Khamis, Oktober 24, 2013

PEMBUNUH : ARDI HAMZA WARGA ASING?


Barangkali berkebetulan.

Pada Mei 2009, saya mengesan penipuan membabitkan pengawal keselamatan kononnya berasal dari Tawau, Sabah walhal sebenarnya warganegara Indonesia. Mujur saya mampu bercakap dalam loghat Sabah dan dari gaya bahasa digunakannya, saya tahu dia bukan rakyat Malaysia. 

Klik di sini untuk membaca entri terbabit.

Saya percaya, sejak semalam polis di Tawau tentunya cuba mengumpulkan maklumat tepat berhubung suspek kes bunuh Norazita Abu Talib, Ardi Hamza, berdasarkan alamat tercatat di kad pengenalan pengawal keselamatan itu. Jika alamat No 70, Jalan Apas,  Batu 20, Tawau itu wujud, penduduk di sekitar pasti mengenalinya atau ahli keluarga suspek terbabit. 

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, polis sedang menyiasat samada suspek itu warga asing menggunakan kad pengenalan palsu.  Pendapat peribadi saya, melalui pengalaman, kebarangkalian itu ada. Berkemungkinan besar, nama Ardi Hamza itu juga tidak wujud atau milik individu lain.

Saya tidak pernah jemu selama ini mendedahkan kes pengawal keselamatan warga asing bertugas secara haram di Malaysia. Jika rajin, sila Google 'Bersama Mazidul pengawal keselamatan warga asing' dan bacalah entri saya tuliskan berserta bukti. Bukan sahaja warga Indonesia, rakyat Bangladesh, Myanmar dan Pakistan turut mengaburi mata masyarakat sebaik mereka memakai seragam pengawal keselamatan.

Dalam kes tembakan pegawai operasi Ambank di Subang Jaya, Selangor ini, pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri wajib menyiasat secara terperinci syarikat membekalkan pengawal keselamatan kini berstatus pembunuh itu. 

Saya difahamkan berita penangkapan suspek di LCCT masih belum disahkan oleh polis Selangor. 

Sila hubungi talian 03 2052 9999 jika mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek.


NORAZITA TIDAK PERLU DITEMBAK


Pada hemat saya, pegawai operasi Ambank di Subang Jaya, Selangor,  Norazita Abu Talib, 37 tahun, tidak perlu ditembak. Jika sekadar ingin merompak wang di dalam peti besi bilik kebal, pengawal keselamatan bank kini berstatus perompak hanya perlu mengacukan senjata pump gun digunakan ke arah beberapa kakitangan di sekitar, ambil wang dan kemudian beredar dengan segera.

Dilaporkan, ketika kejadian singkat itu berlaku, mangsa tidak melawan.



Semua wang disimpan di dalam peti besi itu diinsurankan. Sebagai pekerja bank lebih 16 tahun, mangsa tentunya arif, lebih baik membiarkan wang itu dirompak berbanding mempertaruhkan nyawa sendiri. Barangkali ibu kepada 2 anak itu  tidak mempunyai pilihan kerana dia ditembak pada jarak dekat mengakibatkan kepala kirinya bersepai.


Saya percaya, suspek, Ardi Hamza, 37 tahun, berasal dari Tawau, Sabah, tidak merancang rompakan itu secara teliti. Dia hanya sempat mengaut sejumlah daripada wang di dalam peti besi dan memasukkan wang terbabit ke dalam beg sandang dipakainya. 

Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Rahim Jaafar, Ardi didapati memiliki kad pengenalan palsu.

Malam tadi tersebar berita, dia berjaya diberkas di LCCT namun berita itu belum disahkan oleh pihak polis. 

Takziah kepada keluarga mangsa.


Klik di sini


Rabu, Oktober 23, 2013

MAYAT PELAJAR DISUMBAT DI DALAM BEG HIJAU

Ng Yuk Tim, 15 tahun, dilaporkan mengenali teman lelakinya melalui Facebook.   


Mayat Tim ditemui disumbat di dalam sebuah beg pakaian berwarna hijau, dicampakkan di tepi jalan di Klang, Selangor. Suspek, teman lelakinya, operator mesin diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada kira-kira jam 6.30 petang semalam. 



