau 7 Februari lalu.

Rujuk informasi di atas.

Apakah bakal berlaku sekiranya Nani terus melayan kehendak Webb? 

Jika difikirkan secara logik, bungkusan samada dari luar atau dalam negara akan terus dihantar ke rumah penerima. Mengapakah dalam kes ini, bungkusan perlu disimpan oleh syarikat penghantar? 

Jawabannya mudah.

Itu antara modus operandi untuk mereka menipu dan mengikis wang bakal mangsa.

Jika Nani mengesahkan bungkusan itu berada dalam simpanan syarikat penghantar bungkusan kepada Webb, rakyat Malaysia atau warga asing menyamar sebagai kakitangan syarikat penghantar bungkusan akan segera mengubungi Nani.  


Tidak hairan, dalam kes ini, Webb tidak berputus asa bertanyakan status bungkusan dihantarnya. 

Mujur Nani menyedari situasi sebenar.

Sabtu lalu, Nani dihubungi oleh seorang wanita menggunakan nombor 011-2618-2794 memaklumkannya mengenai bungkusan dihantar oleh Beck kononnya kini berada dalam simpanan syarikat. Jika Nani mengakui bungkusan itu miliknya, episod hitam pasti bermula.

Wanita tempatan itu dengan kerjasama Beck akan mendesak Nani untuk mendepositkan sejumlah wang kononnya untuk proses perlepasan cukai Kastam Diraja Malaysia.

Saya pernah memerangkap ahli sindiket itu, menggunakan nama Anthony Floyd dan merakamkan perbualan terbabit. Loghat lelaki Nigeria, masakan sama dengan loghat warga United Kingdom.

Pembaca harus mendengar perbualan ini.

Klik di sini.

Cerita tidak akan dinoktahkan sekiranya RM2,500 dituntut itu didepositkan ke akaun peribadi itu. 

Mengapa? 

Kerana akaun bank peribadi itu sebenarnya milik wanita Malaysia bersekongkol bersama lelaki Nigeria. Mereka kemudian akan mendakwa kononnya wang dibayar oleh mangsa tidak mencukupi untuk menebus bungkusan daripada pihak kastam. 

Mangsa bersifat tamak, memikirkan bungkusan mengandungi barangan bernilai jutaan ringgit, lazimnya akan terus memasukkan wang ke akaun sama. Akibatnya, sebilangan mangsa mengalami kerugian jutaan ringgit sebelum menyedari mereka diperdaya. 

Kira-kira 2 tahun lalu, saya menemui teman wanita lelaki Nigeria di bawah. Saya berjanji tidak akan mendedahkan identiti wanita itu. Janji itu tetap saya kotakan.


Menurut wanita berstatus janda itu, teman lelakinya terbabit dalam parcel scam atau turut dikenali sebagai 'Nigerian scam'. Mereka tinggal di kondominium bersama 3 rakan teman lelakinya.  


Setiap hari kumpulan lelaki Nigeria itu tidak lekang dengan komputer riba. Malah makan bersama komputer. Tugas mereka, menghantar ratusan emel secara rawak bertujuan cuba 'memancing' mangsa di alam maya melalui laman sosial. Lazimnya, untuk menarik perhatian bakal mangsa, penjenayah terbabit mengaku berkerja dalam bidang profesional dan menetap di United Kingdom. Walhal mereka merempat di negara kita, menggunakan visa pelajar tetapi tidak pernah menghadiri kuliah di kolej atau universiti swasta.


Hidup sebilangan mereka mewah, meraih wang hasil penipuan. Kekadang pendapatan bulanan mereka mencecah puluhan ribu ringgit. Teman wanita dikaburi dengan wang bertimbun sanggup menyerahkan tubuh untuk memenuhi nafsu seks lelaki Nigeria.

Sebaik wang didepositkan oleh mangsa ke dalam akaun bank teman wanita, wang itu dikeluarkan dan dihantar terus ke Nigeria. Wanita Malaysia diperalatkan hanya diberikan imbuhan di antara RM100 dan RM200 sahaja untuk satu transaksi berjaya.

Selalunya lelaki Nigeria mencari mangsa, wanita bertubuh gebu dan berpinggul lebar dan besar. Rupa paras tidak begitu penting buat mereka.


Melihat gambar dipaparkan, timbul pelbagai pandangan. Barangkali berada dalam dakapan lelaki Nigeria, satu kenikmatan buat sebilangan gadis dan wanita kita, tanpa mengira bangsa.


