Khamis, Mac 13, 2014

PENCARIAN MH370 BERAKHIR?


Saya percaya soalan itu bakal menjadi tumpuan wartawan tempatan dan antarabangsa pada hari ke-6 operasi mencari dan menyelamat penumpang pesawat MAS MH370 hari ini.

Satelit China dilaporkan berjaya mengesan 3 objek terapung di perairan pertemuan di antara Laut China Selatan dan Teluk Siam (Thailand Gulf).

Gambar satelit terbabit dirakamkan pada 9 Mac lalu di laluan dan lokasi terakhir pesawat MH370 dilaporkan hilang dalam penerbangan ke Beijing, China. 

MH370 dilaporkan lenyap daripada dikesan radar pada awal pagi 8 Mac 2014.


Bagaimanapun Jabatan Sains, Teknologi dan Industri China sedang menganalisa gambar terbabit.

Klik di sini.

Malangnya, Ketua Pentadbiran Penerbangan Awam China, Li Jiaxiang, tidak dapat mengesahkan objek itu berhubungkait dengan MH370.

3 ulasan:

  1. misteri sungguh kehilangan pesawat ni pucuk pangkal kita kena berserah dengan ketentuan Ilahi, ini merupakan ujian besar buat negara kita Malaysia. Moga-moga disegerakan oleh ALLAH S.W.T diketemukan pesawat yang hilang tersebut dan semua penumpang dan krew masih di dalam keadaan selamat hendaknya.

    BalasPadam
  2. dunia dibodohkan dgn pelbagai pencarian. cuba cari, apakah yg menguasai dunia sekarang? media? ekonomi? it?tak, semuanya dibawah tanggungan politik. politik berkuasa memungkinkan apa shj skrg. yahudi tak pernah bhenti berusaha dan mereka lebih mpercayai prinsip2 mereka drp kita mpercayai prinsip2 islam.mereka menggali sisa2 terdahulu utk mengusai bumi dgn plan kerajaan2 besar dunia. akhirnya kita ditindas dan lagi bodoh utk dipersalahkan dgn label pengganas

    btw tafsiran ghaib, ya betul kita mengakui kudrat Allah utk ghaibkan ssuatu ttp mesti ada tafsiran ilmiah di sblik ssuatu prkara dan mustahil utk dikatakan ghaib tanpa ptunjuk melainkan disorokkan oleh org bkuasa dunia.

    BalasPadam
  3. Kita sama-sama berdoa dan tingkat usaha mencari.Kalau dapat bukan saja di laut kita perlu juga cari di daratan terutamanya dari Kelantan ke Perlis dan kawasan sekitarnya di mana NH370 berpatah balik.Kalau dapat kita perluaskan lagi pencarian di sempadan Thailand.Isyallah Allah Maha Besar,Pengasih dan Penyayang.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.