[ Sumber : Berita Harian ]

Siasatan awal mendapati, mangsa berasal dari Desa Tun Razak, Cheras dan baru selesai menduduki Peperiksaan Menengah Rendah itu,  dibunuh di rumah suspek di Kelana Jaya.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Rahim Jaafar berkata, suspek, 23 tahun,  membawa polis ke lokasi mayat ditemui. 


"Terdapat kesan luka dan pendarahan di kepala dan tangan mangsa," tambah beliau.

Mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat, antaranya untuk menentukan samada Tim dirogol atau tidak.

Lebih menarik, dalam kes ini, suspek melalui akaun Facebooknya, turut menyebarkan berita 'kehlangan'  rakannya itu dan memohon orang ramai membantu mencari mangsa.


[ Sumber : The Star Online ]

Klik di sini untuk membaca laporan menarik dipaparkan oleh akhbar The Star. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 


Mangsa, individu di bawah umur, berusia kurang 16 tahun dan masih kanak-kanak. Justeru setiap tindakannya bukan berlandaskan pemikiran orang dewasa. Kita sebagai ibu bapa seharusnya lebih berhati-hati untuk mengawal pergerakan terutamanya anak gadis kita sayangi. Tanpa diduga, bahana berkebarangkalian menjelma.

Di manakah anak kita pada ketika ini?

Klik di sini.


Selasa, Oktober 22, 2013

DILEMA WANITA 35 TAHUN

Lazimnya setiap gadis mencari teman lelaki dan mungkn dijadikan pasangan hidup sewaktu masih muda, tatkala usia mereka mencecah pertengahan 20 an. Ketika itu kehidupan lebih ceria dan majoriti gadis sedang menuntut di pusat pengajian tinggi. 

Pasangan bercinta bak Romeo dan Juliet. Kejujuran dijadikan asas percintaan, kecurangan cuba dielakkan demi memelihara keserasian.

Mereka saling mengambil berat di antara satu sama lain biarpun sesekali hubungan itu mungkin dicemari oleh perasaan cemburu keterlaluan. Sebilangan hubungan mungkin terhenti di tengah jalan berikutan faktor kekurangan persefahaman di antara pasangan manakala ramai gadis meneruskan perhubungan dijalin berpaksakan cinta suci sehingga ke jinjang pelamin. Dari titik itu maka wanita berpeluang melahirkan zuriat sebagai penyambung keturunan di masa akan datang.

Namun tidak semua gadis berpeluang menempuh kehidupan membahagiakan seperti itu. Lihat di sekeliling kita dan cuba mencungkil fakta sebenar. Ramai antara kita mempunyai kenalan masih tidak mempunyai pasangan sejati tatkala mereka berusia 35 tahun.

Pada pandangan saya, gadis bertukar status kepada 'wanita' pada usia 35 tahun.  Mungkin terdapat sebilangan pembaca kurang bersetuju dengan angka dipilih itu tetapi itulah pendapat peribadi saya. Wanita ketka itu lebih matang dari aspek pemikiran dan tindakan. Wanita berkerjaya tentunya berada dalam keadaan stabil dari sudut kewangan. Tambahan pula sikap wanita, bijak berjimat dalam perbelanjaan. Dalam erti kata lain, mereka mampu berdikari tanpa bantuan insan bergelar lelaki.

Jadi tidak hairan jika ramai wanita pada usia petengahan 30 an berasa mereka tidak terlalu memerlukan lelaki sebagai pasangan hidup. Tambahan pula jika kehadiran lelaki menjadikan mereka bak mendukung biawak hidup.

"Biarlah saya membujang, hidup lebih bebas, tiada siapa mengongkong pergerakan"

Itu antara zikir harian mereka.

Namun selarikah kenyataan itu berbanding hakikat sebenar tersirat di dalam jiwa mereka? Benarkan mereka tidak memerlukan lelaki atau kerana wujud halangan untuk mereka didekati?
Jika saya berpeluang menyingkap jiwa wanita pada usia 35 tahun, sudah pasti saya tidak akan melepaskan peluang itu.

Sebagai contoh, jika wanita bertugas sebagai jurutera berpengalaman, siapakah antara lelaki berani untuk menghampiri mereka? Lelaki bagaimanakah tergamak memperjudikan maruah untuk menawan hati mereka? Mungkin ada tetapi hakikatnya ramai lelaki berasa rendah diri andai tidak mempunyai kerjaya setahap dengan wanita itu.

