Jumaat, Mei 30, 2014

CADBURY : POSITIF ATAU NEGATIF DNA BABI?


Itulah soalan utama kini berlegar di minda ramai rakyat Malaysia khususnya umat Islam

Jawabannya bakal diperolehi dalam tempoh 5 hari sahaja lagi. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan menerima keputusan rasmi ujian 2 sampel produk Cadbury, sedang dianalisa oleh petugas makmal di Jabatan Kimia Malaysia, JKM.

Sebelum ini Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM, melalui kenyataan rasmi Ketua Pengarahnya, Datuk Noor Hisham Abdullah mengesahkan 2 produk Cadbury mengandungi DNA babi, porcine.

Klik di sini.

Apa pun keputusan ujian makmal JKM itu kelak, pastinya menimbulkan pelbagai soalan susulan. 

Jika keputusan ujian didapati NEGATIF ...  

1. Bagaimanakah ujian sebelumnya dibuat di makmal KKM menunjukkan keputusan positif? 


2. Biarpun bukan keputusan rasmi, tentunya umat Islam pastinya ingin mengetahui fakta, bagaimanakah kejadian itu berlaku? Lekeh benarkah Pegawai Teknologi Makanan di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan itu?

3. Wujud kebarangkalian KKM akan disaman.

 Jika kelak keputusan ujian didapati POSITIF ...

1. Adakah petugas terbabit dalam proses pengeluaran 2 produk itu dengan sengaja mencampurkan porcine atau sebaliknya?

2. Apakah tujuan sebenar mereka?

3. Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd bertanggungjwab untuk menjelaskan kepada pengguna, adakah produk Cadbury lain tidak dicemari oleh porcine? Sedangkan belum semua produk syarikat itu dihantar ke makmal JKM untuk diuji.

4. Pelbagai pihak bakal menyaman syarikat pengeluar produk itu.

Kini tanpa disedari, ramai menggunakan perkataan 'Cadbury' sebagai ganti nama untuk 'babi'.  


5 ulasan:

  1. Majlis Fatwa telah keluarkan kenyataan. Cuba baca habis dan faham kenyataan Maj Fatwa:

    1. Positif DNA babi akibat pencemaran dalam KELOMPOK PENGELUARAN yang dinyatakan oleh KKM itu.
    2. Bezakan antara produk pencemaran DNA dDENGAN produk yg ada kandungan babi? Faham kan punca yg boleh menyumbang kepada kewujudan kesan DNA babi terhadap proses pengeluaran.
    3. Pihak Majlis Fatwa telah melantik UPM sebagai penasihat.
    4. Kesimpulannya : HARAM dimakan produk yg telah disahkan ada DNA babi. Status HALAL kilang yg mengeluarjan dan produk2 lain keluaran kilang tersebut tidak berubah hanya kerana kesan DNA babi keatas 2 daeipada beribu ribu kelompok pengeluaran.
    5. Umat Islam tak perlu melatah. Faham dan ikuti keputusan Majlis Fatwa yg telah membuat kajian dan perbincangan mendalam berkaitan isu ini dan beribu lagi produk makanan yang dikeluarkan oleh non muslim.

    BalasPadam
  2. salam, nak tanya. Dalam statement keputusan ujian tu tulis 'CABBURY', bukan 'CADBURY'. Typo atau ada jenama sedemikian. untuk makluman, saya bukan penggemar coklat.

    BalasPadam
  3. apa2 pun babi tetap haram, tapi percayalah fekah boleh menipu tak lama lagi mesti dia kata kalau tercemar boleh tak haram makan................kita tengok dan lihat.

    BalasPadam
  4. Bolehkah kita pergi kedai makan cina untuk beli nasi sahaja... walaupun kita tahu diorg ada masak babi dlm kedai tu

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.