Gambar saya kongsikan, tidak pernah disiarkan oleh media cetak atau elektronik dan eksklusif untuk tatapan pembaca blog ini. Biarlah masyarakat tahu bagaimanakah realiti kehidupan antara penjenayah selama ini mengaut berbilion ringgit warga Malaysia. 


Mungkin posisi di bawah antara kaedah senaman diamalkan oleh lelaki Nigeria untuk memastikan mereka sentiasa bertenaga. 


Ketika unit kediaman mereka diserbu oleh polis, lelaki ini berjaya memboloskan diri. 

Barangkali dia masih lagi bermastautin di Malaysia dan terus mencari mangsa. Apapun, pastikan anak gadis kita tidak berada dalam pelukannya.

20 ulasan:

  1. makin ramai pula golongan afrika ni , especially kt my college wuargh mcm2 bende x baik diorang buat..

    Jom Terjah: Custome Made Sticker Kereta Murah Giler!

    BalasPadam
  2. itulah masalah bila kerajaan malaysia terlalu terbuka dengan membenarkan warganegara nigeria datang ke malaysia untuk belajar. saya dulu pernah belajar di Legenda Group Of College Mantin Negeri Sembila sekitar 2004-2007. waktu tu masih belum ada lagi warga nigeria di kolej yang ada pun dari pakistan dan arab juga dari negara china. namun kini bila melawat bekas kolej dah rasa macam tinggal dekat luar negara.warga2 nigeria dah jadi ramai pula di kolej yang pernah saya belajar dulu.masalah sosial berleluasa.seringkali di dada akhbar berita penangkapan pelajar melayu bersekududukan dengan warga asing di kawasan sekitar kolej saya dulu

    BalasPadam
  3. 40% wanita malaysia berpendapat " Henjutan KUDA Negeria memang menakjubkan " dan bau Peluh lelaki Negeria sangat SEXY.

    Kami wanita gemok dan hudoh tidak kisah berhabis duit dan di tipu JANJI---------------->>" SAIZ kena macam KUDA "

    Jika lelaki Negeria di apa-apa kan..kami persatuan wanita2 Gemok dan hudoh akan membuat Demo bantahan di DATARAN MERDEKA.

    ( maaf..kat ampang ni NEGRO bukan main ramai..belum pernah aku jumpa mamat Negro bawak awek melayu yang SEMENGGAH mukanya )

    BalasPadam
    Balasan
    1. 40% wanita malaysia berpendapat "Henjutan KUDA Negeria memang menakjubkan"
      HaHa... Saya sokong kenyataaan ini, Warga Emas turut tidak terkecuali dalam merasakan 'nikmat' lelaki Nigeria ini SMTI~~!!

      Padam
  4. Tahun ni saje sya dh dpt 3 email dr org uk yg kononnya nk berkenalan..tu mesti kerja puak2 diaorg ni..

    BalasPadam
  5. Apa fungsi KDN?

    Senang cerita, buat publisiti untuk kes-kes begini secara meluas. Lepas tu, secara automatik, insan-insan dahagakan populis yang mempunyai KUASA pasti akan menjelma bagai cendawan tumbuh selepas hujan!

    Perkara-perkara begini sepatutnya dipandang serius sebeleum sesuatu yang tidak diigini berlaku. Ia juga dapat menjejaskan imej negara di mata pelancong-pelancong asing.

    BalasPadam
  6. saya harap encik mazidul membuat liputan ketiadaan air di kawasan kuala langat disebabkan pencemaran amonio diloji..diarea saya sudah 5 hari tiada air langsung..hnya tunggu lori2..syabas yang datang..pemberitahuan untuk ketiadaan air sangat dikesali tidak diberitahu awal lagi untuk membuat persediaan air.. terima kasih

    BalasPadam
  7. SILAP KDN LA BENARKAN BANYAK NEGRO MASUK NEGARA INI GUNA VISA PELAJAR ..JANGAN HANYA NAMPAK INDON DAN BANGLA JE PI TANGKAP ...

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum....lambakan warga asing di negara kita sangat membimbangkan...di laman web aduan
    http://www.aduanrakyat.com/v2013/3.html
    didapati hampir setiap hari ada saja aduan berkaitan dengan PATI...