Pastinya kadar pendapatan bulanan antara faktor dijadikan sandaran perbandingan di antara kedua individu berbeza jantina itu. Mungkin sebilangan pembaca melabelkan saya sebagai pemikir ortodoks namun itu hakikat didepani oleh ramai wanta berusia 35 tahun. 

Pada usia unik itu, majoriti wanita lazimnya telah menempuh pelbagai pengalaman pahit manis alam percintaan. Getir mereka telan, bahagia buat seketika mereka abadikan sebagai kenangan. Segelintir daripada wanita berkerjaya profesional itu mungkin juga pernah dikecewakan ke tahap kritikal dan berikutan itu mereka berasa tertekan serta janggal dengan kehadiran lelaki. Walhal disedari ataupun tidak, mungkin mereka juga pernah mengecewakan kaum Adam.   

Jika diamati, kelompok wanita sama juga amat sukar untuk mempercayai kredibiliti serta tindakan lelaki. Selalunya mereka bersikap lebih berhati-hati andai menjangkakan hati bakal disunting dek lelaki kerana percaya jodoh pertemuan di tangan Allah.  


Jika mempunyai pandangan berhubung dilema wanita berusia 35 tahun, sila kongsikan di ruang komen.


PERANGKAP MAUT MASIH BELUM DIKAMBUS DEK JABATAN PERHUTANAN DAN TNB

Sewaktu saya menghubungi Pegawai Perhutanan Daerah Selangor Tengah, AG Shafie pada 4 Oktober 2013, beliau memaklumkan jabatan terbabit, dibantu Tenaga Nasional Berhad, TNB akan mengambus kolam memancing ikan haram digali di bawah kabel bervoltan tinggi di Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor.

Untuk rekod kolam terbabit beroperasi secara HARAM kira-kira selama 8 tahun.

Klik di sini untuk membaca kenyataan AG.

Nampaknya setakat ini tindakan itu tidak dilaksanakan lagi. Perhatikan beberapa gambar dirakamkan di lokasi dimaksudkan semalam, 7 hari selepas kolam sepatutnya ditutup secara total.


Malah kelihatan beberapa kanak-kanak dipercayai Orang Asli turut bermain di tepi tebing bekas kolam memancing ikan haram itu. Tentunya tanpa pemantauan kolam itu boleh menjadi perangkap maut buat mereka semua.


Kepada pembaca mengikuti perkembangan kes selama ini pastinya berasa hairan. Kolam terbabit digali dek taukeh menjana keuntungan sekian lama tetapi akhirnya pihak berkuasa terpaksa mengambus kolam itu.

Hakikatnya, terlalu mudah taukeh Cina menangguk di air keruh di Selangor. Lakukan kerja untuk meraih keuntungan biarpun melanggar undang-undang dan berhenti apabila kes sebenar dipaparkan di media atau media sosial.

TNB dan Jabatan Perhutanan, saya masih menunggu tindakan dijanjikan sebelum ini.

Isnin, Oktober 21, 2013

KAMAL AFFANDI HASHIM : PATAH SAYAP BERTONGKAT DAGU

Saya sempat berhubung dengan sahabat, penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim sebelum terbang ke Bangkok, Thailand,  Isnin lalu.

Di KLIA, saya disapa oleh individu tidak saya kenali.

"Bagaimanakah keadaan Kamal?," soal lelaki terbabit.

Saya menjelaskan kepadanya, Kamal ada berhubung dengan saya melalui panggilan telefon sebelum itu.

"Kali terakhir diperiksa, gumpalan urat saraf terlebih di kepala saya mengecut daripada 23 sentimeter ke 18 sentimeter tetapi di sekeliling gumpalan itu, membengkak. Sepatutnya saya menjalani pembedahan sebelum Hari Raya Aidiladha tetapi saya meminta ditangguhkan selepas 15 Oktober. Bimbang jika berlaku kejadian tidak diingini pada hari raya," jelas Kamal kepada saya.



Untuk pengetahuan semua, Kamal pernah menjalani pembedahan menggunakan kedah Cyber Knife pada awal 11 Oktober 2012  berikutan penyakit  Anterio-Venous Malfunction, AVM. Klik di sini untuk membaca kes itu.

