3 wanita Islam pertama di Malaysia disebat mengikut undang-undang Syariah kerana kesalahan melakukan persetubuhan luar nikah di Penjara Kajang, Selangor pada 9 Februari lalu.
Mereka didapati bersalah Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997.
Berita berhubung hukuman sebat itu diumumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Hussein. Beliau berkata pihaknya bekerjasama rapat dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebagai menteri bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama dan kehakiman syarie dalam melaksanakan hukuman itu.
Dalam pada itu, semalam, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata satu persidangan antarabangsa berhubung hukuman sebat akan dianjurkan paling awal dalam tempoh 3 bulan dari sekarang.
Menurut beliau lagi, persidangan bakal dihadiri menteri dan pakar negara luar akan melakukan kajian perbandingan samada hukuman terbabit dipraktikkan di kalangan negara Islam.
Berikut kenyataan beliau dalam Bahasa Inggeris.
"The ministry hopes that through the conference, which will be attended by ministers and experts, we can make a comparative study whether the sentence is normally practised among Muslim countries".
Hukuman telah dilaksanakan kemudian baharu kajian dibuat?
Atau saya tersalah tafsir?