    BalasPadam
  9. walau sebanyak mana pendedahhan dibuat,walau siapa sekali pun yang kita salahkan,tapi kalau tuan empunya badan sendiri sanggup dikaburi dengan ayat-ayat cinta,dengan janji-janji manis nak buat macamana lagi.
    kalau tak silap dalam suratkhabar hari ni pun ada lagi yang ditipu ribuan ringgit..

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum Bro Mazidul,

    Memang terlalu ramai warga Nigeria ni di Malaysia. Di tempat saya, Damansara Damai, ada tempat2 tertentu macam dah di kuasai warga Afrika ni. Orang Malaysia pun takut2 nak pegi area tu. Yang hairannya apa yang KDN buat untuk halang semua ni? Pihak berkuasa kena selalu pantau dan ambil tindakan. Bukan setakat pantau. Sekat kemasukkan warga Afrika ni ke negara kita. Mansuhkan visa pelajar buat sementara waktu. Dalam masa yang sama, cuci warga2 yang tinggal secara haram di Malaysia. Hantar balik ke negara asal.
    Bercakap pasal sindiket penipuan ni, saya juga berpengalaman. Saya memang dah tau ini sindiket tapi saja je layan. Saya reply email yang kononnya wanita ni tinggal di UK, bapa org Malaysia tapi tak pernah datang Malaysia. Selepas 2-3 kali email, wanita ini kata nak datang Malaysia dan perlukan seseorang yang dia percaya untuk uruskan perjalanan dan penginapan di Malaysia. Saya layan je. Saya cakap OK. Selepas 2-3 hari dia email lagi dia cakap dia ada kirimkan barang untuk saya (saya bagi alamat tipu). Saya tanya apa ada dalam bungkusan tu, dia kata ada duit berjumlah 40,000 pound dan jam tangan (hadiah untuk saya) konon. Saya cakap kenapa kirim semua tu, kalau nak uruskan hotel, boleh booking online je. Dan kalau nak bagi duit kat saya, kenapa tak mintak nombor akaun, sekarang ni boleh transfer online je. Dia cakap dia dah kirim so apa nak buatnya. Ok lah saya kata tunggu je la. saya mintak dia bagi tau dia hantar guna courier service mana. Dia pun bagi lah.. saya check kat internet base on consignment number yang dia bagi, memang wujud company tu. (Wujud dialam maya je kot). HQ courier company tu kat UK, cawangan kat Malaysia di Kuching. Berdasarkan alamat saya terus call member kat Kuching suruh check betul ke ada company tu. Member saya bagitau, itu bangunan kerajaan takde nya office lain kat situ. Hahahhaha saya dah gelak dah. Keesokkan harinya terima satu panggilan telefon dari agent company courier tersebut, bagitau barang untuk saya sangkut kat kastam KLIA. Saya cakap OK saya nak barang saya, bagi alamat office you kat KLIA, saya ada kenal orang kastam kat sana, saya boleh setelkan sendiri benda tu. Dia berdolak dalih cakap tak perlu datang dan dia cakap akan call saya. Lepas pada tu , takde call dah pun.. mungkin dia rasa umpan dia tak mengena kot...
    Bagi saya modus operandi sindiket ni sama je.. dah bertahun guna taktik yang sama.. kenapa masih lagi ramai yang tertipu... Tapi apa pun harap KDN buat sesuatu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. BETOI ... suami saya pun hamper terkena. Di hantarnya gambar cun bukan main .. saya dah syak ini SCAM tapi saya malas nak nasihatkan suami.. biar dia terantuk pasti dia akan tengadah !.. Kisahnya sama macam saudara ... antar parcel kononnya ada laptop, duit dan ntah-ntah apa-apa lagi. Lepas tu parcel tersangkut konon .. minta suami bank in duit bayar ... bila suami enggan .. dia berani call .. berkali-kali pula tu. Tapi yang call lelaki .. kononnya peguam .. bila suami kata nak repot polis .. . baru senyap. Macam -macam cara dia orang usahakan .. sangggup call konon dari luar Negara .. konon MAT SALEH .. tapi cakap Bhs Inggeris pun gagap je ...

      Padam
    2. SETUJU NGAN RIZAL J
      penah gak dapat emel mcm ni.