Sebaik kisah penderitaan Kamal dipaparkan di blog ini, pelbagai pihak menghulurkan bantuan untuk menampung kos pembedahan kali pertama, kira-kira RM41, 000. Pihak insuran dilaporkan tidak menanggung kos itu kerana AVM bersifat congenital, wujud sejak dilahirkan.

"Sejak pembedahan pertama kira-kira setahun lalu, rawatan susulan tetap dilaksanakan di Beacon Hospital. Sebilangan kenalan bertanya, mengapakah saya tidak mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dengan kos lebih murah?  Untuk pengetahuan, Beacon Hospital menawarkan teknologi terkini rawatan AVM. Tidak hairan,  jika ramai pesakit dari luar negara juga dirawat di hospital sama. Apapun, rawatan susulan selama ini juga memerlukan wang untuk saya menjelaskan bil. Saya memang tidak gemar bersifat meminta-minta. Jadi, saya cuba menenuhi setiap jemputan berceramah di seluruh pelusuk Malaysia biarpun dalam keadaan kurang bermaya. Bezanya, sebelum ini barangkali saya boleh berkongsi ilmu berhubung  pencegahan  jenayah 6 kali sebulan. Dengan keadaaan tubuh uzur dan kerap gagal mengawal koordinasi beberapa bahagian tubuh, jumlah ceramah terpaksa dikurangkan kepada dua atau tiga kali sahaja. Wang itu saya gunakan untuk membayar bil hospital secara berperingkat," jelas anak kelahiran Johor itu.

Sebagai sahabat, saya mengakui hakikat, Kamal memang sentiasa mempamerkan wajah ceria, biarpun hanya Allah tahu kesengsaraan dilalui beliau kini. Pada masa sama, saya yakin biarpun patah sayap, beliau sanggup bertongkat dagu untuk memenuhi undangan berceramah jika diperlukan oleh masyarakat.

Itu antara kaedah Kamal untuk menyambung nyawa.  

Hubungi Kamal di talian 019 210 9999.

"Ada tikanya, saya berasa ingin muntah dan tidak berupaya mengangkat telefon, apapun saya akan cuba berhubung," ujarnya.

Lihat gambar di bawah tatkala Kamal berada di hospital, dirakamkan pada 18 Oktober lalu.


Kamal masih mampu tersenyum kerana itulah sifat semulajadi beliau. Gemar berjenaka biarpun sedang dilanda derita.

Siang berceramah, malam di hospital.



Klik di sini  untuk melawati laman fan club  Kamal.


In Sha Allah, saya percaya, masih ramai rakyat Malaysia mahupun pemilik syarikat korporat sudi untuk bersama meringankan beban ditanggung oleh Kamal.



Kepada pembaca ingin memberikan sumbangan wang tunai,  sila depositkan ke akaun Kamal Affandi Hashim PUBLIC BANK 4007 85 2927.

Sila WhatsApp saya di talian 019 309 2899 jika mempunyai sebarang pertanyaan. Perkembangan kes ini akan saya kongsikan bersama semua pembaca, mengikut peredaran waktu.



Sabtu, Oktober 19, 2013

RAHSIA LELAKI NIGERIA ENGGAN DIDEDAHKAN KEPADA GADIS MELAYU (18 SX)

Ramai lelaki Nigeria kononnya berhijrah ke Malaysia  untuk mempelajari Bahasa Inggeris di kolej swasta walhal majoriti mereka sediakala mampu menggunakan bahasa kedua negara kita tanpa sebarang masalah. Cuma loghat dan pengucapan bahasa mereka kekadang amat sukar untuk difahami.

Kebanyakkan daripada kita tahu bahana perlakuan lelaki Nigeria. Mereka bukan sahaja menggoda perempuan tempatan, malah sentiasa mencari peluang untuk memperdayakan mangsa. Jika terbabit dalam kes penipuan menggunakan internet, lelaki Nigeria lazimnya cuba mendekati gadis Melayu, Cina dan India. Gadis berasal dari Sabah dan Sarawak juga dilaporkan turut menjadi mangsa mereka. Sebaik hati mangsa berada dalam genggaman, lelaki Nigeria tidak teragak-agak menggunakan akaun bank gadis terbabit untuk menyalurkan wang hasil penipuan internet. Tubuh gadis tempatan juga diratah rakus sepuas hati hanya menggunakan umpanan kata-kata manis dibisikkan ke telinga mangsa. 

"I asked for a rose, God has given me a garden. I asked for an angel, God has given me, you"

Itu antara ayat manis pernah saya baca tercatat di dalam buku milik nota lelaki Nigeria ketika rumah individu terbabit dan rakannya diserbu oleh pihak polis. Kenyataan sebegitu ternyata mampu mengakibatkan ramai gadis Malaysia tersadai layu di dalam dakapan erat mereka.

Pengakuan gadis Melayu pernah saya temui sebelum ini juga agak mengejutkan. Mangsa bertubuh pendek serta gempal, mendakwa sering didukung ke bilik air. Berasa amat dimanjakan, gadis terbabit lazimnya dimandikan oleh teman lelakinya sebelum dibaringkan di atas tilam empuk dalam keadaan hanya bertuala. Katil kusam sedikit berbau kemudian menjadi medan mereka bergomol dan bergelumang untuk mencapai kepuasan seks. Bayangkan jiwa gadis tempatan selama ini tidak pernah dibelai dek lelaki, pasti mereka berasa ceria sentiasa disanjungi setiap kali bersama teman lelaki warga asing itu.

"Lelaki Melayu mengelak memilih pasangan bertubuh gemuk, lelaki Nigeria berbeza. Mereka amat menghargai tanpa mengira bentuk badan kita," jelas gadis terbabit.

Lelaki Nigeria juga bersifat membujur lalu melintang patah. Wanita sedang dilanda kesunyian, barangkali kerana tidak begitu dihiraukan dek suami menjadi sasaran mereka. Malah pernah wanita Melayu berusia lebih 60 tahun ketagihan seks, berulang-alik ke apartment lelaki Nigeria hampir setiap hari. Wanita layak digelar nenek itu tanpa segan silu turut mengusung anak kecil perempuannya dan gadis cilik terbabit diminta duduk berehat di ruang tamu sedang ibunya  mengecapi kenikmatan mengujakan di kamar kekasihnya. Kisah itu diceritakan sendiri kepada saya oleh gadis Melayu tinggal serumah bersama kekasihnya, juga lelaki Nigeria di Sunway Mentari, Petaling Jaya, Selangor.

"Tatkala mengadakan hubungan seks, lelaki Nigeria itu ketagih menepuk punggung wanita tua terbabit, barangkali untuk tujuan menaikkan nafsu mereka bersama," katanya kepada saya.

Majoriti lelaki Nigeria tinggal secara berkumpulan. Mereka memilih apartment atau kondominuim agak tersorok dari pandangan mata masyarakat setempat Mereka enggan kelibat dilihat terlalu kerap sehingga menimbulkan syak wasangka di kalangan orang ramai. 

"Beberapa kali, ketika membeli barang di 7-Eleven, lelaki Nigeria datang menghampiri saya di kaunter dan menawarkan wang untuk membayar barangan dibeli. Jika tidak dilayan, sebilangan mereka mengekori saya menaiki lif.  Hairannya mereka tidak menekan butang tingkat unit apartment atau kondominium. Mereka membiarkan saya menekan butang lif semata-mata untuk mengetahui lokasi saya tinggal," ujar rakan berusia 24 tahun.

Tentunya situasi sebegitu menakutkan gadis tempatan.

Kepada gadis tempatan tanpa mengira bangsa, berikut antara petanda jelas bahawa diri anda telah dipergunakan oleh lelaki Nigeria untuk tujuan penipuan menggunakan internet :

1. Tinggal serumah dengan mereka dan berasa amat selesa dibelai, dipuji serta disanjung setiap hari.

2. Akaun bank anda digunakan oleh mereka untuk pelbagai transaksi seperti untuk mendepositkan wang dari sumber tidak dikenal pasti atau pengeluaran.

3. Nama anda digunakan untuk membuka akaun jalur lebar di rumah dihuni oleh lelaki Nigeria.

4. Setiap kali mereka berjaya menipu mangsa, anda diberikan wang upah di antara RM100 dan RM200 dan kemudian disusuli membawa anda berhibur sepanjang malam.

Jika anda menyedari telah dipergunakan dan ditipu oleh lelaki Nigeria, sila berhubung dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman dengan kadar segera.