      Padam
    3. Diorang ni tak pernah serik. Dan kerajaan Malaysia pun berlembut sgt dgn diorang ni. Sebab tu diorang berani. Buat operasi besar besaran. Tangkap dan suruh balik negara asal. Kos suruh diorang tanggung sendiri, jangan bazirkan duit rakyat. Ataupun suruh kerajaan diorang tanggung. Kalau simpan kat penjara pun menghabiskan duit negara juga. Yang paling elok, sekat kemasukkan diorang ni. Prevention is always better than cure.

      Padam
  11. kat flora damansara semakin byk negro2 ni...skang plak ditambah lagi ngan negro2 perempuan plak...bersidai petang2 kat lobby flora damansara dgn pemakaian yg sgt seksa...haihhh

    BalasPadam
  12. Tujuh puluh tiga pintu
    Tujuh puluh tiga jalan
    Yang sampai hanya satu jalan

    Beribu-ribu Margasatua
    Mencari raja si Muraq
    Yang sampai hanya tiga puluh

    Ooh… Sang Algojo
    Ooh… nanti dulu

    Lihat dunia dari mata burung
    Atau dari dalam tempurung
    Yang mana satu engkau pilih

    Dalam kalut ada peraturan
    Peraturan mencipta kekalutan
    Di mana pula kau berdiri
    Di sini

    Ooh… Sang Algojo
    Ooh… nanti dulu

    Berikan ku kesempatan akhir ini
    Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
    Berikan aku kesempatan akhir ini
    Lai lai la lai la lai

    “Tanya sama itu hud-hud
    Lang mensilang
    Kui mengsikui
    Kerna dia yang terbangkan ku ke mari” (tnya sama org2 politik yg ada permit bwa msuk negro2 kononnya pelajar ...walhal sume mereka tahu negro2 trsebut dtg bukan utk bljr.)org2 politik dpt duit atas angin. Tanya sama org politik sapa kasi permit? Tanya sama org2 politik S'pore mcm mna diorg jaga negara mereka. Mereka benar2 sayangkan negara bukan mcm org politik Msia asal barang jadi wang.PikiaQ sendili maaaa...

    BalasPadam
  13. gambar2 tu buat perut lapar sy jadi kenyang...camna senang sangat kena tipu...

    BalasPadam
  14. Tak de cerita yg kena tipu dek negero pasal nak beli additive boleh cuci duit us dollar...?

    BalasPadam
  15. LEMAH.
    MALAYSIA mempunyai SISTEM PENGURUSAN WARGA ASING YANG LEMAH..
    (Pendapat peribadi saya yang bermastautin dikampung)

    cara SINGAPORE.
    melalui pengalaman sahabat saya(asal serawak) yg bekerja disana. undang2 (yang tak tertulis)disana tak membenarkan rakyat serawak dan sabah dibawah umur 35 tahun bekerja.
    tetapi mereka sangkal. baca ni http://www.nst.com.my/latest/no-ban-on-workers-from-sabah-sarawak-singapore-1.144386
    hakikatnya ia tetap tidak boleh..
    saya bertanya pada beliau apa puncanya?
    Jawab beliau:"biasalah, sudah mabuk, kemudian gaduh".

    terfikir pulak pasal malaysia.
    belek2 surat khabar lama. Awang hitam mabuk2 dan buat kecoh ditaman perumahan. (oh.. dah keluar 999)
    dan terbaca pulak keratan harian metro "Kawin mat salleh dipuji, kawin awang hitam dikeji" (oh.. tak semua jahat)
    jadi.sebagai org kampung hanya "oh" saja yang dapat dikeluarkan dr mulut.

    terfikir pulak..kalau si hatam ni kat singapore. mungkin umur 35 bru dapat masuk kot..\

    Kerajaan tak LEMAH
    sebab.. Baca : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/OperasiburuPATIbuktikerajaantidakberkompromi-Zahid/Article/?bh (oh.. tegas betul)

    malam lepak kat kedai tomyam..
    tanye kat awe (pelayan kedai) " Nak buat operasi ni.. demo tak kelik(balik) ko?"
    jawab beliau " tak po. boh(taukey kedai) kito jago" (oh.. dah kautim)

    pagi pulak sarapan
    saya bertanya pada tokey kedai indonesia. "nak operasi bang.. tak takut ke?"
    jawab beliau " mana ada orang nak operasi bagi tahu tarikh.. ini semua omong kosong" (oh..dia dah lama duduk malaysia)..

    tak apa.. yang penting satu malaysia..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.